Niat ibu yang mahu mengembirakan anaknya dengan membeli make up mainan bertukar episod sedih bila muka dan badan anak melecet.
Perkongsian dari Puan Fara mengenai penyesalannya sehingga anak jadi mangsa perlu dijadikan peringatan buat semua ibu bapa yang ada anak kecil.
Nak beli mainan tak salah tapi kena teliti dulu mainan itu sesuai atau tak pada anak kecil yang masih belum faham apa-apa.
Ads
Ya Allah tak tahu nak mulakan daripada mana. Terasa terlalu sedih, luluh hati ibu tengok kakak sakit. Sekarang umur kakak dah 3 tahun 5 bulan. Seingat ibu kakak baru demam tiga kali sejak dulu sampailah sekarang.
Ibu rasa ini lah sakit yang teruk buat kakak. Ibu minta maaf sangat-sangat kakak!
Ads
Ibu teringat setiap kali kakak tengok You Tube, mesti kakak minta ibu belikan make up mainan ni sebabnya nak pakaikan dekat anak patung kakak.
Sebab nak penuhi permintaan kakak, ibu belikan di pasar raya. Tak sangka pula lain yang jadinya. Kakak pula yang pakai dan kakak menderita sakit. Ibu minta maaf sayang!
Ads
Sekarang kakak sakit ibu tak sanggup tengok. Sedih tak boleh nak luahkan macam mana perasaan ini. Ya Allah sembuhkanlah sakit Anak ku Ya Allah amin amin amin.
Sekarang bila kakak panas habis melecet kulit muka. Lepas tu akan mengelupas. Badan pun turut melecet kerana bahan kimia tu dah masuk dalam salur darah kakak.
Keterujaan untuk menimang cahaya mata kedua tak kesampaian apabila isteri dan bayi dalam kandungan dijemput ilahi. Ujian berat yang ditanggung Dzul Hisham Mhd Razali benar-benar tak disangka sama sekali apabila isteri tercinta, Nur Atiqah Mustafa dan anak keduanya, Nur Ulya Hanania dijemput Ilahi hari yang sama iaitu pada 12 Julai lalu.
Nur Ulya Hanania yang dijangka dilahirkan pada 7 Oktober depan meninggal dunia jam 8.30 pagi kerana kegagalan mendapat oksigen manakala Nur Atiqah, 29, akibat pembuluh darah otak pecah pada 11.20 malam.
Jenazah kedua-duanya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Krai, Kelantan.
Mengadu pening kepala selepas ambil wuduk
Kini, Dzul Hisham, 30, hanya ada anak sulung, Muhammad Umar Dayyan (dua tahun tiga bulan) yang akan menemaninya mengharungi hari mendatang selain keluarga.
Berkongsi kisah itu, Dzul Hisham berkata, isterinya tengah sarat hamil dan tiada masalah kesihatan atau simptom penyakit sepanjang tempoh kehamilan.
Bagaimanapun, Nur Atiqah ada mengadu pening kepala selepas ambil wuduk untuk solat pada hari kejadian sebelum diserang sawan tidak lama selepas itu.
“Isteri kemudian tidak sedarkan diri malah nadinya berhenti, jadi saya terus dapatkan bantuan untuk membawanya ke hospital.
“Kami tiba di hospital jam 8.10 pagi dan isteri terus dibawa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam perut namun anak kami tidak dapat diselamatkan.
“Manakala isteri diberi ubat jantung untuk bertahan namun akhirnya meninggal dunia menjelang tengah malam hari yang sama,” katanya.
Menurutnya, dia tidak menyangka isterinya akan pergi meninggalkannya ketika mereka teruja menantikan kelahiran cahaya mata perempuan.
Reda isteri pergi dengan mudah
Meskipun begitu, Dzul Hisham reda dengan ketentuan Ilahi dan cuba kuatkan diri kerana masih ada tanggungjawab untuk menyara anak sulungnya.
“Memang susah (untuk terima) pada awalnya namun reda kerana melihat pemergiannya begitu cantik iaitu ketika masih ada emak dan ayah serta seluruh keluarga yang mendoakan.
“Saya ada di sisinya di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sempat beritahunya yang saya sudah maafkan dia dan terima ketentuan seandainya sudah sampai masanya untuk pergi.
“Matanya tertutup namun saya nampak air mata mengalir dan tak lama selepas itu, isteri menghembuskan nafas terakhir. Itu juga detik terakhir kami bersama dan anak sulung juga ada kerana dibenarkan masuk.
“Moga Allah tempatkan isteri dalam kalangan yang beriman dan saya berdoa pemergian anak jadi asbab dia tarik saya ke syurga,” katanya.
Dzul Hisham berkata, dia dan Allahyarhamah Nur Atiqah yang disatukan sebagai suami isteri pada 27 April 2019 ada mengumpul wang kerana merancang mengerjakan umrah bersama di Makkah pada 2024.
“Kami juga rancang mahu enam orang cahaya mata namun hasrat itu tidak kesampaian apabila isteri pergi dulu kerana Allah lebih menyayanginya.
“Buat masa ini, saya tinggal berdua dengan anak sulung dan Alhamdulillah, tiada masalah untuk buat kerja rumah kerana sudah biasa.
“Anak pula masih kecil dan belum faham mengenai kematian dan hakikat yang ibunya sudah pergi buat selamanya,” katanya yang mencari rezeki dengan menjual cermin mata di premisnya dekat Bukit Payong, Marang.
Luka czer atau caesarean ialah amat menggerunkan, apatah lagi ia boleh terbuka semula! Mama bersalin secara caesarean perlu ambil perhatian.
Ngerinya mendengar kisah ibu-ibu yang mengalami luka bersalin pembedahan terbuka semula.
Ibu ini turut mengalami masalah yang sama selepas 3 tahun bersalin. Ketika perkongsian ini dikongsi pada tahun 2019, dia turut berkongsi bagaimana luka tersebut boleh terjadi dan pendapat doktor berkenaan perkara ini.
“Doktor tak pasti kenapa luka ceaser boleh terbuka semula. Banyak faktor. Tapi. Beberapa hari sebelum tu, sis ni ade terasa sakit kat dalam perut. Bila tekan rase sakit. Dan luka ceaser terasa gatal. Sis Dylla garu je macam biasa.”
“So doktor cakap kemungkinan dari kuku jugak. Sebab kuku banyak kuman.Beberapa hari lepas tu, terasa luka ceaser basah & keluar nanah. Bila cek luka terbuka lebih kurang 2cm. Berlubang.”
“Sis Dylla siap berkongsi gambar luka & video semasa rawatan doktor. Memang ngeri weh. Luka yang dah 3 tahun terbukak. Doktor sumbat kain kat luka tu. Dan kene dressing hari-hari sampai luka tertutup semula.”
“Sis Dylla kata dia memang lasak. Selalu angkat berat. Angkat beras semua tu.Seram kan?Jadi mak-mak ceaserian hati hati lah. Even dah bertahun perut di toreh, sentiasa jugak kene hati-hati.”
Menurut Dr Mastura Mohd Mokhtar, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, KPJ Selangor pernah berkongsi dengan Pa&Ma, kes luka pembedahan caesarean terbuka semula terjadi kepada kira-kira 1% ibu yang bersalin secara pembedahan.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan oleh ibu sekiranya dia tiba-tiba mendapati luka pembedahan terbuka semula? Apa yang sepatutnya dilakukan segera pergi ke hospital (sebaiknya hospital yang melakukan pembedahan tersebut) atau klinik berhampiran untuk pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
PADA KEBIASAANNYA, LUKA PEMBEDAHAN CAESAREAN SEMBUH APABILA SELEPAS 1 MINGGU KULIT LUAR AKAN BERCANTUM.
10 PUNCA LUKA BEDAH BOLEH TERBUKA SEMULA
Dr Mastura juga berkongsi punca-punca yang boleh menyebabkan jahitan pada luka pembedahan terbuka semula. Mungkin ramai yang berpandangan bahawa ib yang terlalu banyak bergerak bangun, duduk, dan menunduk akan berisiko tinggi untuk terbuka lukanya.
Dr Mastura mendedahkan 10 punca ini boleh meningkatkan risiko luka terbuka iaitu;
6 SIMPTOM LUKA PEMBEDAHAN BERMASALAH
Mama juga perlu sentiasa peka dengan keadaan luka pembedahan. Antara tanda-tanda yang ditunjukkan ialah seperti berikut;
Dr Mastura menekankan agar ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan tidak lupa mengamalkan pemakanan seimbang. Jika merasa sesuatu tidak kena dengan luka pembedahan segera mendapatkan rawatan.
Gembira, itulah perasaan pasangan yang baru berkahwin selepas mendapat tahu dirinya hamil. Namun rasa teruja akhirnya membawa kepada mimpi ngeri buat Aliiya.
Ibu yang berasal dari Indonesia dan menetap di Melaka ini berkongsi kisah pelik yang terjadi kepada dirinya ketika kehamilan pertama dan kedua.
“Saya berkahwin pada Mac 2019, dan sebulan kemudian disahkan mengandung. Pada usia kandungan 12 minggu, satu malam tu saya mimpi bersalin. Situasinya macam real.
“Saya penat, berpeluh dan menangis teresak-esak. Saya tak pernah bersalin jadi tak tahu rasanya macam mana, cuma bagi saya mimpi tu macam real.
“Suami kejutkan, saya rasa sesak nafas tak boleh cerita lagi. Kemudian baru beritahu suami saya mimpi bersalin. Kebetulan pagi esoknya saya ada check-up kehamilan di klinik. Doktor kata baby tak ada heart beat.
“Mereka rujuk saya ke Hospital Besar Melaka. Di sana, doktor sahkan baby meninggal. Doktor tanya, ada spotting atau bleeding tak? Memang tak ada langsung, sakit perut pun tidak.”
“Saya rasa down dan terkila. Tertanya-tanya mana silapnya? Doktor bagi option sama ada tunggu gugur sendiri atau keluar paksa.
“Tunggu tapi baby tak mahu keluar sendiri, akhirnya terpaksa serah diri ke hospital”
Aliiya menerima perkhabaran gembira di mana dia disahkan hamil kali kedua.
kandungan kedua disahkan gugur pada usia 11 minggu
“Kali kedua, saya mimpi bersalin bayi perempuan. Saya pegang baby dan kena kejar dengan makhluk ular berbadan manusia.
“Suami kejut sebab saya menangis. Masa terjaga, saya cuak sebab teringat pengalaman pertama. Rasa bad feeling. Beberapa hari kemudian ada check-up, dan doktor sekali lagi sahkan janin tidak bernyawa.
“Kali ini saya bukan sahaja down, tapi seperti meroyan. Saya pernah minta nak berpisah dengan suami sebab saya rasa ada yang tak kena dengan saya.
“Namun suami tak mahu layan apa yang saya minta kerana tahu emosi saya tak stabil.
Disebabkan sudah dua kali mengalami mimpi aneh, keluarga mentua menyarankanya untuk berubat secara kaedah rawatan Islam.
“Menurut ustaz, ‘benda’ itu kemungkinan dari nenek moyang atau saya dapat dari orang lain. Ustaz tak cerita lanjut.
“Saya berasal dari keturunan jawa. Apabila berubat ramai ustaz menyarankan agar saya dekatkan diri dengan Allah.
“Syukur alhamdulillah saya beransur pulih dan hamil empat bulan kemudia. Saya ambil langkah selamat dengan tak hebohkan tentang kehamilan ketiga di media sosial. Sebelum ni niat saya untuk berkongsi rasa gembira.
Aliiya akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 15 Januari 2021.
Kredit: Aliiya
Followers Pa&Ma jom join Workshop ini, sesuai untuk mama hamil, lepas bersalin – Klik SINI
Ketahui 10 tanda anak gifted yang sering ibu ayah terlepas pandang. Panduan penting untuk memahami potensi luar biasa anak dan cara membimbing mereka dengan betul.