Ibu muda yang didakwa membunuh anaknya berusia satu tahun enam bulan dengan menekup bantal di muka bayinya di bawa ke Mahkamah Majistret hari ini.
Tertuduh, Umishahirah Khalid, 20, mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh dengan niat menyebabkan kematian ke atas anak lelakinya berusia satu tahun enam bulan antara 11 Januari kira-kira jam 5.25 petang hingga 12 Januari jam 11.30 pagi di sebuah kondominium di Vertex Tower, Cybersquare, Cyberjaya.
Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan, Nur Sabrina Zubairi di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman, manakala tertuduh diwakili peguam, Johan Radzi.
Ads
Dirujuk ke hospital sakit jiwa
Nur Sabrina membuat permohonan kepada mahkamah di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah supaya tertuduh dirujuk ke hospital bagi pemeriksaan dan pemantauan mental.
Beliau juga mencadangkan mahkamah menetapkan satu tarikh bagi sebutan serahan dokumen laporan forensik, kimia dan psikiatri hospital.
Mahkamah menetapkan 20 Mac depan sebagai tarikh sebutan kes.
Ads
Semalam media melaporkan, seorang ibu muda tergamak menekup dan mencekik anak lelakinya berusia setahun enam bulan sehingga mati.
Gambar Hiasan
Suspek berusia 20 tahun itu bagaimanapun ditahan bersama teman lelakinya di sebuah kondominium di Cyberjaya di sini, pada 12 Januari lalu.
Difahamkan, suspek bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta sedang dalam proses perceraian selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya seorang penganggur.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dilapor berkata, dalam keterangan awal suspek mendakwa kononnya mangsa terjatuh dari sofa sebelum dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan.
Lima Ogos lalu menjadi detik terindah buat penyanyi, Shila Amzah yang kembali bergelar isteri apabila sah menjadi isteri kepada influencer, Ubai.
Banyak perkongsian gambar-gambar indah sepanjang majlis berlangsung dikongsikan oleh Shila menerusi Instagramnya.
Namun sekeping gambar di pelamin bersama buah hati tersayang, Seth Uwais, anak Shila bersama bekas suami menjadi foto kenangan paling bermakna.
Tambah menarik perhatian pastinya kapsyen lucu Shila bersama anak dan suami.
“Lepas ni tengok gambar kahwin, takde lah Seth tanya kenapa tak invite dia pergi wedding,” seloroh Shila di kapsyennya.
Teramat bertepatan sekali bila mana Shila menulis kapsyen sebegitu. Ayat-ayat biasa yang selalu ditanyakan oleh anak-anak kita kepada mak ayahnya. Memang lucu!
Dalam pada itu, Shila dan Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli turut mengucapkan terima kasih di atas semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan majlis pernikahannya di The Boathouse Ampang, Kuala Lumpur tempoh hari.
Terdahulu, Shila Amzah pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki pada 2018 sebelum sah bercerai pada 8 Februari 2022 setelah empat tahun bergelar suami isteri. Shila turut mempunyai seorang cahaya mata, Seth Uwais yang dilahirkan pada 31 Ogos 2019.
Seringkali berkongsi gambar berdua bersama suaminya, Aiman Hakim Ridza, kini sempena hari lahirnya yang ke-26 pada 1 Februari lalu, Zahirah Macwilson tampil berkongsi gambar terbaru bersama anak lelakinya.
Dua keping gambar kandid yang dikongsikan Zahirah menerusi satu hantaran di instagram itu jelas menggambarkan sifat keibuan pelakon cantik ini.
Malah Zahirah turut menzahirkan rasa syukur dan gembira dengan anugerah yang diberikan Allah untuk menjadi ibu kepada bayinya.
“01/02/2021
“Genap 26 tahun hari ini.
“Menjadi ibu kepada anak lelaki saya adalah hadiah dan anugerah terpaling indah. I wanna hold you forever.
“Terima kasih daddy ambilkan gambar ini @aimanhakimridza,” tulis Zahirah ringkas namun cukup istimewa.
Satu ungkapan ringkas sempena hari lahir namun cukup menggambarkan bahawa kehadiran si comel ini menjadi pelengkap bahagianya bersama Aiman.
Throwback Di Bilik Bersalin
Terbaru menerusi Instastory, Zahirah juga turut berkongsi beberapa keping gambar throwback ketika detik melahirkan bayi lelakinya sebagai kenang-kenangan.
” Throwback, sebulan yang lalu ketika dalam dewan bersalin. Sejam sebelum bayi kita dilahirkan,” kongsi Zahirah lagi.
Ibu cantik ini juga turut berkongsi gambarnya bersama Aiman ketika menanti detik kelahiran bayinya itu.
Zahirah melahirkan bayi lelakinya pada 5 Januari lalu dan kini masih berpantang bersama ibunya dan Aiman di Perth, Austalia.
Terdahulu, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada Februari 2020.
Pada Oktober tahun lalu, pasangan ini terbang ke bumi Australia untuk melahirkan bayi sulung mereka dan berpantang bersama keluarga Zahirah yang menetap di Perth, Australia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lima sekeluarga melalui detik mendebarkan apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki dihanyutkan arus deras di Jalan Bukit Rokan, Gemencheh, awal pagi tadi.
Memetik laporan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad berkata, kesemua mereka yang berumur empat hingga 40-an itu yang dalam perjalanan dari Jelai ke Bukit Rokan diselamatkan selepas pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 12 tengah malam.
“Orang awam yang melalui kawasan tersebut nampak si ayah menolak kereta dan cuba membantu tetapi gagal kerana air terlalu deras dan dalam. Kita selamatkan empat ahli keluarga termasuk tiga anak pasangan berkenaan di atas kereta itu kira-kira jam 3 pagi.
“Si ayah sudah hanyut ke tengah ketika itu dan pasukan berjaya menyelamatkan mangsa hampir dua jam kemudian. Kesemua mangsa dibawa ke klinik kesihatan berhampiran bagi rawatan lanjut,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.”
Beliau berkata, dalam operasi berkenaan, pihaknya turut berdepan dengan cabaran berikutan air terlalu deras dan dalam serta terpaksa berpatah balik menggunakan laluan yang lebih selamat bagi mencari kenderaan yang dihanyutkan arus itu.
Sumber: Sinar Harian & Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.