Pengalaman menyusukan anak pertama kali memang mendebarkan. Ditambah pula dengan pengalaman dan ilmu yang cetek, rasa serba tidak kena.
Tambah cemas bila mana kurang pengalaman ketika menyusu sehingga payudara melecet dan berdarah. Susu akhirnya berwarna merah jambu dan kemerahan. Apa ibu nak buat dan adakah susu bercampur darah ini boleh diberikan pada anak?
Pn Nad Masrom, Kaunselor Laktasi bertauliah kongsikan faktanya buat semua.
Sejujurnya memang ada beberapa ibu yang bila dia pam susu, bukan setakat susu putih tapi susu berdarah sekali keluar. Memang terjadi.
Yang sebenarnya ibu tak perlu buang pun susu bercampur darah ini sebab walaupun nampak berdarah tapi masih boleh diberikan pada anak. Susu itu masih lagi selamat diberikan pada anak.
Ads
Bila nampak darah je kita mulalah fikir negatif, rasa macam risau dan berkuman tapi selamat nak beri pada anak.
Tapi terpulang pada ibu, kalau rasa tak nak bagi pada anak, maka tak payahlah bagi. Tapi jujurnya susu itu memang selamat kalau nak beri pada anak.
Apa nak buat?
Andai kata dah berdarah, ibu janganlah panik tapi tak perlu buang. Kalau digantikan dengan susu formula pada anak terutama ibu yang baru melahirkan pada anak, bayi ada kecenderungan keliru puting sebab susu botol terlalu laju.
Bila kita perkenalkan terlalu awal, bayi boleh keliru dan berkemungkinan penyusuan susu ibu boleh terhenti. Jadi beri sahaja pada anak.
Ads
Punca berlaku pendarahan?
Punca utama susu berdarah adalah antaranya mungkin ibu tidak mahir untuk menyusukan bayi ketika itu. Cara ibu pegang dan lekapan yang tidak tepat menjadi punca utama berlaku pendarahan.
Jadi ibu perlu dapatkan ilmu terlebih dahulu dengan sebaiknya.
Jenis-jenis warna susu
Jernih – jernih dan pekat adalah susu kolostrum yang keluar ketika 72 jam kelahiran. Masih ada lagi kekuning-kuningan.
Kebiruan – adalah susu foremilk iaitu warna susu awal selepas hari ketujuh dan berwarna. Keluar 10 minit awal.
Pink – susu yang bercampur darah
Coklat – susu bercampur darah yang telah lama
Pastinya seorang ibu akan membayangkan menyusu anak selama dua tahun ini macam lama je. Namun dalam keadaan tak sedar itu, tiba-tiba kita rasa Ya Allah anak dah boleh berjalan dan berlari pun.
Memang tak dinafikan seorang ibu nak cuba yang terbaik untuk susukan anaknya. Sebab itu dalam Islam sendiri pun Allah dah suruh kita merancang penyusuan untuk anak sebaik dilahirkan ke dunia.
Kewajipan bapa pula memberi makanan dan pakaian pada ibu ikut cara sepatutnya. Bapa kena pastikan kebajikan, keceriaan makan minum isteri yang baik bagi memastikan tempoh penyusuan buat anak berjalan lancar.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dalam Webinar Mama Tak Penat SusukanAnak, beliau menjelaskan sebaik-baik penyusuan susu ibu memang 2 tahun tapi andai kata dah usaha semaksimum mungkin tetapi ibu tak dapat capai target tersebut usah bersedih.
Sebab itu sebenarnya perjalanan penyusuan susu ibu bukan diletakkan di bahu isteri semata-mata. Suami juga harus sepakat dan kena tahu untuk proses yang baik mesti ada ilmu.
Mungkin untuk anak pertama ibu gagal menyusukan sehingga 2 tahun tapi untuk anak seterusnya tak semestinya tak berjaya. Lagi satu apa yang selalu saya dengar dari rakan-rakan saya yang bergelar pakar laktasi, kebanyakan ibu menyusu akan datang apabila ada masalah penyusuan.
Memang betul tapi sebaik-baiknya kena datang masa merancang nak ada anak dan bawa sekali suami. Suami yang baik tolonglah bagi sokongan pada isteri, bawa isteri jumpa pakar.
Bukan apa, jika isteri stres, dukacita, risau, bimbang dan sibuk fokusnya untuk menyusu sehingga anak dua tahun jadi terbantut dan pengeluaran susu juga tak banyak. Lagipun ibu yang menyusukan anak ni antara 8 ke 12 kali sehari dia akan beri susu buat anaknya.
Lagi satu saya nak ingatkan walaupun dah usaha tapi tak dapat juga mungkin ada hikmahnya. Ibu jangan rasa kecewa sehingga boleh menjejaskan kesihatan diri dan anak.
Boleh minta upah dengan suami
Kongsi Ustazah Isfadiah lagi, isteri yang menyusu anak sebenarnya boleh minta upah dengan suami. Mesti ramai isteri tak terfikir kan tapi hakikatnya memang begitu. Ada ulama yang mengatakan kalau isteri minta, suami kena bagi.
Tapi saya percaya ibu-ibu mesti tak tergamak nak buat begitukan sebab anak sendiri. Biarpun isteri tak minta, suami janganlah lepas tangan pula. Daripada sudut ni suami mesti beri sokongan moral, beri penghargaan, waktu isteri susukan anak tu boleh siapkan apa-apa makanan yang mudah untuk isteri dan sambil menyusu isteri boleh menikmatinya. Ni pun akan beri mood gembira.
Jika ada rezeki lebih tak salah pun nak berikan yang lebih mahal. Apa yang penting suami tak boleh lepas lepas tangan dan mesti ambil tahu. Ayah tetap kena terlibat dalam hal penjagaan anak.
Jangan ‘tidur mati’ kalau anak menangis tengah malam. Suami bangunlah dulu dan angkat anak sebelum bagi isteri susukan. Cuba ringankan isteri dan bila sokongan ini isteri dapat, dia pun akan bersungguh-sungguh
Makanan sunnah milkbooster terbaik
Bila sebut bab pemakanan untuk ibu menyusu, makanan sunnah antara milkbooster terbaik. Makanan sunnah adalah makanan yang diamalkan oleh nabi.
Dalam hal ini Ustazah Isfadiah tekankan ibu yang menyusu jangan lupa minum susu. Susu yang baik adalah susu kambing. Kalau boleh setiap hari sebab ni bagus untuk kalsium dalam badan.
Saya syorkan juga amalkan minum air madu. Satu sudu madu tu campur dengan air suam dan sebaik-baiknya biarlah madu asli.
Buah delima, jus buah delima atau cuka delima pun bagus. Khasiatnya untuk kulit, perkembangan otak dan jantung. Selain itu minyak zaitun, makanan tambahan perlu diamalkan setiap hari. Ini kerana dalam minyak zaitun tu ada asid lemak untuk bantu perkembangan saraf otak ibu dan anak.
Buah tin yang segar lagi bagus jika nak amalkan sebab ada omega 3 dan omega 6. Sekiranya susah nak dapatkan makanan sunnah yang disebutkan tadi, buah kurma paling senang. Boleh jadi snek antara masa menyusu dan sangat kaya dengan protein, gula, serat oleh ibu dan anak.
Selain menyentuh pemakanan sunnah, Ustazah Isfadiah juga turut berkongsi amalan yang yang boleh ibu menyusu amalkan. Antaranya adalah amalkan bacaan surah Al Fatihah bila rasa mood tak elok. InsyaAllah bila baca Al Fatihah hati boleh rasa tenang je.
Surah Al- Fatihah ni sebagai ruqyah dengan perasaan yag tak baik. Lagi satu boleh amalkan surah Al Insyirah.
Paling penting juga yang perlu dibaca tiap kali ibu menyusu sambil tenung muka dan usap kepala anak bacalah Ya Qowiyyu Ya Matin untuk bantu meningkatkan produksi susu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah bengkak susu di awal kelahiran sememangnya satu pengalaman yang cukup memeritkan. Ditambah pula dengan tiada pengalaman, masalah bengkak susu menjadi igauan ngeri bagi ibu yang baru bersalin.
Penyanyi, Wany Hasrita yang kini sedang berpantang selepas melahirkan anak sulungnya pada 8 Julai mengakui turut berdepan hal yang sama di hari ketiga kelahiran bayinya.
Menerusi Insta Storynya, Wany Hasrita berkongsi pengalaman itu ketika menjawab pelbagai pertanyaan pengikutnya di Instagram.
“Semualah kita mesej tanya nak kena buat apa. Sebenarnya try banyak benda, buat cold compression la, urut la, direct breastfeed la malam tu, semua tak jalan,” kongsi Wany menjawab pertanyaan peminatnya.
Selepas semuanya tidak berhasil, Wany lantas mendapatkan nasihat kenalan terdekatnya yang membantu melakukan teknik perahan tangan atau marmet. Barulah masalahnya kembali reda.
“Esok pagi kak @hayattmarni datang memang kena marmet juga picit keluarkan. Lepas tu baru lega.
“Ada yang cakap kalau bengkak kena pump keluarkan susu, ada yang cakap jangan pump haha entahlah.
“Kalau saya, marmet adalah jalan yang paling sesuai,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Wany Hasrita selamat menimang cahaya mata sulungnya pada 8 Julai lalu. Anak perempuan kesayangan Wany dan suami itu diberikan nama, Aisyah Al-Iman.
Bulan puasa merupakan antara bulan yang paling mencabar untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Keletihan, kurang zat dan nutrisi antara isu yang dihadapi sekiranya diet yang diamalkan sepanjang bulan puasa ini tidak betul.
Dietitian, Puan Fizah berkongsi amalan diet yang betul bagi ibu yang berpuasa agar sentiasa bertenaga sepanjang hari.
MENYUSU DAN PUASA
Pertama sekali saya nak tegaskan kalau larat berpuasalah, kalau tak larat jangan
Ibu yang menyusu menggunakan 25% dari tenaga dan kalau waktu berpuasa, makan tak cukup lagi senang untuk menggigil, pengsan dan sebagainya.
Sebenarnya keperluan kalori dan protein bagi ibu menyusu lebih dari ibu mengandung:
Ibu mengandung (BMI normal)
Trimester pertama: +80kcal
Trimester kedua: +280 kcal
Trimester ketiga: +470kcal
Tapi waktu menyusu pertambahan
6 bulan pertama: 500kcal dan 19g protein
6 bulan kedua: tidak perlu tambahan kalori tapi protein +13g
Setahun ke atas: macam biasa tiada pertambahan
Nampak keperluan lebih tinggi dari mengandung kan, sebab badan memerlukan pembakaran kalori sebanyak 20kcal untuk setiap 30ml susu badan dihasilkan.
So macam mana nak pastikan pengambilan cukup waktu berpuasa?Ramai risau penghasilan susu akan drop waktu berpuasa.
Sebenarnya ramai mommies boleh capai keperluan kalori tapi ramai yang gagal capai keperluan protein seharian
Waktu puasa akan terdapat ‘shift’ menu kepada menu yang tinggi lemak,karbohidrat dan rendah serat serta protein.
Kajian menunjukkan kalau kalori kurang sikit ia tidak menjejas penghasilan susu, tapi kalau protein tak cukup iye..itu boleh effect.
Maka berapa banyak protein yang mommies perlukan seharian untuk memenuhi keperluan ibu menyusu?
Disarankan ibu ibu mengambil 5-7 bahagian PROTEIN BERKUALITI sehari.
Apakah saiz 1 bahagian protein berkualitli?
🥜 segenggam kacang kekacang (contoh kacang tanah, almond,pistachio, walnut etc)
🍗 ayam sebesar tapak tangan (kalau bahagian drumstick kira sebagai 2 bahagian)
🍖 daging sebesar tapak tangan
🐟 ikan 1/2 saiz sederhana (macam kembong,mata besar) atau 1 potong (macam ikan tongkol)
🥛 1 cawan susu, bukan susu pekat manis na..
(1 mug tu haaa 240ml)
🧀 2 keping cheese/keju
🥚 telur ayam 1 biji
🐙 sotong sepanjang tangan
🦐 udang 4-6 ekor
**saiz bahagian protein boleh lihat dalam gambar
Maka untuk capai 5-7 bahagian saya sarankan bahagikan siap siap seperti berikut
Waktu sahur: 3 bahagian
Waktu berbuka: 2-3 bahagian
Waktu moreh: 1 bahagian
Contoh menu
Sahur: sumber protein datang dari lauk ikan seekor ke/ayam 1 ketul ke/telur 2 biji ke TAMBAH air susu (nak amik gitu je ke atau buat jadi teh susu ke kopi susu ke kurma susu ke up to you)
Berbuka: sumber protein datang dari lauk ikan/ayam/seafood etc dan ada sedikit dari sayur..maksud saya masak sayur dengan sumber protein..macam masak dengan telur/ikan bilis/ayam/sotong etc
Moreh: boleh snack ambil kacang kekacang ATAU roti cheese ATAU susu 1 cawan cicah biskut ATAU roti peanut butter
PASTIKAN ambil air cukup 8 gelas sehari seperti biasa
Sahur: 2 cawan
Sebelum imsak: 1 cawan
Berbuka: 2 cawan
Selepas solat maghrib: 1 cawan
Selepas terawih: 1 cawan
Sebelum tidur: 1 cawan
Ingat jangan puasa waktu berpantang, waktu ini bukan sahaja masih kehilangan darah tetapi badan anda memerlukan masa untuk baikpulih.
Waktu menyusu ini jika larat puasa, jangan memaksa diri ye..
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!