Bedung bayi atau membuat balutan kepada bayi anda yang baru lahir boleh membantunya untuk tidur lena dan mengurangkan kebarangkalian si manja untuk terjaga. Bedung bayi sebenarnya amat mudah untuk dilakukan, namun masih terdapat beberapa peraturan atau cara bedung bayi yang perlu diikuti untuk keselamatan si manja.

Ibu, Tahu Tak Bayi Hanya Boleh Dibedung Sampai Umur 4 Bulan? Jika Tidak, Ini Yang Akan Terjadi!

Bila ibu perlu bedung bayi?

Amalan berbedung adalah untuk bayi yang sangat muda – bermula seawal daripada kelahiran sehingga ketika mereka mula menunjukkan tanda-tanda boleh meniarap atau berguling (biasanya 4 hingga 6 bulan tetapi kadang-kadang lebih muda daripada tempoh tersebut).

Adakah bedung bayi selamat?

Ibu bapa baharu sering belajar bagaimana untuk membedung bayi mereka daripada jururawat di hospital. Selimut yang dibalut di sekeliling badan bayi anda boleh menyerupai rahim ibu dan membantu menenangkan bayi baru lahir anda.

American Academy of Pediatrics (AAP) menyatakan bahawa apabila berbedung dilakukan dengan betul, ia dapat menjadi teknik yang efektif untuk membantu menenangkan bayi dan menggalakkan si manja untuk lebih mudah tidur.

IKLAN

Tetapi jika anda merancang untuk membedungkan bayi di rumah, anda perlu mengikuti beberapa garis panduan cara bedung bayi untuk memastikan anda melakukannya dengan selamat.

Bagi mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mendadak, atau SIDS, adalah penting untuk meletakkan bayi anda tidur terlentang setiap kali anda meletakkan si manja di tempat tidur.

Ini mungkin lebih perlu jika bayi anda dibedung. Sesetengah kajian menunjukkan peningkatan risiko SIDS dan sesak nafas apabila bayi dibedung jika mereka diletakkan di bahagian perut mereka atau meniarap untuk tidur, ataupun jika mereka bergolek ke atas perut mereka.

Bagaimanakah cara bedung bayi yang betul?

IKLAN
  • Bentangkan sehelai kain benang kapas yang lembut di atas satu permukaan rata dan lipatkan sudut kanannya kira-kira 15cm ke bawah
  • Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya di atas kain tersebut
  • Tarik sudut terdekat pada tangan kirinya sambil menutupi badannya. Kemudian, masukkan bahagian depan pada bawah lengan kanannya dan mengelilingi belakang bayi
  • Tarik sudut hujung bawah ke atas hingga mencecah bawah dagunya
  • Tarik sudut kanan ke atas dan masukkannya ke bawah belakangnya di sebelah kiri
    bedung bayi

Ada juga sesetengah bayi yang suka tangan mereka bebas bergerak. Jika si kecil mula meronta dan kelihatan tidak selesa, cuba lepaskan tangan mereka dengan cara hanya membedung bayi pada bahagian bawah ketiaknya.

Cadangan tidur secara selamat oleh AAP untuk bayi anda

AAP mengesyorkan ibu bapa mengikuti saranan tidur secara selamat setiap kali mereka meletakkan bayi mereka tidur siang atau pada waktu malam:

  • Letakkan bayi anda di bahagian belakangnya untuk tidur (terlentang), dan pantau dia untuk memastikan dia tidak bergolek semasa dibedung
  • Jangan tinggalkan selimut longgar di katil bayi anda. Selimut longgar, termasuk selimut bedung yang tidak digunakan, boleh menutup muka bayi anda dan meningkatkan risiko untuk mati lemas
  • Sentiasa berhati-hati apabila membeli produk yang mendakwa boleh mengurangkan risiko SIDS. Bucu, kedudukan, tilam khas dan permukaan tidur khusus tidak ditunjukkan untuk mengurangkan risiko SIDS, menurut AAP
  • Bayi anda berada dalam keadaan yang paling selamat di dalam katil bayi atau bassinetnya sendiri, bukan di atas katil anda
  • Bedung boleh meningkatkan peluang bayi anda untuk menjadi sangat panas, jadi elakkan membiarkan bayi anda terlalu panas. Bayi mungkin berada dalam keadaan terlalu panas jika anda melihat si manja berpeluh, rambut yang lembap, pipi memerah, ditumbuhi ruam panas, dan pernafasan yang cepat
  • Pertimbangkan untuk menggunakan puting palsu untuk tidur siang dan malam.
  • Letakkan katil bayi di kawasan yang sentiasa bebas asap

Kesimpulan

IKLAN

Membedung bayi adalah satu kaedah tradisional di mana membalut atau membungkus bayi dengan kemas untuk membuat si manja berasa selamat dan tenang. Secara saintifiknya, ia terbukti berkesan kerana perbuatan ini dapat mengelakkan bayi terganggu dengan refleks sentakan (kejutan hipnagogik) badannya sendiri.

Namun begitu, jika ibu bapa membedung bayi dengan cara yang tidak betul, ia boleh mengakibatkan hip dysplasia kepada bayi.

Kredit: Hello Health

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Ibu, Tahu Tak Bayi Hanya Boleh Dibedung Sampai Umur 4 Bulan? Jika Tidak, Ini Yang Akan Terjadi!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI