Banyak betul celoteh si comel Arif Jiwa Asyraf. Walaupun percakapnya masih belum jelas (pelat) dan dalam bahasanya sendiri iaitu bahasa bayi, gelagatnya sangat mencuit hati. Arif mempunyai pengikut di instagram seramai 551 ribu orang. Walaupun masih kecil, Arif mempunyai ramai peminat yang sentiasa mengikuti perkembanganya.
Cucu kepada penyanyi tersohor Dato Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid ini sangat comel dan pandai. Aksinya selalu dirakam dan dikongsikan di instagram oleh ibunya, Tya Ariffin. Ikuti perkongsian di Instagram Arif Jiwa Asyraf;
Susah lah ibu Arif ni, tak faham bahasa “Ihiiii ni na ni naaaaanaaa” UncleOnty pasti pahamkan maksud arif apa?
Ads
Arif seolah cuba untuk menyatakan sesuatu. Tapi bahasanya susah difahami. Aksi comel ini telah ditonton seramai 4 ratus ribu kali di instagram. Tak puas tengok Arif berceloteh kan.
Ramai netizen yang terhibur melihat keletahnya yang comel
Ads
Si pipi pau
Ads
“Sini, nak naik atas katil” dia nak ibu dia datang dekat dengan dia supaya boleh angkat dia naik atas katil.
“Adik, kakak.. abah rindu sangat tapi allah sayangkan kamu!”. Itu antara luahan sebak bapa mangsa yang telah terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Beserah semalam menyebabkan dua beradik ini tercampak keluar selepas kereta Honda City dinaiki bersama mereka terbabas.
Puteri ku,
damai lah kamu berdua di sana. Bermainlah, gelak ketawa lah bersama2 di dalam syurga Puteri ku. Allah lebih sayangkan kamu berdua.
Allah telah memanggil kamu berdua puteriku, akhir2 ini, abah perasan banyak masa kakak bermersa bersama adik, adik sangat gembira akhir2 ini bila bermain dgn kakak, dan adik selalu minta abah dukung adik setibanya abah di rumah setelah pulang kerja, kakak pula selalu buat abah terperanjat dgn jerita untuk menyakat abah setelah abah melangkah ke dalam rumah setelah penat berkerja.
Tp abah tak pernah perasan yang semua tu bakal berakhir malam semalam 17/8/18, puteriku abah dan ibu sangat sayangkan kamu berdua, rindu akan tawa senda mu, rindu jerita kakak, rindu garau suara adik yg meminta makanan jika lambat di suap ke mulut.
Kakak, abah rindu celoteh kakak yang suka bercerita kpd abah dan ibu dan soalan2 yang selalu kakak tanya pada abah dan ibu, abah dan ibu sangat2 rindu pada kamu berdua, baru satu hari kamu berdua meninggalkan kami.
Tapi perasaan ini terasa sangat lah rindu, telinga ini bagai terdengar akan suara kamu berdua puteriku, mata ini selalu terbayang2 akan pergerakan mu yang selalu bermain2 di dalam rumah, abah dan ibu takkan pernah lupa pada kakak dan adik, kakak dan adik damai lah di sana, Allah telah memanggilmu, pergilah dgn tenang.
Allah telah meminjamkan kamu berdua kpd ibu dan abah sekadar waktu ini sahaja, abah Redha… Puteri2 ku, cari lah abah dan ibu jika kamu tidak bertemu abah dan ibu di Syurga, carilah sehingga jumpa, tariklah abah dan ibu ke dalam Syurga Allah, di mana tiada tempat yg kekal melaikan di syurga mu Ya Allah..
Ya Allah tabahkan hatiku dan isteri ku, tanamkan perasaan redha kpd kami dengan ketentuan dan takdir mu ini. Hadirkan sifat sabar di dalam diri kami Ya Allah.. sebaik baik perancangan adalah perancangan mu Ya Allah.. ada kemanisan di sebalik kepahitan.. InsyaAllah..
Nur Nailah Al Farafisha Nur Afina Safiya Dalam kenangan Abah dan Ibu.
Siapa yang tak kenal dengan usahawan kosmetik terkenal di Malaysia iaitu Dato Seri Vida?Dato Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya iaitu Hasmiza binti Othman 52, dikenali sebagai pempengaruh, usahawan, penyanyi dan juga seorang ibu. Cara didikan dan layanan dia terhadap anak dikagumi ramai.
Sebelum ini dia mengeluarkan lagu ‘La Vida Raya’, kali ini lagu raya terbaru yang dikeluarkannya bertajuk Muah Hari Raya. Apa yang lebih menarik adalah penglibatan kedua anaknya dalam muzik video tersebut. Suka lihat keluarga ini, anak-anak turun padang menjayakan muzik video DSV. Nak tengok best ke tak, boleh ke youtube DSV!
Baru-baru ini juga, anak lelakinya iaitu Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Kacak mengeluarkan jenama baju raya sendiri iaitu Kacak World. Dato Seri Vida sebagai ibu yang ‘supportive’ setiasa memberi sokongan kepada anaknya. Dalam satu video tiktok DSV doakan kacak dan menerusi kapsyennya “InsyaAllah ada rezeki buat @KACAKWORLD. Mohon kawan-kawan Tiktok Mama Support Kacak okay!” Apa yang lebih menyentuh hati warganet adalah Kacak beri baju raya keluarannya secara percuma kepada abang petronas walaupun belum rasmikan jualannya lagi. Detik bermulanya momen menyentuh hati melihat kegembiraan lelaki tersebut.
“Kacak tak jual satu lagi”
“takpe, rezeki akan datang in sha Allah”
“kita bagi dulu, in sha allah..”
“tapi meniaga kena rasmi dulu kacak…”
“takpe ma, kita sedekah dulu rasmikan dengan sedekah…”
Ibu bapa mana yang dapat melihat anak menderita kesakitan. Sanggup melakukan apa sahaja asalkan cahaya mata semakin baik, sihat dan pulih.
Muhammad Rezfan, 11 bulan mengalami 4 penyakit jantung dan tidak boleh membuang air besar secara normal. Anak kecil ini juga adalah anak istimewa sindrom Down.
SUDAH MELALUI 2 PEMBEDAHAN
Menurut bapanya, Mohd Fazli Muhamad Radzuan anak keempatnya itu telah pun melalui dua pembedahan iaitu pembedahan membuat lubang dubur pada Januari dan pembedahan katarak pada Februari.
Mata Refzan yang dulu diselaputi katarak kini boleh melihat. Bayi ini menggunakan cermin mata untuk pandangan dekat kerana kanta yang dipasang hanya untuk pandangan jauh.
“Semakin dia membesar semakin berfungsi untuk pandangan jauh. Untuk pandangan dekat Refzan perlu memakai cermin mata dengan power 700 bagi sebelah mata,” kata Fazli.
Walau pun pembedahan membuat lubang dubur telah dilaksanakan, Rezfan masih tidak dapat membuang air besar secara normal kerana perlu melalui proses menjolok lilin pelbagai saiz melalui lubang dubur.
PERLU TUNGGU BERAT CECAH 10KG
Keadaan Rezfan yang kerap demam menyukarkan rawatan berikutan tumbesarannya perlu mencapai 10 kilogram sebelum boleh melakukan pembedahan untuk jantung pula. Berat terkini Rezfan ialah 7.8kg.
BANYAK MENANGIS RISIKO JANGKITAN KUMAN
Selepas membuat pembedahan katarak, doktor mata meminta untuk menghentikan dahulu proses ‘menjolok lilin’ kerana tidak mahu Rezfan menanggung risiko jangkitan kuman jika dia terlalu banyak menangis.
Hasil keprihatinan, bapa ini bersyukur atas bantuan yang diberikan walau pun kini sudah kehabisan kerana digunakan sebagai amanah untuk rawatan Rezfan & perjalanan ulang alik ke Kedah, Pulau Pinang & Kuala Lumpur.
SEMINGGU TIDUR DALAM KERETA
Lebih menyedihkan lagi Mohd Fazli bersama 2 lagi anaknya yang lain pernah tidur dalam kereta selama seminggu semasa Rezfan mendapatkan rawatan katarak di Kuala Lumpur.
Bagi meneruskan hidup, Fazli mencari rezeki dengan menjual ais kacang dan makanan ringan di depan rumah manakala isterinya bertugas sebagai guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang memperoleh pendapatan RM850 sebulan.
HARAP BOLEH BERI DORONGAN KEPADA IBU BAPA LAIN
Bapa ini berharap perkongsian ini dapat memberikan dorongan kepada ibu bapa lain yang mempunyai anak seperti Refzan terus kuat walau pun apa juga dugaan dan halangan yang dilalui. Pasrah dan reda dengan ketentuan Ilahi.
Kepada anda yang ingin menghulurkan bantuan meringankan beban keluarga ini bolehlah menyalurkan kepada akaun isterinya (Bank Simpanan Nasional) Zuraidah Azlinda Mehad 0213829-0000-35611.