Ibu bapa mana yang dapat melihat anak menderita kesakitan. Sanggup melakukan apa sahaja asalkan cahaya mata semakin baik, sihat dan pulih.

Muhammad Rezfan, 11 bulan mengalami 4 penyakit jantung dan tidak boleh membuang air besar secara normal. Anak kecil ini juga adalah anak istimewa sindrom Down.

“Apa Sahaja Demimu Rezfan”.  Anak Derita 4 Penyakit Jantung & Masalah Buang Air Besar Terus Berjuang

SUDAH MELALUI 2 PEMBEDAHAN

Menurut bapanya, Mohd Fazli Muhamad Radzuan anak keempatnya itu telah pun melalui dua pembedahan iaitu pembedahan membuat lubang dubur pada Januari dan pembedahan katarak pada Februari.

Mata Refzan yang dulu diselaputi katarak kini boleh melihat. Bayi ini menggunakan cermin mata untuk pandangan dekat kerana kanta yang dipasang hanya untuk pandangan jauh.

“Semakin dia membesar semakin berfungsi untuk pandangan jauh. Untuk pandangan dekat Refzan perlu memakai cermin mata dengan power 700 bagi sebelah mata,” kata Fazli.

IKLAN

Walau pun pembedahan membuat lubang dubur telah dilaksanakan, Rezfan masih tidak dapat membuang air besar secara normal kerana perlu melalui proses menjolok lilin pelbagai saiz melalui lubang dubur.

“Apa Sahaja Demimu Rezfan”.  Anak Derita 4 Penyakit Jantung & Masalah Buang Air Besar Terus Berjuang

PERLU TUNGGU BERAT CECAH 10KG

Keadaan Rezfan yang kerap demam menyukarkan rawatan berikutan tumbesarannya perlu mencapai 10 kilogram sebelum boleh melakukan pembedahan untuk jantung pula. Berat terkini Rezfan ialah 7.8kg.

BANYAK MENANGIS RISIKO JANGKITAN KUMAN

IKLAN

Selepas membuat pembedahan katarak, doktor mata meminta untuk menghentikan dahulu proses ‘menjolok lilin’ kerana tidak mahu Rezfan menanggung risiko jangkitan kuman jika dia terlalu banyak menangis.

Hasil keprihatinan, bapa ini bersyukur atas bantuan yang diberikan walau pun kini sudah kehabisan kerana digunakan sebagai amanah untuk rawatan Rezfan & perjalanan ulang alik ke Kedah, Pulau Pinang & Kuala Lumpur.

“Apa Sahaja Demimu Rezfan”.  Anak Derita 4 Penyakit Jantung & Masalah Buang Air Besar Terus Berjuang

SEMINGGU TIDUR DALAM KERETA 

IKLAN

Lebih menyedihkan lagi Mohd Fazli bersama 2 lagi anaknya yang lain pernah  tidur dalam kereta selama seminggu semasa Rezfan mendapatkan rawatan katarak di Kuala Lumpur.

Bagi meneruskan hidup, Fazli mencari  rezeki dengan menjual ais kacang dan makanan ringan di depan rumah manakala isterinya bertugas sebagai guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang memperoleh pendapatan RM850 sebulan.

HARAP BOLEH BERI DORONGAN KEPADA IBU BAPA LAIN

Bapa ini berharap perkongsian ini dapat memberikan dorongan kepada ibu bapa lain yang mempunyai anak seperti Refzan terus kuat walau pun apa juga dugaan dan halangan yang dilalui. Pasrah dan reda dengan ketentuan Ilahi.

Kepada anda yang ingin menghulurkan bantuan meringankan beban keluarga ini bolehlah menyalurkan kepada akaun isterinya (Bank Simpanan Nasional) Zuraidah Azlinda Mehad 0213829-0000-35611.

Sumber: Harian Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI