Anak adalah anugerah yang terindah untuk kita. Asalkan sihat, sebagai ibu ayah kita sudah mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita. Namun, mungkin ada sesetengah pasangan yang mencuba untuk mendapatkan anak perempuan.
Sumber foto: www.freepik.com
Sebenarnya ada ikhtiar yang boleh dicuba untuk mendapatkan anak perempuan. Menerusi perkongsian ringkas di TikTok @Klinik Sabah, Dr. Ruhaizad Daud kongsikan bagaimana caranya.
Menurut doktor ini, ada dua syarat utama yang perlu dipenuhi untuk memastikan peluang mendapatkan anak perempuan melebihi 50 peratus.
1. Haid yang teratur
2. Melakukan hubungan kelamin dengan suami sehingga 4-5 hari sebelum tiba waktu ovulasi (hari subur)
Katanya lagi, haid yang teratur sangat penting untuk seorang wanita mengetahui waktu ovulasi yang merupakan hari subur mereka. Dengan cara ini, lebih mudah untuk merancang jantina anak. Lebih mudah sekiranya waktu subur dan putaran haid ditentukan menggunakan aplikasi period tracker.
Jelas Dr. Ruhaizad, sewaktu hari ovulasi elak untuk mengadakan hubungan kelamin dengan pasangan kerana ketika ini potensi mendapat anak lelaki lebih tinggi.
Ads
Melalui ruangan komen, ada juga yang berkongsi keberkesanan kaedah ini;
Ads
Semoga perkongsian dari doktor ini dapat membantu pasangan yang mungkin teringin untuk mendapatkan anak perempuan. Mana tahu ada rezeki kan?
Tak lama lagi, aktres cantik Umi Nazeera bakal menyambut kelahiran anak sulungnya. Sebagai ibu pertama kali, dia ingin mengetahui lanjut mengenai pemakaian barut kepada bayi.
Baru-baru ini Umi turut berkongsi perkembangan kandungannya yang mengalami plasenta previa tahap dua. Para follower juga turut berkongsi tip dan pengalaman plasenta previa semasa hamil.
Umi Nazeera yang mendirikan rumah tangga dengan Dr. Mohd Izzar Anwari pada 2017 menyuarakan keinginan untuk mengetahui lanjut mengenai barut bayi di Instagram.
Anyway Ummi baru belajar apa tu Barut baby.. Persoalannyaaa… apa kegunaan barut baby ni ya ?
Kaki bengkak masa hamil memang kerap dihadapi wanita. Dengan perut yang semakin membesar, kaki yang membengkak menyukarkan pergerakan. Walaupun ia perkara yang lazimnya berlaku kepada wanita mengandung, ia sedikit sebanyak menyukarkan pergerakan dan menimbulkan rasa tidak selesa. Tapi kalau kaki yang bengkak itu hanya sebelah sahaja bagaimana pula?
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan bengkak kaki semasa hamil adalah masalah yang biasa dihadapi lebih-lebih lagi apabila memasuki trimester ketiga kehamilan.
Apabila bayi semakin membesar, lebih-lebih lagi selepas 20 minggu, rahim anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis sekaligus menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah.
Salur darah yang dipanggil inferior vena cava ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.
Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali.
Biasanya air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.
Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda bangun dari tidur. Pada sebelah petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya.
Menjelang hujung-hujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.
Bengkak kaki ini adalah perkara biasa, terutamanya pada trimester ketiga. Lebih kurang 50-80% wanita hamil yang sihat akan mengalaminya.
Minum air yang mencukupi. Kebanyakan pesakit takut untuk minum air kerana beranggapan bahawa minum air yang banyak akan menyebabkan kaki lebih membengkak. Seperti apa diterangkan di atas, badan kita akan mengalami dehidrasi yang teruk kerana air di dalam salur darah sudahpun keluar dari salur darah. Dehidrasi dalam saluran darah akan menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan pembekuan darah senang terjadi. Hal ini akan mengundang kepada masalah lain seperti thrombosis.
Tinggikan kaki semasa baring. Letakkan bantal di bawah kaki supaya aras kaki menjadi lebih tinggi dari pada paras dada. Tarikan graviti boleh mengurangkan pengumpulan air pada kaki dan membantu pengaliran darah.
Baring mengiring di sebelah kiri badan. Dengan mengamalkan posisi ini, janin tidak akan menekan salur darah inferior vena cava dan pengaliran darah ke jantung akan lebih baik.
Selalu bergerak ke sana ke mari. Pergerakan aktif adalah lebih baik untuk anda kerana pengaliran darah akan lebih lancar. Secara tidak langsung, ia boleh mencegah pembentukan darah beku pada salur darah kaki.
Stokin ini tidak sama seperti stokin harian yang biasa kita guna. Stokin ini direka khas untuk membantu melancarkan pengaliran darah pada kaki. Ianya mempunyai keregangan tersendiri dan perlu diukur dengan tepat daripada aras paha hingga ke tapak kaki. Setiap bahagian setokin ini mempunyai tekanan dan keregangan yang berlainan. Compression stocking ini digalakkan penggunaannya pada waktu malam semasa tidur untuk disesuaikan dengan pengaliran darah menjadi perlahan semasa baring.
Sila gunakan kasut yang selesa, bertapak rata dan sesuai dgn bentuk kaki untuk mengelakkan tekanan pada kaki yang boleh menyebabkan kesakitan. Jangan plak nak melaram dengan kasut tinggi. Silap haribulan jatuh plak!
Perlu ambil perhatian, sekiranya bengkak ini sangat teruk sampai ke paras pinggang melibatkan faraj, bukan la bengkak biasa ketika hamil. Ia boleh jadi tanda-tanda awal pre-eclampsia. Hal ini perlu diperiksa dengan teliti oleh doktor untuk memastikan tekanan darah anda normal.
Selain dari itu, kaki bengkak juga boleh disebabkan oleh Nephrotic syndrome – penyakit ini berpunca daripada masalah penapisan pada buah pinggang yang menyebabkan protein dan air dikumuhkan keluar daripada salur darah badan kita. Masalah ini memerlukan perhatian doktor pakar buah pinggang kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang secara kekal jika dibiarkan tanpa rawatan.
Kalau kaki saya bengkak sebelah saja. Macam mana?
TIDAK NORMAL dan memerlukan pemerhatian doktor. boleh jadi masalah deep vein thrombosis atau darah beku yang tersumbat pada saluran darah kaki . Kadang kala, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit darah yang tidak pernah kita ketahui seperti antiphospholipid syndrome, thrombophilia atau bentuk salur darah yang tidak normal.
Sekiranya tidak dikesan dengan lebih awal, darah beku pada kaki ini boleh pecah pada bila-bila masa. Ketulan darah beku yang lebih kecil ini akan bergerak ke arah jantung dan paru-paru.
Hal ini boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba. Justeru itu, amatlah penting untuk mengesan penyakit deep vein thrombosis ini lebih awal supaya rawatan dapat diberikan dengan kadar segera.
Jangkitan kuman boleh sebabkan kaki bengkak – dinamakan cellulitis. Hal ini berpunca daripada gigitan serangga (tanpa kita sedari) atau dari kaki yang luka. Boleh sembuh jika rawatan antibiotik dimulakan awal.
Walaupun bengkak kaki ni boleh jadi normal semasa hamil, ada keadaan-keadaan dimana bengkak kaki ni tanda-tanda kepada masalah yang lebih serius. Jangan suka buat andaian sendiri, dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari yang bertauliah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas mengumumkan kehamilannya pada Disember lalu, Instagram pelakon cantik, Tasha Shilla sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktivitinya ketika hamil.
Terbaru menerusi Instagramnya, Tasha mendedahkan usia kandungannya kini sudah pun memasuki bulan kelapan. Malah dengan sekeping gambar yang dikongsikan Tasha dengan perut yang semakin membesar, membuatkan bakal ibu ini semakin berseri-seri.
Malah kata Tasha lagi, dia kini sedang membilang hari untuk menanti kelahiran bayi sulungnya tidak berapa lama lagi.
Bersyukur dengan perjalanan indahnya yang menghampiri usia sembilan bulan itu, Tasha turut memberi penghargaan kepada suaminya kerana sentiasa berada di sisinya sepanjang detik mencabar ini.
“Menghitung hari, saya amat menyukai journey kehamilan ini,” luahnya ringkas.
Pelakon yang sering membawakan watak antagonis ini turut meluahkan penghargaan buat suami tercinta yang sentiasa membahagiakannya.
“Kepada suami yang begitu kuat menyokong perjalanan kehamilan ini, saya amat menghargai segala kebaikan, kelembutan, kasih sayang dan perhatian yang diberikan…saya sayang awak sayang @@atiqidris.
“Syukur Alhamdulillah 🤲🏻 #32weekspregnant,” luahnya buat suami tercinta.
Meninjau di beberapa entri Tasha di Instagramnya, sepanjang kehamilan ini, Tasha dilihat banyak melakukan pelbagai aktiviti termasuklah berurut dan sebagainya untuk melancarkan kelahirannya kelak.
Rata-rata peminat turut mendoakan kesejateraan Tasha dan dipermudahkan kelahiran bayi sulungnya kelak.
Pada Disember tahu lalu, Tasha mengumumkan kehamilannya yang ketika itu sudah pun berusia lima bulan. Semoga kelahirannya sedikit masa lagi dipermudahkan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @tashashila
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...