Siapa yang perah mengandung dan dapat penyakit gatal-gatal di perut. Gatal sangat sampai tak boleh nak tidur malam dibuatya. Tahu tak sebenarya itu adalah satu penyakit yang bernama PEP (Polymorphic Eruption Of Pregnancy). Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai penyakit ini melalui perkongsian dari Dr Aween Liana.

 

Melalui perkongsian doktor Aween di aplikasi Twitter, nama penyakit ini dahulu sebenarnya (PUPPP) Pruritic Urticarial Papules and Plaques of Pregnancy. Penyakit ini sebenarnya sangat biasa dalam kalangan ibu mengandung. 1 dari 160 ibu mengandung berpotensi untuk menghidap penyakit ini dan PUPPP kebiasaannya terjadi kepada ibu yang mengandung buat kali pertama.  Ada kajian menunjukkan risiko lebih tinggi utk ibu yg bertambah berat bdn secara berlebihan dan kalau mengandung lebih dari satu (twins/triplets).

Mengandung Dan Gatal-Gatal Dekat Perut, Rupanya Penyakit PEP
Sumber: Canva

Selain itu, PUPPP akan terjadi dalam 3rd trimester, maksudnya bila perut mula membesar dari bulan mengandung ke 7 hingga 9. Dikatakan ada kaitan dengan ketegangan kulit perut yg membesar (skin stretch) dgn perubahan hormone sewaktu mengandung.

 

BAGAIMANA UNTUK KENALPASTI?

Senang sahaja untuk kenalpasti. Ia akan bermula dengan biji-biji gatal selalunya di kawasan strech marks perut dan ia akan merebak dan merebak ke dada dan kaki. Apa yang menariknya, selalunya di pusat perut ibu mengandung tidak akan terkena.

Mengandung Dan Gatal-Gatal Dekat Perut, Rupanya Penyakit PEP

IKLAN

Menurutnya lagi, bentuknya pula boleh bermacam-macam, boleh jadi gegata, biji-biji kecil dan biji-biji besar. Kadang-kadang tu bentuk macam eczema. Oleh sebab itu namanya kini adalah “Polymorphic…” disebabkan maksudnya pelbagai rupa dan bentuk.

Ibu-ibu jangan risau PUPPP akan hilang dengan sendiri dalam 4-6 minggu selepas bersalin. Namun, ada pesakit yang sangat gatal sehingga memerlukan pertolongan.

BAGAIMANA UNTUK MERAWAT??

Mengandung Dan Gatal-Gatal Dekat Perut, Rupanya Penyakit PEP

Mengandung Dan Gatal-Gatal Dekat Perut, Rupanya Penyakit PEP

IKLAN

Mengandung Dan Gatal-Gatal Dekat Perut, Rupanya Penyakit PEP

Mengandung Dan Gatal-Gatal Dekat Perut, Rupanya Penyakit PEP

 

Perlu ingat, penyakit ini tidak berbahaya. Tidak akan berjangkit kepada anak sama sekali. Dan selalunya tidak berulang dengan kandungan seterusnya, melainkan jika mengandung twins/triplets.

 

IKLAN

 

Peringatan:

Mengandung Dan Gatal-Gatal Dekat Perut, Rupanya Penyakit PEP

Mengandung Dan Gatal-Gatal Dekat Perut, Rupanya Penyakit PEP

 

Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung jika ada penyakit ini, saranan dari doktor pakar perunding kulit ini adalah untuk minta “Mr Jannah” atau Encik suami pakaikan pelembab dan ubat.

Kredit: Dr Wan Syazween Lyana 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI