Sumber foto: www.shutterstock.com

Buat pasangan suami isteri yang sudah berkahwin sudah tentunya  menungggu kehadiran cahaya mata. Jadi, pasti ada dikalangan kita yang mencari cara cepat mengandung atau hamil supaya dapat menimang cahaya mata dengan segera.

Pun begitu, ia mungkin agak sukar bagi sesetengah pasangan untuk menimang anak. Paling menyedihkan setelah dua tahun masih belum dikurniakan anak. Jadi sudah tentu ada pasangan yang ingin mengetahui cara yang betul, tepat dan berkesan untuk hamil.

Salah satu cara adalah menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF). Rawatan ini memberi peluang selain harapan baharu kepada mana-mana pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan demi mendapatkan zuriat pengerat kasih sayang.

 Apa itu IVF

Ikhtiar Suami Isteri Dapatkan Cahaya Mata, Program IVF Rahmah Rakyat Bantu Ramai Pasangan

Persenyawaan In Vitro (IVF) adalah rawatan kesuburan terkenal, asalnya dikenali sebagai “bayi tabung uji”. Prosedur rawatan ini memerlukan telur disenyawakan dengan sperma di dalam makmal untuk menghasilkan embrio. Kemudian, embrio akan dimasukkan ke dalam rahim.

Bagaimana IVF Berfungsi

Proses bermula melalui pemantauan suntikan yang berkala kepada wanita untuk menggalakkan pengeluaran telur dalam kadar yang tertentu. Setelah telur matang, tim perubatan diketuai oleh doktor kesuburan dan dibantu oleh pakar bius,  embriologis dan jururawat akan melakukan prosedur untuk pengambilan telur. Setelah itu, telur tersebut akan disenyawakan dengan sperma di dalam makmal. Embrio yang terbentuk akan dinilai dan embrio yang sihat akan dipilih untuk dimasukkan semula ke rahim wanita. Proses ini dilakukan menerusi piawaian standard yang tinggi dalam memastikan kualiti penjagaan yang baik kepada pesakit yang mendapatkan rawatan kesuburan.

Setelah dua minggu, ujian kehamilan menerusi ujian darah dapat menentukan dengan lebih tepat jika wanita berjaya hamil menerusi rawatan kesuburan tersebut. Kadar kejayaan IVF di Malaysia adalah baik iaitu antara 65%-75%.

Siapa yang Menjalani IVF

Ikhtiar Suami Isteri Dapatkan Cahaya Mata, Program IVF Rahmah Rakyat Bantu Ramai Pasangan
Sumber foto: www.shutterstock.com

IVF digunakan untuk merawat pelbagai isu kesuburan termasuk masalah sperma, masalah telur atau ovulasi, endometriosis, dan masalah rahim. Ia juga merupakan pilihan bagi pasangan yang tidak berjaya hamil selepas cubaan-cubaan lain.

Cabaran dan Kejayaan

IVF boleh menjadi perjalanan yang mencabar fizikal dan emosi. Pasangan perlu bersedia menghadapi ujian dan tribulasi sepanjang proses ini. Walaupun begitu, kejayaan IVF telah membawa kebahagiaan kepada keluarga dan berjuta-juta pasangan di seluruh dunia.

Impak Sosial dan Psikologi

IKLAN

Penerimaan masyarakat terhadap IVF telah meningkat, dan masyarakat semakin memahami perjuangan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan. Walaupun demikian, pasangan yang menjalani IVF mungkin perlu mencari sokongan psikologi untuk menguruskan tekanan dan emosi semasa proses ini.

Kewangan

Ikhtiar Suami Isteri Dapatkan Cahaya Mata, Program IVF Rahmah Rakyat Bantu Ramai Pasangan
Sumber foto: www.shutterstock.com

Alternatif ini dilakukan apabila kaedah lain tidak berupaya untuk menghasilkan zuriat yang diinginkan. Kos IVF boleh menjadi faktor pembatas kepada beberapa pasangan. Oleh itu, adalah penting untuk mempertimbangkan kos serta aksesibiliti kaedah ini menerusi perbincangan mengenai perancangan keluarga.

Harapan

IVF memberikan harapan kepada pasangan yang sebelumnya tidak mempunyai pilihan untuk memiliki anak sendiri. Dengan kemajuan teknologi perubatan, IVF terus berkembang untuk memberikan peluang kebahagiaan keluarga kepada ramai pasangan yang berjuang untuk mendapatkan zuriat.

IVF RAHMAT RAKYAT PERKASA KELUARGA HARMONI MALAYSIA MADANI

Baru-baru ini sebuah majlis telah diadakan iaitu Perasmian Program IVF Rahmah Rakyat (IRR) bersempena Sambutan Ulangtahun Metro IVF yang ke-28, berlangsung di salah sebuah pusat perubatan kesuburan Metro IVF yang terletak di Setiawalk, Puchong.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Jamaliah Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor mewakili YAB Menteri Besar Selangor. Metro IVF Sdn Bhd (Metro IVF) mengadakan Program IVF Rahmah Rakyat yang berkonsepkan harga mampu milik khusus kepada pasangan yang telah berkahwin dan tidak mempunyai anak menerusi saringan kesihatan, promosi dan pendidikan kesihatan, kaunseling kesihatan dan khidmat rundingan pakar kesuburan.

IKLAN

Ikhtiar Suami Isteri Dapatkan Cahaya Mata, Program IVF Rahmah Rakyat Bantu Ramai Pasangan

Program ini merupakan inisiatif bagi menyokong aspirasi kerajaan membentuk Malaysia Madani iaitu ke arah mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih maju dan makmur berteraskan 6 nilai teras termasuk aspek ‘kesejahteraan’ dan ‘ihsan’ iaitu menerusi penganjuran aktiviti yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan perubatan kepada masyarakat.

Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Dr Tee Swi Peng, Pengasas Metro IVF yang juga merupakan Pengerusi Metro Healthcare Berhad turut menjelaskan, “Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran orang awam mengenai isu kesuburan yang semakin meruncing dan dijangka mampu mengurangkan beban segelintir warga awam khususnya kumpulan B40 bagi menghargai kepentingan institusi keluarga sebagai asas cerminan kepada masyarakat yang stabil dan sejahtera.”

Ikhtiar Suami Isteri Dapatkan Cahaya Mata, Program IVF Rahmah Rakyat Bantu Ramai Pasangan

Ikhtiar Suami Isteri Dapatkan Cahaya Mata, Program IVF Rahmah Rakyat Bantu Ramai Pasangan

Ikhtiar Suami Isteri Dapatkan Cahaya Mata, Program IVF Rahmah Rakyat Bantu Ramai Pasangan

MENGENAI METRO IVF

Metro IVF adalah salah sebuah perintis pusat kesuburan IVF di Malaysia sejak tahun 1999 dan mempunyai rangkaian di seluruh Semenanjung Malaysia. Metro IVF menggunakan teknologi IVF terkini dengan kadar kejayaan yang tinggi secara konsisten untuk setiap kitaran IVF. Jalinan usahasama pertama bersama Hospital Tengku Ampuah Rahimah (HTAR) adalah dari kumpulan B40. Untuk maklumat lanjut, layari www.metro.com.my

IKLAN

Ikhtiar Suami Isteri Dapatkan Cahaya Mata, Program IVF Rahmah Rakyat Bantu Ramai Pasangan

Tahniah Metro IVF kerana merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah Konsultasi Kesuburan & IVF Pilihan PAKAR PILIHAN PA&MA

Ikhtiar Suami Isteri Dapatkan Cahaya Mata, Program IVF Rahmah Rakyat Bantu Ramai Pasangan

Seiring kemajuan teknologi perubatan, kini terdapat beberapa pilihan dalam rawatan kesuburan untuk memperoleh zuriat dan satu daripadanya adalah In Vitro Fertilisation (IVF).

Bagi memberikan perkhidmatan rawatan kesuburan kepada yang mengalami masalah infertiliti, Metro IVF diasaskan pada tahun 1996 antara salah satu pusat rawatan kesuburan yang menjadi pilihan.

Sebagai pusat rawatan kesuburan unggul, Metro IVF menawarkan penyelesaian ketidaksuburan yang komprehensif kepada pesakit.

Ikhtiar Suami Isteri Dapatkan Cahaya Mata, Program IVF Rahmah Rakyat Bantu Ramai Pasangan

Ikhtiar Suami Isteri Dapatkan Cahaya Mata, Program IVF Rahmah Rakyat Bantu Ramai Pasangan

Selain rawatan yang diberikan oleh Perunding Kesuburan yang berpengalaman, Metro IVF menggunakan teknologi terkini dengan makmal serba lengkap. Metro IVF memberikan konsultasi kesuburan, rawatan Permanian Berhadas (IUI), Persenyawaan in vitro (IVF), Preimplantation Genetic Screening (PGS), Pengambilan Telur (OPU), rawatan susulan kesuburan, rawatan kepada pasangan yang mengalami keguguran berulang dan kegagalan IVF berulang. Metro IVF juga turut diiktiraf oleh RTAC, institusi bebas menepati piawaian antarabangsa.

Bagi mendapatkan informasi terkini, boleh layari laman web layari laman sesawang Metro IVF di https://www.metro.com.my/  juga di facebook https://www.facebook.com/MetroIVF untuk melihat pelbagai kemudahan perkhidmatan dan panduan  untuk anda.

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI