Kehamilan

“Ikut Mak-Mak Punya Style” Neelofa Guna Khidmat Bidan Kampung, Bakal Berpantang Cara Tradisional!

Share

Usahawan dan pengacara, Neelofa yang bakal menyambut kelahiran anak keduanya sedikit masa lagi memilih untuk berpantang secara tradisional selepas melahirkan anak keduanya.

Bukan itu sahaja, bahkan menerusi satu perkongsian video, Neelofa juga akan menggunakan khidmat bidan kampung dari Terengganu sepanjang tempoh pantang selama 44 hari itu nanti.

Ketika ditanya mengenai proses berpantang kelak, akui Neelofa, dia sendiri sudah melepaskan segala tanggungjawab pada kerjayanya, semata-mata untuk memberi tumpuan kepada bayi keduanya kelak.

Ketika ditanya mengenai ibu berpantang yang masih keluar walaupun ketika berpantang, bagi ibu kepada Muhammad Bilal ini, semuanya bergantung kepada individu itu sendiri.

“Bagi saya tak ada alasan yang mendesak untuk keluar setakat ni. Saya memang dah melepaskan segala komitmen untuk fokus berpantang dengan sebaiknya.

“Bergantung pada masing-masing punya pesepsi, macam saya, saya nak ikut mak-mak punya style,” ujar Neelofa lagi.

Lagi pula tambah Neelofa, dia juga akan memberi tumpuan untuk menyusukan bayi keduanya itu nanti.

“Macam saya pun memang plan nak bagi susu badan sepenuhnya jadi nak nak kena commit secara konsisten sepanjang berpantang kelak,” kongsinya lagi.

Berkongsi hal yang sama, bagi PU Riz pula semuanya bergantung kepada individu itu sendiri samada memilih untuk keluar ketika berpantang atau sebaliknya.

“Kalau dia rasa dia boleh keluar satu minggu lepas bersalin, silakan.

“Kita tak ada black and white tentang menjaga anak. Kita tak boleh nak cakap orang yang keluar selepas seminggu ini salah, itu cara dia. Cuma cara kita lain sikitlah, itu saja,” tambahnya lagi.

 

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Sumber: @officialhlive

IKLAN