Setiap ibu bapa pasti akan mengalami situasi betapa sukarnya memberi anak makan sajian berkhasiat. Tak kurang juga yang berdepan perangai anak cerewet dalam memilih makanan yang dihidangkan.
Bukan itu saja, keengganan anak makan sayur atau buah pun satu hal yang menyebabkan ibu bapa buntu.
Bagaimanapun anak-anak kecil ini mereka sebenarnya boleh lagi dibiasakan jika ibu bapa sendiri membiasakan dari awal. Corak pemakanan ibu bapa pun memainkan peranan penting.
Seperti yang dikongsikan oleh pelakon Eina Azman, anak kembarnya, Karl Kareef begitu suka makan petai seolah-olah seperti snek yang dimakan begitu saja. Mungkin bagi sesetengah orang tak suka petai kerana baunya yang kuat.
Menerusi laman Instagram, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman merakam aksi anaknya yang berusia tiga tahun itu ketika mengambil petai dan dimakan secara mentah.
“Like mother like son gitu,” tulisnya ringkas menerusi kapsyen pada posting tersebut.
Wanita berusia 24 tahun itu juga menepis dakwaan segelintir netizen yang mendakwa anaknya dipaksa untuk memakan petai tersebut.
Eina Azman akui Karl gemar makan petai kerana dibiasakan dengan pelbagai jenis makanan sejak awal. Jadi tidak hairanlah Karl suka petai.
Betul Anak Mummy
Ads
Kita Yang Tua Pun Tak Boleh Makan Petai
Sumber: ig Eina Azman
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak dinafikan gajet memberikan banyak manfaat kepada semua. Tapi pendedahan yang dalam jangka masa yang lama dan tidak kena dengan masanya boleh mengundang kemudaratan.
Jangan gunakan alasan mahu ketenangan di meja makan dengan memberikan gajet kepada si kecil, dalam jangka masa panjang mereka akan ketinggalan dalam banyak perkara berbanding kanak-kanak.
Ya, gajet sangat interaktif dan kanak-kanak amat menyukainya. Berwarna-warni, mempunyai audio yang menarik dan hanya perlu disentuh dengan hujung jari untuk digerakkan. Tapi ibu ayah perlu ingat, pendedahan gajet boleh menimbulkan ketagihan. Umpamanya tidak lengkap makan minum si kecil tanpa gajet di sisi dan seterusnya boleh membantutkan pelbagai kemahiran yang sepatutnya mereka perolehi semasa di meja makan.
Perkongsian daripada Encik Hazhari Ismail, pensyarah pendidikan awal kanak-kanak ini adalah informasi yang baik dan disahkan olehnya yang pakar.
Memberikan gajet ketika di meja makan tak kiralah di rumah atau di restoran luar, mampu memberikan ‘ketenangan’ yang sekejap kepada ibu bapa. Tapi memberi implikasi yang negatif untuk jangkamasa panjang.
1. Melatih skil komunikasi dan sosial, contohnya eye contact, take turn etc.
2. Belajar tataterbib di meja makan
3. Hubungan dan masa dengan ibu bapa
4. Suka dengan makanan dan menghargai makanan
5. Meningkatkan self-regulation, attention dan melambatkan gratification
6. Banyak boleh belajar ketika makan, mengira sudu, membezakan warna, rasa yang berbeza etc 4 KESAN NEGATIF KEPADA SI KECIL APABILA MAKAN DENGAN MENONTON PAPARAN PADA GAJET
Apa akan jadi kalau makan sambil tengok gajet?
1. Terpinggir dari sosial.
2. Sensory overload!
3. Meningkatkan rasa boring kaluar makan tanpa gajet.
4. Memilih makanan.
Saya setuju ramai ibu bapa sekarang adalah ibu bapa bekerja. Dengan masa yang sedikit diluangkan bersama anak-anak, jadi masa di meja makan adalah masa yang terbaik diluangkan antara ibu bapa dan anak.
Dan kajian 2 jam penggunaan gadjet di bawah 6 tahun ada syarat-syaratnya, contohnya
1. Content gajet lebih kepada pembelajaran.
2. Fasilitate oleh ibu bapa, kena la borak dengan anak.
3. 2 tahun ke atas bawah 6 tahun.
4. Dan bukan di meja makan.
Anda boleh memberi beribu alasan kenapa beri gajet kepada anak ketika makan. Tapi jangan sesekali lupa perkembangan anak yang positif.
Nak anak cerdik, pastikan anak cukup tidur, jangan pandang ringan keperluan yang satu ini. Kurang tidur boleh menejaskan perkembangan anak. Perkara ini penting dan tidak boleh dianggap remeh!
Bayi dan kanak-kanak tidur lebih lama dan memerlukan tidur siang hari. Sama seperti keperluan nutrien dan aktiviti fizikal, tidur amat mustahak kepada perkembangan si manja. Jangan pandang ringan kepada keperluan ini kerana kekurangannya boleh mempengaruhi perkembangan otaknya.
Janin dalam kandungan tidur selama 16 hingga 20 jam sehari manakala bayi yang baru lahir akan tidur 16 hingga 17 jam sehari. Kebanyakan mereka tidak akan berada dalam keadaan jaga hanya dua hingga empat jam sehari pada minggu-minggu pertama kehidupan mereka.
Rapid Eye Movement (REM) yang berlaku pada 60% hingga 80% dalam tempoh fasa tidur aktif menyaksikan aktiviti otak. Peratusan REM akan menurun seiring peningkatan usia. Ini menjawab kenapa bayi dan kanak-kanak tidur lama dan apakah kepentingannya kepada perkembangannya.
LIMA SEBAB TIDUR PENTING UNTUK MEREKA
1.REM ini akan memberikan peluang kepada otak untuk ‘aktif’ menerima stimulasi dan selain daripada rangsangan melalui aktiviti sensori fizikal.
2.Tidur bagi kanak-kanak amat penting untuk perkembangan neural kerana ketika tidur, bahagian otaknya dirangsang.
3.Pada masa bukan fasa REM, tidur akan memberikan si manja rehat dan salah satu proses menyegarkan kembali tubuh.
4.Kajian yang dilakukan mendapati kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengalami kurang mahir skil kognitif , hiperaktif, ADHD dan pembangunan neurologi terjejas.
5.Kanak-kanak yang mendapat tidur yang cukup akan menjadi lebih peka, cukup rehat, ceria dan bersedia untuk menerokai ilmu baru.
BERAPA LAMA ANAK PERLU TIDUR SIANG?
Selain tidur malam, tidur siang juga amat diperkukan oleh si manja. Apabila mula dilahirkan, bayi hanya menyusu dan tidur, itu sahaja rutin harian mereka. Bagi bayi yang berusia satu hingga enam bulan, mereka akan tidur siang sebanyak tiga kali dengan tempoh satu hingga dua jam setiap kali tidur.
Bagi si kecil yang sudah mencecah usia setahun, kekerapan tidur berkurangan kepada sekali sehari sahaja. Setelah mencecah usia lima tahun, mereka sudah jarang perlukan tidur siang kecuali kepenatan atau tidak mendapat tidur malam yang cukup.
AKIBAT KURANG TIDUR KEPADA SI MANJA
Kekurangan tidur yang kronik boleh menjejaskan perkembangan mereka. Ia dikaitkan dengan masalah kekurangan Growth Hormone yang diperlukan untuk tumbesaran yang normal dan juga terhad penghasilan hormon Cortisol dan insulin.
Cortisol adalah hormon dikaitkan dengan tekanan manakala insulin pula mengimbang paras gula dalam badan. Kajian ada menunjukkan kekurangan kedua-dua hormon ini dan boleh mewujudkan masalah diabetes dan obesiti kemudian hari.
Kekurangan tidur yang kronik juga boleh menyebabkan masalah kelakuan atau behaviour problems dan juga perkembangan motor kasar dan halus. Dengan memahami keperluan tidur mengikut peringkat umur dan juga simptom-simptom seperti di atas kita boleh mengenali kanak-kanak yang berisiko untuk mendapat masalah kekurangan tidur.
Perasan tak bila kita buka tv anak kecil cepat je pergi berdiri depan tu. Bila dilarang terus ke belakang tapi lepas tu mula lah ke depan sampai menghalang orang yang ada dibelakang.
Sebenarnya ada sebab disebalik tabiat anak ini menurut Pakar Psikologi, Dr Rozanizam Zakaria yang dikongsikan petuaibu.com
“Ha, masuklah dalam tv tu!” ayat wajib mak ayah. Ibubapa yang mana pula tak pernah naik angin sebab anaknya ‘block’ view mereka.
Mungkin ramai yang terkejut kalau saya katakan bahawa perilaku tersebut sebenarnya menunjukkan anak anda ‘normal’ secara psikologi. Anda patut bersyukur dan bukannya mengamuk.
Apa yang ramai tidak tahu ialah, sebenarnya perilaku tersebut ialah sebahagian daripada fenomena dipanggil ‘EGOCENTRISM’ menurut Piaget Cognitive Model.
Menurut Piaget (1896-1980), kanak-kanak memahami dunia sekeliling mengikut fasa-fasa yang bertahap. Pada usia kanak-kanak 2 hingga 7 tahun, fasa ini dipanggil PREOPERATIONAL.anak berdiri tengok TV, anak menonton TV, anak tengok TV lama, sebab anak tengok TV berdiri, jangan tengok TV lama
Egocentrism merupakan salah satu komponen pada fasa ini, dimana kanak-kanak merasakan mereka adalah ‘centre of the universe’.
Pandangan mereka terhad kepada pandangan peribadi dan tidak boleh modify pandangan tersebut berdasarkan pandangan orang lain. Hitam kata dia, hitamlah. Tak kira kita explain macam mana yang itu sebenarnya kelabu.
Pada pandangan kanak-kanak, ‘kalau saya nampak, orang lain mesti nampak juga!’ (Sebab tu saya duduk depan tv, saya mana tau saya block view mak ngan ayah!)
Egocentrism tidak sama dengan sifat ‘selfish’, ia hanya antara fasa pembentukan ‘personal view’. Ada banyak lagi fasa yang mereka lalui sebelum kognitif mereka matang sebelum dewasa.
‘Kalau biar, rabun mata nanti doktor..’
Posting ini bukan bermakna kita tidak boleh menegur. Cuma saya ambil specifically contoh anak berdiri di hadapan tv ini untuk membawa ibubapa memahami bahawa ada perilaku anak-anak ialah petanda perkembangan emosi dan kognitif mereka.
Beza melihat anak berbuat sesuatu kerana ‘nakal’ dan berbuat sesuatu kerana sifat ‘semulajadi kanak-kanak’yang menjadi sebahagian dari perkembangan usia mereka.
Oleh itu, jangan sebarangan mengkritik, menghentam dan memarahi anak-anak. Tindakan kita dalam mendisiplinkan anak-anak MESTI sejajar dengan tahap perkembangan mereka.
Ini yang kita selalu silap. Terutama kalau ada anak lebih dari 2,3 orang. Kita hentam samarata yang umur 3 tahun kena marah sebab yang sama dengan apa yang umur 7 tahun buat. Padahal tahap kematangan emosi, kognitif dan sosial mereka tidak sama.anak berdiri tengok TV, anak menonton TV, anak tengok TV lama, sebab anak tengok TV berdiri, jangan tengok TV lama
SEBAB ITULAH, Rasulullah menggariskan tarbiyyah anak-anak berdasarkan tahap umur. Umur 7 tahun suruh solat, 10 tahun baru rotan (Hadis Hasan, Riwayat Abu Daud). Begitu juga dalam hal mengasingkan tidur dan sebagainya.
Ada fasanya yang perlu difahami oleh ibubapa.
Banyak lagi perilaku anak-anak yang sebenarnya hanya mencerminkan tahap perkembangan mereka dan bukannya petanda ‘nakal’.
Sumber: Dr Rozanizam Zakaria
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!