Tidak perlu diajar atau diberitahu, lumrah anak perempuan sememangnya sukakan kecantikan. Begitu juga dengan si comel Nur Fatima Aisya, anak pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin yang kini sudah pandai melaram.
Menerusi Instagram akaun keluarga popular ini, gelagat Fatima yang sedang asyik bermain sendiri buat ramai yang terhibur.
Mana tidaknya, walaupun di waktu malam, Fatima mengenakan kaca mata hitam dan mewarnakan kukunya. Tambah comel bila mana Fatima mengenakan cincin di jarinya. Memang cute!
“Dear Aunties and Uncles, Fatima dah pandai nak melaram ni.
“Ada nak ajak Fatima pergi jalan-jalan tak?,” kongsi Fazura di kapsyenya.
Aksi bersahaja Fatima yang kini berusia dua tahun ini sememangnya cukup comel. Malah beberapa video yang dikongsikan Fatima juga memperlihatkan Fatima sedang bersiap-siap cantik sambil mewarnakan kukunya. Memang comel.
Dalam pada itu, aksi comel Fatima itu sudah semestinya buat ramai yang geram malah mengatakan Fatima sudah mula mengikut jejak ibunya yang suka pada kecantikan.
Ads
Tidak kurang juga yang turut terhibur mendengar Fazura yang ketawa melihat aksi comel Fatima.
Semoga Fatima terus membesar dengan sihat, ceria serta membahagiakan ibu dan ayahnya.
Pengasas Kosmetik, Datin Seri Shahida mengakui dia mula merasai bahang PKP apabila kesemua anak-anak tidak lagi pergi ke sekolah dan mempunyai lebih banyak masa di rumah.
Datin yang mempunyai 5 anak kandung dan seorang anak angkat juga sama seperti ibu-ibu lain walaupun mempunyai pembantu rumah yang ramai. Disiplin dalam diri anak-anak tetap dipupuk. Dah buat sepah kenalah kemaskan!
Penat jadi mando😅..nak kemas pun gaduh!!
Bahang PKP bermula dah…..macam biasa tahun lepas raudhah baru lahir tak pandai apa-apa lagi….jadi sekarang dia dah pandai macam-macam bertambah sepah la rumah….
Memang jadi mando je lah mak-mak ni bila duk rumah..kita kemas dia sepah….lama-lama naik angin juga kenalah kemas sendiri…
Kerana geram dengan keadaan rumah yang sentiasa bersepah, Datin Shahida akhirnya meminta anak-anak untuk kemas sendiri kawasan yang telah disepahkan. Walaupun Raudah paling kecil, dia tidak terlepas dari tugasan ini.
“Mama nak semua kemas ya, mama bagi 10 minit mama nak semua bersih. Bergerak sekarang!”
Rata-rata wargamaya memuji tindakan dan didikan Datin terhadap anak-anaknya. Walaupun rumah mereka ada pembantu namun ianya bukanlah satu tiket untuk malas dan tidak bertanggungjawab.
Tak kurang juga ada yang memuji kecomelan Raudah, gelagat si kecil yang menarik perhatian ramai.
Teringat zaman anak-anak masih kecil, tinggal kenangan
Anak-anak terdidik dengan baik, syabas Datin
Comelnya Raudah
Datin Seri Nur Shahida mendirikan rumah tangga bersama Dato’ Seri Aliff Syukri pada tahun 2007 dan dikurniakan 5 cahaya mata, Ammar Ahya 12, Qadejah El Zahra 10, Ibraheem Adham 8, Yusoff Al Qardawi 3, Raudah berusia 1 tahun lebih dan seorang anak angkat bernama Ameena 4.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan ada cara tersendiri meraikan ulang tahun perkahwinan. Bagi pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal, ulang tahun kedua perkahwinan menjadi lebih bermakna apabila beliau memilih untuk berkongsi rezeki dengan menghadiahkan penginapan mewah buat suami tercinta, Imran Aqil.
Menerusi perkongsian di TikTok, Dahlia dan Imran dilihat meluangkan masa berdua di Park Hyatt Kuala Lumpur, sebuah hotel eksklusif di ibu kota. Percutian singkat itu bukan sahaja mencipta momen romantis, malah menjadi simbol kasih sayang Dahlia yang mahu menghargai kehadiran suami di sisinya.
For my hubs🤍 hope you love it sayang! Sumpah cantik gilaaa. (Rm7k for 2 nights)
“Percutian ulang tahun di Park Hyatt. Untuk suami saya, harap awak suka. Cantik sangat. RM7,000 untuk dua malam,” tulis Dahlia.
Imran pula tidak ketinggalan meluahkan rasa terharu dengan usaha isterinya,
“Terima kasih sayang untuk penginapan ini.”
Bagi pasangan muda ini, ulang tahun perkahwinan bukan sekadar tarikh untuk diraikan, tetapi juga ruang untuk mereka menyemai kembali rasa cinta, mengukuhkan ikatan sebagai suami isteri dan ibu bapa.
Untuk rekod, Dahlia dan Imran mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023. Setahun kemudian, rezeki mereka dilengkapkan dengan kelahiran cahaya mata sulung, Yusra, yang lahir pada 7 Mei lalu.
Sejak bergelar ibu, Dahlia dilihat semakin matang dalam perkongsian di media sosial, bukan sahaja tentang kehidupan berumah tangga tetapi juga perjalanan bergelar ibu muda. Momen cuti istimewa ini jelas menunjukkan bagaimana pasangan ini bijak menyeimbangkan antara peranan sebagai ibu bapa dan pasangan suami isteri.
Ramai warganet yang menzahirkan rasa kagum dengan cara Dahlia meraikan ulang tahun perkahwinannya. Walaupun memilih lokasi mewah, mesej yang terserlah adalah bagaimana pasangan ini menghargai satu sama lain dengan cara tersendiri.
Dalam kehidupan berumahtangga, bukan nilai wang ringgit semata-mata yang menjadi ukuran, tetapi niat untuk membahagiakan pasangan dan mencipta kenangan indah yang boleh dikenang bersama anak-anak kelak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya bila membuat pilihan apakah ibu ayah yang menentukan segala-galanya atau anak-anak diberikan kebebasan dalam memilih sesuatu? Untuk anak yang masih kecil memberikan banyak pilihan buat mereka mungkin akan membuatkan mereka lebih keliru dan juga boleh membebankan emosi mereka.
Walau apa pun cara yang ibu dan ayah pilih, pilihan yang dibuat oleh anak akan menentukan halatuju hidup mereka kemudiannya. Latihlah anak membuat pilihan dari kecil meskipun pilihan yang dibuat itu ada silapnya.
ADAKAH ANAK PATUT DIBERI PILIHAN?
Membuat pilihan adalah sebahagian dari proses membesar (growing up).
Apabila kanak-kanak diberikan peluang untuk membuat pilihan, kita membantu anak untuk mengembangkan pemikiran, membentuk estim diri, dan membina keyakinan dirinya.
Ia bukan hanya sekadar proses “Pilihlah mana yang kamu suka ya Nak!”.
Ibubapa yang AUTORITARIAN tidak memberi peluang langsung untuk anak membuat pilihan.
Apa yang perlu dilakukan, apa yang boleh dipakai, apa yang boleh dimakan, bila perlu lakukan itu ini, bagaimana perlu lakukan itu ini, SEMUANYA ditentukan dan ditetapkan oleh IBUBAPA YANG AUTORITARIAN.
Anak tiada pilihan.
Ibubapa yang PERMISIF memberi kebebasan penuh untuk anak membuat pilihan.
Apa yang hendak dilakukan, apa yang hendak dipakai, apa yang hendak dimakan, bila perlu lakukan itu ini, bagaimana perlu lakukan itu ini, SEMUANYA ditentukan dan ditetapkan oleh ANAK.
Ibubapa yang AUTORITATIF memberi peluang untuk anak membuat pilihan.
Bagaimanapun pilihan yang diberikan itu mengambil kira faktor usia, faktor kesihatan, faktor keselamatan , faktor kewangan, faktor nilai dan faktor keagamaan.
Faktor-faktor ini membentuk STRUKTUR dan DISIPLIN yang akan membantu anak memilih satu daripada berpuluh atau beratus pilihan yang ada.
Anak kecil 0-5 tahun tidak boleh diberikan terlalu banyak pilihan kerana ia hanya mengelirukan mereka dan membebani emosi dan mental mereka.
Pilihan untuk anak kecil sama ada ‘yang ini’ atau ‘yang itu’ sahaja.
Mereka perlu belajar untuk membuat keputusan yang mudah.
Semakin banyak pilihan kita berikan kepada anak kecil semakin kacau ‘jiwa’ mereka untuk memilih.
Contohnya:
1. “Nak pakai baju warna biru ini atau warna merah itu?”
Tanpa pilihan yang sebegini mungkin si anak menyelongkar seluruh laci atau almari pakaiannya. Ataupun mungkin anak memilih pakaian yang tidak sesuai dengan cuaca, tempat ataupun majlis.
Tawarkan pilihan yang tidak terlalu sofistikated agar kita berupaya untuk tunaikan dan tidak menimbulkan tekanan.
Dua atau tiga pilihan sudah cukup untuk melatih anak kecil membuat pilihan berdasarkan keupayaan mental, minat, kesukaan dan kecenderungan mereka pada usia tersebut.
Itu merupakan autonomi yang secukupnya buat mereka.
Apabila anak semakin membesar dan matang, dia mungkin akan mula bertanya tentang pilihan yang diberikan dan ada di depan matanya.
“Kenapa ini boleh, kenapa itu tidak boleh” atau “Itu sajakah pilihan yang ada?”
“Cuti nanti abang nak buat aktiviti lasak, perlukah abang hadiri kursus motivasi?”
“Angah lebih suka ambil aliran sastera di sekolah, kenapa kena pilih aliran sains?”
Pemikiran dan kematangan anak berkembang selari dengan usia. Remaja bukan lagi anak kecil yang boleh disuap. Apabila tiba peringkat ini ibubapa haruslah terbuka untuk berbual dan berbincang tentang pilihan yang ada.
Proses membuat pilihan DIPENGARUHI OLEH NILAI yang diterapkan oleh ibubapa, nilai yang diamalkan dalam masyarakat dan juga nilai yang dipandukan oleh agama.
Ia berkait rapat dengan sikap bertanggungjawab dan menanggung akibat dari pilihan yang dibuat.
Anak-anak yang berjaya mengekang diri dari memilih sesuatu amalan atau ‘trend’ yang memudaratkan dan bertentangan dengan nilai didapati mempunyai ibubapa yang mengambil pendekatan ‘TRADISIONAL’.*
– Ibubapa ini tidak takut untuk menetapkan batasan berdasarkan nilai dan adab.
– Ibubapa ini juga terbuka untuk mendengar pendapat anak muda dan memberi pengecualian kepada perkara yang tidak penting.
– Ibubapa ini memberi pilihan dengan batasan supaya anak selamat untuk meneroka keupayaan diri.*
Pilihan yang dibuat oleh anak akan menentukan halatuju hidup mereka kemudiannya.
Latihlah anak membuat pilihan dari kecil.
Mereka mungkin akan berbuat silap, itu pasti.
Adakah anda ibubapa yang AUTORITARIAN, PERMISIF atau AUTORITATIF?
*Sumber: Your Child’s Growing Mind: Brain Development and Learning From Birth to Adolescence (Jane M. Healy).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!