Imam Muda Asyraf timang anak ke empat, isteri selamat lahirkan bayi lelaki. Pendakwah bebas ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 39 atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Asyraf timang cahaya mata ke empat.
Imam Muda Asyraf Timang Anak Ke Empat, Isteri Selamat Lahirkan Bayi Lelaki
Berita gembira itu dikongsikan dilaman Instagramnya.
Tepat jam 1.13 pagi tadi bersamaan (18/7/2024). Isteri saya Nur Husna Bt Yusoff baru sahaja selamat melahirkan seorang anak lelaki.
Semoga dengan kehadiran ahli keluarga baru kami ini, menambah lagi keberkatan serta memberi rahmat buat alam seluruhnya. Ameen Ya Rabbal alamin. – tulisnya di ruangan kapsyen.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Pelakon jelita, Intan Najuwa sering mendapat perhatian kerana kehidupannya yang mewah tetapi tetap merendah diri. Biarpun berkahwin dengan suami yang berpangkat Datuk, namun dia tidak pernah bermegah-megah dengan kesenangan yang dimiliki.
Ibu kepada Imane Lunara ini juga lebih selesa bekerja dan menguruskan peniagaannya demi kepuasan diri sendiri tanpa berharap kepada suami.
Walaupun begitu, Intan tetap menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu dengan baik. Malah perkongsian resipi darinya sering dinanti-nantikan warganet. Menerusi Thread, Intan ada mengulas topik ‘husband provider’.
Menurutnya, sebelum berkahwin dia dan suami banyak berbincang tentang masa depan mereka.
Biarpun Intan boleh menguruskan rumah tangganya sendiri, namun suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, tetap menyediakan para pembantu bagi memudahkan urusan sehariannya. Apabila bercakap tentang ‘husband provider’, Intan memberikan pendapat bernas tentang isu ini.
“Ya, saya selalu fikir 100 langkah ke hadapan. Perkahwinan ni bukan semata-mata tentang cincin tetapi kehidupan yang kita nak lalui bersama.
Ia harus datang dengan rasa hormat, kita sokong empayar suami tapi jangan lupa bina kejayaan kita juga. Jangan sampai ‘hilang diri’ kita.”
Kata Intan, sebelum mendirikan rumah tangga dia dan suaminya banyak berbincang tentang rancangan masa depan, gaya parenting dan bagaimana mereka mahu membesarkan anak-anak. Benarlah kata Intan, sebenarnya untuk menjalani kehidupan yang harmoni bersama pasangan, rasa hormat sangat penting.
Selain itu, sokongan berpanjangan dan saling memahami keinginan pasangan juga perlu dititikberatkan supaya hubungan kekal bahagia dan tiada pihak yang merasa dipinggirkan. Biarpun perkahwinan Intan dan suaminya, masih baharu namun kedua-duanya sangat matang untuk berbincang tentang perkara penting sebelum membina sebuah keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kehidupan berumah tangga, bila ada berselisih faham tu perkara biasa. Itulah kadang-kadang yang buat kita akan lebih saling mengenali antara satu sama lain. Pergaduhan manja sebenarnya boleh buat hubungan suami isteri tambah harmoni.
Seperti yang dikongsikan oleh Ayda Jebat, dia juga tak pernah terlepas daripada bergaduh dengan suaminya, Nabil Mahir. Namun menurut selebriti cantik ini ia hanyalah gaduh manja dan bukan pertelingkahan besar.
Menjawab soalan peminatnya yang bertanya sama ada dia dan suami pernah bergaduh, ini jawapan Ayda;
“Selalu… gaduh bila time nak bayar. Berebut-rebut nak bayar. Dah asyik dia bayar, kita nak juga belanja kadang-kadang! Tapi memang takkan dapat la…. susah!”.
Rupa-rupanya pasangan romantis ini selalu bergaduh bab siapa nak bayar. Tambah Ayda lagi, dia juga terinin untuk belanja suaminya tetapi tak berpeluang. Sampai berebut-rebut nak membayar!
Sempat juga mengucapkan terima kasih atas kebaikan suaminya;
“Thanks love @nabilmahir and please la kasi la kadang kita nak belanja gak.. makan ke apa ke. Dia tak nak.”
Sekadar untuk recap, Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang puteri comel, Ana Nayla yang kini berusia setahun.
Edry KRU terkilan anak autistik dilayan kasar, “Mereka hanya berada di dunia anda sekejap sahaja.” Edry KRU terkilan anak autistik dilayan kasar,”Jangan marah, maki OKU…” Menjadi ibu bapa kepada anak istimewa adalah satu perjalanan yang unik, penuh dengan cabaran, tetapi juga penuh dengan anugerah.
Bagi penerbit dan komposer, Edry Abdul Halim, beliau berharap orang ramai lebih peka dan memahami situasi dilalui individu dalam kategori orang kelainan upaya (OKU) termasuk memberi layanan baik kepada golongan istimewa itu.
Perkara itu dibangkitkan Edry selepas terkilan dengan layanan kasar diberikan terhadap anak ketiganya bersama isteri, Milia Mohammed iaitu Emery, 17, yang menghidap autisme ketika berada di sebuah restoran di ibu kota untuk makan malam, baru-baru ini.
Melalui perkongsian Edry menerusi video di akaun Instagramnya, beliau memohon orang ramai memberi ruang untuk golongan istimewa menikmati kehidupan normal. Ada kalanya mereka bertindak di luar kawalan tanpa mengetahui apa dilakukan sebenarnya salah.
“EMERY ANAK ISTIMEWA SAYA, DIA AUTISTIK, ‘NON-VERBAL’ DAN TIADA CARA KOMUNIKASI SEPERTI KITA YANG SEMPURNA INI. DIA BERADA DI KUALA LUMPUR UNTUK BERCUTI DAN DUA MALAM JUGA KITA PERGI MAKAN DI PUSAT BANDAR.
“Apa yang saya ingin tekankan, kadang-kadang tindakan anak istimewa ini tidak boleh dijangka dan dia buat apa sahaja. Dia ada masa impulsif, kalau hendak minum dia ambil sahaja daripada rak dan tak faham konsep kena bayar dan buat pesanan.
“Daripada dua malam yang kami keluar makan, ada berlaku situasi memberi trauma daripada layanan orang persekitaran. Sama ada itu adalah orang kedai atau pelanggan, kadang-kadang mereka tak faham anak istimewa ini lain daripada lain.
“JADI, MEREKA TINGGIKAN SUARA, MARAH DAN MAKI. MASYARAKAT KITA TAK PEKA DENGAN INSAN YANG MEMPUNYAI KEKURANGAN DARI SEGI KEUPAYAAN MENTAL,” KATANYA.
Anggota trio adik-beradik, KRU itu juga menegaskan golongan istimewa yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan perlu dilayan dengan baik dan membantu merasai kehidupan normal.
“Sepanjang hidup, mereka perlu lalui hidup yang sebegitu, tapi mereka juga adalah manusia biasa yang mahu menjalani kehidupan normal. Mereka hanya ‘tumpang lalu’ di dunia normal kalian sekejap sahaja.
“Hanya perlu hadap perangai mereka satu atau dua minit sahaja. Ibu bapa seperti kami perlu hadap mereka sepanjang hidup. Jika kalian fikir satu atau dua minit itu susah, boleh bayangkan bagaimana kami menghabiskan sepanjang hayat untuk menghadap mereka.
“Kami tidak mengeluh dan harap kalian juga sama. Jika ada antara kalian berjumpa dengan orang yang nampak lain dan ada penjaga atau ibu bapa bersamanya, kalian akan selamat dengan bimbingan mereka.
“BAGI MEREKA RUANG UNTUK ‘MENUMPANG LALU’ KEHIDUPAN NORMAL KALIAN UNTUK BEBERAPA MINIT DAN MEREKA AKAN PERGI DARIPADA KEHIDUPAN ANDA SELAMANYA,” KATANYA.
“Biar kami yang uruskan, tapi jangan jadikan keadaan lebih teruk dengan melayani mereka secara agresif, marah atau maki. Tiada apa pun yang mereka buat, kalau ada sekali pun keluarga anak istimewa ada untuk bayar atau ambil tanggungjawab.
“Tolonglah, peka dengan kekurangan dihadapi golongan istimewa ini kerana bukan semua kekurangan boleh dilihat. Saya tidak mampu mengubah dunia, tapi kalau ada satu atau dua orang yang mengikuti saya dapat faham.
“Kalau ada berhadapan dengan seseorang berbeza, jangan layan mereka berbeza. Cuba sesuaikan diri dengan dunia mereka sekejap sahaja.
“Mereka hanya berada di dunia anda sekejap sahaja. Saya yakin dunia akan jadi tempat lebih baik kalau kita saling bertolak ansur,” katanya.
Edry mendirikan rumah tangga bersama Milia pada November 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Emil, 24; Edylia, 21; Emery, 17, dan Elya, 14.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.