Bila dapat berita bakal menimang cahaya mata, pasti kegembiraan terpancar di wajah suami isteri. Tambah lagi anak yang ditunggu itu dah dinantikan sekian lama. Cuma dalam hati akan terdetik, adakah aku mampu jadi ibu ayah yang sempurna pada anak?

Menurut Imam Muda Hassan dalam perkongsiannya di Pa&Ma Go Live (Istimewa Jenama Pilihan 2022) dengan topik Amalan Suami Teman Isteri Bersalin, beliau berkata kita sebenarnya perlu mempersiapkan diri menjadi ibu ayah sejak dari awal lagi. Sebab itulah Allah SWT memberi tempoh 9 bulan lebih sebelum bayi dilahirkan.

Imam Muda Hassan Kongsi Amalan Suami Teman Isteri Bersalin. Dengan IzinNya Mudah!

Tempoh ini sepatutnya kita dah buat persediaan sebaik mungkin dan secara tak langsung boleh memberi kekuatan. Namun orang selalu bertanya apa yang patut disediakan daripada awal sebelum anak lahir.

Bila kita nak bergelar seorang bapa atau pun ibu perlu ada persediaan dari segi kewangan. Kalau ada rezeki lebih apa salahnya kita pilih untuk bawa isteri bersalin di hospital swasta.

Selain kewangan, ilmu agama dan ilmu untuk keyakinan dalam diri pun penting kerana dari lahir sehingga besar anak yang di didik dalam persekitaran yang baik akan berjaya dalam hidup dan insyaAllah boleh cemerlang dunia akhirat.

Sementara itu, Imam Muda Hassan juga turut menyatakan sebagai suami, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan ketika isteri hendak bersalin bagi memberi ketenangan. Antaranya adalah:

Persiapkan mental dan fizikal

IKLAN

Bila kita nak menyambut kelahiran anak, sebagai suami kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Selain itu, penting juga suami jadi motivator dan penguat semangat untuk isteri.

Suami kena sentiasa bagi sokongan moral pada isteri. Paling penting bila saat isteri nak melahirkan anak, suami maafkanlah kesalahan isteri. Kadang ada masanya isteri tak perasan kesilapannya sebelum ini.

Jika isteri lupa, suami perlu bagi kemaafan. Beritahulah “abang maafkan segalanya…” Ini untuk memudahkan dan melancarkan kelahiran.

Imam Muda Hassan Kongsi Amalan Suami Teman Isteri Bersalin. Dengan IzinNya Mudah!

Baca surah Yusuf dan Maryam

Suami kena selalu baca ayat al-Quran seperti surah Yusuf, niat baca tu kerana Allah. Selain itu surah Maryam dan mudah-mudahan dapat keberkatan daripada ayat al-Quran.

IKLAN

Banyakkan istighfar

Bacalah doa apa-apa pun. Paling baik banyakkan istighfar. Allah suruh kita istighfar, tapi isteri pun perlu buat juga. Tapi dalam keadaan isteri sakit mungkin tak ingat apa dah. Jadi sebaiknya, suami bantulah baca dan dalam hati suami boleh niatkan Ya Allah ampunkan dosa aku dan isteri aku. Insyaallah pasti dipermudahkan. Bila Allah ampunkan dosa hambanya semua akan lebih mudah.

Dalam live tersebut juga, Imam Muda Hassan turut mengupas berkenaan isu doktor lelaki sambut kelahiran bayi.

Menurutnya, berkenaan isteri melahirkan anak dan disambut doktor lelaki, beliau nyatakan asalnya aurat isteri tak boleh dilihat oleh bukan mahram melainkan suaminya.

Tetapi kalau diikutkan pun doktor perempuan tak boleh tengok. Cuma bila proses kelahiran itu disambut oleh doktor perempuan mudaratnya lebih ringan berbanding dari doktor lelaki.

IKLAN

Imam Muda Hassan Kongsi Amalan Suami Teman Isteri Bersalin. Dengan IzinNya Mudah!

Bagaimanapun bila dalam darurat, keadaan ini dibolehkan pada kadar-kadar ditentukan saja. Cuba bayangkan kalau doktor lelaki tu doktor pakar, kes kelahiran itu special, tiada doktor lain, jadi dibolehkan.

Begitu juga bila ke hospital kerajaan, kita tak boleh pilih doktor yang bertugas dan memang tiada pilihan kerana dah sampai masa bersalin jadi tetap dibolehkan. Jadi tiada isu dalam hal ini.

Cuma jika tetap nak keselesaan, pilihlah hospital swasta dan kita boleh pilih doktor perempuan. Islam itu mudah!

Imam Muda Hassan Kongsi Amalan Suami Teman Isteri Bersalin. Dengan IzinNya Mudah!

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI