Tidak dinafikan sekarang musim demam, banyak anak-anak kita yang tidak sihat. Demam disertakan dengan batuk dan selesema, tak sampai hati bila lihat keadaan mereka.

Untuk mengurangkan suhu panas badan serta melegakan batuk selesema anak-anak, sudah tentulah kita terpaksa memberikan mereka ubat yang dibekalkan oleh doktor. Masalahnya, susah betul nak disuapkan ubat!

Ini perkongsian dari Dr Ahmad Luqman Bukhari tentang cara-cara untuk memberi anak ubat tanpa perlu berperang:

Nak beri makan ubat je pun, tapi dah macam mahu berperang!

Ramai parent yang terpaksa lalui hal ni. Anak tak sihat, dah mula lembik tapi tetap jugak bergelut masa nak makan ubat.

Susahnya, Macam Nak Berperang! Doktor Ini Kongsi Cara Mudah Pujuk Anak Makan Ubat

Ada yang meronta-ronta, ada yang terjerit-jerit sambil menangis, siap menendang-nendang keliling. Sampaikan yang lari menyorok pun ada bila nampak ubat.

Sekiranya kalian berdepan cabaran yang sama, 7 tips ni mungkin boleh membantu:

1. Usaha jadikan waktu makan ubat sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan. Usah memaksa atau takut-takutkan anak, sebaliknya kalian terangkan sebab kenapa dia kena makan ubat sebaiknya.

IKLAN

“Adik kan tengah sakit ni. Bila makan ubat, nanti Tuhan beri lekas sembuh. Barulah boleh berlari-lari dengan kawan-kawan lain seperti biasa”.

Mudah dapat kerjasama bila mereka faham apa yang berlaku.

Artikel Menarik: [Tidur Lepas Kena Marah. Menangis Dalam Tidur, Efek Emosi Anak!]

2. Dudukkan anak dalam posisi yang betul. Jangan beri ubat sambil dia terbaring menelentang. Susah nanti nak telan ubat tu, bahkan selalunya boleh jadi tersedak. Akibatnya anak jadi trauma, terus enggan makan ubat lain kali.

3. Tak kira samada gunakan picagari atau sudu, apa kata kalian galakkan anak pegang kemudian suap sendiri ke mulut. Minda mereka akan terdorong rasa lebih ‘berkuasa’ dan ‘bertanggungjawab’ bila berjaya lakukan dengan kerelaan.

4. Jangan tutup hidung anak masa nak beri ubat!

IKLAN

Ia seolah-olah seperti mendera dan boleh menyebabkan tersedak. Elakkan juga dari picit kedua-dua pipi. Kesian, sakit anak tu.

Artikel Menarik: [Luka Akan Cepat Sembuh Jika Terdedah Dengan Udara, Antara Mitos Merawat Anak]

Perlahan-lahan, bukakan mulut anak dengan cara menarik dagu ke bawah. Lakukan dengan lemah lembut. Waktu dia sakitlah, mak ayah boleh pamerkan lebih banyak kasih sayang.

5. Jika gunakan picagari, masukkan diantara gigi atau ke tepi bahagian mulut. Elakkan picagari tu masuk terlalu dalam, tak pasal-pasal tersedak dan muntah nanti.

IKLAN

6. Dekat market sekarang, terdapat banyak ubat dengan flavour pelbagai. Rasanya pun boleh tahan sedap. Cuma sekiranya terpaksa juga berikan ubat yang pahit, kalian sediakan dulu minuman yang anak suka. Ribena ke, milo ke, air laici ke.

Susahnya, Macam Nak Berperang! Doktor Ini Kongsi Cara Mudah Pujuk Anak Makan Ubat

Waktu suapkan ubat, selang selikanlah dengan air tadi. Boleh juga jika kalian nak gunakan madu untuk kurangkan rasa pahit ubat.

7. Akhir sekali, hadiahkanlah pujian pada mereka setiap kali berjaya habiskan ubat. Beri penghargaan, mungkin dengan cara tepuk tangan dan peluk mereka erat-erat. Ucapkan juga terima kasih sebab beri kerjasama. Lekas-lekas buat mereka lupakan rasa pahit ubat tadi.

Sekiranya kita berterusan amalkan cara yang betul, insyaAllah anak akan rasa enjoy dan tak trauma lagi nak makan ubat. Tiada lagi perang dan anak pun akan lebih cepat sembuh. Hehe.

Ada sesetengah anak kecil, tidak kisah langsung jika disuruh makan ubat. Tapi ada juga yang susah betul nak dibawa berbincang. Sejenis dua ubat yang mahu diberi, tapi sampai berjam-jam tidak selesai. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi idea bagaimana ibu ayah mahu memberikan ubat kepada anak-anak.

#kempensihatpama

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI