Kebimbangan dalam kalangan ibu-ibu di Malaysia terhadap ketelusan sumber makanan dilihat meningkat melalui satu kajian yang dijalankan  baru-baru ini.

Imbas Kod QR Untuk Mudahkan Ibu Tahu Perjalanan Lengkap Susu Formula Anak Dihasilkan. Barulah Tak Risau!

Kajian dijalankan dari Disember 2019 hingga Februari 2020 terhadap 400 para ibu yang sedang mengandung dan para ibu yang mempunyai anak berumur satu tahun ke atas itu menunjukkan kebanyakan ibu mengharapkan jenama formula susu untuk lebih telus dalam mendidik ketulenan, keselamatan dan kualiti produk susu.

Hasil kajian berkenaan menunjukkan 96 peratus ibu mahu tahu pemeriksaan kualiti ketika penghasilan makanan. Manakala, 92 peratus ibu mahu tahu tentang jenis kawalan kualiti kerana mereka merasakan maklumat tertera di pek produk tidak mencukupi.

Imbas kod QR

Imbas Kod QR Untuk Mudahkan Ibu Tahu Perjalanan Lengkap Susu Formula Anak Dihasilkan. Barulah Tak Risau!

Sumber: Friso Gold

IKLAN

Bagi menyelesaikan kerisauan itu, Friso Gold® melancarkan inovasi pembungkusan pintar pertama di Malaysia, Friso Gold® TrackEasy yang membolehkan ibu bapa mengesan perjalanan lengkap Frisomum Gold® dan Friso Gold® daripada sumber asli diladang milik kami di Netherlands hingga pengumpulan susu, pembungkusan, pemeriksaan kualiti akhir, tarikh kelulusan eksport dan tarikh tiba di Malaysia. Ibu bapa hanya perlu mengimbas kod QR di bawah tin 900 gram (g) untuk melihat perjalanan lengkap Frisomum Gold® dan Friso Gold® yang bermula dari sumber asli ladang Netherlands

Friso Gold dapat mencipta pengalaman unik ini kerana kami mengambil yang terbaik dari ladang milik kami di Netherlands dan mengawal keseluruhan pengeluaran susu dari rumput hingga gelas – memberikan lebih daripada sekadar nutrien yang diperkaya kepada ibu dan anak. Ini merupakan sebab utama Friso Gold dapat menjamin ketelusan, keselamatan & kualiti produk kepada ibu bapa untuk ketenangan hati bahawa pilihan susu mereka telah melalui pemeriksaan kualiti yang teliti di setiap titik sentuh utama.

Friso Gold® adalah jenama susu tepung rumusan premium dihasilkan untuk ibu mengandung (Frisomum Gold®) sehinggalah kanak-kanak yang sedang membesar (Friso Gold® Step 3 & 4).

Imbas Kod QR Untuk Mudahkan Ibu Tahu Perjalanan Lengkap Susu Formula Anak Dihasilkan. Barulah Tak Risau!

Sumber : Friso Gold

IKLAN

Saksikan pelancaran Friso Gold® TrackEasy secara maya pada hari Sabtu 20 Jun ini jam 10 malam melalui laman YouTube dan Facebook Friso Gold Malaysia, dihoskan oleh Aishah Sinclair. Sertailah pelancaran ini untuk memahami inovasi TrackEasy dengan lebih baik dan berpeluang untuk memenangi baucar diskaun serta hadiah bernilai sehingga RM250,000!

Ketahui lebih lanjut mengenai Friso Gold® TrackEasy di TrackEasy Home dan layari Shopee  atau Lazada untuk membeli Frisomum Gold® atau Friso Gold®.

Dapatkan Sampel PERCUMA hari ini di laman sesawang Friso Gold.


');

IKLAN


');


');


');


');


');



Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI