Setiap anak mempunyai impian yang berbeza—ada yang bercita-cita menjadi doktor, jurutera, angkasawan, atau seperti dalam video ini, menjadi seorang pramugari. Impian ini sering kali dipengaruhi oleh imaginasi, pengalaman harian, atau idola yang mereka kagumi. Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan penting dalam menyemai, menyokong dan membimbing mereka dalam perjalanan mengejar cita-cita tersebut.
Menghormati Impian Anak, Walaupun Kelihatan Sederhana
Walaupun impian anak-anak kelihatan kecil atau seperti main-main, seperti menjadi pramugari sehari, adalah penting untuk kita tidak meremehkan hasrat mereka. Memberi peluang kepada mereka untuk merasai pengalaman sebenar—seperti yang ditunjukkan dalam video ini—dapat menanam rasa yakin dan semangat dalam diri mereka.
Memberi Peluang Pengalaman Dunia Sebenar
Anak-anak belajar dengan lebih baik melalui pengalaman. Menyertai aktiviti atau program simulasi, lawatan sambil belajar, atau pengalaman ‘role play’ seperti dalam video, di mana mereka memakai pakaian seragam dan melakonkan watak yang mereka impikan, sangat membantu untuk memberi mereka gambaran dunia sebenar.
Ads
Menggalakkan Komunikasi dan Bertanya Soalan
Luangkan masa untuk berbual dengan anak tentang impian mereka. Tanyakan mengapa mereka berminat dengan kerjaya tersebut, apa yang mereka suka, dan bagaimana mereka membayangkan masa depan mereka. Ini membantu anak merasa dihargai dan memberi kita peluang untuk memahami minat sebenar mereka.
.
Ads
Memberi Sokongan Emosi dan Moral
Setiap impian memerlukan semangat dan ketabahan. Anak-anak memerlukan dorongan yang berterusan untuk kekal yakin. Pujian, kata-kata semangat dan kehadiran ibu bapa dalam aktiviti mereka adalah bentuk sokongan yang sangat bermakna.
Memberi anak peluang untuk mengejar impian mereka bukan sekadar soal akademik atau kejayaan kerjaya, tetapi ia adalah satu pelaburan jangka panjang dalam membina keyakinan diri dan kebahagiaan mereka. Seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut, kadang-kala impian boleh bermula daripada permainan, tetapi dengan bimbingan yang betul, ia boleh menjadi realiti.
Jika anda berminat untuk anak anda mencuba pengalaman seperti ini, cuba cari program atau aktiviti yang menyeronokkan dan membina—siapa tahu, itu mungkin langkah pertama menuju impian mereka yang sebenar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gara-gara menyangka ayahnya ada hubungan dengan perempuan lain, anak perempuan Aeril Zafril dan Wawa Zainal iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3, tak puas hati dan begitu marah pada Aeril.
Menurut Wawa menerusi Instagram miliknya, Hayla telah menangis sebelum bertindak memukul dan mencakar Aeril selepas melihat video ayahnya bersama dengan seorang wanita.
Bagaimanapun ia hanya aksi lakonan Aeril bersama pelakon, Siti Elizad untuk drama Cinta Tanpa Henti.
Kebanyakan ibu bapa hari ini lebih menilai kepandaian anak-anak pada prestasi akademik semata-mata. Kadangkala tu bila anak kita tak skor dalam exam terus dianggap anak kita dah takde harapan untuk berjaya dalam hidup.
Jangan sesekali fikir sebegitu! Silap sangat tu!
Mungkin anak kita tu genius cuma kita je tak ada ilmu nak kenal pasti jenis kecerdasan anak. Untuk pegetahuan ibu bapa ada 8 jenis kecerdasan dan kepandaian dalam diri anak kita yang mungkin kita terlepas pandang dan tidak menghargai bakat terpendam mereka.
1. Number Smart
Sangat suka dengan fakta, logik dan nombor. Keluarkan bakat terpendam yang ni dengan selalu latih anak main sudoku, monopoli, chess dan applikasi smartphone yang mencabar kepantasan mengira.
2. Word Smart
Sangat suka menulis, membaca dan bercakap. Asah je kecerdasan ni dengan ajak anak bercerita pengalaman-pengalaman dia di sekolah dan juga suruh anak kita tu reka cerita bedtime story untuk adik beradiknya.
3. Nature Smart
Suka sangat dengan alam, tumbuh-tumbuhan dan juga binatang. Apa kata jadikan koridor ataupun tanah terbiar belakang rumah tu untuk dijadikan kebun dan taman kecil untuk si comel kita tu kembangkan bakat terpendamnya.
4. Self Smart
Mempunyai self confidence yang tinggi, suka bermain sendiri dan tahu dengan jelas matlamat dan cita-citanya bila dah besar nanti. Mudah sahaja, mak ayah cuma perlu bimbing anak tu untuk pilih cita-cita yang tepat untuk dirinya.
5. People Smart
Ada daya empati yang sangat tinggi, mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat bagus dan biasanya sangat disukai oleh orang yang lebih dewasa. Kembangkan bakat terpendam ni dengan selalu suruh anak kita tu terlibat persatuan dan juga organisasi.
6. Music Smart
Sangat sukakan lagu, suka menghafal lirik dan melodi lagu dan juga kadangkala mampu bermain alat muzik dalam usia yang sangat muda.
7. Picture Smart
Mempunyai daya imaginasi dan kreativiti yang sangat tinggi. Suka conteng sana-sini tapi hasil contengannya lebih berseni dan lebih menarik dibandingkan teman sebaya. Kembangkan bakat terpendam anak kita tu dengan sediakan kelas art&design untuknya dan juga platform untuk anak kita berkarya.
8. Body Smart
Sangat suka bersukan, menari dan biasanya mempunyai kebolehan menggunakan tangan dan kakinya dengan sangat baik. Keluarkan je bakat terpendam anak kita ni dengan selalu ajak anak kita bersukan dan juga bersenam. Mana la tahu penyambung legasi Ronaldo dan Messi sebenarnya ada kat dalam rumah kita!
” Wahai ayahku..wahai ibuku..Kami bukan bodoh tapi kami mempunyai kecerdasan dan kepandaian yang berbeza ”
Sebab tu jangan sekali kali putus asa dengan pencapaian anak kita. Peperiksaan tu penting tapi tu bukan penentu hidup dan mati anak kita. Jom kita sama-sama kembangkan dan keluarkan bakat terpendam anak-anak kita semua!
Memandangkan tahun 2020 sudah semakin dekat, pasti ada mak ayah yang meletakkan target untuk anak bebas diaper pada tahun depan. Disini dikongsikan tentang artikel berkaitan, semoga bermanfaat untuk mak ayah yang memerlukan.
Selamat berjaya!!!
🧒 MELATIH ANAK BEBAS DIAPER 👦
Umur 3 tahun. Antara pandai urus diri dan pandai membaca mana lebih penting?
Kalau jawapannya bebas diaper, lega hati saya. ❤
Kadang-kadang, saya risau dengan ada segelintir mak ayah yang lebih pentingkan anak 2-3 tahun pandai membaca dan mengira tetapi tidak kisah anak tidak reti makan dan minum sendiri, tidak reti buka baju seluar dan belum bebas diaper. Belajar membaca dan mengira awal boleh tetapi pastikan komponen penting lain juga ditekankan.
Bebas diaper bukan sahaja dapat menjimatkan poket mak ayah, malah banyak kepentingannya dalam perkembangan emosi dan sosial anak juga. Seperti yang saya kongsikan sebelum ini di artikel “Cara Memanipulasi Anak”, umur setahun hingga 3 tahun adalah fasa anak untuk dapatkan “Autonomy” ke atas dirinya sendiri.
Sebab itulah, masa ini anak akan mula merampas baju yang hendak dipakaikan, merampas sudu atau mengamuk ingin makan sendiri, mahu pakai kasut sendiri, marah apabila barang yang dipegang dirampas dan sebagainya.
Semua ini sebab anak sudah ada ada kesedaran dan keinginan untuk belajar uruskan diri sendiri. Mereka lihat apa yang mak ayah buat dan mereka ikut walaupun belum cekap. Sokong anak untuk belajar berdikari, bukannya perlekehkan mereka apatah lagi menghalang. Sebab secara tak langsung mak ayah akan menyebabkan perkembangan emosi dan anak terganggu.
Malah kajian tentang ini juga telah dilakukan pada tahun 2002 dan hasilnya kebanyakan anak yang lewat bebas diaper akan meningkatkan risiko mendapat masalah mengawal pundi kencing dan masalah usus di masa akan datang (diterbitkan di Journal of Pediatric Urology). 😢
⚠️ TANDA-TANDA ANAK SUDAH BERSEDIA ⚠️
Selalunya mak ayah sudah boleh mula mengajar anak bebas diaper pada umur 2-4 tahun, ada juga anak yang sudah menunjukkan kebolehan bebas diaper seawal 18 bulan. Untuk mengelakkan kejadian lantai basah, tilam basah atau bau “hancing” seluruh rumah. Lebih baik mak ayah tahu dahulu tanda-tanda anak sudah bersedia untuk bebas diaper:
1. Boleh duduk, berdiri dan melangkah anak tangga di tandas dengan sendiri.
2. Mempunyai skil motor dan koordinasi yang baik untuk membuka pintu sendiri.
3. Berminat untuk ke tandas dan proses di dalam tandas (Duduk, ambil paip air atau tisu, flush).
4. Mahu mengikut sesiapa sahaja ke tandas untuk melihat proses di tandas.
5. Sudah mempunyai keupayaan untuk menahan kencing atau berak selama lebih kurang 2 jam.
6. Sudah pandai maklumkan mak ayah dengan bahasa tubuh atau beritahu nak “iyak”/ ‘poopoo” atau ‘kencing/cing”.
7. Tidak minat lagi memakai diaper dan mahu membuka sendiri diaper lepas “membuang”.
8. Pandai mengikut arahan.
9. Mempunyai masa yang sama untuk “membuang” seperti lepas bangun tidur atau lepas makan. * Tanda-tanda diatas juga boleh digunapakai untuk anak bekeperluan khas, cuma umur sahaja berbeza.
Jika anak mempunyai tanda diatas, maka ayuhlah kita mengajar anak bebas diaper ya mak ayah jangan tangguh-tangguh lagi 😅
👩🏫 PERSEDIAAN MAK AYAH 👩🏫
Ada banyak sangat cara untuk mengajar anak bebas diaper. Kalau ikut cara orang dulu-dulu ada yang bogelkan sahaja diluar, kalau nak “membuang” WAJIB bagitahu kalau tidak tunggulah “hadiah”nya. Hasilnya, sehari dua dah pandai. 🤣
Dibawah ini adalah teknik yang selalu digunakan oleh Terapis Carakerja untuk anak bekeperluan khas, tetapi diolah sedikit untuk anak yang tipikal. Sebelum melatih anak bebas diaper, mak ayah perlulah:
1. Pilih sama ada nak latih anak menggunakan tandas terus ataupun guna “potty”. Kedua-duanya ada kebaikan dan keburukan, kalau mak ayah rajin gunalah potty kerana ia agak kurang menyeramkan untuk anak, mudah dibawa dan selamat. Kalau malas nak membasuh, gunalah tandas terus. Kalau ada duit lebih, belilah tempat duduk tandas kecil yang siap ada tangga. 😁
2. Latih anak menggunakan bahasa tubuh seperti pegang perut sambil cakap “berak/iyak”, “kencing/cing”, “pee/poopoo”. Pilihlah satu paling sesuai dan kata setiap kali tukar diaper. Tunjukkan “kuih” pada anak setiap kali anak membuang dalam diaper.
3. Cerita sosial (Social Story) Ceritakan kenapa kita ke tandas, apa yang dilakukan, proses di tandas dan sebagainya. Mak ayah boleh juga cerita dengan memggunakan patung kesukaan. Contohnya, “Setiap pagi, selepas Didi bangun tidur. Didi akan pergi tandas untuk “iyak/poopoo”. Mula-mula Didi buka seluar, duduk di atas tandas dan meneran (sambil buat muka meneran). Abang nak jadi macam Didi tak?”. Mak ayah bolehlah buat cerita ikut kretiviti masing-masing sambil buat ekspresi muka “over” lagi anak suka. 😅
4. Perhatikan tingkahlaku anak sebelum “membuang” contohnya resah gelisah, kehulu kehilir, menyorok di belakang almari atau duduk di sudut bilik. 🙈
5. Catat masa setiap kali anak “membuang” selama seminggu sebelum latih anak. Selalunya anak sudah ada pola masa yang sama seperti waktu pagi selepas bangun tidur, tengahari selepas makan dan sebagainya.
6. Pastikan anak makan makanan berserat seperti buah dan sayur dengan mencukupi. Proses melatih jadi lebih sukar sekiranya anak sembelit.
7. Pakaikan diaper jenis seluar (diaper pant) dan seluar bergetah yang longgar supaya mudah untuk dibuka bila dah tak tahan dihujung-hujung. 😁
Semua diatas ini boleh mula dilakukan untuk anak berumur setahun keatas untuk persediaan bebas diaper.
AYUH, MULAKAN SEKARANG 💪
Jika mak ayah dah ada “bahan-bahan” untuk melatih anak seperti jadual masa, potty dan seluar dalam anak maka boleh mulakan dengan ikut 3 tahap yang saya rumuskan ini:
Tahap pertama (Masih memakai diaper) 1. Bawa anak ke tandas 10 minit sebelum sebelum jadual pola masa, terutamanya sejurus lepas bangun tidur, lepas makan dan sebelum tidur. Nak lagi bagus, bawa setiap 2 jam. Sebab lebih kerap lagi bagus. 2. Tekan sedikit di bahagian pundi kencing di bahagian bawah perut anak semasa duduk di tandas dan ajar anak untuk meneran. 3. Puji anak setiap kali anak berjaya “membuang” di dalam tandas. 4. Jika anak terlepas “membuang” di dalam diaper, tunjuk diaper basah pada dia dan kata “abang tak boleh buang dalam ini”. 5. Disarankan mak ayah fokus latih berterusan selama lebih kurang seminggu.
Tahap Dua (Pakai waktu tidur sahaja) 1. Mak ayah boleh mula pakaikan anak seluar dalam kesukaan mereka untuk menggantikan diaper. 2. Pakaikan diaper waktu tidur siang dan tidur malam sahaja. 3. Tunjuk anak diaper basah sekiranya dia terlepas. 4. Bawa anak ke tandas sejurus bangun tidur sampai jadi rutin harian.
Tahap Tiga (100% bebas diaper) 1. Boleh mula kurangkan memakai diaper di waktu malam. 2. Letak alas katil kalis air supaya katil tidak tercemar dengan bau “hancing”. 🙊
Kunci utama untuk berjaya adalah kerapkan memuji anak. Pokok pun boleh mati kalau setiap hari kita datang marah-marah. 😅
Sabar, jangan terlalu memarahi anak sekiranya lambat kerana nak berjaya perlukan masa, bukannya sekali ajar dah pandai, ada yang seminggu dah berjaya, ada yang sebulan malah ada yang setahun baru berjaya. Sebab ia perlu berterusan baru cepat nampak kesan. Kalau skip sehari buat, esok malas, mula balik tahun depan maka bertahunlah jawabnya. 😱
Dalam melatih anak bebas diaper, jangan lupa untuk melatih skil urus diri seperti pakai baju dan seluar ya. Tak adalah sampai umur 7 tahun masih lagi mak ayah kena bukakan seluar dan jirus setiap kali anak nak “membuang”.😅
*Jika anak dah masuk umur 4 tahun, tetapi masih belum berjaya bebas diaper walaupun usaha telah dilakukan. Mungkin ada isu yang mak ayah tidak sedar, boleh dapatkan rujuk occupational therapist untuk penilaian.
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.