Isteri kepada pelawak, Fad Bocey iaitu Syaheera kini sedang hamil anak kelima mereka. Berita gembira itu dikongsikan oleh Syaheera sendiri di laman Instagramnya.
Dia tidak sangka akan diberikan lagi rezeki zuriat serta menitipkan doa buat wanita yang masih menantikan kehadiran cahaya mata.
“Ingat empat rupa-rupanya lima. Rezeki anak kita percaya. Kepada sesiapa yang menantikan zuriat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian,” tulisnya.
Apabila diabetes gestasi anda tidak terkawal, paras gula dalam darah meningkat. Oleh itu, bayi anda juga mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi. Ini boleh menyebabkan beberapa kesan pada kesihatan bayi anda. Walau bagaimanapun, jika anda menjaga gula dalam darah anda di bawah kawalan, makan makanan yang sihat, melakukan senaman yang tepat dan mengekalkan berat badan yang seimbang, anda boleh melahirkan bayi yang sihat.
Diabetes gestasi yang tidak dirawat atau kawalan yang lemah boleh mengakibatkan beberapa komplikasi, seperti:
Macrosomia (berat lahir berlebihan)
Berat bayi anda akan lebih tinggi daripada biasa. Apabila anda menghidap penyakit diabetes gestasi, tubuh anda akan menghasilkan insulin untuk menurunkan kadar gula dalam darah.
Walaupun insulin tidak melalui plasenta, glukosa tambahan melaluinya. Apabila glukosa dalam darah bayi anda lebih daripada biasa, ia akan disimpan sebagai lemak dan membuat berat badan berlebihan. Bayi yang bertubuh besar mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obesiti atau mendapat jenis diabetes 2 di kemudian hari. Mereka juga mungkin cedera semasa kelahiran dan menjadikannya sukar untuk dilahirkan.
Hipoglikemia
Tahap gula dalam darah bayi anda akan terlalu rendah kerana glukosa tambahan boleh melalui plasenta untuk masuk ke aliran darah bayi anda. Pankreas bayi anda perlu menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengawal paras gula dalam darah. Ini boleh menyebabkan paras gula dalam darah rendah pada bayi baru lahir semasa lahir. Bayi anda mungkin memerlukan glukosa tambahan atau anda perlu menyusukan bayi anda selepas kelahiran.
Jaundis
Kulit bayi anda dan bahagian putih mata menjadi kuning. Sekiranya dirawat, keadaan ini tidak serius kepada bayi anda dan biasanya hilang. Walau bagaimanapun, bayi anda mungkin perlu diletakkan di bawah lampu khas dan memerlukan banyak susu ibu.
Sindrom Kesukaran Pernafasan (RDS)
Apabila tahap gula dalam darah anda terlalu tinggi, anda mungkin mempunyai peluang yang lebih besar untuk melahirkan bayi awal. Bayi anda mungkin menghadapi beberapa masalah pernafasan dan memerlukan oksigen tambahan atau peralatan lain untuk membantu mengekalkan sistem pernafasan sehingga paru-paru semakin kuat.
Tahap kalsium dan magnesium yang rendah dalam darah bayi
Diabetes gestasi boleh menyebabkan tahap kalsium dan magnesium darah yang rendah. Bayi anda mungkin mempunyai beberapa masalah otot seperti menyentak dan menyempit. Keadaan ini boleh dirawat dengan menyediakan jumlah kalsium dan magnesium yang mencukupi.
Diabetes jenis 2 dalam hidupan kemudiannya
Walaupun diabetes gestasi tidak menyebabkan diabetes pada bayi sebelum lahir, bayi anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jenis diabetes 2 di kemudian hari.
Di atas adalah masalah berpotensi yang mungkin berlaku kepada bayi anda jika anda mengidap diabetes gestasi. Tetapi ingat, hakikat bahawa anda mempunyai diabetes gestasi tidak bermakna bayi anda akan mengalami masalah ini.
Selepas melahirkan cahaya mata sulung, ada di kalangan anda yang berasa serik untuk hamil lagi lantaran mengalami beberapa komplikasi semasa hamil mahupun semasa melahirkan.
Walau bagaimanapun, perasaan itu hanya seketika. Apabila anak itu semakin membesar, akan mula timbul rasa rindu untuk kembali hamil. Benar, kan?
Berikut adalah antara keistimewaan dan kelebihanyang dilalui oleh para ibu hamil yang mana hanya boleh dirasai sepanjang tempoh 40 minggu kehamilan.
Ada segelintir ibu hamil mempunyai wajah yang lebih berseri berbanding sebelum hamil. Menurut kata orang tua-tua, hal ini terjadi disebabkan kandungan itu adalah lelaki.
Namun, berdasarkan fakta sains, ia berkemungkinan besar berkaitan dengan peningkatan hormon dan aliran darah yang lebih banyak semasa hamil.
Selain daripada itu, ia mungkin juga mempunyai hubung kait dengan tahap kesihatan anda semasa hamil. Sekiranya tiada apa-apa komplikasi kehamilan, tentu sahaja anda lebih gembira dan itu memberi kesan positif terhadap penampilan dan rupa wajah anda.
Sebelum hamil, kalau ada yang menegur tentang pertambahan berat badan, anda pasti rasa tertekan. Namun, lain halnya kalau anda hamil. Kata-kata itu pasti tidak diendahkan. Apa yang penting ialah anda dan bayi sama-sama sihat.
Apa-apa pun, anda janganlah mengamalkan pemakanan untuk dua orang ya. Hal ini kerana anda hanya perlukan tambahan 300 – 500 kalori sehari berbanding sebelum hamil.
Tentu seronok bila suami sanggup dan sentiasa bersedia menyediakan atau mencari apa sahaja jenis makanan yang anda idamkan. Sehubungan itu, perlu anda tahu bahawa rasa mengidam yang dilalui itu adalah disebabkan oleh kekurangan nutrisi yang mungkin boleh didapati dalam makanan berkenaan.
Jika suami gagal mendapatkan makanan yang digambarkan dalam bayangan anda, janganlah kecewa. Sebaliknya, anda boleh minta suami untuk mencari makanan yang lebih kurang sama dengan gambaran anda.
Tendangan bayi dalam kandungan sememangnya saat yang dinantikan oleh semua ibu yang sudah hamil. Kali pertama dapat merasai tendangannya pasti mampu membuatkan anda menangis kegembiraan.
Hal ini kerana ia menandakan bahawa bayi anda berada dalam keadaan yang sihat. Selain itu, ia juga petanda ikatan kasih sayang antara ibu dan anda lebih kuat terjalin. Momen itu pasti meninggalkan kenangan yang tidak dapat anda lupakan.
Di mana-mana tempat awam, anda pasti menjadi keutamaan. Di dalam tren, bas, kaunter bank dan banyak lagi tempat yang lainnya, anda diberi keistimewaan apabila ada pengkhususan untuk wanita yang sedang hamil.
Apabila hamil, suami akan bertambah sayang. Begitu juga dengan ibu bapa kedua belah pihak. Pasti mereka memberi lebih perhatian kepada anda dan tahap kesihatan bayi di dalam kandungan.
Lebih daripada itu, saudara-mara, kawan-kawan, rakan sepejabat pun akan memberi perhatian kebajikan diri anda dan bayi.
Jika ada anak terdahulu pun, dia pasti lebih mudah mendengar kata kerana kasih kepada bayi yang sedang anda kandungkan.
Kalau sebelum hamil, mungkin anda sukar membeli-belah tidak kira waktu kerana perlu mengutamakan hal-hal lain yang lebih penting. Namun, apabila hamil, suami anda pasti tidak berkira kerana apa yang anda beli adalah untuk kemudahan kalian berdua dan bayi yang bakal dilahirkan juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah seorang selebriti yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi adalah Shila Amzah yang semakin berseri-seri. Menghitung hari dengan tempoh tidak sampai sebulan lebih ini buat semua pengikutnya di instagram tertunggu-tunggu. Macam manalah rupanya Shila Amzah junior kan?
Yang jelas, penyakit bersuara hebat ini sudah pun mempersiapkan diri untuk bersalin dan menempuh proses melahirkan bayi sulungnya. Berkongsi cerita di instagram, Shila Amzah mengakui sudah pun menonton video-video kelahiran bayi sebagai persediaan mentalnya menghadapi situasi berkenaan.
Tak kurang juga mempersiapkan segala kelengkapan untuk ke hospital. “Semuanya dah complete”, kata Shila berkongsi.
Kembang setaman. In sha Allah Lagi lebih kurang sebulan lebih je ni.. Hari-hari tengok video labor and delivery orang lain.
Bag hospital in Sha Allah dah complete. Kalau ikutkan tendangan padu dari baby, dia macam dah tak sabar nak keluar. Terutamanya tendangan di tulang rusuk saya.. Tak kelakar ye rasa dia…
Dalam pada itu, netizen sempat memuji penyanyi lagu Tiada Dirimu ini semakin berseri-seri dengan kehamilannya yang semakin sarat.
“Kembang Setaman Pun Still Nampak Cantik”
“Kembang setaman pun mom to be ni tetap comel..”
“Comelnya”
Begitu kata netizen yang sentiasa mendoakan Shila berada dalam keadaan baik dan dipermudahkan untuk bersalin kelak.