top

Pengambilan sebarang ubat oleh ibu hamil sememangnya sangat merbahaya jika tidak mendapat nasihat atau saranan daripada doktor. Tapi lain halnya jika ibu yang sedang hamil itu sendiri tidak sedar akan janin yang berada di dalam kandungan. Dalam erti kata lain ibu tidak tahu bahawa dirinya sedang hamil.

Pengambilan ubat yang sebarangan bimbang akan memudaratkan kesihatan bayi dan juga bagi mengelakkan sebarang komplikasi apabila dilahirkan kelak. Seperti perkongsian seorang ibu di Facebook, dia mendapat tahu diri hamil apabila kandungan sudah memasuki usia 2 bulan. Paling menggerunkan apabila dia makan lebih 8 jenis ubat kerana disyaki mempunyai batu karang.

Ingat Ada Batu Karang, Ibu Hamil 2 Bulan Makan 8 Jenis Ubat Sebelum Tahu Mengandung

Tak rancang hamil lagi

Hai semua. Lewat malam macam biasa bila baby tidur kita tak boleh tidur, bila baby bangun kita pulak ngantuk nak tidur. Saja nak share dengan kawan-kawan. Syukur saya baru habis berpantang, anak ke-6. Anak yang sewaktu dikandungkan saya melalui macam-macam ujian dan dugaan. Tapi Alhamdulillah saat melahirkan dia segalanya Allah permudahkan. Berjumpa doktor dan nurse-nurse yang baik-baik. Bidan yang menyambut bayi juga ya Allah baik. Siap peluk selepas selesai semua urusan di LR. Begitulah indahnya aturan Allah.
Awal ceritanya saya merancang dengan baik dengan suami untuk tidak mahu anak lagi. Cukup la 5 anak yang ada. Saya obses menguruskan badan, makan macam-macam produk kuruskan badan. Join aktiviti-aktiviti senaman.. Run, hiking, bycle, zumba bagai. Sampai la satu hari kencing rasa sakit kat pangkal ari-ari.

Makan 8 jenis ubat batu karang

Tak pernah terfikir yang saya mengandung, saya ke klinik swasta, doc check kata saya batu karang. 8 jenis ubat dia bagi. Balik rumah terus telan. Salah satunya ubat hancurkan batu karang. Ya Allah ampunkan hamba mu yang bodoh ni. 2 3 hari telan ubat tak sakit dah. Okay semuanya. Tetiba suami demam teruk seminggu tak kebah-kebah. Lepas dia demam, saya lak demam. Hati rasa tak kena dan gelisah. Pergi balik klinik yang sama tapi doktor yang lain.

IKLAN

Ingat Ada Batu Karang, Ibu Hamil 2 Bulan Makan 8 Jenis Ubat Sebelum Tahu Mengandung

Dipendekkan cerita doktor bagitau saya mengandung usia kandungan nak masuk 2 bulan. Ya Allah. Apa aku dah buat ni.. Macam mana baby dalam perut? Sihat ke? Effects tak ubat-ubat yang aku telan. Cacat ke? Selama mengandung saya mabuk teruk. Suami la yang jaga. Masak basuh baju kemas rumah semua. Saya tidur dan hantar anak ke sekolah 14x sehari. Itu je yang mampu.

IKLAN

Bulan puasa kandungan 4 bulan saya di duga lagi. Saya diserang dipukul di gigit oleh jiran sebelah rumah. Hanya kerana salah faham. Tapi kes di anggap selesai di balai polis setelah dia mengaku bersalah dan memohon maaf. Hari baik bulan baik. Saya dan suami dengan lapang dada menarik balik kes. Air mata dan maruah macam dihinjak-hinjak. Tapi doa saya hanya satu semoga Allah selamatkan bayi dalam kandunganku. Cukupkan segala sifatnya, mudah saat melahirkannya. Tak putus-putus berdoa…

Trauma dan murung

Trauma… Lepas kejadian tu saya murung, sering menangis, tak suka berjumpa dan bergaul dengan orang keliling. Saya suka sendirian.

IKLAN

Kandungan 8 bulan saya kemalangan, kereta saya membawa anak-anak ke sekolah dilanggar dari belakang. Senak perut.. Menggeletar kaki tangan jangan cakap. Kereta kemek… Allah jugalah penyelamat segalanya. Orang yang melanggar mohon maaf dan menanggung segala ganti rugi. Bayi selamat.. semua selamat. Sampai la saat ke hospital melahirkan, layanan dan doa-doa orang-orang yang menyayangi semua menjadi kekuatan. Hingga la habis berpantang.. Alhamdulillah mudah segala-galanya.

Ya Allah.. Terima kasih atas rezeki yang kau berikan tanpa aku duga. Bayi yang cukup sempurna, sihat dan membawa rezeki buat kami sekeluarga. Jadikan anak ini menjadi anak yang soleh ya Allah.. Aamiin.

Ingat Ada Batu Karang, Ibu Hamil 2 Bulan Makan 8 Jenis Ubat Sebelum Tahu Mengandung

Muhammad Nuh
4.08kg
31.10.2019
Normal, tiada jahitan, tiada koyakan tiada luka. Syukur indah akhirnya setelah perit ku telan segalanya.

Sumber : Oh Bulan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI