Boleh dikatakan kebanyakan anak-anak sekarang ni ramai tak sihat. Ada yang terpaksa dimasukkan ke wad akibat demam, batuk selesema on off sehingga memberi kesan yang lebih teruk. Semestinya keadaan ini merisaukan ibu bapa kan?
Pengalaman ini jugalah yang dilalui oleh ibu kepada tiga anak Puan Nad Masrom apabila terpaksa ‘berkampung’ buat sementara waktu di hospital kerana dua orang anak demam dan batuk sehingga kekurangan air dalam badan.
Demam on off, makan muntah
Kongsi Puan Nad, kedua-dua anaknya mengalami bronchopneumonia dan sebelum dimasukkan ke hospital, anaknya muntah dan sangat kekurangan air dalam badan.
Musim ramai anak-anak tak sihat. Saya sendiri dah berkampung di hospital minggu lepas bila Fatimah dan Ali alami bronchopneumonia. Trauma bila nak cerita tentang ni.
Sebelum masuk hospital, Fatimah batuk, demam turun naik, muntahkan semua makanan, minuman termasuk ubat. Dan Fatimah dehidrated. Hospital memang kebanyakan full masa ni.
Ads
Ali juga alami simptom yang sama cuma peringkat awal dan saya minta wardedkan sekali. Walaupun diuji, tapi saya bersyukur dapat jaga anak-anak dalam satu bilik bersama suami.
Ali cepat recover. Saya terus menyusukan Ali dengan kerap di hospital. Selepas hari ke-2 dapatkan rawatan, barulah nampak aktif dan selera makan ada semula.
Perlu alert keadaan anak
Sentiasa alert dengan keadaan anak kita yang masih kecil terutama bayi. Mungkin kita rasa mereka demam biasa. Tapi mungkin juga dah ada jangkitan yang kita tak sedar.
Ads
Segeralah dapatkan pemeriksaan doktor. Dan musim sekarang ni, kalau boleh elakkan bawa keluar anak-anak ya. Tunggu reda semua. Nanti kita jalan-jalan semula. Saya doakan semoga anak-anak sahabat dan followers saya yang lain juga diberi kesembuhan.
Jika bayi masih menyusu, teruskan menyusu dengan kerap. Kerana susu ibu mengandungi antibodi yang membantu kesembuhan bayi selain ubat-ubatan yang diberikan.
Hati ibu ni paling rapuh bila berkaitan anak. Usahlah menambah serba salah si ibu bila pertikai apa sahaja yang ibu buat. Contohnya tak perlu pertikai kalau ibu tu nak dapatkan rawatan di hospital mana sekali pun.
Ads
Kerajaan atau swasta, ibu pasti dah fikirkan yang terbaik. Kita lindungi anak-anak kita. Biarlah orang nak kata kita terebih paranoid, asalkan kita tahu mana yang terbaik untuk mereka.
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa dibedah di Hospital Daerah Poonch, India, berdekatan dengan sempatan Pakistan akibat cacing gelang yang berada di dalam ususnya.
Lapor Daily Excelsior, kanak-kanak itu terdahulu mengadu tidak dapat membuang air besar, mengalami kesakitan dan kembung perut serta muntah dengan kerap.
Semasa pemeriksaan oleh doktor, ujian imbasan dilakukan pada abdomen. Doktor yang merawat mendapati usus kecil kanak-kanak lelaki itu tersumbat sepenuhnya dan dia dinasihatkan menjalani pembedahan.
Semasa pembedahan yang dijalankan oleh Pakar Perunding Bedah, Hospital Poonch, Dr Manav Datta dengan bantuan Pakar Bius, Dr Shafiq Choudhary dan Penolong Dewan Bedah, Sanjeev Sharma menyaksikan kehadiran segumpal cacing gelang yang juga dikenali sebagai Ascaris Lumbricoides.
Malah kehadiran parasit itu menjadi punca usus tersumbat. dianggarkan sekilogram cacing berkenaan dikeluarkan oleh doktor dalam pembedahan selama kira-kira satu jam.
Mengulas mengenai pembedahan itu, Dr Manav Datta berkata pembedahan sebegitu bukanlah jarang berlaku tetapi ia adalah kali pertama cacing gelang dalam kuantiti yang begitu besar ditemui dan dikeluarkan dari usus pesakit di hospital berkenaan.
Apa itu cacing gelang?
Menurut perkongsian MyHealth portal, cacing gelang atau Ascaris Lumbricoides adalah punca utama jangkitan cacing dalam kalangan manusia.
Jangkitan itu dinamakan ascariasis. Cacing gelang betina dewasa boleh mencapai ukuran sehingga 18 inci sementara cacing gelang jantan dewasa biasanya lebih pendek sedikit daripada cacing gelang betina.
Cacing dewasa tinggal di dalam usus kecil dan telurnya dikeluarkan bersama dengan najis.
Namun, apa yang menakutkan telur-telur cacing boleh tinggal di dalam tanah selama bertahun-tahun!
Bagaimanakah ia berjangkit?
Apakah tanda-tanda dan gejala dijangkiti cacing?
Ramai kanak-kanak tidak mempunyai tanda-tanda dan gejala. Namun, kadang kala kanak-kanak turut mengadu sakit perut.
Jangkitan cacing yang teruk boleh menyebabkan saluran usus tersumbat dan mengakibatkan sakit perut yang teruk dan muntah kerap. Adakalanya cacing dikeluarkan melalui najis atau dimuntahkan keluar.
Pencegahan daripada parasit ini boleh dilakukan dengan mencuci tangan dengan sempurna sebelum mengendalikan makanan.
Elakkan daripada menyentuh tanah yang dicemari dengan najis manusia, buang lampin pakai buang di tempat yang pembuangan sampah serta menghindari makanan tercemar atau minum air yang dicemari semasa melawat tempat atau negeri yang tidak mempunyai sistem sanitasi yang sempurna.
Bagaimanakah untuk mengenalpasti anak anda dijangkiti cacing?
Jika anak anda membuang air besar mengandungi cacing gelang atau telur cacing.
Bagaimanakah untuk merawat kanak-kanak yang dijangkiti cacing?
Ia boleh dirawat dengan memberikan ubat Albendazole 1 biji sehari atau Mebendazole untuk 3 hari.
Nak badan segar, slim, fit, cubalah amalkan minum jus campuran 4 bahan ini. Buat ibu-ibu yang sedang berdiet, boleh cuba minuman sihat yang dapat membantu menurunkan berat badan.
Perkongsian jus sihat ini mungkin boleh membantu ibu-ibu. Kaedah ini dipraktikkan oleh Sharinaz Redwan dengan hanya menggunakan 4 bahan asas sahaja. Antaranya, epal hijau, timun, lemon dan juga madu.
Bahan-bahan ini pastinya boleh di dapati di dapur dan sememangnya memiliki banyak khasiat untuk kesihatan tubuh.
Selepas minum anda akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa segar, rasa fit. Tunggu apa lagi, jom cuba!
BAHAN-BAHAN:
1 biji epal hijau
1/2 biji timun
2 slice lemon, amik jus je
1-2 sudu besar madu
Air suam untuk kisar
CARA-CARA:
1.Semua bahan di atas dikisar. Nak tapis boleh. Lagi bagus tak ditapis kerana hampas itu menjadikan fiber lebih tinggi.
2.Selepas dikisar, bolehlah diminum.
3.Bila cantik dalaman, barulah terserlah luaran. Nak cantik kena seimbang. Bukan jaga luaran sahaja. Pemakanan pun kena jaga.
TIMUN DAN KHASIATNYA
Antara kelebihan timun ia mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh membuang toksin dalam badan dan berikan rasa sejuk dalam badan.
EPAL HIJAU DAN KHASIATNYA
Epal hijau dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Sesiapa yang mempunyai masalah sembelit, elok amalkan makan epal hijau ni tau.
LEMON DAN KHASIATNYA
Tidak dinafikan buah lemon lagi tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.
Pengalaman bersalin bagi setiap orang lain-lain. Ada yang mudah, ada yang kena lalui sakit lama sampaikan dah habis tenaga sebab tahan sakit dan ada juga terpaksa buat pilihan untuk bersalin secara ceaser.
Bagi Puan Nor Shuhana pengalamannya bersalin induce dengan tiga kali masuk ubat dan perlu tahan sakit selama 36 jam untuk bagi si kecil melihat dunia, benar-benar buatkannya rasa begitu besar pengorbanan seorang wanita bergelar ibu.
“Ish, lambat lagi ‘due date’. Risaunya bila mana nurse periksa beritahu anak macam kurang gerak kena pergi hospital cepat kalau lambat takut anak lemas. Pergi ke hospital dekat dengan rumah dan apabila malam doktor refer ke hospital lain sebab di sana ada pakar. Sampai hospital tersebut doktor cakap esok kena induce pagi jadi malam ni berehat dahulu.
Kalau orang tengok diri ni macam tak ada nampak sebarang tanda nak bersalin pun . Malam tu mula fikir orang cakap pengalaman bersalin induce ni lagi ngeri daripada bersalin normal. Betulkah?”
Bukan semua wanita dapat bersalin normal seperti apa yang diharapkan. Ada kalanya, walaupun keadaan kehamilan kita sihat secara keseluruhannya, mungkin pada akhir-akhir kehamilan ada pula komplikasi yang menyebabkan perlu menjalani proses bersalin secara induce.
APAKAH BERSALIN INDUCE?
Bagi yang belum tahu, ingin dijelaskan di sini bahawa bersalin induce adalah proses bersalin yang menggunakan teknik atau ubat-ubatan tertentu bagi mempercepatkan proses kelahiran. Ia dilakukan sekiranya bayi berisiko dan perlu dikeluarkan secepat mungkin atas sebab-sebab tertentu.
Antara punca menyebabkan seseorang perlu menjalani proses induce termasuklah kehamilan yang melebihi 42 minggu (overdue), masalah dengan air ketuban, jangkitan rahim, masalah kesihatan bayi, atau masalah kesihatan ibu seperti diabetes atau darah tinggi.
PENGALAMAN BERSALIN INDUCE, 36 JAM TAHAN SAKIT
Sakit Ketika Kontraksi
Kontraksi induce ini lain macam bila menyerang. Bila dah namanya ubat, dia mestilah ada yang serasi dan tidak. Mungkin ada orang lepas induce, bukaan cm dia cepat dalam 5-6 jam saja. Tapi ada orang lambat sampai 1-2 hari. Ada orang induce tak sakit langsung sebab ubat tak menjadi. Kena pula masukkan ubat lagi 2-3 kali baru rasa sakit. Ada orang jalan tak buka terus, dan terpaksa dibedah sebab baby dah lemas. Itu gunanya mesin CTG untuk pantau jantung baby tu ya.
Jadinya mengikut pengalaman sendiri, kontraksi induce boleh dikatakan amat sakit. Katil pun boleh roboh, tiang boleh tercabut, dinding pun rasa nak panjat and ada suami kat tepi rasa nak balun tumbuk-tumbuk macam Naruto. Sakitnya… Lebih-lebih lagi kalau orang yang dah tahan lama.
3 Kali Induce, Baru Bersalin
Aku induce hari pertama waktu pagi pukul 9 pagi lepas 6 jam doktor akan datang periksa sama ada dah buka jalan atau kena induce kali kedua. Jalan aku belum lagi buka jadi terpaksa induce kali kedua. Untuk induce yang pertama ada 8 katil dalam tu tapi yang dah buka jalan cuma 2 orang yang lain semua macam aku juga induce kedua.Time induce kedua pukul 4 petang ni baru aku dapat rasa sakitnya kontraksi, bila yang pertama induce aku sorang je yang belum rasa sakit yang katil lain semua dah mula sakit. Aku mula diuji bila induce yang kedua sakit dia hanya Allah SWT saja yang tahu. Bila tengah malam Dr datang cek cakap belum lagi buka jadi dia minta aku tidur untuk esok pagi pukul 9 induce kali ketiga (yang terakhir) .Yang paling mencabarnya bila mana aku langsung tak boleh tidur sebab kontraksi dia sangat kuat lepas tu aku tengok katil lain yang induce kali kedua semua dah ke labour room tinggal aku sorang je yang jalan tak buka lagi dan akan induce kali ketiga.
Esok paginya induce kali ketiga cukup 6 jam doktor periksa belum lagi buka jalan, Allahuakbar aku dah tahan lama sakit tapi cm tak buka juga walaupun dah induce kali ke-3 (ubat yang terakhir) last doktor cakap aku kena jalani pembedahan caesar jadi dimintanya aku puasa cuma bergantung pada air tangan. Aku berdoa time tu tak mahu ceaser sebab orang kata nanti sakit Dua kali atas bawah dua dua ‘mendapat’. Yang dah induce lepas itu tiba-tiba nak kena ‘operate’, tahu tak kenapa? Sebabnya kita dah hilang tenaga. Bila mana lagi sejam nak caeser alhamdulillah jalan buka walaupun 2cm jadi doktor cakap tak perlu caeser aku boleh beranak normal. Time tu kudrat dah tak ada langsung sebab tenaga dah habis tahan sakit lamanya ‘induce’ dengan puasa lagi.
Masa aku kena induce ke-3 dah lepas puasa tapi baru buka 2cm bayangkan lama mana lagi untuk buka 10cm, jadi bila doktor datang ‘check’ jalan aku sampai merayu pada dia tolong, tolong belah perut saya, saya nak caeser. Tapi doktor marah sebab masih boleh beranak normal cuma kena tahan sakit tu sikit lagi. Bila ‘contraction’ datang, dah tak ada kata-kata yang dapat gambarkan.
Suami kat tepi pun rasa nak sepak-sepak. Sebab tu penting, zikir, baca doa yang mana patut. Memang betul, bila dah sakit sangat kadang-kadang tak ingat apa dah ayat untuk dibaca. Sebab itu juga penting suami dekat sebelah tolong ingatkan mana yang patut atau pun ahli keluarga.
Akhirnya Selamat Bersalin
Walau pun sakit, pengalaman paling indah bila dah melihat anak. Petang pukul 7 air ketuban pecah dan dah buka 4cm, dah boleh masuk labour room tapi diuji lagi bila mana labour room penuh terpaksa tunggu. Pukul 1 pagi baru boleh masuk ‘labour room’ dah kosong. Tepat pukul 3.15 keluar lah anugerah yang terindah selama 36 jam tahan sakit.
Tapi yang ‘best’ bila mana baby dah keluar rasa panas saja. Lepas itu dengar suara dia menangis dan doktor tunjuk baby dia tanya anak kita “Boy or girl”. Waktu itu, doktor jahit koyakan pun aku dah tak rasa apa. Sebab sedut ubat tahan sakit banyak sangat dan dapat lihat nikmat yang Allah bagi.