Tidak dapat dibayankan perasaan apabila anak hilang walau pun sesaat. Syukur anak ditemui dalam keadaan yang baik.
Kehilangan anak kecil berusia empat tahun ini cukup mendebarkan. Selepas usaha mencari & temu bual, akhirnya dia ditemui semula dalam keadaan yang baik di dalam bas sekolah selepas tertidur. Syukur!
Kehilangan disedari ibu
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata, kehilangan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu disedari pihak tadika selepas ibu mangsa berusia 40 tahun memberitahu bahawa anaknya tidak ditemui di tadika berkenaan.
Si kecil berkenaan yang dilaporkan hilang ketika berada di bawah jagaan sebuah tadika di Presint 3, di sini, ditemui selamat selepas tertidur dalam sebuah bas sekolah di Cheras pada Rabu.
Tidak ada masa ingin dijemput balik
Menurut Rosly, kehilangan si kecil disedari ibu selepas mendapati kecil tiada di taska semasa ingin menjemput pulang.
“Kira-kira pukul 4.50 petang, ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir telah pergi ke tadika untuk menjemput anaknya balik tetapi mendapati kanak-kanak itu tidak ada di tadika tersebut.
Ads
Hadiri raptai Hari Sukan tadika
Ketua Polis Daerah Putrajaya juga turut memaklumkan yang anak kecil itu telah menghadiri raptai hari sukan tadika di Bangi.
“Kami dimaklumkan bahawa, kanak-kanak itu dibawa oleh pihak tadika ke Padang Agrobank, Bangi untuk menyertai raptai hari sukan tadika. Pihak tadika telah membuat pemeriksaan di sekitar tadika namun kanak kanak tersebut tidak dijumpai,” katanya ketika dihubungi.
Temu bual semua guru tadika
Rosly menambah, susulan kejadian itu, pihaknya menjalankan temu bual dengan ke semua guru tadika bagi membantu siasatan.
Ads
“Hasil siasatan mendapati, kanak- kanak tersebut terlibat dalam raptai hari sukan bersama 87 orang kanak kanak lain di Pusat Latihan Agrobank Bangi. Kesemua pelajar terbabit menaiki tiga buah bas sekolah yang disewa dengan diiringi 11 orang guru.
Bas yang dinaiki kanak-kanak tersebut diiringi oleh tiga guru. Hasil temubual juga mendapati guru pengiring ada membuat semakan pelajar sebelum balik selain membuat pemeriksaan di kawasan raptai dan dapati jumlah pelajar cukup 87 orang,” katanya.
Kiraan jumlah murid dibuat sebelum bertolak
Katanya, guru pengiring juga membuat kiraan jumlah pelajar dalam bas semasa perjalanan balik dan mendapati jumlah pelajar cukup. Bagaimanapun, setelah tiba di tadika, guru berkenaan tidak mengira mengenai jumlah pelajar yang keluar dari bas.
Ads
Tiada dalam kelas tapi beg & tilam ada, ingatkan dijemput ibu bapa
Rosly turut memberitahu bahawa kesemua pelajar kemudian diarahkan masuk ke dalam kelas masing masing. Namun kira-kira pada pukul 3.20 petang, seorang guru baru menyedari pelajar tersebut tiada dalam kelas tetapi beg sekolah dan tilam pelajar itu masih berada dalam kelas.
Mencari di seluruh kawasan tadika
“Guru kelas mulanya menyangka pelajar itu dijemput oleh ibu bapanya sebelum mengetahui bahawa kanak-kanak itu tiada di tadika. Justeru, pihak tadika mencari di seluruh kawasan tadika namun pelajar tersebut tidak dijumpai,” katanya Rosly.
Tindakan pemilik tadika hubungi pemandu bas membuka jalan
Beliau berkata, susulan itu, pada pukul 7.05 malam, pemilik tadika telah menghubungi pemandu bas untuk membuat pemeriksaan dalam bas dan mendapati kanak-kanak itu tertidur di kerusi bas.
Sudah 2 minggu pencarian peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohd Ashraff Hasan atau Acap tidak ditemui. Anak sulungnya menanggung rindu, merengek tercari-cari si ayah.
Acap yang tiba-tiba hilang semasa menyertai pertandingan larian bertempat di Gua Tempurung 23 Mac lalu itu menimbulkan tanda tanya. Masih belum ada petunjuk baru yang boleh membantu pencarian pembantu makmal berusia 29 tahun itu.
Zahiruddin semasa dalam misi mencari adiknya, Acap.
Abang Acap, Mohd Zahiruddin memberitahu Mstar yang anak sulung Acap berusia setahun setengah amat merinduinya.
Anak sulung Acap dipanggil dengan nama Ecah mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan bapanya. Si kecil ini amat merindui Acap dan lebih menyedihkan, setiap kali ingin tidur sebelah malam, dia akan tercari-cari bapanya.
Anak sulung amat merindui Acap.
Zahiruddin turut menjelaskan yang anak saudaranya itu merengek, mungkin kerana lama tidak berjumpa dengan ayahnya. Dia turut memaklumkan yang isteri Acap sudah pun kembali ke Kuala Lumpur selepas beberapa hari turut sama menyertai misi pencarian Acap.
Luluhnya hati apabila anak bongsu berusia setahun enam bulan maut selepas tersembam dalam baldi berisi air di bilik air rumah dan ditemui sendiri oleh ibu bapanya.
Kejadian yang berlaku di Bukit Tunggal, Kuala Nerus, Kuala Terengganu tengah hari semalam langsung tak disangka.
Mangsa ditemui dalam keadaan kebiruan dan tidak sedarkan diri dalam baldi berkenaan oleh ibu bapanya kira-kira 12.30 tengah hari, selepas bayi lelaki itu didapati tiada di tempat tidur dalam bilik mereka.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika ibu bapa mangsa sedang tidur selepas keletihan bekerja.
Beliau berkata, sebaik bapa mangsa bangun tidur kira-kira jam 12 tengah hari, dia terkejut mendapati anak bongsu daripada sembilan beradik itu tiada di tempat tidur, lalu mengejutkan isterinya.
“Mereka kemudian mencari di sekitar rumah sebelum menemui mangsa dalam keadaan tersembam dan tidak sedarkan diri dalam baldi berisi air di dalam bilik air.
“Bapa mangsa berusia 40-an bersama isterinya kemudian membawa kanak-kanak itu ke Klinik Kesihatan Bukit Tunggal, untuk mendapatkan rawatan.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas kira-kira 50 minit diberi bantuan kecemasan di klinik berkenaan,” katanya.
Suffian berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu operasi besar-besaran berkaitan perintah kawalan pergerakan akan dijalankan oleh Polis Kontijen Selangor mulai pukul 8 malam ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmat, operasi tersebut bagi memastikan secara umumnya masyarakat di negeri faham dengan perintah kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasakan sejak hari ini.
Kata beliau, banyak aduan diterima tentang orang awam yang masih berada di luar rumah sekaligus membuktikan golongan ini gagal memahami perintah yang dikeluarkan.
“Jadi kita lakukan operasi bermula malam ini bagi memastikan tidak ada sesiapa yang berada di luar tanpa alasan munasabah, berada dalam kumpulan besar. Kita akan beri pemahaman serta nasihat kepada mereka untuk akur dengan perintah.
“Kita akan nasihat mereka untuk balik seandainya ada lagi yang berada di luar rumah, operasi ini juga melibatkan seluruh negeri di mana kita ada 16 daerah secara keseluruhannya.
“Ketua Polis Daerah pula akan membuat ‘roadblock’ di setiap kawasan mereka bagi memantau aktiviti orang awam sebelum nasihat mereka pulang, ketika ini kita akan masih gunakan kaedah nasihat,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat sebentar tadi.
Kata Fadzil lagi, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk tangkapan dan membuka kerta siasatan kepada mereka yang degil.
“Kita akan guna kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sekarang.
“Operasi ini akan bermula sekitar jam 8 malam dan akan berakhir hanya selepas kita berpuas hati setiap rakyat di negeri ini mematuhi arahan dibawah perintah kawalan ini,” tegasnya.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.