“Ingatkan Holiday Boleh “Me Time”, Rupanya Tak Senang Duduk Teringat Rumah”, Ozlynn Wati Rindu Anak-Anak!

Share

Ada masanya ibu perlukan ‘me time’ untuk diri sendiri, nak rehatkan minda dan badan yang penat uruskan anak-anak saban hari. Pun begitu bila dah me time, hati teringat pula pada anak-anak dan suami yang ditinggalkan di rumah. Inilah masalah wanita bergelar ibu. Betul tak?

Inilah yang berlaku kepada Ozlynn Wati, isteri kepada pelawak, Johan Raja Lawak. Ibu kepada lima anak ini terlalu rindukan anak-anaknya ketika bercuti bersama rakan-rakan rapat. Bercuti namun hati sentiasa dengan anak-anaknya. Seronok membaca perkongsiannya di instagram miliknya.

Sebenarnya aku sendiri yang macam pompuan gila, kengkawan pergi shopping, aku dok dalam bilik dok membelek muka semua anak-anak, Tengok video ni pastu sendiri yang tersengeh-sengah macam kerang busuk.

Padahal masa nak pergi beria nawww..dah beli tiket je trus fikir apa yang aku buat ni eh. Normal kan mother-mother punya feelings ni. Kadang-kadang bila penat tu sampai boleh cakap kat diri sendiri.. haissh aku kena ada me time, aku kena pergi holiday.. aku kena lepaskan semua kat laki aku. Biar dia pulak ganti rasa dan tanggungjawap tapi bila baru je confirm jadi yang keluar mulalah rasa bersalah.

Rasa kesian kat anak dan suami, mulalah fikir anak aku makan apa?? Laki aku masak apa.. on time tak masakkan kat dorangg, mandi dah ke? Gosok gigi ke tak tah tu, baju dalam bakul tu dah basuh dan lipat ke belum, dah cuci bilik air ke, bibik aku korek idung pastu pegang puting botol anak aku tak? Ahhh semua nak pikir lelebih, padahal anak ko ok jek. Mengadakan?

Tapi itulah naluri seorang mak, ke aku je yang macam ni? Lepas tu video nih.. terus rasa sabar nak balik. Ari ni satu hari suntuk dok belek fon tak mau keluar. Kejap-kejap lagi baru fikir nak belikan dorang hadiah. Moga anak-anak mama sihat dan elok perangai bila mama tak ada dan tak menyusahkan org??.

Ozlynn dan Johan berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata yang comel-comel belaka iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.

Pasangan cool ini memberi nama yang unik kepada setiap nama anak-anak mereka dengan mengekalkan ‘iq’ di belakang setiap nama. Tersendiri!

IKLAN