Seorang bayi perempuan yang masih dalam kandungan dikatakan ‘mengandung’ kembarnya sendiri di dalam perutnya baru-baru ini.
Kejadian yang berlaku di Colombia itu disedari oleh seorang pakar sakit puan, Dr. Miguel Parra-Saavedra. Dia mengesan kehadiran janin yang lebih kecil menerusi imbasan ultrabunyi selepas pemeriksaan awal mengesyaki bayi tersebut mungkin mengalami ketumbuhan pada hatinya.
Bayi bernama Itzamara seberat 3.17 kilogram dilahirkan pada 22 Februari lalu selepas sepasukan pakar bedah terpaksa melakukan pembedahan Caesarean di klinik La Merced bagi mengelakkan kembarnya terus membesar dan merosakkan organ dalamannya.
Ads
Sehari kemudian, pakar-pakar bedah melakukan pembedahan bagi mengeluarkan kembarnya berukuran 45 milimeter panjang dan seberat 14 gram yang meninggal dunia sebaik tali pusatnya dipotong. Janin tersebut mempunyai tangan serta kaki, namun tidak mempunyai jantung atau otak.
Ads
“Ia adalah perkara paling pelik dan menarik yang anda dapat lihat dalam bidang perubatan,” kata Parra-Saavedra kepada akhbar tempatan, The Herald.
Ads
Ibu bayi tersebut, Monica Vega, 33, mulanya tidak mempercayai perkara itu, namun menerima hakikat itu selepas dia ditunjukkan gambar, video dan bukti saintifik.
Kembar Itzamara. Janin itu mempunyai kaki, tangan namun tak mempunyai jantung dan otak
Kejadian yang dipanggil fetus dalam fetus itu berlaku kerana kelewatan pembahagian sel menyebabkan kembar tersebut tidak terpisah sepenuhnya. – Agensi
Ustaz Ebit Lew, pendakwah yang sangat terkenal di media sosial melalui kerja amal yang dilakukan olehnya berkongsi bagaimana cara mendapat rezeki yang melimpah ruah.
Menurutnya melalui perkongsian di Instagram, beliau sebelum ini pernah melalui kehidupan yang susah dan sukar. Namun berkat doa ibu bapa, isteri serta anak-anak kehidupan menjadi lebih senang.
Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.
Dulu Pernah Susah, Tidur Atas Guni
Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti.
Orang Tak Nak Ambil Saya Kerja Sebab Selekeh
Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.
Mula Buat Syarikat Sendiri
Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia.
Saya Ada Banyak Perniagaan
Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik jubah. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat.
Begitulah Rezeki Allah Bagi
Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya.
Seperti biasa, Ustaz Ebit Lew sentiasa menasihati semua agar sentiasa menjaga solat dan rajinkan diri bersedekah.
Sayang Ibu, Sayang Isteri Dan Anak-Anak
Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak. Selalu sedekah dan sayang semua orang. Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad. Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa-ebitlew.
Anak ini mengalami pendarahan otak semasa lahir dan ibunya melalui beberapa komplikasi semasa hamil dan bersalin. Namun ia sama sekali tidak mengganggu perkembangannya, ibunya berkongsi tips.
Melalui proses kehamilan dan kelahiran yang agak mencabar tidak mematahkan semangat ibu ini untuk membesarkan buah hatinya dan berkembang seperti anak yang normal. Puan Azlina Johari yang berkongsi pengalamannya.
Anaknya, Aulia Izzatunnisa mengalami pendarahan otak semasa lahir dan ibunya melalui beberapa komplikasi semasa hamil dan bersalin. Namun ia sama sekali tidak mengganggu perkembangannya, ibunya berkongsi tips.
Melalui proses kehamilan dan kelahiran yang agak mencabar tidak mematahkan semangat ibu ini untuk membesarkan buah hatinya dan berkembang seperti anak yang normal.
Dia yang menempuhi beberapa episod komplikasi seperti praeklampsia dan uri tertinggal di dalam rahim selepas bersalin menceritakan pengalamannya kepada Pa&Ma.
“Saya yang alami pendarahan ketika itu, sebab itu Aulia perlu dilahirkan awal. Aulia dilahirkan menerusi emergency caeser. Saya menukar baju operation pun ketika trolley ditolak ke dewan bedah. Memang betul-betul macam scene dalam drama.
“Sebab uri sudah tertanggal. Saya kena pre eklampsia. 5 kali cucuk bius di belakang. Tapi bius tak sempat jalan dah potong. So kena stop kejap dan doc beralih ke fully bius. Sebab saya rasa pisau tu. Ngeri kalau ingat. Pengsan sepenuhnya,” kata Azlina atau Ina yang mempunyai pendidikan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Bayi saya tidak bernafas pun masa lahir. Kena dibantu CPR dan oksigen kemudian baru bernafas. Sebab itu dalam otak dia ada pendarahan pada sebelah kiri dan kanan.
“Kemudian Aulia juga mengalami hernia di mana usus hampir berbelit dengan ovari. So umur 26 hari perlu melalui pembedahan untuk memperbetulkannya. Doktor perlu menunggu sehingga berat Aulia naik hingga 1.8kg baru boleh buat pembedahan,” kata Ina.
Ina turut berkongsi yang anaknya turut mengalami ketinggalan dalam perkembangan, tetapi pantas membuat rangsangan dan stimulasi.
“Perkembangan dia tertinggal sangat-sangat. Tp saya buat stimulasi sejak dia dalam NICU lagi. Masa kuarantin di rumah 6 bulan..saya stimulasi hari-hari. Antara stimulasi yang saya lakukan ialah;
Ibu ini turut berkongsi yang Aulia mengalami platelets tidak stabil sehingga umur setahun. “ “Platelets tidak stabil menyebabkan dia dia senang lebam dan mudah alami pendarahan. Pada usia setahun, dia baru boleh duduk dan merangkak. Masa ni sy start stimulasi konsep worldschooling. Saya bawa ke krabi. Dan perkembangan dia meningkat dasyat. Smpai sekarang. Ada certain perkembangan dia dah capai usia 6tahun. Yang penting tak tercicir,” kata Ina.
Malah Aulia juga sudah kenal pelbagai warna melebihi dari warna asas. Boleh mengimbangi basikal. Aulia juga sudah free diapers. Sosialnya dengan kanak-kanak memang tiada masalah. Kata Ina, Aulia sudah boleh masuk ke kedai dan membeli dan membuat pembayaran sendiri
“Aulia sudah ada reading readiness dah ade.. Cuma saya put on hold dulu untuk kenalkan sebab nak kuatkan sensorimotor dan psikomotor dan lain-lain. Saya harap ibu bapa yang ada apa-apa kondisi anak yang lambat dan delay jangan putus asa. Jangan nangis. Kena bangun dan buat something. Mesti boleh,” kata ibu bersemangat ini.
Kata Ina antara tempat yang dia & Aulia sudah kunjungi bersama ialah Krabi, Sabah, Korea, Padang, Bukit Tinggi, Palembang, Singapura, Hatyai, Songkla, Satun, Ho chi minh, Mekong, Seam reap, Pnhom penh dan lain-lain. Tapi yang pasti no stroller, no gadget dan mesti ada nature untuk mendidik dan menstimulasi perkembangan anak pramatangnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ini namanya rezeki! Siapa sangka selepas 20 tahun kakak kembar lahir, dapat pula adik lelaki kembar. Kelahiran ini dianggap istimewa kerana si kakak pula yang mengambil alih menjaga adik lelaki.
Yuliyani dan adiknya merupakan kembar seiras dan mereka dilahirkan pada Oktober 2001. Bagaimanapun, pada September 2021, mereka menyambut kelahiran adik lelaki yang juga merupakan kembar, namun tidak seiras.
Kelahiran itu menjadikan perbezaan Yuliyani dengan adik kembarnya adalah 20 tahun, namun itu tidak menghalang mereka mempunyai ikatan kasih sayang yang akrab.
“Tidak sangka kami akan menerima adik kembar 20 tahun kemudian, namun itukan rezeki dari Allah SWT, kami menerimanya dengan penuh kesyukuran,” katanya.
Yuliyani turut memuat naik gambar dan video bersama adik kembarnya dalam akaun Tiktok serta meraih perhatian banyak pengguna media sosial itu.
Sehingga semalam, video itu ditonton lebih lima juta pengguna TikTok dan mendapat ‘like’ lebih 300,000.
Selain itu, Yuliyani turut menerima pelbagai komen yang mendoakan mereka menjadi keluarga bahagia dan diberi kesihatan yang baik.
Gadis itu memberitahu, mereka mulanya terkejut apabila ibunya memberitahu hamil lagi, namun menerimanya dengan hati terbuka kerana memang sudah lama menginginkan adik.
“Kegembiraan kami berganda apabila mengetahui ibu hamil kembar dan pada masa yang sama bimbang kerana usia ibu sudah 40 tahun.
“Namun, semuanya berjalan lancar sehingga ibu selamat melahirkan adik kembar kami dan keadaan mereka juga sihat,” ujarnya.
Kini, Yuliyani dan kembarnya turut membantu ibu mereka menjaga adik kembarnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nelydia Senrose hamil selepas 7 tahun penantian. Ketahui kisah penuh kehamilan pertama beliau, pengalaman alahan dan detik penuh emosi yang menyentuh hati.