Anak ini mengalami pendarahan otak semasa lahir dan ibunya melalui beberapa komplikasi semasa hamil dan bersalin. Namun ia sama sekali tidak mengganggu perkembangannya, ibunya berkongsi tips.

Melalui proses kehamilan dan kelahiran yang agak mencabar  tidak mematahkan semangat ibu ini untuk membesarkan buah hatinya dan berkembang seperti anak yang normal. Puan Azlina Johari yang berkongsi pengalamannya.

Anaknya,  Aulia Izzatunnisa mengalami pendarahan otak semasa lahir dan ibunya melalui beberapa komplikasi semasa hamil dan bersalin. Namun ia sama sekali tidak mengganggu perkembangannya, ibunya berkongsi tips.

Alami Pendarahan Otak Masa Dilahirkan & Seberat 1.4kg, Aulia Kini Membesar Dengan Bijak. Ibu Kongsi 5 Tips

Melalui proses kehamilan dan kelahiran yang agak mencabar  tidak mematahkan semangat ibu ini untuk membesarkan buah hatinya dan berkembang seperti anak yang normal.

Dia yang menempuhi beberapa episod komplikasi seperti praeklampsia dan uri tertinggal di dalam rahim selepas bersalin menceritakan pengalamannya kepada Pa&Ma.

EMERGENCY CAESER KERANA ALAMI PENDARAHAN

“Saya yang alami pendarahan ketika itu, sebab itu Aulia perlu dilahirkan awal. Aulia dilahirkan menerusi emergency caeser. Saya menukar baju operation pun ketika trolley ditolak ke dewan bedah. Memang betul-betul macam scene dalam drama.

IKLAN

“Sebab uri sudah tertanggal. Saya kena pre eklampsia. 5 kali cucuk bius di belakang. Tapi bius tak sempat jalan dah potong. So kena stop kejap dan doc beralih ke fully bius. Sebab saya rasa pisau tu. Ngeri kalau ingat. Pengsan sepenuhnya,” kata Azlina atau Ina yang mempunyai pendidikan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Alami Pendarahan Otak Masa Dilahirkan & Seberat 1.4kg, Aulia Kini Membesar Dengan Bijak. Ibu Kongsi 5 Tips

ALAMI PENDARAHAN OTAK KIRI & KANAN SERTA HERNIA

Bayi saya tidak bernafas pun masa lahir. Kena dibantu CPR dan oksigen kemudian baru bernafas. Sebab itu dalam otak dia ada pendarahan pada sebelah kiri dan kanan.

“Kemudian Aulia juga mengalami hernia di mana usus hampir berbelit dengan ovari. So umur 26 hari perlu melalui pembedahan untuk memperbetulkannya. Doktor perlu menunggu sehingga berat Aulia naik hingga 1.8kg baru boleh buat pembedahan,” kata Ina.

IKLAN

AWALNYA AULIA TERTINGGAL DALAM PERKEMBANGAN

Ina turut berkongsi yang anaknya turut mengalami ketinggalan dalam perkembangan, tetapi pantas membuat rangsangan dan stimulasi.

“Perkembangan dia tertinggal sangat-sangat. Tp saya buat stimulasi sejak dia dalam NICU lagi. Masa kuarantin di rumah 6 bulan..saya stimulasi hari-hari. Antara stimulasi yang saya lakukan ialah;

  1. Tummy time
  2. Baby spa
  3. Baby floating
  4. Mirroring
  5. Urutan

Alami Pendarahan Otak Masa Dilahirkan & Seberat 1.4kg, Aulia Kini Membesar Dengan Bijak. Ibu Kongsi 5 Tips

IKLAN

UMUR 1 TAHUN BARU BOLEH MERANGKAK & DUDUK

Ibu ini turut berkongsi yang Aulia mengalami platelets tidak stabil sehingga umur setahun. “ “Platelets tidak stabil menyebabkan dia dia senang lebam dan mudah alami pendarahan. Pada usia setahun, dia baru boleh duduk dan merangkak. Masa ni sy start stimulasi konsep worldschooling. Saya bawa ke krabi. Dan perkembangan dia meningkat dasyat.  Smpai sekarang. Ada certain perkembangan dia dah capai usia 6tahun. Yang penting tak tercicir,” kata Ina.

Malah Aulia juga sudah kenal pelbagai warna melebihi dari warna asas. Boleh mengimbangi basikal. Aulia juga sudah free diapers. Sosialnya dengan kanak-kanak memang tiada masalah. Kata Ina, Aulia sudah boleh masuk ke kedai dan membeli dan membuat pembayaran sendiri

“Aulia sudah ada reading readiness dah ade.. Cuma saya put on hold dulu untuk kenalkan sebab nak kuatkan sensorimotor dan psikomotor dan lain-lain. Saya harap ibu bapa yang ada apa-apa kondisi anak yang lambat dan delay jangan putus asa. Jangan nangis. Kena bangun dan buat something. Mesti boleh,” kata ibu bersemangat ini.

Alami Pendarahan Otak Masa Dilahirkan & Seberat 1.4kg, Aulia Kini Membesar Dengan Bijak. Ibu Kongsi 5 Tips

NO STROLLER, NO GADGET

Kata Ina antara tempat yang dia & Aulia sudah kunjungi bersama ialah Krabi, Sabah, Korea, Padang, Bukit Tinggi, Palembang, Singapura, Hatyai, Songkla, Satun, Ho chi minh, Mekong, Seam reap,  Pnhom penh dan lain-lain. Tapi yang pasti no stroller, no gadget dan mesti ada nature untuk mendidik dan menstimulasi perkembangan anak pramatangnya.

Alami Pendarahan Otak Masa Dilahirkan & Seberat 1.4kg, Aulia Kini Membesar Dengan Bijak. Ibu Kongsi 5 Tips

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI