gambar hiasa AI

Siapa sangka, hanya selepas 17 jam disahkan hamil, seorang wanita muda telah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat! Inilah kisah luar biasa Charlotte Summers, 20, dari Queensland, Australia, yang membuktikan bahawa kehamilan sememangnya penuh misteri dan tidak semestinya berlaku seperti yang kita sangkakan.

“Saya Ingatkan Hanya Lemak Biasa…”

Menurut Charlotte, dia langsung tidak menyangka dirinya sedang hamil. Malah, sepanjang sembilan bulan itu dia masih mengalami kitaran haid normal, dan hanya menyedari perubahan pada bentuk tubuhnya disebabkan berat badan naik. Pakaian semakin ketat, tapi dia fikir itu kesan daripada pemakanan dan gaya hidup.

“Ingatkan Lemak Biasa…” Wanita Lahirkan Bayi Sihat Selepas 17 Jam Disahkan Hamil

Semuanya berubah apabila dia menjalani pemeriksaan perubatan berkaitan masalah sensitiviti gluten pada awal Jun lalu. Doktor secara rutin meminta Charlotte menjalani ujian kehamilan, dan tanpa disangka keputusannya positif!

Kandungan Sudah 38 Minggu – Kena Induce Segera!

Selepas berita kehamilan disahkan, keluarga pasangan Charlotte bertindak pantas mendapatkan imbasan ultra bunyi, dan di situlah mereka dikejutkan lagi – usia kandungan sudah mencecah 38 minggu! Lebih membimbangkan, doktor mendapati Charlotte mengalami masalah plasenta berada di bahagian hadapan rahim, yang juga dikenali sebagai anterior placenta, dan ini menyukarkan pengesanan gerakan bayi.

Ads

Disebabkan kedudukan plasenta dan usia kandungan yang sudah cukup bulan, doktor memutuskan Charlotte perlu menjalani induksi kelahiran dengan segera. Tidak sampai sehari selepas dimasukkan ke wad materniti, Charlotte melahirkan bayi lelaki yang sihat – hanya 17 jam 21 minit selepas mengetahui dia sedang hamil!

Kehamilan Tersembunyi (Cryptic Pregnancy) – Jarang Berlaku, Tapi Tidak Mustahil

Fenomena yang dialami Charlotte ini dikenali sebagai kehamilan tersembunyi atau cryptic pregnancy  dimana keadaan di mana seseorang tidak menyedari dirinya hamil sehinggalah kandungan memasuki fasa akhir atau saat melahirkan.

Menurut pakar perbidanan dan sakit puan, antara faktor kehamilan tersembunyi termasuk:

Ads

Kitaran haid yang tetap meskipun sedang hamil
Plasenta di hadapan rahim yang menghalang rasa gerakan bayi
Simptom kehamilan yang sangat ringan atau tiada langsung
Perubahan fizikal yang tidak ketara, terutamanya pada wanita berbadan besar atau tinggi

Netizen Ragu, Charlotte Tampil Kongsi Dokumen Perubatan

Disebabkan kisahnya begitu luar biasa, ramai netizen mempersoalkan kebenaran cerita Charlotte. Ada yang menuduhnya menipu atau sekadar mencari perhatian. Namun, Charlotte tampil dengan bukti rasmi seperti dokumen lengkap daripada Queensland Health, bagi membuktikan dia benar-benar tidak tahu dirinya hamil sehingga saat-saat akhir.

“Saya tahu susah nak percaya. Tapi saya sendiri pun terkejut. Dalam masa tak sampai sehari saya jadi seorang ibu. Sekarang, bayi lelaki saya adalah dunia saya,” kata Charlotte.

Ads

Peka Akan Perubahan Badan

Setiap kehamilan itu unik, dan bukan semua akan melalui simptom yang sama. Namun, sebagai wanita, kita perlu lebih peka terhadap perubahan tubuh:

👶 Jika haid anda tetap tetapi ada perubahan luar biasa pada tubuh, lakukan ujian kehamilan.
👶 Jangan abaikan pertambahan berat badan mendadak, walaupun anda fikir itu hanya “lemak biasa”.
👶 Rasa tidak selesa, senak perut, cepat letih atau perubahan emosi yang berpanjangan – semuanya boleh jadi petanda awal kehamilan.

Kehamilan bukan sekadar tentang tempoh 9 bulan, tetapi tentang naluri, penjagaan dan keajaiban tubuh wanita. Kisah Charlotte ini membuktikan bahawa menjadi ibu kadangkala berlaku di luar jangkaan – tapi kasih sayang yang hadir tetap sama mendalam ❤️

Sumber : Sinar Harian 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads