Seluruh negara tersentak apabila berita kematian tragis pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, 13, yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, mengundang gelombang kesedihan dan desakan keadilan bukan saja rakyat di negeri ini, tetapi di seluruh negara.

Malah, ketika ini, seperti satu gelombang tanda pagar #JusticeForZara berada di rata-rata akaun sosial media. Dalam perkongsian terbaru dimuat naik di facebook oleh Ustazah Marhamah Rosli yang turut dikenali sebagai pendakwah bebas yang mempunyai latar belakang pendidikan undang-undang. Beliau berkongsi kenyataan media rasmi peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir .

KENYATAAN MEDIA RASMI PEGUAM KELUARGA ALLAHYARHAM ZARA QAIRINA

Ini 12 Kenyataan Rasmi Peguam Keluarga Zara Qairina, No.7 Paling Meruntun Jiwa

Hari ini, peguam rasmi mewakili ibu Allahyarhamah Zara Qairina, Encik Hamid Ismail & AlanShahlan Jufri telah mengeluarkan kenyataan media penuh berkenaan perkembangan siasatan kematian tragik arwah yang berlaku dalam kawasan asrama sekolah.
Antara intipati penting:
✅ Ibu Zara menafikan sepenuhnya bahawa arwah membunuh diri.
✅ Terdapat keraguan serius terhadap punca kematian yang dikaitkan dengan unsur jenayah.
✅ Pihak keluarga juga memohon inkues segera bagi menentukan punca sebenar kematian.
✅ Tiada bedah siasat dilakukan sebelum pengebumian arwah.
✅ Wujud rakaman suara dan bukti-bukti penting yang telah diserahkan kepada pihak polis.
✅ Keluarga Zara tidak pernah ditunjukkan hasil siasatan sejak laporan dibuat.
✅ Tuduhan terhadap ibunya adalah fitnah kejam yang sangat tidak berperikemanusiaan.
Kami mohon semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk membaca dan meneliti kenyataan media ini sepenuhnya. Jangan benarkan kes ini berakhir dengan diam.
🔁 Sila bantu sebarkan. Kebenaran perlu ditegakkan.

Ads

Ini 12 Kenyataan Rasmi Peguam Keluarga Zara Qairina, No.7 Paling Meruntun Jiwa

 

Ini 12 Kenyataan Rasmi Peguam Keluarga Zara Qairina, No.7 Paling Meruntun Jiwa

Ads

Ini 12 Kenyataan Rasmi Peguam Keluarga Zara Qairina, No.7 Paling Meruntun Jiwa

Sebelum ini media, melaporkan, Zara Qairina, 13, ditemui dalam keadaan parah pada pukul 3 pagi, 16 Julai lalu di tingkat bawah bangunan asrama sebuah sekolah agama di Sabah sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

Ads

Bagaimanapun, remaja itu disahkan meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari keesokan harinya. Kejadian itu menjadi tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen selepas dikaitkan dengan dakwaan buli. Insiden itu turut mencetuskan gelombang kesedihan dan desakan keadilan bukan sahaja dalam kalangan rakyat Sabah, malah masyarakat di seluruh negara.

Sumber: Marhamah Rosli

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads