Otak anak berkembang dengan sangat laju di tahun-tahun pertama kelahiran mereka.
Bila capai umur 2 tahun je, berat otak anak dah menghampiri 80 peratus otak kita yang dewasa.
Sebab tu penting sangat kita banyakkan makanan yang asli dari sumber sebenar, dan kurangkan makanan tinggi proses untuk anak kita yang masih kecil.
Ikan tinggi omega 3. Makanan paling baik untuk otak.Aneka buah, pelbagai nutrisi dan vitamin yang sangat banyak, yang penting untuk otak anak.
Seawal usia kita nak suap anak makan, pastikan makanan yang baik-baik je kita cuba cari dan beri untuk anak.
Sayur jugak wajib jadi makanan harian yang anak, supaya cukup keperluan nutrisi untuk otak anak berfungsi dengan baik.2 biji telur pun dah cukup dengan kandungan choline sehari untuk anak umur bawah 8 tahun. Choline penting untuk memory anak lebih kuat.
Nutrisi yang seimbang, penting sangat untuk pertumbuhan otak anak yang optimum.
Tapi, ada jugak makanan-makanan tertentu, yang tinggi dengan nutrisi terpilih, buatkan pertumbuhan otak anak lebih ke depan.
Ads
Ini yogurt saya buat sendiri. Yogurt ada kandungan iodin, bantu pertumbuhan tisu otak anak.Ayam antara salah satu contoh daging yang ada sumber zat besi, pentig untuk anak kekal fokus. Cari versi yang lebih tanpa antibiotik dan hormon.Kekacang macam ni sedap kalau panggang dulu dalam oven. Tinggi dengan protein, lemak baik, vitamin dan mineral untuk sistem saraf otak dan maintain mood anak dengan baik.Sesuai sangat kalau bagi anak makan oat di pagu hari. Sumber tenaga pada otak gitu. Tinggi fiber, jadi bila anak makan, akan cepat kenyang. Taklah mereka mintak makan yang bukan-bukan.
Sama-sama kita cuba tambahkan stok makanan yang baik di rumah sentiasa. Supaya anak lebih kenal makanan segar real food berbanding makanan ultra processed.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil memang banyak cara yang dipraktikkan oleh setiap ibu ayah. Ada yang tegas orangnya dan ada juga yang jenis lembut. Memang tak dinafikan setiap orang ada cara yang tersendiri dalam mendidik anak-anak.
Tapi nak tahu cara yang diguna pakai itu berkesan atau tidak, cuba lakukan seperti yang dikongsi oleh Siti ‘Aisyah Rozalli ini. Antara marah dan pujuk si kecil ternyata keduanya mempunyai kesan yang tersendiri.
Beberapa hari ini, saya buat eksperimen.
Saya tengok beza tindak balas anak antara saya marah dengan saya pujuk.
Abang Husam yang baru 4 tahun jagung tu meraung.
“Aufa ketuk Husam!!!!”
Maka….
Dipendekkan cerita, saya pun mintalah Aufa mohon maaf pada abang dia.
Saya marah Aufa.
Saya cakap dengan nada keras.
“Aufa! Tiup abang balik! Cakap sorry kat abang!”
Hmmm… Nak tahu apa jadi?
Aufa keraskan badan dia, sungguh-sungguh tak mahu salam dan minta maaf pada Husam.
Kenapa? Sebab dia berada dalam MOD DEFENSIF. Otak Aufa kata : “Awak tengah kena marah ni! Defend diri!”
So, Aufa pun freeze. Siap silang tangan kat dada, kerut kening.
Nampak macam melawan kan?
Tapi, sebenarnya Aufa cuma “mirror” reaksi marah saya pada dia. Otak dia tak dapat proses apa yang dia perlu lakukan. Yang dia tahu, dia sedang kena marah, badan dia kena manipulate (sebab saya bawa tangan dia suruh salam abang), maka dia kena selamatkan diri dia dengan FREEZE kan badan.
Reaksi survival manusia.
Maka…. Saya pun tukar method.
Kan tengah eksperimen tadi kan?
Saya pause dalam 2 minit.
Masih pegang tangan Aufa. Tapi, lepas tu saya tarik perlahan dan dudukkan di pangku.
Sambil usap-usap belakang Aufa, cium sikit dahi dia…
Aufa pandang abang dia. Masih senyap. Kesan kena marah tadi…
“Jom kita tiup abang nak? Aufa tiup boleh?”
Aufa masih tak bergerak. Tapi, dah tak melawan bila saya bawa dia dekat ke abangnya.
“Tiup jom”
Macam magik. Terus datang dan tiup abang.
“Aufa cakap sorry abang, salam abang”
Sekali lagi macam magik.
Terus cakap “torry abang” dan salam abang berlaga dahi sebab masing-masing nak cium tangan
So, apa kesimpulannya di situ?
Bila kita marah anak, tunjukkan reaksi marah, dan paksa anak bergerak ikut apa yang kita nak dalam keadaan kita sedang marah….
Anak akan masuk MOD SURVIVAL /DEFENSIF.
Ada anak FREEZE atau WITHDRAW. Dia tegak. Tak boleh buat apa. Ada anak yang akan sekalikan dengan tangisan. Ada anak yang akan bawa diri ke sudut bilik.
Ada anak FIGHT. Maka, bila kena marah, dia memukul, menjerit, meraung kemarahan.
Apa nak buat?
KITA DULU KENA TENANG, GROUNDED DAN USAHA UNTUK FAHAM REAKSI ANAK KITA.
Macam mana nak buat?
LEARN = Sentiasa belajar ilmu-ilmu parenting yang praktikal, ilmu pengurusan stress, ilmu pengurusan anak yang betul dan positif (bukan toxic positive ya. Tapi, practically positive)
UNLEARN = Hilangkan ilmu-ilmu yang tak betul dan tak praktikal dan tak sesuai dengan sifat kita dan anak.
RELEARN = Belajar semula, remind diri kita tentang ilmu-ilmu yang kita pernah tahu. Cari circle yang membina.
Mama, Ayah…..
Nak urus anak, kena make sure emosi kita terurus ya.
Anak kecil sekejap saja.
Saya doakan kita semua berjaya menjadi ibu ayah yang sentiasa berusaha menjaga emosi agar boleh menyalurkan kebaikan kepada anak kesayangan.
Siti ‘Aisyah Rozalli
Jadi mak ayah, sebelum bertukar jadi marah tu sila tenangkan diri dahulu. Tarik nafas Panjang-panjang dan faham situasi anak-anak sebelum ambil tindakan. Bukan tak bagi marah langsung, tapi kalau boleh cuba berlembut kerana dengan cara itu anak juga akan lebih tenang dan emosi mereka juga tidak terganggu dengan perasaan marah.
Sejak musim PKP ni, semua sekolah memang wajib ditutup. Hanya pembelajaran dalam talian sahaja dijalankan. So cikgu-cikgu mula bahagikan tugasan secara online. Nak tak nak mama papa terpaksalah print bahan pembelajaran anak-anak.
Bagi yang ada laptop mungkin bukan satu masalah yang besar. Boleh terus print. Tapi bagi ibu bapa yang hanya memiliki hand-phone mungkin risau macam mana nak print semua bahan yang cikgu bagi. Kedai nak print memang tidak dibenarkan beroperasi.
So mama papa yang kebuntuan bolehlah follow step yang dikongsi oleh Fizie Joeker, salah seorang pengguna facebook. Diharapkan ilmu ini dapat membantu mama papa semua.
Hari ni abang nak share satu ilmu macam mana nak print-out daripada hp direct ke printer, tak payah pakai laptop & tak payah beli printer wireless/wifi yang mahal-mahal tu..
Abang faham musim PKP ni ramai parent yang pening kepala sebab nak print-out kerja sekolah anak-anak yang cikgu bagi by whatsapp group.. Ada yang sampai nak beli laptop & printer wifi yang mahal tu..jangan…jangan bazirkan duit tu.. ada solution nya..
Ok mula-mula korang kena ada 3 benda alah ni..
✅ Printer (tak kisah jenama apa,yang murah punya pun boleh)
✅ Cable OTG (korang boleh beli kat Eco/Ninso/DIY)
✅ Apps PrinterShare Mobile Print (korang kena download kat hp korang,cari kat dalam playstore)
Ok bila dah ready semua tu sambungkan cable USB printer ke cable OTG, lepas tu cucuk ke hp korang, ikut arahan PrinterShare tu untuk setting.. Siaapppp!!!
Senang je kan.. Tak payah bazir duit nak beli printer yang mahal-mahal tu.. Ok kalau rasa ilmu ni bermanfaat korang boleh share.. tak payah mintak izin.. dipersilakan.. ermm.
Ada ibu bapa mengambil jalan mudah dengan membiarkan anak bersama gajet selama berjam-jam. Melalui gajet anak akan leka menonton video atau bermain game.
Kasihanilah anak itu, kerana gajet boleh menyebabkan anak menjadi ketagih dan berisiko membantutkan perkembangan mereka.
Tidak dinafikan tugasan harian yang banyak menyebabkan ibu bapa terpaksa memilih jalan mudah ini supaya anak-anak tidak mengganggu mereka. Tapi adakah ini pilihan yang terbaik? Sanggupkah kita letakkan anak kita dalam risiko ketagih gajet.
Bermain ialah satu medan pembelajaran yang sangat baik untuk anak. Dengan bermainlah anak-anak akan belajar banyak perkara baru. Baik dari input perkataan-perkataan baru hinggalah kemahiran dalam permainan yang kita ajar. Bagus untuk tingkatkan daya keyakinan mereka.
Kemahiran motor terbahagi kepada motor halus dan kasar. Perkembangan dari sudut kekuatan, koordinasi dan sensori ialah antara perkara penting yang perlu ibu bapa beri perhatian. Dengan bermainlah, ibu bapa boleh secara tidak langsung merangsang perkembangan motor anak.
Intonasi dan emosi ialah dua perkara penting yang perlu bergerak seiring bagi memastikan kelestarian teknik komunikasi anak-anak. Dengan bermain dengan anaklah kesinambungan intonasi dan emosi ini dapat kita ajar secara tidak langsung.
Sebagai ibu bapa kita perlu tahu kecenderungan anak kita ke arah yang mana. Melalui aktiviti bermain dengan anak, kita dapat tahu dan dengan mudah lebih memahami minat dan kecenderungan anak. Ini juga membantu ibu bapa untuk beri panduan yang tepat mengikut minat dan seterusnya pandu anak-anak menuju cita-cita mereka.
Jika masa yang sedikit terluang ini kita tidak dapat manfaatkan sebaiknya dengan anak. Rugilah. Kerana kita semua pastinya sibuk dengan kerja, dan peluang seperti ini tidak datang selalu. Jadi ambil setiap peluang masa yang ada untuk bermain dengan anak.
p/s : Hargai masa yang ada untuk bermain bersama anak. Ingatlah, bahawa anak kita tak akan kecil selama-lamanya.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.