Ramai ibu ayah agak sukar mendidik anak pada usia lima atau enam tahun untuk solat supaya menjadi anak soleh dan solehah. Sebenarnya untuk mendidik dan mentarbiyyah anak untuk solat bukan perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi mereka tidak dapat membayangkan siapa Allah.
Malah, ada ibu bapa sencara tidak sengaja menakutkan anak-anak seperti, ““Buatlah macam tu, nanti di akhirat Allah masukkan dalam neraka atau “Jangan cakap macam tu. Berdosa, nanti Allah marah.”.
Bagaimanapun, adalah menjadi suatu amanah buat ibu bapa untuk mendidik anak supaya anak dapat menunaikan solat tanpa disuruh.
Moga menjadi panduan untuk kita muhasabah mendidik anak untuk mengerjakan solat.
Ads
1.Gunakan sumber yang sahih
Kita boleh menggunakan 99 nama Allah untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada Pencipta mereka. Dengan adanya garis panduan ini, anak-anak akan didedahkan dengan persepsi yang betul tentang Tuhan mereka. Contohnya, “Allah itu Al-Khaliq, Dialah yang cipta tangan, mata, hidung dan mulut kita. Hebatkan Allah, ciptakan kita ni cantik-cantik?”
2.Ingatkan ganjaran Allah
Ads
Setiap kali anak-anak melakukan kebaikan, ingatkan tentang ganjaran yang bakal mereka terima di akhirat kelak. Contohnya, “MasyaAllah, hari ni Afiq solat dengan mama, lepas tu tolong mama susun pinggan. Mesti Allah suka tengok Afiq buat baik dengan mama dan sediakan Afiq pahala banyak-banyak di akhirat nanti!”
3.Imbangi kisah teladan
Seimbangkan kisah-kisah azab dan siksa yang menjadi pembalasan pada orang yang fasik dengan kisah-kisah ganjaran yang Allah berikan pada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak mempunyai tanggapan negatif terhadap penghukum. Jadi, kita mestilah berhati-hati dalam membentuk persepsi yang betul terhadap Allah.
Ads
4.Kaitkan kejayaan mereka dengan rahmat Allah
Contohnya apabila anak kita mencapai satu kejayaan, kita boleh katakan pada mereka, “Alhamdulillah, Aiman dah usaha sungguh-sungguh. Mesti Allah nampak Aiman usaha dan Allah berikan keputusan yang baik untuk Aiman.
5.Beritahu kanak-kanak yang Allah sentiasa sayangkan mereka
Sebagaimana anak-anak perlu tahu yang mereka disayangi oleh ibubapa, pasti mereka merasa lebih selamat dan terhibur apabila mereka mengetahui yang mereka turut disayangi oleh Allah, setiap masa dan ketika.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak biasanya menyebut perkataan pertama pada usia 1 tahun ke 1 tahun 3 bulan. Kita semestinya sangat teruja dan mula mencatat apa yang disebut oleh anak-anak. Tetapi ada kemahiran yang kurang menjadi tumpuan kita untuk dipantau adalah kebolehan kanak-kanak untuk menggabungkan perkataan dan membuat ayat.
Selepas menyebut perkataan, kanak-kanak akan menggabungkan 2 perkataan untuk menceritakan tentang 2 idea seperti “Mama susu” – menunjukkan kanak-kanak meminta susu dari ibunya. Apabila kanak-kanak berkembang, mereka seterusnya akan menyambung perkataan menggunakan kata kerja pula seperti “nak makan” atau “kereta jalan”. Kombinasi ini adalah kombinasi asas yang menunjukkan kanak-kanak mula mempelajari tentang struktur asas ayat dan juga sebagai asas untuk membentuk ayat yang lebih panjang. Kanak-kanak akan mula menyambungkan perkataan pada usia 2 tahun.
Mengikut kajian yang dijalankan, kanak-kanak yang lambat menyambungkan perkataan adalah lebih berisiko tinggi untuk mengalami masalah kelewatan bahasa berbanding kanak-kanak yang lambat mengeluarkan perkataan pertama. Ungkapan seperti ‘terima kasih” atau “bye-bye” tidak dikira sebagai 2 perkataan kerana biasanya kanak-kanak akan mengingati perkataan tersebut sebagai 1. Gabungan 2 perkataan yang sebenar adalah apabila kanak-kanak menyatakan 2 idea dalam ayat tersebut.
Anak saya sudah bersedia ke menggabungkan perkataan?
Sebelum kanak-kanak menggabungkan perkataan, mereka perlulah mempunyai kebolehan:
Menggunakan pelbagai jenis perkataan – kanak-kanak perlu tahu menggunakan/menyebut lebih daripada kata nama (nama-nama objek, orang dan tempat). Apabila kanak-kanak mula menggunakan perkataan seperti kata kerja/perbuatan (bagi, nak, jom), kata sifat (panas, besar, cepat) dan posisi (atas, dalam, luar), mereka sudah mempunyai asas untuk menggabungkan perkataan bersama.
Menyatakan 2 idea – sebelum kanak-kanak menyatakan 2 idea dalam bentuk ayat, mereka biasanya akan menggunakan gesture terlebih dahulu. Contohnya seperti mereka menyebut “Mama” sambil tangan menunjuk kepada susu, mereka sedang menyatakan 2 idea iaitu: mereka nak ibu memberikan susu. Atau kanak-kanak membuat aksi “besar” menggunakan tangan sambil menunjuk kepada kereta: mesej yang disampaikan mempunyai 2 idea iaitu kereta yang besar.
Dalam ayat yang mudah, apabila kanak-kanak sudah menyebut perkataan selain kata nama dalam kosa kata mereka atau sudah mula menggunakan gesture, ini menunjukkan yang mereka sudah bersedia untuk menggabungkan ayat.
Jika anak saya belum menyambungkan ayat macam mana?
Jika anak anda sudah berusia 2 tahun dan lebih dan masih belum menyambungkan perkataan, anda boleh berjumpa dengan Speech Therapist untuk penilaian lanjut mengenai masalah-masalah yang mungkin pada kanak-kanak.
Apa yang boleh saya buat untuk tolong anak menggabungkan perkataan?
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan:
Tengok dan tunggu – Pada peringkat awal, kanak-kanak memerlukan banyak bantuan untuk mereka menggabungkan perkataan. Untuk menggalakkn mereka menggunakan perkataan, anda perlu melihat dan menunggu anak untuk menyampaikan sesuatu mesej. Dengan membenarkan mereka memulakan perbualan, mereka akan lebih yakin untuk berkomunikasi. Jika anak anda cuba untuk menyampaikan apa-apa mesej yang mungkin menarik perhatiannya, anda perlu respon dengan menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan mesej mereka.
Pelbagaikan perkataan – apabila anda berinteraksi atau bermain dengan anak-anak, cuba gunakan pelbagai perkataan yang berkaitan dengan situasi. Tekankan juga perkataan-perkataan lain selain nama objek seperti kata kerja/perbuatan, kata sifat dan juga posisi. Kata kerja adalah yang paling penting sekali untuk peringkat awal pembentukan ayat.
Modelkan ayat – kebiasaannya pada peringkat awal, kanak-kanak akan mempunyai kesukaran untuk membuat ayat dengan struktur yang betul terutamanya bagi ayat Bahasa Inggeris seperti “want milk, go car”, anda boleh memodelkan ayat yang betul seperti “you want some milk or you want to go in the car” dan lain-lain. Bagi Bahasa Melayu pula, mungkin ada anak-anak yang menyebut perkataan secara terbalik seperti “makan nak, jalan kete” dan lain-lain, anda hanya perlu membetulkan ayat tersebut dengan memodelkan ayat yang betul pada anak
Kembangkan perkataan – kembangkan perkataan anak jika mereka menyebut 1 perkataan sahaja. Contohnya seperti “laju” semasa menolak kereta, anda boleh menyebutkannya dalam ayat seperti “wow..kereta laju”. Ataupun mereka sedang makan biskut dan menyebut biskut, anda boleh berkata “biskut sedap atau adik makan biskut” dan lain-lain.
Tambahkan gesture – apabila anda menggunakan gesture semasa bercakap dengan anak, ia memudahkan kanak-kanak untuk faham dengan lebih baik dan pada masa yang sama anda sedang mengajar anak anda untuk menggunakan gesture tambahan untuk berkomunikasi.
Sila rujuk kepada Speech Therapist jika anak anda mengalami kesukaran untuk menyambungkan ayat selepas usia 2 TAHUN.
Dalam era serba moden ini, perubahan gaya hidup yang drastik telah membawa kepada pelbagai implikasi kesihatan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Salah satu isu yang semakin membimbangkan ialah obesiti kanak-kanak – satu masalah kesihatan yang tidak lagi asing, malah semakin menular dalam masyarakat kita. Obesiti bukan sekadar soal fizikal, tetapi ia adalah cerminan kepada pola pemakanan, tahap aktiviti fizikal, dan kesejahteraan keseluruhan seseorang anak. Jika tidak ditangani segera, generasi masa depan bakal dibelenggu pelbagai penyakit kronik yang berpunca daripada kegemukan berlebihan sejak usia muda.
Obesiti kanak-kanak berlaku apabila jumlah kalori yang diambil melebihi jumlah kalori yang digunakan. Namun, akar masalah ini jauh lebih kompleks. Antara faktor utama termasuk:
Mencegah obesiti memerlukan pendekatan menyeluruh. Berikut beberapa tips yang praktikal:
Mengabaikan masalah obesiti boleh membawa kepada akibat jangka panjang yang serius:
Ibu bapa adalah model utama kepada anak-anak. Justeru, tanggungjawab mereka amat besar:
Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak bukanlah isu remeh yang boleh dipandang enteng. Ia menuntut tindakan kolektif daripada semua pihak – ibu bapa, guru, masyarakat dan pembuat dasar. Dengan pengetahuan, kesedaran dan usaha yang berterusan, kita mampu membentuk generasi muda yang lebih sihat, cerdas dan seimbang dari segi fizikal serta emosi. Ingatlah, mencegah itu lebih baik daripada merawat – dan usaha itu bermula di rumah, hari ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, kita tak boleh anggap semua anak sama. Sebenarnya ada tiga jenis anak di dunia iaitu visual, auditori dan kinestetik. Sebenarnya mengajar anak kena ikut ciri mereka sebab barulah senang mereka faham apa yang diajar.
Menurut Terapis Cara Kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli, keunikan anak-anak ini sebenarnya mengajar ibu bapa untuk lebih sabar dan cuba mengenali anak sendiri. Jangan sama anak kita dengan anak orang lain. Seperti pengalamannya sendiri yang mempunyai anak kinestetik, tips diberikan sangat membantu!
ANAK JENIS KINESTETIK
Anak kedua saya, channel of learning utama dia adalah kinestetik. Maksudnya: dia cekap belajar bila melibatkan pergerakan.
Anak kinestetik ni, memang macam tak puas bergerak tau.
> Kalau tengah duduk pun sentiasa bergerak.
> Kalau tengah menulis kat meja, meja boleh bergoyang-goyang sebab badan dialah, kaki dialah, mesti nak bergerak.
> Semua benda nak buat laju-laju.
> Kalau memanjat, memang nombor 1.
> Nak suruh fokus dan diam masa mengaji, Ya Allah….. dia akan tetap vibrate time bersila tu.
> Kalau main Lego, macam-macam pergerakan dia buat.
> Kalau dia main handphone lama sangat, nanti kita akan nampak dia mula melompat lebih tinggi, berjalan umpama berlari, turun tangga naik tangga macam tsunami.
> Masa kecil, memang pintu belakang kereta, pintu rumah semua kena sentiasa lock. Kalau tak, dia berdesup je keluar.
Tapi….Baik sangat budaknya. Memang sweet sangat kalau kita pandai handle dia. Manja walaupun nampak lasaknya.
Anak kinestetik ni banyak kelebihan. Kalau kita pandai urus kelasakan dia, inshaaAllah ada banyak skill power yang dia boleh kuasai.
❗Jangan perli bila dia sentiasa bergerak. Dia perlu bergerak untuk belajar.
❗Latih dan remind berkali-kali, kalau dia perlu untuk duduk patuh. Sebab dia memang betul-betul terlupa kalau tergerak. Bukan sengaja. Dia automatik bergerak.
❗Percaya dengan kemampuan dia. Dia mungkin nampak susah fokus, mungkin nampak senang distracted. Tapi, percaya pada dia. InshaaAllah dia boleh.
❗Beri ruang untuk dia luahkan tenaga. Dia perlukan pergerakan tu. Supaya otak dia boleh serap dan susun maklumat dengan lebih baik.
❗Belajar. Kita parents dan guru ni, kena belajar macam mana nak tackle anak yang kinestetik ni.
Sebab..Potensi mereka besar sangat. InshaaAllah. Siapa lagi yang anak dia kinestetik?
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.