Bekas simpan sayur sebenarnya akan membuatkan ruang di dalam peti sejuk sempit dan menyukarkan ibu-ibu untuk mengeluarkan bahan yang ingin digunakan. Tambah pula bila si kecil sudah boleh makan. Tentu stok makanan untuk si kecil lebih banyak.
Jadi untuk memudahkan kerja para ibu di rumah, Puan Mishalie Daniel telah berkongsi cara penyimpanan bahan masakan terutama stok makanan si kecil dengan mudah dan teratur. Ikuti perkongsian menarik dari beliau.
Harini takda menu masakan, mami hanya masak bubur ayam je untuk cik ruby. Yang ni pulak mami just nak share dgn mommies-mommies semua cara mami packing dan simpan bahan makanan untuk cik ruby. Jimat banyak ruang kalau packing mcm ni.
Ads
Carrot, Keledek purple, Butternut squash, Brokoli, Serai, Peas, Sawi, Tomatoes, Celery, Daun kari, Halia, Daun limau purut, Baby spinach dimasukkan ke dalam Ikea Istad plastic bag/snack bag.
Ads
Ni cara simpan dalam peti sejuk. Letakkan di bahagian chiller.
Ads
Ni lauk-lauk Cik Ruby untuk minggu ni. Daun limau purut dan daun kari better masukkan dalam freezer untuk tahan lama. Mungkin ada yang tertanya-tanya letak dalam freezer dengan plastik tu daun tu tak jadi lembik ye lepas kena air? Jawapnya tak, daun akan jadi kering beku, nanti nak pakai baru ambik lepastu terus simpan freezer balik ye.
Ada anak-anak kita yang cukup suka makan gula-gula dan manisan lain walaupun dilarang. Apa kata ibu tunjukkan eksperimen mudah untuk anak. Simple tapi kreatif cara yang dikongsikan oleh Hanis Athirah Rusli.
Eksperimen yang dikongsikannya paling mudah, jimat dan cantik. Semoga anak-anak kita dapat mengehadkan dan membezakan bagaimana pewarna yang digunakan tidak sihat untuk mereka.
Eksperimen Paling Mudah, Jimat dan Cantik!
Bukan nak sembang, tapi serius memang eksperimen ni sangat berbaloi untuk dilakukan bersama anak-anak. Satu eksperimen ringkas yang dapat mempertingkatkan penguasaan kemahiran proses asas terutamanya untuk anak-anak peringkat pra sekolah.
Manakan tidak, bahan yang diperlukan pun sangat ringkas iaitu air suam, piring dan gula-gula berwarna warni.
Biasanya ramai yang menggunakan Skittles atau M&M’S untuk eksperimen ini. Tapi, kali ni untuk lebih menjimatkan kita beli je gula-gula dekat Eco Shop saja. Jimat kan?
Sambil tu diharapkan dengan eksperimen ini, dapat menjawab persoalan anak-anak yang tanya selalu kenapa tak boleh makan gula-gula.
Jadi, anak boleh belajar warna warni yang menyelaputi gula-gula tu hakikatnya hanyalah gula dan pewarna makanan. Apabila ditambahkan air suam gula dan pewarna makanan mula larut.
Jadi, macam mana? Elok tak untuk kesihatan? Cuba buat dan lihat respon comel mereka.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tip masak cekodok pisang, elok bulat cantik bentuknya. Cekodok pisang sudah wujud sejak zaman dahulu dan menjadi sebahagian daripada warisan kulinari masyarakat Melayu. Dikatakan kuih ini tercipta sebagai cara untuk mengelakkan pembaziran pisang yang terlalu masak.
Dengan hanya mencampurkan pisang yang sudah lembik dengan tepung, sedikit gula, dan garam, terhasillah cekodok pisang yang enak dan mudah dibuat.
Keunikan cekodok pisang terletak pada kesederhanaan bahan-bahannya. Ia tidak memerlukan bahan yang mahal atau rumit. Malah, ramai orang mempunyai resipi turun-temurun yang mereka ikuti, menjadikan setiap cekodok pisang mempunyai rasa yang sedikit berbeza mengikut cara penyediaannya.
Sebenarnya nak dapat cekodok pisang yang bulat cantik ada caranya. Dikongsi oleh Norlela Abdul Lahak boleh ikut cara ini ya.
Bahan-bahan:
500gm tepung gandum
7 biji pisang (lebih pun boleh)
1 1/2 cawan gula (ikut citarasa)
2 sk soda
2 sk garam
3 cawan air
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Masukkan soda bikarbonat dalam tepung dan gaul rata. Ketepikan.
2. Kisar pisang, gula dan garam.
3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke dalam tepung. Gaul sebati.
4. Bancuhan macam buat cekodok biasa, jangan terlalu cair.
5. Tip untuk dapatkan cekodok yang bulat, masak dalam minyak yang betul-betul panas menggunakan guna jari saja untuk jemput bancuhan ke dalam kuali (penggunaan soda bikarbonat juga akan buat cekodok jadi bulat)
Amalan pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan anak susah makan. Jom ketahui cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tabiat makanan anak ini!
Tabiat pengambilan makanan anak
Memastikan anak mendapat makanan berkhasiat dan seimbang sudah menjadi 1 kemestian buat mereka yang bergelar ibu bapa. Dalam masa yang sama, sebagai ibu bapa, amat penting untuk anda memahami tabiat pengambilan makanan anak.
Ini kerana apabila anda mengetahui isyarat bahawa mereka sudah kenyang, ini sekali gus dapat mengelakkan amalan pemakanan yang tidak sihat seperti makan secara paksa. Sebaiknya, biarkan anak makan mengikut selera mereka.
Mulakan dengan menawarkan makanan dalam saiz hidangan yang lebih kecil dan menambahnya jika mereka meminta. Namun tidak dinafikan ada parents yang mungkin berdepan beberapa isu berkaitan amalan pemakanan yang tidak sihat. Jangan bimbang, ada cara untuk mengatasinya.
Amalan pemakanan yang tidak sihat & cara mengatasinya
Bercakap mengenai tabiat pemakanan tidak sihat, ia boleh melibatkan tabiat makanan anak yang cerewet makan. Pastinya ibu susah hati apabila anak sering menolak semasa diberikan makanan yang bukan menjadi kegemaran mereka. Tidak mengapa, ada petua untuk mengatasinya.
#1. Makan makanan tertentu
Untuk mengatasi amalan pemakanan yang tidak sihat ini, antara cara boleh dicuba adalah:
i.Tawarkan finger food
Sediakan makanan dalam potongan kecil yang memudahkan mereka untuk makan dengan sendiri.
ii.Menjadi contoh
Sebagai ibu bapa berikan contoh terbaik dengan memakan pelbagai jenis makanan.Anda juga harus elak daripada memberikan komen mengenai makanan yang disukai atau tidak.
iii.Saiz hidangan
Untuk makanan anak yang digemari, letakkan dalam jumlah kecil. Jangan lupa untuk turut menyertakan sekali makanan lain yang anda mahu perkenalkan kepada si kecil.
iv.Terus tawarkan makanan baharu tetapi jangan memaksa
Dengan pendedahan berulang, kebanyakan anak dipercayai akan mencuba makanan baharu. Jika tidak, jangan terus memaksa.
Percayalah lama kelamaan seiring dengan peningkatan usia, akan berlaku perubahan dalam tabiat pemakanan anak.
Tabiat makanan anak #2. Tidak makan sayur-sayuran
Anak tidak mahu makan sayur-sayuran adalah masalah yang paling biasa untuk terjadi.Apa kata ibu cuba strategi ini:
i. Pelbagai warna
Siapa kata sayuran hanya perlu berwarna hijau dan berdaun?
Ibu, jadilah kreatif dengan menyediakan pelbagai sayuran berwarna dan bentuk seperti jagung, labu, lobak merah, bunga kubis, tomato dan cendawan butang.
ii. Tambahkan dalam sos atau makanan
Anda juga boleh mencampurkan sayuran dalam sos atau makanan yang akan disediakan kepada anak.
Sebagai contoh, kisar lobak merah dan cincang cendawan butang untuk dimasukkan ke dalam sos spageti bersama campuran ayam atau daging.
Tabiat makanan anak #3. Enggan mengunyah
Mungkin kedengaran agak pelik. Tetapi ia antara amalan pemakanan yang tidak sihat boleh terjadi pada si kecil. Untuk mengatasi keadaan ini:
i. Pantau keadaan anak
Ini untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran motor yang diperlukan untuk mengunyah.
ii. Perubahan tekstur
Adakalanya anak mungkin sudah terbiasa untuk terus menelan apabila sering diberikan makanan seperti bubur.
Jadi secara beransur-ansur, lakukan perubahan pada tekstur makanan mereka.
#4. Mengambil masa lama untuk makan dan menyimpan makanan dalam mulut (rumination)
Kaedah yang boleh dicuba untuk mengatasi keadaan ini:
i.Tiada kemahiran
Si kecil mungkin tidak mempunyai kemahiran motor untuk mengendalikan makanan yang diberi.
Jadi ibu boleh cuba untuk membantu dengan menyediakan makanan dalam saiz dan potongan yang kecil.
ii.Kurangkan gangguan
Kadang-kala tabiat makanan anak berlaku apabila terdapat banyak gangguan persekitaran.
Jadi sebaiknya, apabila tiba waktu makan, minimumkan segala gangguan daripada televisyen, barang permainan dan pastikan anak duduk dengan sebaiknya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.