Terlupa anak di dalam kereta, suatu insiden yang sangat menyedihkan. Namun siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Ilahi. Tidak ada ibu bapa yang mahu tragedi pilu ini terjadi.
Mana mungkin ada ibu bapa sanggup meninggalkan anak mereka di dalam kereta yang diparkir untuk masa yang lama. Kes seperti ini kerap berlaku, dan boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk diri kita sendiri. Oleh itu kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan perkara ini terjadi.
Bagi mengelakkan anda terlupa anak anda di dalam kereta, berikut dikongsikan tip untuk mengurangkan kebarangkalian perkara ini terjadi kepada anak anda.
1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). Letakkan di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.
2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin(termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.
3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda dibelakang.
4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.
5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut kiri anda di ruangan kaki di belakang jika pandubkereat auto. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.
6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.
7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.
8. Guna peranti (device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.
9. Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.
Semoga dengan perkongsian ini, mama dan papa lebih peka menjaga keselamatan anak-anak. Kita tidak mahu perkara sebegini berulang dan terus berulang lagi.
Menyedihkan. Itu dapat digambarkan apabila hanya cebisan rambut dan tengkorak kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui di Jalan Gunung Raya di Langkawi, hari ini.
Mangsa, Nur Aisyah Aleya Abdullah, sebelum ini dilaporkan hilang ketika dijaga suami isteri, pertengahan bulan lalu, sebelum dia dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dibuang.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata, mangsa ditemui selepas polis menahan suami isteri berusia 37 dan 40 tahun di Ampang, Selangor, jam 4 petang semalam.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, suspek lelaki membawa polis ke lokasi sebelum menunjukkan tempat mayat kanak-kanak itu dibuang jam 11 pagi ini.
“Menerusi bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia mayat ditemui hanya tinggal cebisan rambut dan tengkorak.
“Cebisan rambut dan tengkorak ditemui dalam kawasan gaung yang curam iaitu kira-kira 30 meter dari jalan raya yang menghala ke puncak Gunung Raya,” katanya pada sidang media di tempat kejadian.
Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kedua-dua suspek akan direman esok pagi dan disiasat mengikut Seksen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Kehilangan Nur Aisyah Aleya disedari ibunya, Rosmaliah Samo, 31, selepas pergi ke kediaman pasangan itu di kuarters Hospital Langkawi untuk mencari anaknya, minggu lalu.
Rosmaliah kemudian membuat laporan polis pada Ahad lalu selepas seorang daripada suspek memberitahu kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga.
Sementara dalam laporan sebelum ini hasil soal siasat terhadap seorang lelaki yang menjaga kanak-kanak terbabit terbongkar sejurus dia ditahan di sebuah premis di Taman Melati, dekat Ampang, petang semalam.
Sumber berkata, lelaki berkenaan melarikan diri ke Lembah Klang sejurus kejadian bersama isteri dan anaknya.
“Hasil soal siasat mendapati, kanak-kanak berkenaan mengalami sawan ketika dimandikan lelaki berkenaan dan tidak sedarkan diri sebelum dia bertindak meninggalkan kanak-kanak itu di satu kawasan hutan.
“Suspek kemudiannya melarikan diri ke Lembah Klang bersama keluarganya,” katanya.
Beberapa hari lalu viral bayi perempuan ditemui dalam keadaan dihurung serangga. Paling menyebakkan apabila melihatnya bersungguh-sungguh meminum susu. Bayi ini sangat comel, mencairkan sesiapa yang memandang.
Seorang lelaki yang telah menjumpai bayi perempuan yang masih bertali pusat di tepi jalan berhampiran Flat Sri Anugerah di Larkin Johor Bahru pagi Rabu lalu menyampaikan hasrat menjadikan bayi berkenaan sebagai anak angkat.
Ahmad Fauzi Ismail ,28, berkata dia sudah ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri untuk bertanyakan tentang proses pengambilan anak angkat.
WALAU RAMAI MEMOHON TETAP INGIN MENCUBA, IKUT SOP
“Saya pergi pejabat JKM sebab nak tanya proses nak jadikan bayi perempuan tu sebagai anak angkat. Saya dah ambil borang tapi tak sempat nak sediakan dokumen dikehendaki.
“Lagipun saya kena buat pemeriksaan kesihatan. Jika tak ada aral melintang saya akan hantar borang tersebut ke pejabat JKM dekat bangunan KWSP Ahad ni,” katanya.
“Kakitangan JKM beritahu saya kena tengok pada urutan. Orang yang mohon ramai sangat. Lagi pun kes ini dah viral jadi proses sedikit berbeza. Apa pun keputusan saya kena terimalah.
“Buat masa ini saya cuba hantar borang permohonan dulu. Siapa tahu ada rezeki saya nanti. Saya cuba ikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Tapi saya tak naklah berharap sangat nanti kecewa,” kata Ahmad Fauzi.
SUDAH LAMA TUNGGU ANAK KEDUA
Menurut mekanik berusia 28 tahun itu, dia terdetik mahu menjadikan bayi itu sebagai anak angkatnya kerana sudah lama menunggu kehadiran cahaya mata kedua.
“Memang sedih waktu last jumpa. Saya rasa macam saya pula bertanggungjawab. Kalau ikutkan hati memang tak bagi mereka ambil. Tapi kita ada undang-undang. Saya terpaksa buat report polis bimbang jika berlaku apa-apa ke atas bayi itu nanti saya pula yang kena
SIMPAN HASRAT NAK AMBIL ANAK ANGKAT
Ahmad Fauzi yang merupakan seorang mekanik menyatakan yang dia sudah lama menyimpan hasrat mengambil anak angkat.
“Sebenarnya memang dah lama dah nak ambil anak angkat tapi bila tengok baby tu hati saya kata saya betul-betul nak dia. Apayah lagi baby girl, comel pula tu lagilah kita teringin.
ISTERI KEGUGURAN DUA KALI
Selain itu, Ahmad Fauzi juga turut memberitahu isterinya mengalami keguguran sebanyak dua kali dalam usahanya mereka untuk menimang anak kedua.
“Lagi pun isteri saya memang nak sangat baby cuma belum ada rezeki lagi. Isteri saya dah dua kali gugur dan saya ada anak lelaki berusia 2 tahun 8 bulan,” kata Ahmad Fauzi.
TERKEJUT & MENGGIGIL LIHAT BAYI DIHURUNG SEMUT
Menceritakan perasaannya apabila mendekati beg berisi bayi perempuan itu, bapa ini berkata terkejut dan pada masa yang sama menggigil.
“Masa jumpa tu terkejut, tak tahu nak cakap macam mana perasaan tu. Menggigil jugalah sebab mula-mula tu tak percaya. Saya takut juga mana tahu ada ular sebab kawasan semak tebal memang tak nampak sangat bahagian dalam.
“Waktu buka beg memang betul ada baby dalam tu. Semua semut dah hurung dia. Keadaan baby tu dah kejung mungkin dah lama menangis,” katanya yang dimaklumkan mengenai penemuan bayi itu oleh seorang wanita pada jam 10.30 pagi.
Jelas Ahmad Fauzi dia amat terkilan dengan perbuatan ibu bapa bayi itu yang sanggup membuang anak kandung sendiri.
“Lepas bagi susu saya tengok muka bayi itu. Memang comel budaknya. Ada gaya macam kacukan peranakan. Masa tu timbul rasa marah kenapalah mak ayah dia sanggup buang anak sendiri.
“DIA SUNGGUH-SUNGGUH MINUM SUSU, SAYA SEBAK”
“Bila tengok dia bersungguh-sungguh hisap susu tu saya tiba-tiba rasa sebak. Mata dia nampak berair nampak macam dia sedihlah. Saya pun sebenarnya tak sanggup nak biarkan dia dibawa pergi ambulans.
“Memang sedih waktu last jumpa. Saya rasa macam saya pula bertanggungjawab. Kalau ikutkan memang tak bagi mereka ambil. Tapi kita ada undang-undang. Saya terpaksa report polis bimbang jika berlaku ke atas bayi itu nanti saya pula yang kena,” katanya.
Difahamkan bayi tersebut dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan susulan. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.