Perasan tak bila anak mula menginjak umur 2 tahun, akalnya makin banyak. Mereka cepat belajar kerana sedang beralih daripada fasa bayi kepada anak kecil. Sebab itu, ada je idea dia nak main dan buat sesuatu diluar jangkaan ibu ayah. Kadang lihat keletah mereka, kita boleh tersenyum, tapi ada masanya geram juga kan?
Tapi ini semua lumrah dan situasi ini berlaku sekali saja seumur hidup anak. Cuma kesabaran ibu ayah penting untuk pastikan momen tersebut menjadi kenangan sampai bila-bila.
Lagi satu dalam tempoh ini, anak-anak juga akan menjadi ‘peniru’. Apa saja yang mereka lihat, itu juga yang anak akan ikut dan buat. Jadi kena selalui berhati-hati.
Menerusi video di TikTok atas akaun @sitinrameena, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang melukis pada tablet mainan. Entah apa yang buatnya tak puas hati, tiba-tiba merajuk.
Yang lucunya, gaya merajuk tu kalah orang dewasa kerana secara spontan anak kecil ini memuncungkan mulutnya sambil memeluk tubuh.
“Kemain muncung bibir tu bila merajuk hahaha,” tulis @sitinrameena di ruangan kapsyen video tersebut.
Menurut ibunya, tindakan spontan anaknya itu bukan diajar pun. Tak tahu dari mana dia belajar buat mulut macam tu. Kononnya dia nak tunjuk marah.
Ads
Difahamkan juga, tindakan spontan memuncungkan mulut tu disebabkan ayahnya suka menyakatnya sebelum ini. Jadi secara automatik kalau tak puas hati, mulutnya terus dimuncungkan.
Video ini telah mendapat pelbagai reaksi dan rata-ratanya terhibur dengan gelagat comel anak ini.
Anak bijak bukan lahir sebab tuah semata-mata. Ia bermula daripada otak yang sihat, tenang dan berfungsi dengan optimum.
Ramai ibu bapa terlalu fokus pada keputusan peperiksaan, jadual tuisyen yang padat dan latihan tanpa henti. Tapi satu perkara asas sering terlepas pandang keupayaan otak anak itu sendiri.
Bila otak letih, kurang nutrisi, kurang tidur dan dibebani tekanan, proses pembelajaran jadi perlahan. Anak jadi mudah lupa, susah fokus dan cepat emosi walaupun sebenarnya mereka berpotensi besar.
Berita baiknya, kita tak perlukan cara yang rumit atau mahal. Dengan perubahan kecil dalam rutin harian, otak anak boleh “dipowerkan” secara semula jadi.
Berikut 6 tips praktikal untuk bantu anak jadi lebih bijak dengan memaksimumkan fungsi otak mereka.
Kajian dalam Frontiers in Public Health mendapati berjalan selama 10 minit sahaja mampu meningkatkan keupayaan pelajar menjawab soalan matematik.
Lebih menarik, peningkatan paling ketara berlaku pada pelajar yang sebelum ini lemah akademik. Memori mereka menjadi lebih baik dan prestasi otak meningkat.
Kajian lain dalam Journal of Experimental Biology (2017) pula menunjukkan berjalan kaki meningkatkan aliran darah ke otak. Bila bekalan darah bertambah, prestasi kognitif dan daya ingatan turut meningkat.
Tip mudah:
• Jadikan berjalan sebagai aktiviti keluarga
• Bila anak buntu dengan kerja sekolah, suruh dia berjalan sekejap sebelum sambung semula
Ringkas, percuma dan sangat berkesan untuk perkembangan otak anak.
Anak adalah apa yang mereka makan.
Jika makanan harian penuh dengan jajan dan makanan ultra-proses, otak anak akan menerima kesannya.
Perkenalkan konsep B.I.T:
Blueberries, strawberries, cherry dan blackberries membantu menguatkan hippocampus, pusat memori otak. Memori jadi lebih tajam.
Ikan kembung, tuna dan salmon kaya dengan omega-3 yang penting untuk perkembangan otak anak. Ini antara makanan wajib anak-anak.
Telur mengandungi choline yang penting untuk pembentukan memori dan fungsi kognitif. Sangat sesuai dijadikan menu sarapan.
Makanan mempengaruhi tingkah laku, emosi dan prestasi otak.
Silap memilih, kita sebenarnya sedang melemahkan potensi anak sendiri.
Kajian dari Harvard University (2011) mendapati amalan zikir mampu membesarkan hippocampus, pusat memori dan pembelajaran.
Kajian sama juga mendapati aktiviti amygdala (pusat ketakutan) menjadi lebih rendah. Anak jadi lebih tenang, kurang cemas dan lebih stabil emosi.
Kajian dari Yale University pula menunjukkan zikir membantu menenangkan Monkey Mind — fikiran yang melompat tanpa henti.
Manakala kajian di UCLA mendapati zikir meningkatkan grey matter, bahagian otak yang kaya dengan sel neuron.
Maksudnya ringkas: zikir membantu pertambahan sel otak.
Tambahan pula, zikir mengaktifkan Posterior Cingulate Cortex, pusat motivasi. Anak lebih fokus, boleh belajar lebih lama dan kurang mudah putus asa.
Pesan pada anak:
Kalau nak belajar dengan berkesan, biar zikir hidup dalam hati.
Tidur bukan rehat kosong. Ia proses penting untuk otak anak.
Kesan kurang tidur:
• Prestasi memori merosot
• Keupayaan membuat keputusan menurun
• Risiko kemurungan meningkat
• Anak cepat lapar dan cepat letih
Keperluan tidur:
• Dewasa: 6–8 jam
• Kanak-kanak & remaja: 9 jam (wajib)
Ketika tidur, hormon melatonin bertindak seperti “makcik cleaner” yang membersihkan dan membaiki otak.
Tidur lewat = proses pembersihan terganggu.
Kajian dalam jurnal The Lancet menunjukkan tidur kurang dari 6 jam meningkatkan kesalahan kognitif sehingga 3 kali ganda.
Tidur awal bukan malas.
Ia strategi bijak untuk otak sihat.
Makanan ringan dan jajan memberi kesan buruk kepada struktur otak anak.
Antara dapatan kajian:
• Hippocampus mengecil
• Hormon BDNF berkurang
• Risiko kemurungan dan keresahan meningkat
• Keradangan pada otak
• Pembentukan memori terganggu sehingga 3 minggu
Lebih membimbangkan, otak anak yang sedang membesar paling terkesan.
Ya, jeruk dan cereal juga termasuk.
Kalau kita yang beri jajan itu, kitalah yang melemahkan potensi anak sendiri.
Pujian seperti “Pandainya Along!” nampak baik, tapi sebenarnya boleh mematikan motivasi.
Pujian ini mematikan aktiviti striatum, pusat motivasi dalam otak. Anak jadi takut gagal dan hanya mahu buat perkara mudah.
Cara yang lebih betul:
“Along berjaya sebab Along usaha kuat. Tahniah atas usaha Along.”
Bila usaha dipuji:
Seperti kajian Dr. Carol Dweck, fokus pada usaha dan cara, bukan sifat. Anak bijak bukan hasil paksaan, tetapi hasil penjagaan otak yang konsisten.
Bila anak bergerak, makan dengan betul, tidur cukup, jiwa tenang dan diberi pujian yang tepat potensi mereka akan berkembang dengan sendiri.
Setiap anak membawa potensi luar biasa yang menunggu untuk digilap — dan ia bermula dari rumah, dengan kepercayaan dan sokongan ibu bapa. Dalam episod BK Fantastik oleh saluran Bintang Kecil, kita diperkenalkan dengan dua pemanah cilik luar biasa: adik Izmi dan adik Hakim, yang bukan sahaja mengharumkan nama negara melalui sukan memanah, malah mencetuskan inspirasi tentang pentingnya peranan ibu bapa dalam membimbing minat anak sejak usia muda.
Apabila ditanya kenapa mereka memilih sukan memanah, kedua-duanya menjawab dengan yakin,
“Kerana sukan memanah ini merupakan sukan sunnah.”
Minat mereka bukan sahaja berteraskan keseronokan, tetapi juga nilai spiritual dan tradisi. Sukan ini mengajar mereka tentang fokus, sabar, dan kekuatan dalaman — nilai yang sangat diperlukan dalam dunia moden. Idola mereka? Khairul Anuar, pemanah negara yang telah ke Olimpik.
“Dia jadi inspirasi kami untuk ikut jejak langkah dia,” ujar Izmi dan Hakim.
Namun jalan ke arah kejayaan tidak pernah mudah. Izmi berkongsi cabarannya,
“Saya kena seimbangkan pelajaran dan latihan memanah. Kena pandai bahagikan masa antara ulang kaji dan latihan.”
Hakim pula meluahkan cita-citanya,
“Saya nak jadi guru Bahasa Inggeris, tapi lebih suka nak jadi pemanah negara.”
Manakala Izmi, yang pada awalnya bercita-cita menjadi tentera, kini mahu menjadi jurulatih memanah — satu perubahan yang datang dari kesungguhan dan pengalaman yang dilalui.
Apa yang mendorong mereka berjaya bukan sekadar minat, tetapi dorongan ibu bapa yang tidak pernah putus. Ibu Hakim berkongsi,
“Pada mulanya saya bawa dia isi masa di sekolah, tapi jurulatih nampak potensi, jadi saya biarkan dia teruskan.”
Lebih menyentuh hati, ibu Izmi berkongsi latar belakang anaknya,
“Pada usia 5 tahun Izmi ada ‘speech delay’ dan kurang fokus. Saya masukkan dia ke tadika khas, dan bila tahu memanah boleh bantu fokus, saya rasa ia sangat sesuai untuk dia.”
Kisah ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa yang peka dan prihatin mampu mencorak perubahan besar dalam kehidupan anak-anak.
Menurut Coach Ridzuan,
“Izmi dan Hakim sangat rajin, komited dan ada ‘attitude’ yang baik.”
Beliau juga menasihati,
“Untuk yang ingin cuba sukan ni, kena ada minat dulu. Itu memudahkan kami mengajar mereka jadi lebih baik.”
Kata-kata ini menekankan betapa pentingnya sikap positif dan keghairahan dalam membentuk bakat muda. Dengan bimbingan betul dan semangat yang tak pernah luntur, dua pemanah kecil ini bukan sahaja mewakili generasi baru dalam sukan sunnah, tetapi juga menjadi ikon kepada ibu bapa tentang apa yang boleh dicapai apabila kita percaya kepada potensi anak sendiri.
Anak-anak adalah anugerah, tetapi bagaimana kita membimbing mereka akan menentukan siapa mereka jadi suatu hari nanti. Kisah Izmi dan Hakim bukan hanya kisah tentang dua pemanah kecil, tetapi kisah tentang kasih sayang, bimbingan dan impian. Untuk ibu bapa di luar sana — jangan pernah ragu untuk menyokong minat anak, kerana di situlah benih kejayaan mula tumbuh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti anda biasa berhadapan dengan kerenah si kecil mengamuk apabila dikejutkan bangun dari tidur. Rasa masih mengantuk menyebabkan anak kecil mudah ‘naik angin’ apabila dikejutkan dari tidur.
Sesetengah ibu bapa kurang menyedari kepentingan tidur yang secukupnya kepada si kecil. Kanak-kanak berusia bawa enam tahun masih memerlukan jumlah tidur yang cukup sekurang-kurangnya sembilan jam sehari.
Jangan mengikut kehendak anak yang hendak menonton televisyen sehingga lewat malam atau asyik bermain gajet hingga sukar hendak berhenti. Tetapkan disiplin demi kesejahteraan dan perkembangan positif mereka.
Tidur yang cukup amat baik bagi perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Semasa waktu tidurlah, bayi dan kanak-kanak dapat berehat dan mengumpul kembali tenaga yang telah digunakan pada waktu sebelumnya dan kembali bertenaga setelah bangun dari tidur.
Waktu tidur yang betul akan membantu mencergaskan otak dan tubuh badan anak-anak sebaliknya waktu tidur yang salah iaitu ‘tidur lewat petang’ tidak akan membantu bahkan menjadikan perkembangan otak bayi dan kanak-kanak menjadi lemah.
Anak-anak hendaklah dimandikan terlebih dahulu selepas bangun dari tidur, di ikuti dengan minum pagi atau minum petang. Ini membantu mengembalikan semula kecergasan anak-anak.
Kanak-kanak yang kurang tidur akan mengalami masalah seperti: