Perasan tak bila anak mula menginjak umur 2 tahun, akalnya makin banyak. Mereka cepat belajar kerana sedang beralih daripada fasa bayi kepada anak kecil. Sebab itu, ada je idea dia nak main dan buat sesuatu diluar jangkaan ibu ayah. Kadang lihat keletah mereka, kita boleh tersenyum, tapi ada masanya geram juga kan?
Tapi ini semua lumrah dan situasi ini berlaku sekali saja seumur hidup anak. Cuma kesabaran ibu ayah penting untuk pastikan momen tersebut menjadi kenangan sampai bila-bila.
Lagi satu dalam tempoh ini, anak-anak juga akan menjadi ‘peniru’. Apa saja yang mereka lihat, itu juga yang anak akan ikut dan buat. Jadi kena selalui berhati-hati.
Menerusi video di TikTok atas akaun @sitinrameena, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang melukis pada tablet mainan. Entah apa yang buatnya tak puas hati, tiba-tiba merajuk.
Yang lucunya, gaya merajuk tu kalah orang dewasa kerana secara spontan anak kecil ini memuncungkan mulutnya sambil memeluk tubuh.
“Kemain muncung bibir tu bila merajuk hahaha,” tulis @sitinrameena di ruangan kapsyen video tersebut.
Menurut ibunya, tindakan spontan anaknya itu bukan diajar pun. Tak tahu dari mana dia belajar buat mulut macam tu. Kononnya dia nak tunjuk marah.
Ads
Difahamkan juga, tindakan spontan memuncungkan mulut tu disebabkan ayahnya suka menyakatnya sebelum ini. Jadi secara automatik kalau tak puas hati, mulutnya terus dimuncungkan.
Video ini telah mendapat pelbagai reaksi dan rata-ratanya terhibur dengan gelagat comel anak ini.
Semua ibu bapa mahu anak masing-masing membesar dengan bijak. Tolong elakkan daripada buat perkara-perkara yang boleh menghalang perkembangan positifnya. Tanpa kita sedar sikap kita sendiri yang menyebabkan perkembangan anak untuk bereksplorasi tersekat dan terhalang oleh arahan dan larangan tertentu.
“Adam, jangan kutip mainan. Kotor!”
“Adam, jangan panjat, nanti jatuh!”
“Biar Mama dukung saja. Kotor nak merangkak kat situ.”
Berikut antara dialog yang sering diucapkan oleh sesetengah ibu terhadap bayi kecilnya yang semakin lasak dan aktif. Melihat caranya melayan bayi, kita boleh membuat kesimpulan si ibu terlalu melindungi anaknya.
Memang benar, sebagai ibu kita mahu memberikan yang terbaik kepada anak dan mahu melindungi mereka daripada ancaman bahaya tetapi kadang-kala tanpa disedari, kita juga menjadi penghalang terbesar kepada perkembangan positif anak.
Secara semula jadi, bayi akan mula meneroka dunia sekelilingnya dalam proses tumbesaran yang aktif. Mereka belajar daripada persekitaran. Ia membantu perkembangan positif anak menjadi lebih mahir dan cekap mencapai perkembangan kemahiran motor mereka seperti meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan berjalan.
Pelbagai halangan dan perlindungan yang keterlaluan hanya akan menyekat keinginan semula jadi anak untuk meneroka dan belajar. Tanpa disedari, kita sendiri yang menghalang proses perkembangan anak bahkan mengganggunya membesar sebagai anak yang kreatif dan inovatif kelak.
4 perkara ini eloklah dielakkan jika mahu anak membesar dengan sikap yang positif.
1. Terlalu melindungi
Sikap tidak mahu anak terdedah kepada bahaya memang sikap pelindung ibu dan ayah.
Namun jika kita keterlaluan tidak mahu anak berada dalam keadaan berisiko, anda sebenarnya telah menanamkan perasaan rendah diri, penakut dan sombong dalam diri anak anda sejak dia kecil lagi.
2. Cepat beri bantuan
Jika anak anda sedang dalam proses belajar kemahiran motor seperti duduk, berdiri atau berjalan, biarkan sesekali dia melakukan kesilapan dan merasakan kesakitan. Jangan terlalu cepat memberikan bantuan. Ia hanya akan membuatkan anak anda mudah lemah semangat dan cepat berputus asa kerana tahu ibu ayah akan datang membantu.
3. Mudah ‘cair’ dengan anak
Kadang kala sikap kita sebagai ibu bapa terlalu mudah ‘cair’ dengan anak-anak. Biarpun mereka melakukan kesilapan, dengan membuat mimik muka comel, ia sudah cukup membuatkan kita mudah memaafkan kesilapan mereka. Seharusnya kita tegas dengan pendirian kita sebagai ibu bapa. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya.
4. Cakap takk serupa bikin
Walaupun anak anda masih usia bayi tetapi mereka memerhatikan tingkah laku anda. Oleh itu pastikan anda memberikan mereka contoh yang baik dalam urusan mendidik mereka. Jangan terkejut jika satu hari nanti anak anda meniru perbuatan buruk anda. Misalnya bercakap kasar atau suka menjerit. TIdak mustahil si kecil juga akan pandai menjerit dan bercakap kasar bila tiba saatnya nanti.
Bukan mudah nak menjadi ibu bapa yang terbaik dan sempurna tapi berusahalah untuk bergelar ibu bapa yang sentiasa prihatin dan peka terhadap rangsangan positif perkembangan si anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai orang tahu yang bermain adalah waktu belajar bagi kanak-kanak. Tapi adakah kita betul-betul tahu mainan yang macam mana yang sesuai untuk anak-anak untuk meningkatkan pembelajaran mereka.
Terapi petuturan, Puan Aishah Kassim senaraikan beberapa jenis mainan yang perlu ada di atas rak di rumah anda, terutamanya bagi kanak-kanak yang kebanyakan masa berada di dalam bangunan/rumah. Ianya penting supaya kanak-kanak medapat rangsangan yang secukupnya untuk perkembangan mereka.
Mainan Konstruktif (boleh dibina dan disusun)
Apabila mencecah usia 18 bulan, kanak-kanak suka pada sesuatu yang membina dan menyusun. Jadi kita akan lihat kanak-kanak akan menyusun objek sama ada menyusun secara berderet atau meninggi. Jadi pada ketika ini anda boleh dedahkan kanak-kanak dengan permainan2 yang membolehkan mereka menyusun dan berfikir pada masa yang sama. Selain itu, menyusun, memasang, memanipulasi objek dengan tangan membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran motor halus mereka.
Pada peringkat awal, mungkin anda boleh membina sesuatu yang mudah-mudah dulu, tapi makin meningkat usia kanak-kanak, anda boleh tingkatkan kesukaran untuk menyusun dan membina sesuatu yang lebih kompleks. Dengan cara ini boleh tingkatkan imaginasi kanak-kanak juga.
Mainan ‘messy’
Mainan ‘messy’ adalah mainan yang melibatkan sesuatu yang comot. Mungkin kurang menyenangkan bagi sesetangah orang, tapi bagi kanak-kanak permainan sebegini adalah menyeronokkan. Tapi ada juga kanak-kanak yang sukar untuk tolerate dengan mainan ‘messy’ ni.
Mainan ‘messy’ ni sebenarnya banyak memberi manfaat pada kanak-kanak. Bukan sahaja boleh enjoy bermain malah banyak rangsangan yang boleh diperolehi bergantung kepada jenis ‘messy’ play. Antaranya adalah dapat tingkatkan kepekaan deria (sensory), meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar, manipulasi tangan dan anggota badan, belajar berfikir & menyelesaikan masalah dan macam-macam lagi.
Dengan adanya kepekaan deria yang baik dan stabil, kanak-kanak akan lebih fokus untuk belajar. Jadi pembelajaran akan terjadi dengan lebih cepat dan berkesan. Jadi banyak-banyakkanlah ‘messy play’ di rumah ya.
Pelbagai stage umur boleh main mainan sebegini. Untuk kanak-kanak yang kecil seperti 1 tahun ke atas anda mungkin boleh main menggunakan bahan-bahan simple je seperti buih sabun, makanan melekit.. nak main pasir ke playdough pun boleh cuma kena perhatikan lah.. takut masuk mulut pula nanti. Bila makin besar boleh je main bahan yang sama, cuma tingkatkan kesukaran dan imaginasi je lah
Sebenarnya setiap peringkat dan cara kanak-kanak bermain menggambarkan tahap perkembangan mental (kognitif) mereka. Antaranya adalah permainan pura-pura atau ‘pretend play’.
Melalui permainan sebegini, kanak-kanak banyak belajar berimaginasi, mencipta idea dan kreativiti mereka tersendiri dan sudah semestinya mereka belajar berfikir semasa bermain tersebut. Dan biasanya pretend play ini dimainkan bersama orang lain, jadi skill sosial akan ditingkatkan seperti adab berkawan, berkongsi, memberi dan menerima arahan, menetapkan gol untuk dicapai semasa bermain, handle conflict, gaduh, baik balik. Biasa la kan budak-budak macam tu. Dan mereka akan belajar banyak perkara dari situasi yang berlaku semasa bermain.
Contoh pretend play ni seperti main masak-masak, makan-makan, kemudian bagi orang lain makan, berlakon jadi ibu, beri baby minum susu, bila dah besar sikit berlakon jadi cikgu, jadi polis, bomba, doktor dan lain-lain. Lagi besar berlakon kawin-kawin… kita pun mainkan masa kecil-kecil dulu. Jadi apa salahnya ajar anak-anak untuk main juga.
Mainan untuk pergerakan fizikal
Biasa tak dengar orang tua-tua cakap “budak aktif tu budak cerdik”.. dan saya memang setuju.. aktif ya bukan hiperaktif..ada beza tu.
Kanak-kanak aktif sebenarnya mereka tengah explore, try & error, alami macam-macam experience dan sudah semestinya mereka belajar banyak perkara dari experience tersebut.
Tambah pula, aktiviti fizikal akan meningkatkan banyak skill pada badan seperti, body awarness & control, pergerakan bilateral badan, koordinasi badan, menguatkan otot dan menyihatkan badan juga. Jadi aktiviti fizikal ni bukan saja untuk badan..tapi ianya juga untuk perkembangan otak kanak-kanak. Makin sihat otak, makin cerdik lah mereka dan makin mudahlah mereka belajar.
Jadi kalau anak suka main, explore sana sini dan buat macam-macam permainan pelik, jangan risau… tapi kalau anak duk diam, tak bergerak seharian, asyik duduk main gajet dan tengok tv..yang ni yang perlu dirisaukan.
Pensil & kertas
Ini adalah mainan yang paling mudah untuk di bawa kemana-mana sahaja. Macam-macam boleh dibuat dengan kertas, pensil, warna dll. Main lukis2, main conteng2, main teka2.
Boleh buat anak leka masa dalam kereta, masa makan, masa anda nak buat kerja dan dalam macam2 situasi. Bukan sahaja boleh mengajar anak memanipulasi tangan, meningkatkan imaginasi dan kreativiti, boleh belajar mengenal objek, gambar dan macam2 lagi.
Jangan kita tak tau yang menconteng adalah latihan awal tangan kanak2 untuk mereka belajar menulis nanti.
Tapi kita perlu ingat ya.. bukan mainan itu yang mengajarkan skill pada kanak-kanak.. mainan tersebut hanya bahan sahaja untuk anda tarik perhatian dan memudahkan kerja anda. Jika nak buat sendiri pun boleh atau boleh guna je barang-barang lain yang ada di rumah mengikut kreativiti anda.
Yang paling penting sekali adalah ANDA.. orang yang akan menunjukkan jalan pada kanak-kanak untuk belajar. Jangan ingat dengan hanya membeli dan mmberi anak main-mainan tersebut dapat membentuk skill-skill yang saya senaraikan di atas ya.. Kalau macam tu senang la keje.. hehe
Memang kanak-kanak belajar dari pengalaman mereka bermain.. tapi mereka perlukan panduan dan tunjuk ajar untuk mendapat pengalaman tersebut. Dan lagi pula, bila nak belajar berkomunikasi dan bersosial, kenalah ada orang lain kan.. kalau main sorang2, mcm mana nak belajar berkomunikasi.
.
Selamat bermain & menjadi penunjuk arah
Perasan tak bila anak dah makin besar terutama menginjak usia dua tahun, sikap cemburu dah ada walaupun dengan papa mamanya sendiri.
Situasi ini juga berlaku pada Saharul Ridzwan dan isterinya Qaabila Deena Emir sekarang apabila anaknya, Muhammad Luth Ali yang kini berusia 2 tahun dah pandai cemburu bila tengok baba dan mummynya duduk dekat. Lucu pula!
Menurut Deena dalam perkongsiannya di instagramnya, Ali kini dalam fasa cemburu dan tidak membenarkannya untuk terlalu rapat dengan Saharul.
“Bila anak tidur, kalau tak semua benda dia nak jealous. Baba pegang phone mummy tak boleh, mummy picit kepala baba tak boleh, apatah lagi baba pegang tangan mummy zzz. @kisah.ali,” kongsinya ringkas.
Dalam pada itu, Saharul juga mengakui perkara itu selain mendedahkan tabiat anaknya kesayangannya itu.
“Bukan selalu dapat bermanja-manja laki bini macam ni. Ali tengah tidur. So lepas solat sama-sama tadi kita bercintalah kejap. Kalau tak Ali selalu marah saya, pegang tangan Deena pun dia marah.
“Ya Allah, berikanlah aku masa dan peluang yang banyak untuk aku berjemaah dengan isteriku lagi.
“Inilah terapinya kalau tengah stress, bergaduh pasal nak makan apa ke, lepas solat mesti semuanya InshaAllah back to normal,” tulis Saharul di Instagram.
Dalam fasa ini, bukan Ali sahaja yang berkelakuan seperti ini. Sebenarnya normal ya. Mana-mana ibu bapa akan nampak sikap cemburu anak-anak ni.
Anak dalam usia ini mereka dalam fasa nak belajar menyayangi seseorang yang rapat dengannya. Sebab tu kadang-kadang ada anak yang akan menyelit ditengah-tengah masa tidur atau ketika ibu bapanya duduk berdua.
Menerusi ruangan komen, pengikut Deena dan Saharul juga berkongsi perangai anak-anak mereka yang hampir serupa dengan Ali selain memuji kecomelan anak pasangan berkenaan.
“Mungkin Ali adik biar ada temannya.”
“Anak memang gitu kalau duduk berdu jer mesti dia pergi duk tengah tak bagi manja-manja.”
Terdahulu Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata pada 6 Jun 2017.
Sumber: Instagram deenaemir/saharulridzwan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.