Bila anak semakin membesar, anak menjadi semakin susah untuk tidur. Apa lagi bila adanya gajet tanpa dipantau ibu bapa buat anak jadi lebih sukar tidur.
Apa tip mak ayah supaya anak tidur lebih cepat? Ini lima tabiat punca anak susah tidur malam. Awas mak ayah!
1. Terdedah kepada skrin (TV, telefon, tablet) satu jam sebelum tidur
Terlalu banyak pendedahan kepada cahaya biru dari skrin sebelum waktu tidur akan mengganggu penghasilan hormon melatonin, iaitu hormon yang bertanggungjawab membantu badan bersedia untuk tidur.
Cahaya skrin boleh menghantar isyarat kepada otak seolah-olah masih waktu siang, menyebabkan anak jadi segar semula dan sukar untuk tidur.
2. Aktiviti fizikal lasak terlalu hampir dengan waktu tidur
Bermain secara aktif seperti berlari, melompat, atau bergusti memang bagus untuk perkembangan motor anak, tapi jika dilakukan terlalu hampir dengan waktu tidur, ia akan menyebabkan otot dan sistem saraf anak terlalu aktif.
Ads
Ini menyukarkan mereka untuk “slow down” dan masuk ke dalam fasa tenang yang diperlukan sebelum tidur.
3. Makan malam terlalu lewat
Anak yang makan lewat malam biasanya akan mengalami ketidakselesaan perut, kembung, atau masih kenyang semasa waktu tidur. Proses pencernaan memerlukan masa, dan bila anak terus baring selepas makan, ini boleh menyebabkan tidur terganggu atau sukar untuk lena.
Ads
4. Tunggu anak mengantuk baru tidurkan
Ini salah faham yang biasa berlaku. Tidur bukan bergantung sepenuhnya kepada rasa mengantuk. Konsistensi dan disiplin waktu tidur lebih penting supaya tubuh anak terbiasa masuk ke “mod tidur” pada waktu yang sama setiap hari.
Jika tunggu sampai mengantuk baru disuruh tidur, anak akan terbiasa berjaga lebih lama.
5. Tiada rutin atau ritual sebelum tidur
Ritual atau rutin sebelum tidur seperti gosok gigi, membaca buku cerita, berdoa, atau bersembang santai sangat penting untuk membina isyarat tetap kepada otak bahawa sudah hampir waktu tidur.
Ads
Masalah anak susah tidur malam bukan berpunca dari diri mereka semata-mata, tetapi tabiat keluarga juga memainkan peranan penting.
Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekatan perjalanan rentas negeri dan daerah yang dikeluarkan kerajaan sempena hari raya nanti membuatkan kita turut bersedih kerana tidak dapat beraya bersama ibu dan ayah di pagi raya.
Sehari sebelum PKP semalam, ramai diantara kita yang mengambil kesempatan untuk bertemu ibu dan ayah. Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor tidak terkecuali menziarahi ibunya sebelum PKP.
Menerusi Instagramnya, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi sebuah video yang pastinya meruntun hati kita. Bukan hanya menziarahi bahkan Dr Sheikh bersama isteri, Dr Halina dan keenam-enam anak mereka sudah pun bermaafan kerana tidak dapat bermaafan di pagi raya nanti.
Kata beliau, sayu dan sebaknya terpaksa berpisah sementara dengan ibunya walau tinggal berdekatan.
“Beraya tanpa Ibu.
Malam terakhir bersama Ibu. Sebak di dada hanya Allah yang tahu Tanpa Ibu tiada hala tuju Walaupun Rumah hanya berbatu Namun terasa sukar buat diriku Tabahlah wahai Ibu Ia hanya untuk sementara waktu Semoga Allah permudahkan dirimu Ku panjat Doa buatmu InsyaAllah akan ketemu … Amiinn Ya Rabb
“Salam Ramadhan semua, hanya berkongsi. Juga buat Abah & Umi di Seremban yang sudah setahun tak bertemu. Begitu pasrah tanpa kehadiranmu. Ku pohon Doa sepanjang hayatmu,” tulisnya di kapsyen.
Perkongsian video bersalam-salaman raya itu buat wargamaya turut tersentuh malah masing-masing berkongsi nasib yang sama kerana tidak dapat beraya bersama kedua orang tua buat kali kedua.
“Dr. buat pagi-pagi ni saya sedih. Saya dah tak ada kedua ibu bapa tapi tetap merindui mereka, lebih-lebih lagi di bulan mulia ini. Dulu boleh juga ziarah pusara tapi sekarang dah tak dapat berbuat demikian.”
“Berhabuk mata pagi ni, masin lajak lauk sahur, rindunya mak ayah kt alor setar, mak abah kt paka, semoga ALLAH berikan kesihatan buat mak ayah mak abah di kampung untuk kami terus berbakti pada mereka”
“Your video brought tears to my eyes… may our parents will always be healthy n sentiasa pjg umur..Amin”
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @drsheikhmuszaphar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Polis akan memohon perintah reman pagi ini terhadap pelajar lelaki 14 tahun yang disyaki mencekik adik kandungnya hingga mati di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu, di sini, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi berkata, suspek dijangka dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh, jam 10 pagi ini.
Katanya, siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Kita masih menyiasat motif suspek melakukan perbuatan itu,” katanya.
Dalam kejadian semalam, seorang kanak-kanak lelaki mati selepas dipercayai dicekik abangnya.
Kejadian disedari ibu mereka yang terlihat perbuatan suspek melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) di telefon bimbitnya sebelum menghubungi jiran untuk membantu memeriksa keadaan anaknya.
Mangsa ditemui terbaring di ruang tamu dengan kesan kecederaan di bahagian muka, hidung dan leher.
Ketika kejadian, suspek hanya tinggal berdua bersama adiknya itu manakala ibu bapa mereka keluar bekerja.
Suspek adalah anak sulung daripada empat beradik dan pelajar sebuah sekolah Arab yang disahkan tidak memiliki sebarang rekod disiplin.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Pembentukan itu haruslah dilakukan ketika mereka masih di dalam kandungan ibu lagi.
Jika ditakdirkan anak kita sedikit keras hati atau nakal, janganlah anda kecewa dan patah semangat dalam menangani masalah ini. Anggaplah ia sebagai satu ujian Allah SWT kepada hambaNya yang dikasihi.
Ingat hakikat bahawa Allah SWT uji hambaNya setakat kemampuan hambaNya untuk menanggung ujian itu. Jadi janganlah sesekali merasa kecewa atau patah semangat.
Nabi bersabda: Allah amat benci orang yang mudah patah semangat dan syaitan amat suka orang yang mudah patah semangat. Setiap masalah berpunca daripada:
Hati yang kotor.
Fikiran yang negatif.
Amalan yang tidak betul.
Gangguan metafizikal termasuk sihir.
Jahil tentang agama & tanggungjawab, atau
Semata-mata ujian Allah SWT kerana sayangNya kepada anda. Jadi cuba semak diri anda tentang apakah punca sebenar masalah yang anda hadapi itu.
Pesan Nabi SAW:
Anak-anak yang nakal semasa kecil, akan menjadi orang dewasa yang bijaksana. Jadi tukar paradigma tentang anak anda itu. Fikiran dan kata-kata ibu bapa adalah doa yang makbul.
Sabda Nabi SAW:
Allah SWT bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambaNya. Nabi pesan, anak berumur 1 – 7 tahun, didik dengan kasih sayang dan banyak bergurau. Jadi bagi sesiapa yang selalu memukul anak, mulai hari ini jangan lagi memukul anak anda itu. Besar kemungkinan dia rasa cemburu kepada adik. Sejak ada adik, ibu bapa banyak melebihkan adik tanpa sedar. Dia rasa terbiar.
Di antara perkara yang boleh dilakukan untuk bantu anak anda yang nakal untuk mendengar cakap dan terlalu manja:
Pastikan dia makan malam sebelum Maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam.
Makan malam lepas Maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan.
Daging merah buat anak pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga
kulit.
Banyakkan memeluk anak
Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
Mengadap kiblat semasa belajar
Pesan kepada anak untuk menghadap kiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
Baca doa sebelum belajar
Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
Beri anak suplemen
Beri anak suplemen yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
Bacakan di kepala anak:
Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibu bapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
Suruh anak tidur mengiring kanan
Suruh anak tidur mengiring ke kanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
Pastikan rezeki yang ibu bapa terima benar-benar berkat
Dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif, tidak dengar cakap ibu bapa dan extra nakal.
Ibu bapa baik pulih diri secara bersepadu
Agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang. Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang. Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5),Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
“Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini. Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibu bapa.
Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibu bapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.