Masalah anak yang kencing di malam hari memang memenatkan ibu. Bukan saja penat menguruskan anak tetapi perlukan usaha berterusan untuk membasuh tilam, cadar dan sebagainya setiap hari.
Penat dan buntu. Namun apa sebabnya masalah anak kencing malam ini? Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, anak yang bermasalah kencing malam ini bukanlah salah mereka namun ia disebabkan oleh banyak faktor. Ikuti perkongsian beliau.
“Saya pening anak saya hari-hari kencing atas katil. Dah besar panjang masih menyusahkan.”
Cepat-cepat saya tenangkan keadaan. Selepas saya periksa, anaknya baik saja. Tak ada tanda-tanda gangguan saraf yang menyebabkan anak terkencing tanpa kawalan sepanjang masa.
Saya kongsikan sedikit tips untuk ibu ayah yang anak sering terkencing atas katil.
Selalunya kanak-kanak mula berhenti kencing malam selepas usia 5-6 tahun. Namun 6.2% kanak-kanak usia 7-12 tahun masih lagi kencing waktu malam.
Ads
Terkencing waktu malam atau nama lainnya Nocturnal Enuresis, sebenarnya bukan salah anak kita. Kalau selalu dimarah atau dimalukan anak boleh jadi tertekan sampai rasa rendah diri.
Punca anak kencing malam:
Ruang pundi kencing yang kecil. Kurang hormone vasopressin semasa tidur. Vasopressin penting untuk kurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
Tip untuk ibu bapa
* Beri anak minum air secukupnya pada waktu siang.
Ads
* Bawa anak kerap ke tandas, 4-7 kali sehari dan paling penting pastikan anak kencing sebelum tidur.
* Guna alas tilam yang kalis air (waterproof mattress protector)
* Beri ganjaran kepada anak jika dia tidak kencing malam.
* Beri sticker kegemaran anak ialah satu contoh bentuk ganjaran yang selalu diguna.
Ads
* Hanya benarkan anak minum 2 jam sebelum tidur.
* Elak beri minuman berkafein seperti kopi dan cola, ia akan buat anak lebih kerap kencing.
Untuk memastikan anak-anak sukakan waktu pembelajaran, kita tidak bolehlah terlalu ‘keras’ dan memaksa mereka dengan cara yang membosankan. Perlu ada cara yang betul dan menyeronokkan untuk anak-anak explore. Itu boleh menggalakkan mereka untuk suka belajar dan sentiasa bersemangat.
Seperti yang dikongsikan oleh pengguna laman Facebook, Syuhaidah Asmaa Khalid, dia cuba mencari kaedah yang fun untuk menggalakkan anaknya, Adam Daniel Azizul, belajar. Sedikit usaha dan kesungguhan ibu bapa diperlukan untuk menjayakan kaedah ini, tapi hasilnya berbaloi.
Salah satu cara yang Syuhaidah buat adalah dengan mengadakan senarai to do dan done. Selepas anaknya menyelesaikan tugasan di ruangan to do, dia boleh meletakkan pelekat di ruangan done. Selain aktivitinya sendiri, Syuhaidah turut meletakkan tugasan membuat kerja rumah. Hasilnya si anak lebih seronok membantunya mengemas rumah. Bagi menghargai anaknya itu, Syuhaidah memberi ganjaran kek cawan coklat untuk Adam.
Nak ajar adam berdikari, mama buat task utk die..seronok la dia sticker dia penuh kat sebelah ruangan done..
jadi rajin sket dia tlg mama buat kerja rumah sbb ade sticker do chores, put away toys..klu dia tlg, nnt dia blh letak sticker tu kt bhgian done..
Mama laminate siap2 spy tahan lama and tampal pakai sticky tack
end of the day mama reward die ngan chocolate cup cake 🙂
Satu lagi cara lain yang Syuhaidah praktikkan kepada Adam adalah dengan mengajar anaknya memantapkan pengetahuan Matematik Adam. Dia dan suami menghabiskan dua jam untuk membuat gerai burger olok-olok untuk anak mereka. Bukan sahaja cara mengira, Syuhaidah menggunakan cara ini untuk mengajar Adam konsep pecahan dengan membuat piza dan kek.Yang menariknya gerai itu tidak memakan modal yang besar, hanya RM2.10 sahaja!
Smlm, mama abiskan masa 2jam utk buat burger stall utk adam main smbil belajar..sape ckp anak laki x blh main masak2 kan..to be man look, xyh la guna pink color i guess this rustic and raw look is nice enough for boys
Actually mama buat ni utk ajar adam guna duit dgn bukak stall jual burger.. Lagi nak ajar konsep pecahan dgn buat pizza and cake
Learn through play is the best for children..sape kata belajar tu membosankan..right method of teaching will make them learn fast and enjoyable..
Cost cuma rm2.10 utk sink base sbb kotak yg keras ni mmg sedia ade kat umah mse beli kabinet sinki, kepala paip pun mmg da ade lme2 punya..jimat kos mama dr beli kat kedai ratus2 janji learning objectives tercapai..
Banyak sebenarnya cara kreatif dan menyeronokkan untuk kita buat bagi menggalakkan semangat anak untuk belajar. Tak boleh dipaksa-paksa nanti mereka mudah bosan dan jadi malas. Semoga dengan perkongsian ibu ini dapat memberi inspirasi untuk anda mencubanya di rumah. Pasti boleh!
Hanya ditinggalkan dalam keadaan berbalut kain lampin dan diletakkan di tepi tong sampah di hentian bas berdekatan Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru, nasib bayi lelaki ini masih baik dan berada dalam keadaan sempurna.
Ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira jam 6.15 petang (15 September), bayi yang berusia antara 16 hari itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, bayi berusia 16 hari itu ditemui dalam keadaan berbalut kain lampin oleh seorang lelaki yang melalui jalan itu kira-kira jam 6.15 petang.
“Bayi tersebut dijumpai dalam keadaan berbungkus dengan kain napkin dan di sebelahnya terdapat botol susu, namun tiada sebarang dokumen diri ditemui.
“Bayi itu kini ditempatkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA)”, katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, suspek yang membuang bayi terbabit masih belum dikenal pasti.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.
Terdahulu tular di media sosial beberapa keping gambar bayi yang dijumpai di perhentian bas berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmood.
Menerusi Facebook Abshah Abd Hamid, pengalaman kali pertama terjumpa bayi yang dibuang di depan mata sendiri benar-benar buatkan dirinya sebak.
Allahuakbar..selalu tengok dalam TV, arini terjumpa depan mata sendiri. Walaupun ibu kamu buang kamu, tetapi Allah telah janjikan rezeki kamu sayang.
Dekat tempat kejadian juga ada insan berhati mulia untuk ambil kamu sebagai anak angkat. Sungguh besar kuasa mu Ya Allah. Semoga kamu membesar jadi insan berguna sayang.
Perkongsian itu meraih perhatian warganet dan ramai yang mendoakan agar anak ini dapat kasih sayang dari orang yang betul-betul menyayanginya.
Orang ramai juga turut menitipkan doa agar bayi ini juga dapat membesar menjadi insan yang berjaya dunia akhirat dan membesar menjadi anak soleh.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak sangka insiden tertolak rakan di sekolah membawa kesan besar kepada kehidupan si kecil ini. Malah lebih memilukan tempurung kepala si kecil ini terpaksa dibuang untuk sementara waktu.
Ibu mana yang boleh menahan perasaan melihat penderitaan yang ditanggung anak. sehingga terjadinya jangkitan kuman pada otak si anak. Si kecil yang dulu ceria dan banyak cakap kini berada di katil tidak berdaya seperti dulu.
Perkongsian ibu ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa lain. Anaknya, Chinta Nayli Dhia Syaz Rania dikatakan telah tertolak oleh rakan ketika dalam perjalanan ke kelas. Kesan daripada insiden itu, bahagian hadapan kepala (kening) si kecil ini mengalami keretakan pada awalnya dan tidak ada yang serius.
“Tapi selepas itu Chinta alami demam on off selama lebih kurang 2 minggu. Ada juga alami sawan. Ekoran dari itu Chinta daripada hospital ****** terus dihantar ke hospital pakar. Apa yang mengejutkan ialah selepas dilakukan pemeriksaan Imbasan CT (Computed Tomography) kuman sudah memasuk dalam otak,” Xiela Iela ketika dihubungi Pa&Ma.
Membaca catatan ini membuatkan hati menjadi sebak. Tidak sangka anak yang ceria kini terpaksa menanggung kesakitan. Lebih meyedihkan apabila dia sendiri berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan baru.
Assalamualaikum semua… Ya Allah hari ni anak sy akan mjalani operation di kepala kerana ada jangkitan kuman pada otak.
Ya Allah ujian yang amat besar dan berat untuk kami tempuhi. Macam-macam risiko kemungkinan yang berlaku, Saya dengan rasa rendah diri memohon rakan2 semua mendoakan semoga operation ini berjalan dengan lancar Chinta sembuh seperti biasa.
Amanah Allah untuk mommy dan papa apa pun tjeradi kamu lah satu2nya Cinta hati kami… Ya Allah berikanlah kami ketabahan… Sembuhkan lah Chinta Ya Allah.
23 Mac 2019
Chinta dah selesai buat pembedahan buang kuman di otak. Tapi masih belum boleh pasang kembali tulang kepala yg di potong kerana masih terdpt sedikit lagi dibahagian celah. Sekarang chinta dimasukkan semula ke PICU dan ditidurkan buat sementara waktu.
Sedih Ya allah tgok Chinta yg happy go lucky, mulut yg bercakap 24jam tak berhenti diam kaku mcm ni. Mommy doa dan harap sangat chinta kuat. Nak jadi doctor kena kuat tau Chinta.
Mommy, papa, cikgu2, kawan-kawan Chinta semua nak tengok Chinta sihat macam dlu… Kuat ya sayang.
25 Mac 2019
Alhamdulillah dah nampak ada pergerakan selepas Dr buat pembedahan buang kuman di otak. Tapi masih belym blh pasang kembali tulang kepala yg di potong kerana masih terdpt sedikit lagi dibahagian celah. Sekarang Chinta dimasukkan semula ke PICU dan diberikan antibiotik sehingga 4 atau 6 minggu lgi…
Chinta masih belum sedar sepenuhnya, tiub belum buang lagi. Tp bila mommy cakap Chinta kena kuat. Mommy dan papa ada setiap hari, mommy dan papa nak Chinta kuat da sihat macam dulu… Nanti bila dah sihat kita boleh jalan-jalan.
Air mata Chinta keluar tu bermakna Chinta mdengar n faham apa mommy cakap… Alhamdulillah… Moga Chinta hati mommy n papa cpat sembuh…
26/3/19
Allahhuakbar, Alhamdulillah, Subhanallah.
Syukur… Syukur Ya Allah terima kasih pada semua yang mendoakan.
Chinta dah sedar sepenuhnya. Hari ni Chinta sudah makan dan minum… Chinta sudah mula cakap nak balik C*******. Chinta dah boring duduk hospital baring ja bosan laa….
Chinta dh mula tringat Rina dan Ratu kawan sekolah dan jiran kat rumah. Itulah Chinta hati mommy awk tak pernah diam mulut selagi tak tidur. Alhamdulillah semoga Chinta terus kuat untuk operation ke dua nt……
28 Mac 2019
Dari kelmarin lagi sejak masuk wad Chinta sedih menangis je dia. Sebab dah 4 org datang tanya CHINTA. Abang nama apa. Sembang la dengan acik anak acik pon dok sini.. Cakap la abang nama apa…. Chinta menangis, nampak gaya nya dia dh tau sesuatu dia BOTAK.. Asyik nangis jaa Chinta dah tak comel. Kenapa Chinta botak?
4 April 2019
Alhamdulillah Chinta sudah kembali sihat… Terima kasih pd semua yg mndoakan kesihatan chinta, selepas operation buang kuman dlm otak 23/3/19 dan selepas operation hidung 1/4/19 Chinta nampak sihat makan dan minum macam biasa.
Doktor on antibiotik selama 6 minggu jadi Chinta kena stay di hospital lagi sampai lah operation untuk letakkan balik tempurung kepala nanti.
3 Mei 2019
Alhamdulillah setelah 6minggu di hospital ********, hari ni 3/5/19 Chinta dh blh balik C*******, boleh balik rumah dahhhhh yeaaaa…
Tapi Chinta balik dalam keadaan tempurung kepala belum dipasang lagi.
Doktor tanya Chinta nak buat operation kedua sebelum raya ke selepas raya? Cepat sgguh Chinta jawab lepas raya….??
Terima kasih pada semua yg mendoakan kesihatan Chinta.
Ketika artikel ini ditulis, Chinta sedang bersiap untuk masuk ke wad semula untuk pembedahan memasang kembali tempurung kepala. Kata Xiela, pembedahan yang dijadualkan pada 20 Jun 2019 dipercepatkan. Semoga pembedahan yang bakal berlangsung berjalan dengan lancar.