Bayangkan jika anda sudah menyimpan makanan dan bercadang untuk makan kelak namun apa yang berlaku adalah makanan basi. Ini sudah pasti akan mengecewakan.
Kemudian, perkara ini mungkin akan membawa kepada soalan seperti “adakah cara menyimpan itu ternyata salah?” atau “adakah tempoh menyimpan itu terlalu lama?”.
Justeru itu, kita semua perlu tahu cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul!
Kenapa makanan atau minuman boleh basi?
Hakikatnya, tidak semua orang berpeluang untuk makan dan minum tepat pada waktunya angkara faktor bekerja, belajar dan sebagainya. Jadi, ia mungkin perlu untuk disimpan.
Apa yang menjadi kebimbangan adalah cara dan tempoh menyimpan yang kurang tepat akan jadi punca makanan basi. Kesannya, anda tidak boleh lagi untuk mengambilnya.
Punca makanan basi adalah akibat pertumbuhan mikroorganisme seperti ragi, kulat dan bakteria yang akan membiak dan mengubah warna, tesktur, bau serta rasa sajian.
Setiap jenis makanan dan minuman mempunyai daya tahan yang berbeza bergantung kepada jenisnya juga. Ada yang boleh tahan lama atau cepat basi dan perlu dimakan dengan segera.
Dalam kes yang tertentu, wujud antara lain faktor yang akan jadi punca makanan basi lebih cepat!
Apa faktor sajian basi dengan lebih cepat?
Ads
Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas, ada faktor makanan basi dengan lebih cepat yang lain:
#1. Cara menyimpan yang ternyata salah
Punca utama makanan basi dengan lebih cepat adalah individu yang tidak tahu cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul. Ia adalah perkara yang paling penting.
Anda perlu kenal makanan mana yang perlu disimpan pada suhu sejuk atau sederhana. Dalam pada itu juga, jangan sesekali simpan makanan di tempat yang terlalu panas.
Antara tip penting lain dalam cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul adalah anda perlu mengasingkan makanan mengikut jenis seperti daging, buah atau sayur.
#2. Tempoh menyimpan yang terlalu lama
Selain daripada cara, tempoh menyimpan juga adalah sangat penting. Anda mungkin perlu untuk mengehadkan berapa lama ia boleh disimpan untuk dimakan sebelum ia menjadi basi.
Contohnya, anda mungkin boleh simpan sajian nasi dengan lauk dan ulam di dalam peti ais selama beberapa jam sahaja. Sila peka dengan waktu ia disimpan dan diambil.
Jika makanan itu telah basi, maka segera buang daripada simpanan anda agar ia tidak pula akan menjejaskan makanan-makanan lain yang disimpan di tempat sama dengannya.
Ads
#3. Menyimpan makanan yang panas dan bertutup
Satu kesilapan yang orang kita selalu buat adalah menyimpan makanan ketika ia masih panas dan bertutup. Sebenarnya, ia hanya akan buat wap air terperangkap.
Akibatnya, ragi, kulat atau bakteria akan dapat habitat yang sangat sesuai untuk tinggal yakni lembap dan hangat. Jadi, sila hindari daripada melakukan kesilapan ini untuk elak makanan menjadi basi.
#4. Paparan cahaya yang berlebihan
Siapa yang sangka bahawa paparan cahaya berlebihan daripada matahari atau lampu juga boleh jadi punca sajian basi dengan lebih cepat angkara proses photodegradation.
Meskipun lebih biasa berlaku pada bahan bukan makanan seperti hiasan atau lukisan, makanan juga ada risiko untuk mengalaminya lantas merosakkan ia dengan lebih cepat.
Disebabkan itu juga, logik peti ais adalah ia akan gelap apabila ditutup dan hanya terang apabila dibuka. Jadi, sila elak makanan anda daripada terkena paparan daripada cahaya.
#5. Suhu peti ais yang kurang sejuk
Ads
Tempat paling popular untuk menyimpan makanan adalah di dalam peti ais dengan alasan ia akan memperlahankan pertumbuhan mikroorganisme dan buat ia lambat basi.
Ya, ia mungkin benar jika suhunya berada pada kadar 4 darjah selsius ke bawah. Namun, jika ia lebih tinggi daripada itu, maka mikrorganisme masih mampu untuk membiak.
Pun begitu, suhu ini mungkin berbeza bergantung jenis makanan. Contohnya, hanya sumber daging yang perlu untuk disejukbekukan dan bukannya sayur serta buah segar.
Cara menyimpan makanan agar ia tidak basi?
Sebenarnya, ia tidak begitu sukar dan anda hanya perlu elak daripada melakukan 5 perkara penting di atas ini. Apa yang paling utama, semak label pada makanan untuk tahu cara tepat penyimpanannya.
Konklusinya, anda masih boleh menyimpan makanan dan minuman untuk diambil pada waktu akan datang. Cuma, anda kena tahu cara, tempoh, tempat dan suhu yang tepat.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kita mendidik anak, ada waktunya kita tak perasaan kita tersalah mendidik malah kita jugalah punca anak jadi makin pelbagai ragam dan sikapnya.
Memberi anak ganjaran atau reward terutama ketika anak tantrum dan menyamuk bukan satu langkah bijak. Penulis keibubapaan, Ahmad Fhais Salim berkongsi tip ini buat panduan semua. Jangan salah langkah.
Tanpa sedar, kita sebenarnya yang galakkan anak berkelakuan buruk! – tantrum – merengek – baling barang – hempas pintu – lawan cakap
Dan macam-macam lagi kelakuan buruk. Kena aware tentang ni.
Sebagai contoh : Anak tunjuk protes, mengamuk, tantrum dan dia baling barang gara-gara dia minta nak main telefon kita tak bagi. Puas slowtalk, semua tak berhasil. Selagi tak dapat telefon selagi tu dia protes.
Sudahnya, kita kerana malas nak panjang cerita dan kadang ada rasa tak sampai tengok anak menangis, kita pun bagi la telefon untuk buat dia diam.
Serius ini la silap paling besar kita. Tanpa sedar sebenarnya kita sedang, REWARD KELAKUAN BURUK !!
Tanpa sedar kita sebenarnya sedang bagitahu anak bahawa bila dia berkelakuan buruk macam tu dia boleh dapat apa sahaja yang dia nak.
Ini bakal jadi penyesalan seumur hidup kita, serius! Sekali dah di buat susah kita nak di putar balik masa. Kena berhenti reward kelakuan buruk dan patut banyakkan reward kelakuan baik dia.
Baru la dia rasa ada MAKNA jika dia buat kelakuan baik. Bila baik dapat reward, bila buruk tak dapat apa-apa. Kena tegas, biar la anak melalak meraung macam mana pun jangan bagi reward, jangan bagi telefon yang di mintanya.
Buat cara ni : Bagitahu anak. “Nak telefon kena ikut apa ibu suruh ni!”
Siapa tidak kasihan bila tengok anak kecil sembelit. Menangis tanpa henti kerana tidak dapat membuang najisnya. Papa dan mama tentu jadi serba tak kena macam mana nak membantu si kecil.
“Kesiannya anak mama ni. Sembelit lagi. Tiap kali nak buang air besar mesti kena menangis dulu. Sakit ya nak poo poo?” kata Najwa sambil mengurut belakang punggung bayinya yang meneran untuk buang air besar.
Tentu ada ramai ibu yang biasa melalui saat ini. Kalau boleh hendak sahaja gantikan tempat anak yang terlalu kecil untuk menanggung kesakitan sembelit. Tapi apa kan daya, ibu hanya mampu memujuk dan mengurut sahaja. Sebenarnya ada pelbaga petua tradisional selain ubat-ubat moden bagi membantu masalah anak yang sembelit. Sembelit memang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak.
Cara yang diamalkan oleh seorang ibu, Yati Eimra ini boleh dicuba oleh ibu-ibu lain yang ada anak kecil dan mungkin juga orang dewasa. Mana tahu berkesan untuk mengatasi masalah sembelit.
ATASI SEMBELIT
Sembelit ni perkara biasa jer dikalangan bayi & kanak². Anak² yang susah/cerewet makan pn xterkecuali alami masalah ni sebab pengambilan susu formula yang banyak. Bagi kes anak macam ni – Menurut pediatrik, susu susah nk hadam & akan diserap masuk dalam usus. Bila anak kurang makan lak, lg la lambat isi perut nak penuh. Najis dok terperam je dlm usus nk tunggu penuh. Tambah² pula anak xnak minum air kosong. So badan akan serap air dari najis bila badan kekurangan air.
Si kecik ni selalunya 3 hr xpoo², dah sembelit teruk smpai berdarah² (boleh letak minyak/vaselin utk kurangkan). Tu pn kena urut bagai baru poo² boleh keluar. Selalunya kena bg juice prune (yg dh readymade) nk bg poo². Tapi lepas tu sepanjang hari anak tercirit lak.
Semalam bg nabeez kurma + prune, malam td die poo², alhamdulillah syukur sgt.. poo² die soft & bhgian kepala pn xkeras kejung macam biasa walaupun dah masuk 3hr. Ank xmenangis masa poo² & xde masalah pn masa meneran. Lepas tu pn xde lak efek tercirit macam minum juice.
Mommies yg susah hati anak sembelit, boleh cuba cara sy ni, kot² serasi dgn anak..
Bahan²:
½ cawan air nabeez kurma+sbiji kurma
1 biji dried prune (sy guna sunsweet je)
Cara²:
1. Rendam dried prune dlm air nabeez kurma selama sejam-2
2. Bila dah lembut, lenyekkan buah kurma & prune. Tapis airnya.
Beri anak minum air ni. Boleh bagi secara berperingkat, tapi pastikan air ni dihabiskan untuk dpt hasil terbaik. Gunakan syringe kalau anak xnk minum. Air ni ambil masa gak utk bertindak, nak² kalau sembelit dah lame (anak sy minum petang, malam baru poo²). Boleh tambah lg sukatan jika perlu.
*boleh jer terus rendam sebiji kurma+prune dlm ½ cawan air selama sejam-2 tp sebaik²nya guna air nabeez kurma utk dptkn efek laxative terbaik
Nota kaki:
Air nabeez kurma + prune ni sgt sedap. Ummi die yg xde masalah sembelit pn minum. Tapi xlame lepas tu mmg lawas la
Sumber: Facebook Yatie Eimra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
KENAPA ANAK 2 TAHUN BANYAK AKAL? Dari kaca mata seorang anak kecil, dunia ini berada di luar kawalan dan capaian mereka. Mereka tidak berpeluang untuk membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, apa yang boleh dimakan, dengan siapa mereka boleh berkawan dan ke mana mereka boleh berkeliaran.
Semua keputusan ini dibuat oleh orang dewasa dan semestinya perlu dibuat oleh orang dewasa kerana anak-anak ini belum berpengalaman dan belum boleh menilai baik dan buruk.
Walau bagaimanapun, pada masa yang sama anak-anak yang berusia di antara 1-3 tahun sedang mengalami pembesaran dan perkembangan yang sangat pesat dalam semua aspek.
Perkembangan mereka perlukan sokongan daripada orang dewasa. SUKA KE SANA KE SINI.
Kanak-kanak usia ini sedang meneroka pelbagai cara untuk bergerak dari setempat ke setempat – berguling, merangkak, menyusur, berjalan, berlari, melompat dan memanjat. Ini normal.
Mereka juga berupaya untuk memusing atau menarik tombol pintu dan membuka tudung balang atau botol. Ini juga normal.
Sediakan ruang dan pelbagaikan aktiviti yang dapat membantu perkembangan fizikal ini.
Lapangkan rumah agar mereka boleh bernafas dan bergerak dengan bebas dan selamat.
Kurangkan atau tangguhkan dari membeli perabut dan perhiasan rumah di Shopee atau Lazada.
SAINTIS CILIK
Pada fasa ini juga mereka aktif menggunakan sensori untuk meneroka dunia sekeliling mereka. Mereka akan cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika penerokaan dengan kaedah mudah ‘trial and error’. Mereka tidak suka di’suap’ dengan solusi kerana mereka mahu mencuba sendiri. Mereka akan melakukan sesuatu aktiviti yang menarik bagi mereka berulang-ulang kali sehingga mencapai tahap masteri. Ini juga normal.
Selagi aktiviti itu bermanfaat untuk perkembangan mereka, usah dihalang. Biarkan mereka meneroka dan mencuba pelbagai aktiviti yang memberi stimulasi kepada sensori mereka. Walau bagaimanapun tetapkan batasan agar keselamatan mereka terpelihara.
SEUMPAMA BURUNG KAKAK TUA
Mereka juga sedang melalui fasa ‘language explosion’. Dengan pantas mereka menangkap apa yang didengari dari orang sekeliling dan juga dari media. Mereka akan menyebut semula seakan ‘latihan praktikal’ subjek bahasa dan komunikasi. Ini juga normal.
Banyakkan bercakap DENGAN anak – bukan bercakap KEPADA anak sahaja dan pantau juga apa yang disebut dan didengari oleh anak.
Anak-anak 1-3 tahun banyak akal kerana mereka sedang berkembang dan membesar dengan sangat pesat. TANTRUM juga kerap berlaku pada fasa ini apabila mereka kecewa kerana ingin mencuba, inginkan kawalan dan inginkan autonomi. Ini adalah sesuatu yang normal.
Apa yang tidak normal ialah ibu bapa yang mengharapkan agar anak-anak usia ini berupaya untuk diam, patuh dan langsung tiada ‘protes’.
Tetapkan jangkaan yang realistik. Fahami perkembangan, pembawaan dan keperluan anak. Pelajari cara untuk menguruskan kerenahnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.