“Kenapa anak kita suka panggil kita terjerit-jerit?” Kadang cakap dengan adik sendiri pun terjerit-jerit. Sekampung boleh dengar. Huish.
Ini sebenarnya soalan yang ramai ibu bapa akan bertanya. Tahu tak sebab apa?
Berikut perkongsian daripada Terapis Cara Kerja, Puan Siti ‘Aisyah Rozalli. Moga ia akan memberi manfaat dalam membesarkan anak-anak kita terutama dengan pelbagai cabaran hari ini.
Ibu bapa nak tahu sebabnya. Ia berpunca daripada diri kita sendiri yang ajar begitu.
Masa anak kita panggil kita elok-elok, kita ralit dengan handphone, ralit memasak, ralit membawang (eh!).
Tapi, bila anak tu dah menjerit, baru kita menyahut. Tu pun kita menyahut dengan jeritan.
Maka, anak akan belajar yang kalau dia nak orang dengar dia, dia kena JERIT! CHILDREN ABSORB BEST FROM WHAT THEY EXPERIENCE DAILY.
Pendek kata, anak akan MENIRU kita. CONFIRM!
Sebab tu sebagai parents, kita kena rajin buat 3 perkara ini:
Ads
1. Baca buku tentang perkembangan kanak-kanak, supaya kita faham betul-betul kenapa anak kita buat satu-satu tingkah laku.
2. Belajar cara untuk uruskan emosi anak supaya emosi kita juga terjaga.
3. Rajin buat muhasabah. Dengan ilmu yang kita pelajari dari bacaan dan kelas-kelas parenting akan buat kita tahu:
– OBSERVE punca anak buat satu-satu tingkah laku tu. – ANALYZE betul ke tidak respon kita pada tingkah laku anak kita tu. – RANCANG apa tindakan yang patut kita lakukan untuk bantu adjust tingkah laku anakkita tu.
Ads
Kalau tak…Dia jadi macam gambar kat bawah ni lah.
Kita complain anak kita tu tak behave lah.
Kita complain anak kita tu suka menjeritlah.
Kita complain anak kita dah nakal lah…
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengembangkan kecerdasan anak bukan bermaksud kita hanya memberi peluang kepada anak mengikut minatnya semata-mata tetapi dengan interaksi sehari-hari ibu juga boleh merangsang anak agar mereka lebih bijak.
Seawal usia dua tahun kita sebagai ibu bapa sudah boleh mengembangkan kecerdasan anak. Namun ia tidak boleh dipaksa. Buat berdasarkan kemampuan anak kerana kita mahu anak rasa tidak seronok dan tertekan.
Berikut adalah beberapa cara mengembangkan kecerdasan anak iaitu:
Mengetahui minat kanak-kanak
Mengenali minat kanak-kanak yang semakin membesar pada satu-satu bidang sangat membantu untuk mengenali potensinya. Misalnya kanak-kanak suka membaca buku, bersenam, bermain muzik atau memasak. Dengan mengetahui minat anak akan lebih mudah untuk mengajar mereka melalui perkara yang menjadi minat atau kesukaannya itu, sehingga proses belajar menjadi lebih menyenangkan.
Mendorong anak agar bertanya
Dalam setiap kesempatan, dorong anak untuk bertanya. Rasa ingin tahunya merupakan modal untuk mengajar pelbagai pengetahuan baru.
Mengajar anak mencari jawapan
Setelah anak bertanya, secara automatik akan lahir rasa ingin tahu pada anak. Sebaiknya jangan terus memberikan jawapan, tetapi ajaklah anak untuk mencari jawapannya bersama-sama, misalnya dengan membuka buku atau cara lain sehingga imaginasi kanak-kanak menjadi lebih terbuka.
Membina rasa ingin tahu atas jawapan yang diberikan
Jangan bosan menjawab soalan dari anak ketika anak bertanya terus-menerus. Satu maklumat baru yang diterimanya saling berkaitan antara satu sama lain sehingga anak akan membina kesimpulan sendiri.
Melakukan permainan yang menyelesaikan masalah
Banyak permainan yang boleh membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuannya untuk menyelesaikan masalah, contohnya bermain membuat bentuk daripada lego, membina ayat, dan sebagainya.
Mendorong anak untuk meminati perkara yang lain
Walaupun kanak-kanak mempunyai minat pada bidang muzik, namun ibu bapa juga perlu memperkenalkan kepada aktiviti sukan supaya anak tahu. Sekurang-kurangnya dia tidak fokus pada satu perkara sahaja dan serba boleh.
Oleh itu, ibu bapa kena pastikan apa yang dilakukan untuk anak bukan semata-mata paksaan tapi biar anak itu sendiri rasa seronok.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang ada kanak-kanak yang mempunyai kefahaman yang sepatutnya dengan usia mereka tapi masih belum bercakap, tetapi ramai sebenarnya masih belum bercakap disebabkan oleh kurang kefahaman. Tapi mereka bijak dengan tingkahlaku mereka hingga membuatkan parents sangka anak-anak ini faham.
Ok, saya akan terangkan macam mana yang dikatakan kanak-kanak nampak macam faham, tapi sebenarnya tak faham.
MEMBUAT PILIHAN
Bila kita memberi pilihan pada kanak-kanak, mereka biasanya memang akan ambil tak kisah samaada mereka nak atau tak nak.. Ini membuatkan parents percaya yang anak boleh faham dan membuat pilihan. Untuk mengenalpasti samada anak betul-betul faham atau tidak, perhatikan betul-betul perkataan yg anda gunakan.. sebab biasanya kanak-kanak akan mengambil perkataan terakhir yang anda sebut. Oleh itu, cuba tukar kedudukan perkataan setiap kali memberi pilihan.. contohnya “nak lego ke puzzle?” Anak mungkin akan menjawab “puzzle” kerana ia adalah perkataan terakhir yg mereka dengar. Kemudian tanya semula “nak puzzle ke lego?” Sekiranya anak menjawab “lego”, mmg jelas lah anak tak faham soalan tersebut.. tapi hanya menyebut perkataan terakhir yang didengarnya saja..
TUMPUAN BERSAMA
Kanak-kanak mungkin menggunakan tumpuan bersama ini untuk berpura-pura menunjukkan mereka faham. Ini terjadi bila parents melihat ke arah objek dan kanak-kanak juga melihat ke arah objek yang sama. Contoh bila ibu bertanya, “mana kasut” dan tanpa disedari, ibu memang sedang melihat ke arah kasut.
Oleh itu, pastikan anda TIDAK melihat ke arah objek yang anda sebutkan.. contohnya bila anda memberi arahan “bagi mama kasut”, anda melihat ke arah kanak-kanak atau lihat ke arah objek lain.. Jika anak mengambil kasut, bermaksud mereka faham.. tapi sekiranya mereka mengambil objek lain yang anda tengok, itu menunjukkan yang mereka masih tidak faham.
MENGIKUT RUTIN
Kanak-kanak memang bagus dalam mengikut rutin.. ada kalanya kita akan nampak anak boleh mengikut apa yang cikgu di sekolah arahkan. Contohnya apabila cikgu meminta semua kanak-kanak untuk beratur, jika anak anda seorang yang ‘observer’, mereka akan melihat apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lain dan meniru pergerakan mereka.
Di rumah, mereka akan dapat lakukan sesuatu yang rutin tanpa perlu memahami arahan dari parents.. Sebagai contoh, sudah menjadi kebiasaan yang diajar oleh parents, lepas makan kanak-kanak perlu meletakkan pinggan ke singki.. atau pun selepas membuka gula-gula, kanak-kanak perlu membuang plastik gula-gula ke dalam tong sampah. Jadi bila parents memberi arahan “buang sampah ni”, anak akan terus bawa ke tong sampah walaupun anak tidak faham arahan kerana situasi itu yang biasa terjadi.
MENGGUNAKAN OBJEK MENGIKUT KEGUNAANNYA
Contoh yang mudah untuk kita faham adalah, anda beri arahan “Baling bola” semasa sedang bermain bola dengan anak. Nampak seperti anak betul-betul faham arahan tersebut kan. Tapi jika difikir semula, memang itu fungsi bola: untuk dibaling. Jika anda beri arahan “duduk atas bola” dan anak boleh buat, boleh kita cakap yang mereka betul-betul faham, sebab sangat pelik bola digunakan untuk duduk.
GUNAKAN KEDUDUKAN DALAM ARAHAN
Biasanya parents jarang atau kurang memberi perhatian kefahaman pada kedudukan, kerana selalunya anak boleh je buat arahan yang melibatkan kedudukan. Sebagai conoth “buang sampah dalam tong sampah” dan anak memang buang dalam tong samaph.. kerana sampah memang kita akan letak di dalam tong.. tapi jika anda memberi arahan “letak sampah di luar tong sampah” mungkin akan berbeza, kerana adalah pelik dan tak biasa untuk kita letakkan sampah di luar tong sampah.
Jadi, untuk bertul-betul kenalpasti sama ada anak faham arahan yang melibatkan kedudukan (atas, bawah, luar, dalam, depan, belakang), anda boleh cuba memberi arahan yang tak masuk akal atau diluar kebiasaan, seperti “letak mainan bawah kotak” atau “letak patung bawah katil”.. Atau untuk periksa samaada anak faham dalam dan luar, anda boleh lakukan aktiviti seperti gunakan kotak atau bas yang boleh dibuka pintu / bumbung.. kemudian letakkan beberapa blocks di luar dan di dalam kotak/bas.. dan beri arahan.. “letak block dalam bas” dan “keluarkan block dari bas”.. jadi kita boleh tahu yang anak betul-betul faham atau tidak konsep tersebut.
JADI MAKSUDNYA APA?
Maksudnya, kita kadang-kadang “assume” yang anak faham, tapi sebenarnya , mereka sedang melakukan perkara yang biasa dilakukan.. dalam erti kata lain “common sense”. Tapi perlu diingat juga, kita perlu lihat umur anak dan keupayaan untuk mereka memahami arahan.. sebab setiap peringkat umur ada kebolehannya tersendiri..
Tetapi, jika anak sudah melebihi usia 18 bulan tapi masih belum juga bercakap, dan kerap kali parents mengatakan “anak saya faham semua arahan tapi tak bercakap”.. di sini lah perlunya penilaian yang lebih terperinci untuk kefahaman mereka.. Jangan takut dan risau untuk berjumpa Speech Therapist berhampiran anda untuk penilaian.. Tak rugi untuk anda tahu kan.
Sudah tentu ibu ayah mencari tip mudah bagaimana untuk meningkatkan IQ anak. Memang risau apabila anak, masih belum pandai membaca atau mengenal huruf. Rakan-rakan satu kelas kebanyakannya sudah boleh membaca. Tahun depan pula, sudah darjah satu. Sudah tentu kita tidak mahu anak duduk di kelas belakang.
Sebenarnya anak kita tak bodoh! Tentu ada kesilapan yang kita tak sedari yang menjadi pencetus kepada kekurangan itu. Masih belum terlambat untuk membentulkan keadaan itu. Bagi yang ada anak kecil yang masih belum ke tadika, sudah tentu ibu ayah kena ketahui tip ini untuk melakukan persediaan awal untuk mendidik anak. Siapa yang tak nak IQ anak meroket tinggi! Ikuti perkongsian tip Pendidik Ilmu Keibubapaan, Dr Taufiq Razif semoga menjadi panduan berguna.
Bila anak tak pandai akademik sikit je dah tuduh anak tak pandai, anak IQ rendah, salahkan cikgu kat sekolah, salahkan keturunan pasangan dan lain-lain.
Jangan!
Tengok dulu diri kita
1. Mungkin sumber rezeki kita selama ni syubhah ataupun haram. Cuba check balik status pekerjaan kita selama ni samada halal ke haram. Rezeki haram mungkin tak turunkan IQ anak tapi boleh menggelapkan hati si anak untuk terima ilham kebaikan dan kepandaian.
2. Mungkin selama ni kita lupa nak buka minda separa sedar ( subconscious mind ) anak kita untuk belajar. Cara nak buka minda separa sedar adalah dengan ajak anak kita minat pada subjek yang dipelajari. Nak anak power dalam Matematik, jangan paksa dia belajar darab dan kali tapi cuba cerita ( storytelling ) kehebatan orang yang pakar dalam Matematik dan cuba jugak bagi dia main game Matematik yang memerlukan dia menguasai kepantasan mengira.
3. Mungkin selama ni kita yang buatkan anak kita putus asa untuk jadi pandai. Bila dia tunjuk result exam je kita kecam dia, kita kritik dia dan kita marah dia. Dalam menegur anak, gunakan teknik 70-30. Tegur kena 30% tapi kena pastikan diselit dengan 70% pujian. Baru la emosi anak tu tak cedera.
4. Mungkin selama ni kita tak pernah doakan anak-anak kita sendiri. Kita selalu doa murah rezeki tapi kita lupa nak doakan anak-anak kita sendiri. Bila doa depan anak-anak tu sebut je nama anak kita satu persatu. Anak yang dengar namanya disebut di dalam doa ibu bapanya akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
5. Mungkin juga kita lupa yang tak semestinya skor dalam akademik adalah segala galanya. Mungkin kekuatan anak kita tu bukan dalam akademiknya. Mungkin EQ anak kita melebihi IQ nya. Mungkin AQ nya melebihi IQ nya. Ingat, orang yang tinggi EQ nya boleh menguasai orang yang tinggi IQ nya.
Cuba je amalkan tips yang saya bagi ni dan jangan terkejut kalau tiba-tiba keputusan akademik anak korang meroket tinggi!
p/s : Tolong simpan tips ni dalam handphone korang ye. InsyaAllah akan sangat berguna suatu hari nanti.
Follow ?Taufiq Razif & set SEE FIRST kalau taknak terlepas ilmu parenting yang lebih penting
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...