Rupanya ada rahsia pemakanan untuk latih anak jadi pintar. Secara umumnya, setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza. Justeru ibu bapa tidak boleh membandingkan keupayaan anaknya dengan anak orang lain. Malah pada tahap ini, otak kanak-kanak umpama span yang menerima apa sahaja input yang diberikan kepadanya.
Untuk mendapat anak cemerlang, terang dan bersih hatinya, anda sebagai ibu bapa perlu menyediakan persekitaran dan kehidupan yang baik untuk anak anda termasuk aspek pemakanan.
Ikuti 5 pemakanan yang mampu merangsang minda anak anda.
1.Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
Ads
2.Kismis
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak yang berkesan untuk membantu merangsang minda
3.Susu segar
Ads
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak yang sesuai diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
4.Telur
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
Ads
5.Buah Delima
Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain membelikan anak mainan, jangan lupa memberikan anak mainan yang dapat menguji minda mereka. Salah satu aktviti yang dapat menguji kemahiran motor halus anak adalah bermain dengan sticker.
Bukan hanya menampal, bahkan aktiviti semacam ini banyak kelebihannya terutama meningkatkan daya fokus anak dan juga melatih kemahiran sensori serta motor halus anak. Namun mempelbagaikan aktiviti melalui sticker dengan kreatif seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Wan Nur Syakira boleh juga dicuba. Bukan hanya bonding bersama anak-anak, kemahiran anak pun turut diuji.
AKTIVITI ANAK-ANAK MENGGUNAKAN STICKER.
Hari tu, ke kedai buku, belikan sedikit bahan nak buat aktiviti dengan anak-anak. Sticker antara favourite item bila buat aktiviti. Banyak boleh dibuat.
Ini antara aktiviti yang kami buat minggu ini.
1. Belajar bentuk dengan sticker. Lukis bentuk dan ajak anak lekatkan sticker pada garisan bentuk itu. Adam suka sangat main yang ni. Boleh fokus lama.
2. Cabut sticker dan letak dalam bentuk yang dilukis. Untuk Yusuf, yang umur 20 bulan, saya ajak dia main letak sticker dalam bulatan. Nak latih kemahiran motor halus, bukan senang bagi kanak-kanak nak cabut sticker dari kertasnya. Perlukan fokus dan kemahiran motor halus yang baik.
3. Cabut sticker yang diletak pada anggota badan. Adam dan Yusuf teruja dapat main ini. Main cabut-cabut sticker dekat badan.
4. Belajar nombor. Buat kepala ulat. Minta anak lekatkan sticker untuk bentukkan badan ulat . Lekatkan sticker mengikut nombor. Kalau pergi kedai, bolehlah borong sticker banyak-banyak.
Selamat beraktiviti dengan anak !
Wan Nur Syakira
5 Kelebihan Main Stickers
Bukan sekadar tampal saja, bermain dengan sticker teramatlah banyak kelebihannya. Selain peka dengan warna, banyak lagi kelebihan menampal sticker. Antaranya:-
* Memberi manfaat kepada kemahiran motor halus anak.
* Menguji koordinasi tangan anak-anak.
* Meningkatkan kemahiran visual dimana pelbagai bentuk dan warna melalui sticker.
* Eksplorasi daya sensori melalui gam dan lekatan pada tangan.
* Membantu anak dalam kemahiran membaca, kreatif, inovatif dan yakin diri.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali kekal menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan akhirnya berhubung dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella, empat tahun lalu.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azman Abdullah, bersama Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz, selepas mendapati tiada sebarang kekhilafan fakta atau undang-undang dalam dapatan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Menurut Hakim Azman, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah manakala pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan. “Dengan ini sabitan bagi kedua-dua pertuduhan adalah selamat untuk dikekalkan, rayuan atas sabitan adalah ditolak,” katanya.
Siti Bainun, 33, sebelum ini didakwa mengabai dan menganiaya mangsa berusia 13 tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari hingga Jun 2021.
Bagi pertuduhan pertama, beliau dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, manakala bagi pertuduhan kedua penjara 12 tahun. Kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula tarikh sabitan. Selain itu, Siti Bainun diarahkan melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Kes ini dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.
Dalam prosiding sama, mahkamah turut menolak notis usul dan afidavit baharu yang difailkan bagi memasukkan bukti baru. Bukti tersebut adalah laporan polis oleh Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin, yang juga saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes Siti Bainun sebelum ini.
Sepanjang prosiding, Siti Bainun diwakili barisan peguam Mohd. Haijan Omar, Nurul Hafidza Hassan dan Nur Aminatul Mardhiah Md. Nor. Sementara itu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Tetralina Ahmad Fauzi, Analia Kamaruddin dan Muhammad Hidayat Wahab.
Siti Bainun yang memakai jubah putih dilihat tenang ketika keputusan dibacakan oleh panel hakim.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memastikan anak-anak mendapat khasiat yang secukupnya kini telah menjadi keutamaan semua ibu bapa. Mempunyai sistem imuniti yang kuat sangat penting dan dalam masa yang sama memastikan anak-anak kekal gembira, sentiasa ingin tahu serta aktif belajar! Dengan pemakanan yang betul, ia merupakan salah satu cara untuk membantu proses pembinaan sistem imun yang kuat serta mendorong perkembangan mental ketika proses tumbesaran anak-anak.
Mulakan dari awal bagi memastikan pertumbuhan serta perkembangan masa depan yang lebih baik. Dengan cara ini, ia akan bertindak untuk melindungi anak-anak dari penyakit bermusim dan masalah kesihatan yang lain.
Ketahui 10 Perkara Penting Yang Perlu Ibu Bapa Buat Untuk Membina Sistem Imun Dan Mental Anak-Anak. Penting Untuk Anak-Anak Yang Sedang Membesar!
1. Tahun-tahun terawal dalam proses tumbesaran anak-anak adalah tempoh yang paling aktif untuk mewujudkan hubungan saraf di otak. Pada waktu ini, lebih daripada 1 juta sambungan saraf baru terbentuk setiap saat maka pemakanan yang betul adalah salah satu perkara penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. [1]
Ketika ini juga, ibu bapa harus memastikan anak-anak sentiasa bersedia untuk mengharungi dunia yang kompleks dan mencabar.
Mengambil kira nilai pemakanan susu, Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja 2013 mengesyorkan agar kanak-kanak mengambil 2 hingga 3 hidangan susu atau produk susu sehari. [2]
3. Milk Fat Globule Membrane (MFGM) adalah komponen kaya nutrien yang terdapat secara semula jadi dalam susu dan otak manusia. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan MFGM mempengaruhi emosi dan tingkah laku kanak-kanak kecil. [3] Ia menyokong proses pengeluaran dan penghantaran neurotransmitter (bahan yang mengambil bahagian dalam penciptaan hubungan sel otak). [4] Ketika sel-sel otak anak berhubung, maka ia mempengaruhi kemampuan mental, emosi dan mood mereka. [5]
4. Selain itu, MFGM Complex juga sangat penting untuk membina imuniti! Dalam satu kajian, penggunaan susu diperkaya MFGM oleh anak kecil terbukti mempunyai kesan perlindungan terhadap jangkitan gastrousus dan berkesan mengelakkan serangan demam. [3]
5. Gabungan asid lemak seperti DHA, Omega 3 dan 6 ke dalam diet anak sangat baik untuk perkembangan mental mereka [6]. Ini sekaligus terbukti membantu meningkatkan prestasi membaca dan membina daya ingatan yang lebih baik. DHA berperanan sebagai komponen utama struktur tisu otak, yang menghubungkan kesemua sel otak. Ia penting untuk fungsi mental termasuk bidang pembangunan utama seperti intelektual, motor, emosi dan sosial serta kemahiran sosial [7].
6. DHA dan MFGM banyak dijumpai di otak dan ia berfungsi secara sinergis. Kajian menunjukkan bahawa MFGM dan DHA bekerjasama untuk membantu menyokong perkembangan mental dan emosi menyumbang kepada tingkah laku yang lebih baik [3].
Kanak-kanak prasekolah yang mengambil MFGM yang diperkaya selama 4 bulan didapati mempunyai tingkah laku yang lebih baik dan emosi yang lebih stabil berbanding dengan kanak-kanak kumpulan terkawal [3].
7. Kecerdasan Emosi (EQ) juga memainkan peranan penting sepanjang tempoh anak-anak membesar. Kesejahteraan emosi dan sosial kecekapan pada tahun-tahun pertama tumbesaran mereka memberikan asas yang kuat untuk kebolehan kognitif dan seni bina otak. [1]
Sama seperti IQ (Intellectual quotient), kemahiran sosial-emosi seperti komunikasi, penyelesaian masalah dan kolaborasi adalah sama penting dalam menyesuaikan diri dengan baik di sekolah dan ketika berkomunikasi dengan orang lain.
8. PDX (Polidekstrosa) dan GOS(Galakto-oligosakarida) adalah serat makanan penting bagi usus besar untuk mendorong pertumbuhan bakteria baik dan meningkatkan kesihatan pencernaan dan sistem imun. [8] Yis Beta-Glukan dikenali kerana kemampuannya untuk membantu menyokong sistem imunisasi badan. [9]
Penyelidikan menunjukkan bahawa kanak-kanak menggunakan susu yang diperkaya dengan DHA, PDX + GOS dan Yis Beta-Glukan terbukti kurang mengalami episod risiko jangkitan pernafasan akut (ARI) berbanding dengan kanak-kanak yang mengambil susu yang tidak diperkaya. Tambahan pula, kanak-kanak akan pulih lebih cepat apabila mereka mengambil susu yang diperkaya dengan DHA, PDX + GOS dan Yis Beta-Glukan[10]
9. Walaupun susu segar masih bermanfaat, susu yang diperkaya mengandungi nutrien penting tambahan seperti DHA, MFGM, Vitamin A, Vitamin B12, Vitamin C, Zat Besi dan Zink. Ini adalah pilihan yang baik untuk meningkatkan sistem pertahanan semula jadi anak-anak [11] dan memastikan keperluan pemakanan harian mereka dipenuhi.
Gabungan unik Enfagrow A+ mengandungi MFGM Complex, DHA tertinggi**, gabungan PDX GOS dan Yis Beta-Glukan. Kajian saintifik menunjukkan bahawa MFGM, DHA, PDX + GOS dan Yis Beta-Glukan membantu menyokong perkembangan mental dan daya tahan imun terhadap sebarang serangan penyakit. [10]
Formulasi susu ini mengandungi 40% lebih DHA* yang mencapai saranan pengambilan DHA harian dari Food and Agriculture Organisation of the United Nations (FAO) dan World Health Organisation (WHO)^.
Anak yang lebih kuat dan sihat menjalani kehidupan yang lebih bermakna, mari bantu membina hari esok dengan memberi mereka nutrisi yang optimum. Rangsang perkembangan emosi dan mental mereka #TodayBuildsTomorrow.
** Berbanding dengan jenama susu lain di pasaran pada bulan September 2019, Enfagrow A + menyediakan 105 mg DHA dalam 3 hidangan sehari.
* Berbanding dengan formulasi sebelumnya, Enfagrow A + menyediakan 105 mg DHA dalam 3 hidangan sehari.
^FAO / WHO mengesyorkan pengambilan DHA diet harian sebanyak 10-12mg / kg berat badan untuk kanak-kanak 12-24 tahun bulan atau 100-150mg DHA + EPA untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas. [12]
Ketahui lebih lanjut mengenai topik tentang kesihatan umum untuk kanak-kanak berumur satu tahun dan ke atas bersama Enfagrow A + Malaysia dan pakar jemputan kami! Ikuti sesi MEDTalks Live di laman Facebookkami!
Tonton siri terdahulu MEDTalks sebelum ini:
MedTalks Live adalah siri live secara percuma yang diberikan dibawakan oleh Enfagrow A + Malaysia, yang bertujuan untuk memberi maklumat kepada ibu bapa yang berkisar mengenai masalah kesihatan dan kesihatan umum kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas.
Maklumat yang diberikan adalah untuk tujuan pendidikan dan komunikasi sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat perubatan peribadi, untuk diagnosis atau rawatan perubatan. Dapatkan saranan pakar sekiranya berlaku kecemasan.
Untuk maklumat lanjut tentang produk, sila layari ENFAGROW
5 Banjari I et al. Brain food: how nutrition alters our mood and behavior. Hrana u zdravlju i bolesti, znanstveno-stručni časopis za nutricionizam i dijetetiku, 2014; 3(1),13-21
Retrieved from: https://hrcak.srce.hr/file/186517
7 Kuratko CN, Barrett EC, Nelson EB, Salem N Jr. The relationship of docosahexaenoic acid (DHA) with learning and behavior in healthy children: a review. Nutrients 2013;5:2777-810.
Retrieved from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3738999/
9 Volman JJ, Ramakers JD, Plat J. Dietary modulation of immune function by beta-glucans. Physiol Behav. 2008;94:276-84.
Retrieved from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18222501
10 Li F, Jin X, Liu B, Zhuang W, Scalabrin D. Follow-up Formula consumption in 3- to 4-Year-Olds and Respiratory Infections: An RCT. Pediatrics 2014;133:e1533-1540.
Retrieved from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24843061
Kira-kira 200 pelajar di Surabaya mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan percuma tajaan kerajaan Indonesia sehingga mencetuskan siasatan pihak berkuasa.