Inilah insan yang kini memikul amanah besar menyingkap kebenaran di sebalik pemergian tragis adik Zara Qairina Mahathir, 13. Bedah siasat bermula sekitar jam 11 pagi tadi.
Inilah doktor yang mengetuai pasukan forensik Zara Qairina
Dr. Khairul Anuar bin Zainun ialah Pakar Patologi Forensik tersohor negara, Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang.
Bukan calang-calang individu ini! Dr. Khairul Anuar, yang juga Pakar Perunding Forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, mempunyai pengalaman luas termasuk latihan khas di luar negara dalam bidang bedah siasat kanak-kanak.
Kepakaran beliau kini menjadi harapan besar untuk membongkar kebenaran dan menegakkan keadilan buat arwah Zara.
Ads
Di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), beliau mengetuai proses bedah siasat ini bersama Pakar Patologi HQE I, Dr. Jessie Hiu, dibantu dua kakitangan perubatan.
Sementara itu, Peguam keluarga, Hamid Ismail, berkata kehadiran pakar forensik ini adalah langkah pihak polis memastikan setiap elemen keadilan ditegakkan.
Ads
“Bedah siasat dijangka mengambil masa empat hingga lima jam. Selepas selesai, doktor akan memaklumkan dapatan awal kepada keluarga,” katanya ketika ditemui di perkarangan HQE I, pagi ini.
Hamid turut memaklumkan bahawa seorang wakil keluarga, iaitu peguam Shahlan, berada di dalam bilik bedah siasat mewakili pihak keluarga. Selepas semua proses selesai, jasad akan dibawa pulang ke Sipitang untuk dikebumikan semula.
“Kehadiran pakar forensik ini adalah langkah penting. Kami berharap orang ramai terus berdoa agar keadilan untuk Zara dapat ditegakkan,” ujarnya penuh pengharapan.
Suasana di sekitar hospital pagi ini dipenuhi wajah-wajah yang menanti, bukan sekadar keluarga, tetapi juga masyarakat yang mengikuti rapat tragedi ini. Semua menaruh harapan, agar jawapan yang dicari selama ini akhirnya terungkai, dan pemergian Zara Qairina tidak berlalu tanpa pembelaan.
Sumber: Sinar Harian & Kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi memudahkan mak ayah untuk merancang keperluan persekolahan anak dan cuti, Takwim Cuti Sekolah 2025 / 2026 dan Kalendar Akademik KPM telah dikongsikan.
Dan ini merupakan takwim terbaru yang dikeluarkan oleh KPM untuk semua.
Dalam artikel ini dikongsikan takwim kalendar akademik sesi persekolahan KPM 2025 / 2026 melalui lampiran berikut :
Kalendar Akademik 2025/2026 (terpakai bagi kehadiran di institusi pendidikan KECUALI di sekolah swasta, sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa)
Kumpulan A – Semua institusi pendidikan di Kedah, Kelantan dan Terengganu
Penggal Pertama – 16 Februari 2025 hingga 28 Mei 2025
Penggal Kedua – 10 Jun 2025 hingga 11 September 2025
Penggal Ketiga – 21 September 2025 hingga 18 Disember 2025
Kumpulan B – Semua institusi pendidikan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya
Penggal Pertama – 17 Februari 2025 hingga 28 Mei 2025
Penggal Kedua – 10 Jun 2025 hingga 12 September 2025
Penggal Ketiga – 22 September 2025 hingga 19 Disember 2025
Ini pula melibatkan cuti-cuti perayaan di Malaysia mengikut kumpulan A dan B.
NOTA PENTING :
Untuk makluman, Sesi Akademik 2026 akan bermula pada 12 Januari dan dijangka berakhir pada 1 Januari 2027 dengan pengurangan 2 minggu cuti semester.
SESI AKADEMIK 2027 barulah kita kembali kepada takwim asal sebelum pandemik di mana cuti sekolah tahunan kembali kepada 9 minggu setahun berbanding 2 tahun kebelakangan hanya 5 minggu setahun ie. Sesi Akademik 2023/2024, 2024/2025 dan 2025/2026.
Untuk muat turun, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: https://www.moe.gov.my/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang! 👏🏼💪🏼
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! 🩷🩷
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw 🎁🎈🎊🎉 bernilai sehingga RM3000!
Cara kira fidyah puasa sering dipandang ringan, sehinggalah seorang ibu ini terkejut apabila jumlah fidyah yang perlu dibayar mencecah lebih RM500 selepas tiga tahun tidak mengganti puasa lepas bersalin.
Tak sampai dua minggu lagi kita akan memasuki bulan Ramadan. Bulan ibadah yang penuh keampunan dan peluang untuk kita betulkan semula apa yang tertinggal. Namun satu perkongsian seorang ibu ini benar-benar buat ramai tersentak dan mula berfikir tentang tanggungjawab ibadah yang sering tertangguh.
Perkongsian oleh ibu @nainrahman ini menjadi tular selepas beliau berkongsi tangkap layar pengiraan fidyah melalui laman rasmi Lembaga Zakat Selangor. Niat asalnya hanya mahu menyemak fidyah bagi puasa yang tidak sempat diganti. Tetapi apabila jumlah keseluruhan dipaparkan, beliau sendiri terkejut.
Jumlah fidyah yang perlu dibayar mencecah RM522.90. Angka yang bukan kecil dan cukup untuk buat ramai tersentap, terutamanya golongan ibu yang pernah meninggalkan puasa selepas bersalin.
Ramai antara kita pernah berada dalam situasi terpaksa meninggalkan puasa. Sama ada kerana mengandung, menyusukan anak, sakit, keletihan melampau atau kekangan kerja. Islam memang memberi kelonggaran, namun kelonggaran itu datang bersama tanggungjawab.
Puasa yang ditinggalkan wajib diganti. Jika tidak diganti sehingga masuk Ramadan tahun berikutnya tanpa uzur yang dibenarkan, fidyah akan dikenakan selain qada puasa. Apa yang ramai tidak sedar, fidyah ini akan bertambah mengikut tahun jika terus ditangguhkan.
Di sinilah pentingnya setiap individu memahami cara kira fidyah puasa supaya tidak mengambil mudah perkara yang wajib diselesaikan.
Dalam perkongsian ini, ibu tersebut menyenaraikan puasa yang tertinggal mengikut tahun:
Setiap tahun dikira secara berasingan. Inilah sebab utama kenapa jumlah akhir boleh jadi besar walaupun bilangan hari nampak tidak terlalu banyak.
Apabila puasa tidak diganti dalam tempoh yang lama, fidyah akan berganda mengikut tahun. Tanpa memahami kaedah pengiraan, ramai yang hanya menyedarinya apabila jumlah akhir sudah menjadi ratusan ringgit.
Ibu ini turut berkongsi cara kira fidyah puasa melalui laman rasmi zakat. Prosesnya ringkas, jelas dan sesuai untuk sesiapa yang mahu menyemak sendiri tanpa rasa ragu.
Pilih jenis beras
Kadar fidyah bergantung kepada jenis beras yang dipilih seperti beras biasa, beras wangi atau beras basmathi.
Pilih tahun tinggal puasa
Tahun puasa ditinggalkan perlu dimasukkan kerana sistem akan mengira gandaan fidyah berdasarkan tempoh kelewatan.
Masukkan bilangan hari tinggal puasa
Isikan jumlah hari yang tidak sempat diganti dengan tepat.
Sistem ini membolehkan pengguna menambah kiraan untuk beberapa tahun berbeza, sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai tunggakan puasa lebih daripada setahun dan ingin memahami cara kira fidyah puasa dengan lebih telus.
Bagi golongan ibu, niat untuk mengganti puasa selalunya ada. Namun sering tertangguh. Anak kecil belum tidur, badan terlalu letih, kerja rumah tak pernah habis, urusan kerja dan keluarga yang bertindan.
Semua itu realiti yang ramai ibu lalui. Tetapi apabila ditangguhkan terlalu lama, beban itu tidak hilang. Sebaliknya ia semakin bertambah, bukan sekadar dari segi kewangan tetapi juga tanggungjawab ibadah.
Perkongsian ini bukan untuk menakutkan atau menghukum. Ia lebih kepada satu peringatan lembut supaya kita tidak terus menangguh perkara yang wajib.
Dengan Ramadan yang semakin hampir, inilah masa terbaik untuk kita duduk sejenak dan muhasabah diri. Semak berapa hari puasa yang pernah ditinggalkan, rancang bila boleh diganti dan tunaikan fidyah jika perlu.
Sedikit demi sedikit lebih baik daripada langsung tidak bermula. Jangan tunggu sehingga jumlah fidyah menjadi satu kejutan besar.
Setiap anak mempunyai kecomelan mereka tersendiri. Ada yang ikut muka ibu, ada juga yang persis wajah si ayah. Gabungan rupa ibu dan ayah juga boleh membuatkan feature muka anak menjadi unik dan bertambah comel.
Sudah menjadi kebiasaan iu ayah suka berkongsi gelagat anak-anak di media sosial. Sama juga seperti ibu ini melalui akaun TikTok intanasya333, berkongsi tentang anak perempuannya. Namun yang mencuri perhatian adalah kecomelan anaknya itu yang mesra dipanggil sebagai Memelda.
Memenuhi permintaan warganet yang mahu melihat wajah Memelda tanpa sebarang filter, ibu ini telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan anaknya itu memakai gaun panjang berwarna merah jambu serta topi dan sedang duduk di atas kerusi. Memang comel!
Jom tengok video Memelda tanpa filter:
Video Memelda yang lain;
Di dalam sebuah video yang lain, Memelda digayakan dengan gaun Tutu dan memakai cekak polka dot bewarna biru dan merah jambu;
Persis anak patung, kanak-kanak perempuan berumur dua tahun ini sangat comel dengan hidungnya yang mancung, mata bulat, bibir kecil serta alis kening dan rambut yang tebal.
Antara komen warganet;
Segala pujian pada Allah SWT, sememangnya kanak-kanak perempuan ini dianugerahkan wajah yang sangat comel. Semoga Memelda membesar dengan sihat dan menjadi anak yang selalu membanggakan kedua ibu ayahnya.
Ibu ayah, jangan terlepas info penting ini! Bantuan tunai kerajaan melalui STR 2026 bakal memasuki fasa seterusnya. Buat keluarga yang bergantung pada bantuan ini untuk urusan anak-anak, keperluan sekolah dan perbelanjaan harian, pastikan semakan serta kemas kini maklumat dibuat supaya tidak terlepas bayaran yang layak diterima.