Dalam keadaan mendesak untuk belajar dari rumah, ada golongan yang menghadapi masalah untuk menyediakan kelengkapan terbaik buat anak-anak mereka. Golongan B40 misalnya mempunyai kesukaran untuk memastikan anak-anak untuk terus belajar dengan selesa.
Dengan masalah begini, anak-anak mungkin akan ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak mempunyai kemudahan untuk belajar. Keadaan ini bukan sahaja membuatkan anak-anak merasa sedih bahkan ia mematikan semangat mereka untuk menuntut ilmu.
Lotus’s Malaysia Sedia Membantu!
Memahami situasi ini, Lotus’s Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tesco telah menghulurkan bantuan untuk memudahkan murid-murid dari golongan B40 ini. Mereka telah mengadakan program yang dipanggil Inisiatif Prihatin bermula Disember 2020 sehingga Februari 2021.
Ads
Program ini telah direncanakan untuk membantu seramai 6,000 murid B40 yang kurang bernasib baik dari 21 buah Tesco’s Adopted School Programme.
Bagaimana program Inisiatif Prihatin dijalankan?
Baucar diberikan kepada murid-murid ini dan ia boleh ditebus atau digunakan di semua medan selera Lotus’s Malaysia. Selain itu, pengagihan barangan dapur seperti beras, minyak masak dan banyak lagi turut diadakan. Sumbangan ini turut dijayakan oleh penyewa dan pembekal di Lotus’s Malaysia.
Ads
Kempen Kembali Ke Sekolah
Di bawah Inisiatif Prihatin, kempen Kembali Ke Sekolah telah dijalankan pada Januari yang lalu untuk murid sekolah B40. Ia dikenali sebagai Kembali Teguh dan merupakan kerjasama antara Unilever Malaysia dan Yayasan PINTAR.
Ads
Sejak kerjasama antara Tesco dan Yayasan PINTAR sejak 2016, sebanyak 63 buah sekolah dari seluruh negara telah dipilih untuk mengikuti program ini.
Sejauh mana sebenarnya rasa kasih dan perhatian kita terhadap insan tersayang? Adakah cukup dengan kata-kata “jaga diri” setiap pagi, atau pelukan hangat sebelum tidur? Kita selalu fikir cinta itu ditunjukkan melalui masa dan perhatian.
Namun dalam diam, ada satu lagi bentuk kasih sayang yang jarang kita bicarakan. Jika benar kita sayang, apa yang kita sediakan untuk masa depan keluarga seandainya sesuatu berlaku kepada kita?
Soalan Yang Kita Selalu Elakkan
Pernah tak kita terfikir, seandainya kita ditakdirkan mendapat penyakit berjangkit yang membawa maut, atau kita pergi dahulu sebelum mereka… adakah mereka benar-benar bersedia terutamanya dari segi kewangan?
Siapa yang akan menanggung perbelanjaan harian? Bagaimana dengan pendidikan anak-anak? Soalan ini berat, tapi hakikatnya ia adalah realiti yang tidak boleh kita lari. Kita mungkin mampu melindungi mereka hari ini, tetapi bagaimana dengan hari esok jika kita sudah tiada?
Perancangan Sebagai Bentuk Cinta Yang Paling Sunyi
Sebab itulah perancangan masa hadapan menjadi satu bentuk kasih sayang yang tidak terucap, tetapi paling bermakna. Ia bukan sekadar angka atau dokumen, tetapi satu janji bahawa mereka yang kita sayangi masih mampu meneruskan kehidupan walaupun kita tidak lagi menjadi pelindung. Merancang bukan bererti kita menjangka perkara buruk, tetapi kita memastikan mereka tidak terkapai-kapai apabila hidup diuji.
Perlindungan Yang Memahami Makna Keluarga
Di sinilah hadirnya pelan perlindungan keluarga seperti pelan FWD Life First. Pelan ini dibina dengan satu falsafah yang cukup sederhana tetapi mendalam. Jika sesuatu berlaku kepada kita, keluarga tidak sepatutnya menanggung beban kewangan.
Seandainya sesuatu berlaku kepada keluarga kita, kita juga tidak sepatutnya berasa tidak berdaya. Perlindungan ini bukan hanya untuk seorang individu, tetapi untuk seluruh keluarga yang bergantung antara satu sama lain.
Melindungi Lebih Daripada Seorang Individu
Berbeza dengan pelan tradisional yang fokus kepada individu, FWD Life First mengambil kira gambaran yang lebih luas. Ibu bapa, pasangan, anak-anak, dan tanggungjawab yang kita pikul setiap hari, Sekurang-kurangnya inilah ‘hadiah’ tak ternilai yang boleh kita sediakan buat mereka.
Sama ada berdepan penyakit, kemalangan atau hilang upaya penuh dan kekal, pelan ini memastikan keluarga anda dilindungi supaya kehidupan mereka boleh diteruskan walaupun kita tidak lagi mampu melakukannya.
Perlindungan Teras Menjadi Sandaran
Di teras pelan ini, perlindungan asas menyediakan 100 peratus jumlah dilindungi bersama nilai akaun dalam akaun simpanan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh akibat punca semula jadi. Ini membantu keluarga mengekalkan gaya hidup, meneruskan pendidikan anak-anak dan mengurus perbelanjaan harian tanpa perubahan drastik ketika emosi masih rapuh.
Pelan ini melindungi semua keperluan asas anda dan juga menyediakan manfaat pampasan yang pelbagai sehingga 500 peratus daripada jumlah dilindungi bagi kematian & hilang upaya penuh dan kekal (HUPK) disebabkan kemalangan di luar negara.
Selain itu, pelan ini juga memberikan perlindungan yang mencukupi terhadap penyakit berjangkit bagi membantu meringkankan beban kewangan anda sekiranya berlakunya sebarang kecemasan kesihatan ke atas diri anda.
Di samping itu, pelan ini turut menawarkan Perlindungan Ihsan Keluarga yang melindungi sehingga 6 orang ahli keluarga anda bagi kematian akibat kemalangan sehingga umur 100 tahun tanpa sebarang pengunderaitan.
Perlindungan Terhadap Penyakit Yang Biasa Dihadapi Rakyat Malaysia
Dalam cuaca tropika seperti Malaysia, risiko penyakit berjangkit sentiasa ada. Denggi, malaria, hepatitis viral dan lain-lain bukan sekadar berita di akhbar. Banyak keluarga pernah mengalami pengalaman kemasukan ke hospital yang berlaku tanpa diduga.
Melalui manfaat penyakit berjangkit, bayaran sekali sebanyak RM5,000 akan diberikan jika kemasukan hospital selama lima hari berturut-turut akibat penyakit berjangkit. Bantuan ini mungkin kelihatan kecil, tetapi ia mampu meringankan kos yang sering datang serentak seperti pengangkutan, penjagaan anak, kehilangan pendapatan atau keperluan perubatan tambahan.
Liputan Untuk Penyakit Bawaan Nyamuk
Salah satu keistimewaan lain untuk pelan ini adalah liputan bagi penyakit bawaan nyamuk seperti denggi, chikungunya, malaria, zika dan ensefalitis Jepun, pelan ini menyediakan perlindungan sehingga 200 peratus daripada jumlah dilindungi bersama nilai akaun dalam akaun simpanan tertakluk kepada had sehingga RM200,000. Dalam waktu yang paling sukar, sokongan kewangan ini menjadi ruang bernafas untuk keluarga yang sedang berdepan dengan kehilangan.
Kemalangan Tidak Memilih Tempat
Kemalangan tidak hanya berlaku di jalan raya. Ia boleh terjadi di rumah, di tempat kerja atau ketika melancong di luar negara. FWD Life First menyediakan perlindungan berganda melalui manfaat indemniti berganda. Perlindungan meningkat sehingga 200 peratus bagi kematian atau hilang upayapenuh atau kekal (HUPK) akibat kemalangan, 300 peratus jika kemalangan berlaku di pengangkutan awam atau bangunan awam, dan sehingga 500 peratus jika kemalangan berlaku ketika berada di luar negara.
Bagi rakyat Malaysia yang mungkin sering melancong atas urusan kerja, ibadah atau percutian, perlindungan tambahan ini memberi ketenangan yang sukar digambarkan.
Kasih Sayang Yang Turut Melindungi Ahli Keluarga
Salah satu ciri yang menyentuh hati ialah manfaat penjagaan ihsan keluarga. Sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan kepada ahli keluarga terdekat, bayaran sekaligus RM15,000 akan diberikan kepada ahli keluarga tersebut seperti ibu bapa, pasangan dan sehingga empat orang anak. Pelan ini membantu keluarga menguruskan urusan segera tanpa tekanan kewangan tambahan.
Lebih Daripada Wang, Sokongan Emosi Juga Penting
Kehilangan bukan sekadar angka. Ia datang bersama kesedihan dan kekeliruan. FWD Life First turut menyediakan sokongan kaunseling kesedihan hingga sepuluh sesi bagi membantu keluarga melalui proses pemulihan emosi.
Selain itu, khidmat nasihat undang-undang hingga tiga sesi turut disediakan untuk membantu urusan wasiat, pewarisan, penjagaan anak dan penyelesaian harta. Baik untuk pelanggan Muslim mahupun bukan Muslim, mereka turut akan menerima bayaran penuh sebanyak RM2000. Ini bukan sekadar perlindungan kewangan, tetapi satu sentuhan kemanusiaan yang memahami keperluan sebenar keluarga.
Kasih Sayang Yang Dirancang, Bukan Sekadar Dirasai
Keluarga di Malaysia dibina atas kasih sayang, tanggungjawab dan keinginan untuk saling melindungi. Kehidupan sememangnya tidak dapat diramal. Namun dengan perlindungan yang tepat, keluarga tidak perlu berdepan ketidakpastian seorang diri. Merancang hari ini bukan kerana kita takut kehilangan, tetapi kerana kita mahu mereka terus kuat walaupun tanpa kita di sisi.
Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. menggalakkan pelajar-pelajar sekolah untuk mengamalkan budaya pemakanan yang lebih sihat dan melakukan aktiviti fizikal melalui Program Kecemerlangan “Nutrisi Seimbang, Murid Cemerlang” Bersama Gardenia Breakthru.
Majlis pelancaran program itu diadakan di Victoria Institution dan disaksikan oleh Dr. Zalina Binti Mohd Tahir, Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan Dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama warga Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Derrick Khoo, Pengurus Besar Kanan Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, dan Ena Suhaila Abas, Pengurus Pemasaran.
“Salah satu kerangka Malaysia Madani di bawah tonggak pendidikan ialah penumpuan terhadap isu kemiskinan malnutrisi yang memberi impak kepada fizikal dan tumbesaran kognitif di kalangan pelajar. Kita harus bertindak sewajarnya dan kami mengalu-alukan program seumpama ini untuk menangani isu ini bersama.
Program sebegini membantu pelajar lebih fokus pada intipati kehidupan dan sangat membantu dalam membina negara yang lebih sihat. Marilah kita bersama-sama berganding bahu dan mengingatkan satu sama lain tentang kepentingan menjalani gaya hidup sihat,” kata Dr. Zalina.
Program Kecemerlangan “Nutrisi Seimbang, Murid Cemerlang” Bersama Gardenia Breakthru 2023
Menurut Ena, program itu bertujuan memberi kesedaran kepada pihak sekolah tentang kepentingan gaya hidup sihat. “Kami menggalakkan semua pelajar sekolah untuk mengatasi setiap halangan dalam kehidupan seharian mereka. Amat penting untuk kita terapkan budaya pemakanan sihat dari usia muda agar ia menjadi satu tabiat yang perlahan-lahan akan bertukar menjadi gaya hidup apabila dewasa kelak.
Hashtag untuk kempen ini, #MengatasiSetiapHalangan, secara tidak langsung mengajar mereka untuk membuat pilihan pemakanan yang lebih tepat dan pada masa yang sama, memupuk minda yang berdaya tahan. Semua sifat ini mendorong pelajar untuk lebih berdisiplin dalam mengatasi setiap halangan dalam kehidupan,” tambah Ena.
Program ini melibatkan 69,000 orang pelajar dari 55 buah sekolah menengah terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia merangkumi peserta berumur di antara 13 hingga 17 tahun.
Program ini dimulakan dengan 8CTIVETM School Tour untuk berkongsi kepentingan amalan gaya hidup sihat. 8CTIVETM School Tour ini merangkumi sesi perkongsian tentang amalan pemakanan dan gaya hidup sihat selain permainan interaktif yang menarik bersama para pelajar. Poster dan papan tanda tentang pemakanan sihat juga dipamerkan di kantin dan sekitar pekarangan sekolah sebagai peringatan berterusan tentang perkara ini.
Para pelajar juga digalakkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan media sosial program ini. Bertemakan hashtag #MengatasiSetiapHalangan dan #BreakThroughAllBarriers, pelajar hanya perlu memuat naik video atau gambar rutin harian mereka menjalani gaya hidup sihat.
Jumlah penyertaan terkumpul dengan catatan tertinggi dari sekolah yang sama akan memenangi jersi eksklusif Gardenia Breakthru yang akan diberikan kepada setiap orang pelajar dari sekolah tersebut.
Kemuncak Program Kecemerlangan “Nutrisi Seimbang, Murid Cemerlang” Bersama Gardenia Breakthru ini ialah peraduan video pendek bertemakan “Kisah Kejayaan Mengatasi Setiap Halangan”.
Untuk menyertai pertandingan ini, pelajar dikehendaki menghantar video pendek berdurasi di antara 3 hingga 5 minit, sunting video tersebut berlandaskan keaslian dan kreativiti masing-masing lalu menghantar video tersebut melalui e-mel kepada pihak penganjur. Tiga daripada video terbaik layak memenangi hadiah menarik daripada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.
Juara peraduan video pendek “Kisah Kejayaan Mengatasi Setiap Halangan” akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM3,000.00, trofi dan sijil penyertaan untuk setiap ahli pasukan; diikuti dengan hadiah wang tunai bernilai RM2,000.00, trofi, dan sijil penghargaan bagi pemenang tempat kedua; dan pemenang tempat ketiga akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM1,000.00, trofi, dan sijil penyertaan.
Selain itu, hadiah wang tunai bernilai RM1,000.00, trofi, dan sijil penyertaan menanti pelajar untuk Video Paling Kreatif.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rutin kehidupan anak-anak di rumah sepanjang waktu PKPP ini pastinya membuatkan anak-anak semakin bosan. Selain melalui rutin dan jadual kerja yang diberikan oleh guru, apa kata sesekali suntik rasa dan semangat anak-anak dengan menghadiah sesuatu yang cukup disukai anak kita sambil menyahut kempen LEGO ini.
Bukan hanya anak-anak bahkan dengan kempen yang satu ini, anak-anak remaja serta ibu bapa juga dapat tampil bersama sebagai sebuah keluarga bagi menjayakan kempen unik dan hebat ini.
Kempen #BuildItDriveItLoveIt yang dianjurkan jenama permainan terkemuka LEGO tampil memberi sinar dan kegembiraan kepada kehidupan anak-anak sepanjang hari. Bukan hanya bermain, malah kempen ini mampu merangsang daya kreativiti anak-anak untuk mencipta sesuatu yang hebat.
Kempen Kenderaan LEGO ini bukan hanya dapat mengetahui jenis kenderaan itu sendiri bahkan untuk meningkatkan kesedaran serta merangsang pemanduan dan keseronokkan kanak-kanak bersama ibu bapa mereka dengan memperkenalkan lebih 46 jenis kereta unik dengan pelbagai tema. Kesemua ini pastinya mendorong minat yang lebih mendalam dalam bidang automobil dan permotoran.
Bukan itu sahaja bahkan LEGO juga turut melancarkan Kalendar 30 Hari yang pastinya menyeronokkan menerusi Facebook bermula Jun ini.
“Sebagai sebahagian daripada kempen ini, kami juga akan melancarkan kalendar 30 hari yang menyeronokkan pada halaman Facebook LEGO bermula dari 1 Jun, dengan kandungan dan aktiviti untuk keluarga serta membawa keghairahan kepada anak-anak dalam dunia automobil,” begitu kongsi wakil LEGO.
Antara aktiviti yang pastinya menyeronokkan adalah:
• Membina pertandingan dengan tema yang berbeza untuk kanak-kanak dan remaja dalam mempamerkan kreativiti mereka.
• Mengetahui fakta yang menyeronokkan mengenai kereta popular.
• Tips untuk membawa LEGO anda membina ke tahap seterusnya.
• Menyerlah dan mempamerkan kemahiran membina LEGO anak-anak secara peribadi.
• LEGO Grand Prix buat julung kalinya, akan memilih peserta muda untuk mereka bentuk dan membina kereta LEGO yang unik untuk menghadapi perlumbaan di trek perlumbaan LEGO.
Jom sertai beramai-ramai dan meriahkan kempen ini dengan mencipta sesuatu yang unik dan berbeza, sekaligus bakal berpeluang terpilih sebagai jenama LEGO baru di trek perlumbaan LEGO. Jom cabar diri dan kemampuan anak-anak kita.
Bagi anak-anak penggemar dunia LEGO, jom sertainya sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.