Sekeping gambar terbaru yang dimuat naik pasangan selebriti Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif di media social mereka menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, buat pertama kali wajah comel anak kedua mereka, Umayr dikongsikan buat tatapan ramai.
Gambar satu keluarga itu diambil bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha pada Isnin lalu.
“Family,” tulis Harris ringkas di kapsyen.
Manakala Intan pula sempat mengucapkan ucapan hari raya aidil adha buat semua pengikutnya di Instagramnya.
Ads
“Happy eid al adha from Harris, Intan, Evie & Umayr,” tulisnya.
Namun apa yang paling menarik perhatian pastinya wajah comel Umayr yang dikongsikan kedua mereka.
Biarpun dilihat sipi-sipi namun pengikut pasangan ini sudah pun memperlihatkan wajah ‘handsome’ Umayr, apa lagi dengan rambutnya yang cukup lebat kehitaman.
Ads
Bukan itu sahaja, bahkan wargamanya turut memuji kecantikan asli yang dimiliki Intan, begitu juga anak-anak yang kesemuanya comel belaka.
Terdahulu, Intan dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 6 Februari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Evie dan Umayr.
Bagi Datin Rita Sosilawati, tiada yang lebih membahagiakan selain melihat keluarga menikmati air tangan sendiri. Biarpun bergelar ahli perniagaan yang jadualnya penuh dari pagi ke malam, Rita tetap memilih untuk masak sendiri di rumah.
Katanya, dari dapur itulah dia dapat salurkan rasa cinta dan tanggungjawab sebagai isteri serta ibu. “Makan di luar tak sama macam makan hasil air tangan sendiri,” ujarnya ringkas tapi penuh makna. Kalau suami dah kenyang makan di restoran sekalipun, tetap akan minta dia masak juga — sebab katanya rasa di rumah lebih ‘kena di hati’.
Bukan semua orang suka masak bila penat. Tapi tidak bagi Rita. Dapur baginya adalah ruang me time yang paling selesa. Di sinilah dia cari ketenangan, lepaskan tekanan, dan dapat rasa ‘hidup’ balik lepas seharian bekerja.
“Jangan anggap satu bebanan, tapi fikir bila masak tu untuk kita pun nak makan bersama anak-anak. Ini salah satu tip rumah tangga ya, kena memasak walaupun sibuk macam mana sekalipun.”
Ilmu masak pula bukan datang dari kelas mahal atau rancangan TV — sebaliknya diturunkan sendiri oleh arwah ibunya dan selebihnya hasil dari usaha gigih mencuba dan belajar sendiri. Setiap kali masak, bukan sekadar lauk yang terhidang, tapi juga kenangan dan rasa syukur.
Bila ditanya masakan apa yang suami paling suka, Rita tersenyum dan jawab — “asam pedas”. Jawapan itu disahkan sendiri oleh Datuk Khamarulazlan. Menurutnya, asam pedas air tangan isteri adalah comfort food nombor satu.
Tak kira hari hujan atau panas, itulah menu yang akan diminta. Dan menariknya, asam pedas ini bukan sekadar makanan — ia juga jadi ‘ubat’ kalau pasangan ini ada sedikit salah faham. Rita akan masakkan asam pedas, dan suami pula akan ‘cair’ tanpa perlu banyak kata.
Rita percaya, rumah tangga perlukan strategi — bukan tipu daya, tapi seni memahami pasangan. Daripada memanjangkan pertelingkahan, dia pilih untuk luahkan maaf dan sayang melalui lauk kegemaran suami.
“kalau kata saya bergaduh, tipulah kalau kata suami isteri tak ada bergaduh kan. saya terus masak asam pedas. Setiap kali saya masak tu, suami akan jeling-jeling dan kata ‘dah tahu dah’. Terus baik dan jadi sweet moment sebab kami akan gelak-gelak je lepas tu.”
Satu periuk asam pedas boleh jadi jambatan hati yang renggang. Dan itulah rahsia kecil dalam hubungan mereka yang Rita simpan kemas dan diamalkan penuh konsisten. Bila hati suami dah ‘kena pancing’, hubungan pun jadi tenang kembali.
Siapa kata cinta tak boleh dimasak? Rita buktikan, dengan sedikit usaha dan niat yang ikhlas, air tangan isteri mampu menyatukan hati seisi rumah. Dalam dunia yang serba laju dan serabut, kadang-kadang yang paling menyentuh hati adalah perkara paling sederhana — seperti semangkuk asam pedas hasil tangan isteri tercinta.
Terbaik Datin Rita Sosilawati, walau sibuk dengan bisnes, tetap masak untuk suami. ❤️
Tempoh sembilan bulan yang panjang adalah waktu terbaik untuk bakal ibu memanjakan diri. Namun amalan rutin ini patut anda lakukan menurut pandangan Islam dan mengamalkan perkara-perkara yang baik juga amat digalakkan. Lebih baik buat anak di dalam kandungan.
Apa pula amalan ibu hamil yang baik sepanjang sembilan bulan itu? Ini antara amalan bacaan surah semasa ibu mengandung seperti yang disarankan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.
1. Baca surah Al Fatihah ( untuk terang hati dan kuat ingatan)
2. Surah Maryam (untuk memudahkan ibu bersalin dan anak yang sabar dan taat.)
3. Surah Luqman (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
4. Surah Yusuf ( untuk memperolek anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
5. Surah Hujurat (untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati)
6. Surah Yaasin (untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
7. Surah At-Taubah (untuk membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat)
8. Surah an-Nahl (untuk melahirkan anak yang berdisplin)
Bukan hanya bakal ibu bahkan bakal bapa, iaitu suami dan isteri digalakkan untuk melakukan pelbagai perkara yang baik sepanjang tempoh itu.
Ini antara yang disarankan.
1. Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
2. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
3. Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis)
4. Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
5. Banyakkan berzikir
6. Banyakkan membaca Al-Quran
7. Banyakkan baca buku ilmiah sepert Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain
8. Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
9. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran.
10. Tidak terlalu tertekan atau stres.
11. Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
12. Makan makanan yang baik. Pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal.
13. Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
14. Sentiasa mengukirkan senyuman
15. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.
Perlu elak
Antara perkara-perkara yang perlu dielakkan oleh suami dan isteri ketika isteri mengandung pula:-
1. Elakkan mengidam makanan yang tidak baik
2. Elakkan makan dam minum makanan yang haram dan dari sumber yang haram
3. Elakkan makanan yang berbisa seperti ikan pari, ikan sembilang, nanas, tapai dan lain-lain
4. Suami harus elakkan daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsingkan isteri.
5. Elakkan penampilan yang tidak menarik di depan suami.
6. Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah s.w.t.
Usia perkahwinan pelakon berbakat besar Beto Kusyairy dan isteri tercinta sudah masuk ke tahun yang ke-14. Biarpun begitu, hubungan mereka masih seperti pengantin baru kerana sentiasa berdua bila ke mana-mana.
Biarpun mereka belum dikurniakan cahaya mata, ia tidak menjadi penghalang kepada Beto untuk terus mencipta kenangan indah bersama isterinya. Mungkin ada sesetengah lelaki memilih untuk berkahwin lain demi zuriat tetapi pendirian Beto tidak seperti itu.
Perkahwinannya dengan Tisha Shahar selama 14 tahun cukup membuatkan dirinya bahagia dan tiada zuriat bukanlah hal luar biasa bagi pelakon hebat ini.
Menurut perkongsian di akaun TikToknya, Beto ada ditanya tentang soal berkahwin lain, tetapi jawapan pelakon ini cukup mudah. Dia hanya mahu terus mencipta bahagia dengan isteri yang dicintainya.
Mungkin pada orang lain anak menjadi pengikat kasih sayang paling penting tetapi Beto memberitahu mengenali isterinya selama 24 tahun, dirinya merasakan Tisha adalah ‘the one and only’ dalam hatinya.
Dalam tempoh itu, sudah cukup membuktikan Beto mahu terus bahagia dan menua bersama isteri tercinta. Bukan mudah mencari lelaki setia sekarang dan ramai peminat mendoakan keutuhan kasih sayang mereka berdua sehingga bila-bila. Tidak kurang juga banyak mendoakan agar mereka berdua dikurniakan cahaya mata.
Mempunyai suami yang menyayangi dan menghargai sudah cukup untuk membuatkan seorang wanita merasa bahagia. Melihat kasih sayang antara Beto dan Tisha menjadi inspirasi kepada pasangan muda untuk terus saling membahagiakan dan menerima kelebihan serta kekurangan pasangan seadanya.