Selepas melahirkan anak pertamanya pada 15 Disember lalu, pelakon cantik, Intan Najuwa meluahkan hasratnya untuk memiliki bayi lelaki pula.
Intan berkongsi hasrat itu menerusi sesi siaran langsung di platform TikTok, baru-baru ini.
Aktres berusia 27 tahun itu berkata, dia tidak serik untuk melalui sekali lagi proses bersalin meskipun pada awalnya pernah berjanji tidak mahu melaluinya lagi.
“Sebenarnya saya pernah cakap yang saya tak mahu beranak lagi, tetapi sekarang saya sudah okay jadi rasanya boleh lagi (hamil).
Ads
“Saya nak lagi seorang, kalau boleh nak anak lelaki,” katanya.
Tambah Intan lagi, selepas pulih bersalin dia kini sudah mula menyimpan hasrat untuk memiliki anak lelaki pula.
Ads
“Semasa keluar dari bilik pembedahan dulu saya dah berjanji dengan diri sendiri, tak nak beranak lagi dan berkata kepada suami, ‘sayang, saya tak nak lalui dah, sakit kena spinal lima kali.’
“Lepas dah hilang sakit, nak baby boy lah lagi satu..last.
Ads
“Itulah perempuan tak serik-serik, sebab dah lupa sakit macam mana,” katanya lagi.
Terdahulu, pelakon cantik ini melahirkan cahaya mata sulungnya yang merupakan seorang bayi perempuan yang diberi nama, Imane Lunara.
Sekadar info, Intan Najuwa mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selusuh tidak digalakkan kepada ibu yang hendak bersalin, kenapa pula? Mestilah bersebab. Doktor ini terangkan 2 sebabnya. Tapi air selusuh bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa, sepatutnya tiada masalah untuk diamalkan.
Selusuh menjadi salah satu persediaan bersalin bagi ibu-ibu, Tetapi, tahukah anda yang ada selusuh yang tidak digalakkan untuk diambil kerana boleh menyebabkan pelbagai masalah dan kesakitan ekstra kepada ibu? Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan mengulas lanjut mengenai selusuh.
SELUSUH MEMUDAHKAN BERSALIN – YES OR NO ?
Biasanya orang Melayu kita lebih arif berkenaan dengan air tersebut. Air biasa direndam dengan akar fatimah ataupun air biasa dibaca dengan mantera jampi serapah atau dicampur sikit dengan herba-herba yang memulakan kontraksi rahim.
Air selusuh ni dipercayai digunakan untuk mempercepatkan proses bersalin dan digunakan sejak dahulukala lagi. Biasanya akan diminum selepas tanda-tanda awal bersalin itu berlaku, keluar darah awal bersalin pecah air mentuban pecah atau sakit kontraksi sudah bermula. Bukan sahaja boleh diminum, ada yang boleh disapu pada perut, bersertakan bacaan-bacaan tertentu.
Jika hanya air kosong dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa, sepatutnya tiada masalah untuk diamalkan.
Air rendaman akar fatimah, minyak selusuh bidan kampung, air jampi, air asam jawa yang dibacakan jampi, rendaman akar kayu dan herba – sekadar menamakan sedikit jenis-jenis selusuh amalan orang melayu. Mungkin ada banyak lagi selusuh yang tidak saya ketahui.
MUNGKIN MENGANDUNGI BAHAN AKTIF
Selusuh jenis ini tidak diketahui cara penghasilan dan bahan aktif di dalamnya – ada kajian membuktikan bahan yang digunakan mempunyai aktiviti seperti hormon oksitosin yang menyebabkan kontraksi pada rahim. Dos bahan ini tidak diketahui dan tak boleh dipantau secara klinikal.
Hormon oksitosin yang digunakan dalam dalam perubatan obstetrik moden diketahui dos nya dan diubah mengikut keperluan pesakit.
TIDAK GALAKKAN PENGGUNAAN AIR SELUSUH
Melihat kepada pengalaman saya yang sekelumit cuma ini, yang sentiasa berhadapan dengan ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa ni, secara peribadinya, saya tidak menggalakkan penggunaan air selusuh. Ada banyak sebab mengapa saya tidak mengalakkan penggunaanya dan jika ada ahli debat yang sanggup berdebat, saya persilakan.
Pertama :Ibu digalakkan berpuasa sepanjang tempoh bersalin – yakni ibu-ibu yang sudah memasuki fasa aktif bersalin yang berada di dewan bersalin untuk menyediakan ibu jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan pembedahan ceaserean , ibu itu sudah berpuasa dan boleh segera dilakukan pembedahan ke atasnya. Jadi jika air selusuh diberikan kepada ibu-ibu nak bersalin ini secara tak langsung akan memberikan risiko kepada mereka
Kedua :Air selusuh ini seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka sedangkan belum tiba waktunya untuk bersalin. Hal yang demikian akan menyebabkan ibu-ibu mengalami kesakitan yang amat sangat. Di mana, melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang mengamalkan air selusuh ini meracau dan tidak keruan akibat kesakitan yang melampaui biasa. Tambah menyedihkan, ada di antara mereka terpaksa kami tolak ke dewan bedah untuk pembedahan caeserean kerana pintu rahim langsung tidak terbuka sedangkan ibu tersebut dalam kesakitan yang amat sangat. kontraksi yang kerap ketika bersalin akibat air selusuh ini kadangkala menyebabkan peredaran darah pada bayi terganggu dan boleh mengakibatkan bayi lemas secara tidak semena-mena.
LEBIH BAIK YANG DIBUAT SENDIRI
Pandangan peribadi saya kepada pasangan yang baru berkahwin, terutamanya yang duduk di bandar-bandar besar, kalau boleh, janganlah mengharap kepada air selusuh ini. Lazimnya air selusuh ini bukan buatan sendiri, kadang kadang kita meminta orang lain yang buatkan, jadi kita tidak tahu apa yang terkandung dalam air tersebut. Memang diakui, syaitan itu ada, bahkan di setiap pembuluh darah kita, syaitan itu akan melaluinya. Jika inginkan kesenangan dan kemudahan dalam bersalin, lakukanlah solat taubat, mohon keampunan kepada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan, solat hajat. Minta ampun pada suami, kedua ibu bapa, dan para suami, ampunkan dosa dosa isteri. Insyallah, Allah itu akan ada untuk kita.
Setiap kali, melihat pesakit yang mengamalkan air selusuh ini , sangat ‘terasa’ kesakitan para wanita itu, tapi apa kan daya. Kadang kala, kejahilan di atas ilmu yang ada membuatkan kita lupa, alpa dan lalai. Oleh itu, Allah sediakan masa 40 minggu bersamaan dengan 9 bulan untuk bersedia menghadapi semua itu.
AMALKAN DOA NABI YUNUS
Dan, yang terakhir pesanan saya, amalkanlah doa ini setiap masa – Laillahha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin (Tiada Tuhan melainkan Engkau, Masa Suci Engkau, sesungguhnya aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri). Ini adalah doa Nabi Yunus ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, di mana pada ketika itu baginda berpaling dari kaumnya yang enggan mengaku Allah itu sebagai Tuhan. Amalkan setiap kali musibah dan masalah melanda, insyallah akan melimpah Rahmat dari Yang Maha Berkuasa.
Saya bukan ustaz mahupun alim ulama, hanyalah manusia biasa yang menilai alam sekeliling, yang kadang-kadang terlupa, terlalai, penulisan kali ini, untuk diri saya sendiri dan pembaca yang disayangi.
“Alhamdulillah, Allah permudahkan dan makbulkan doa saya nak bersalin dengan mudah. Tak sangka pula cepat sangat. Hanya 15 minit dah selamat keluar.” Ini pengalaman yang dilalui seorang ibu, Puan Haniey Muhd ketika melahirkan bayi perempuan 17 April lalu.
Menerusi perkongsian Puan Haniey, sepanjang mengandung memang setiap kali berdoa akan minta Allah permudahkan kelahiran bayi. Tapi tak sangka pula lahirkan bayi di rumah tanpa sempat ke hospital.
Pecah ketuban, terus nak teran
Setiap hari doa pada Allah minta suami boleh teman bersalin dan bayi keluar pun dengan mudah. Memang dari tahun lepas lagi dah bersedia jika suami tak dapat masuk labour room memandangkan musim Covid. Cumanya tetap nak selitkan juga doa itu.
Kebetulan pula masa mengandung kali ini ada GDM DC. Jadi lagilah rasa risau sebab mungkin akan di induce untuk bersalin. Bila fikirkan rasa seram tapi yakin percaturan Allah lebih dari segalanya.
Ketika usia kandungan 39 minggu 3 hari, lebih kurang jam 2.23 petang, tiba-tiba air ketuban pecah. Masa tu fikir akan lahirkan anak bila-bila masa sahaja. Ketika nak bersiap ke hospital dan nak tukar kain yang basah, kontraksi makin kuat.
Akhirnya terus baring dan suami terpaksa jadi bidan untuk sambut kelahiran anak. Dua kali teran, alhamdulillah bayi keluar dengan selamat. Selepas tu barulah ambulans sampai dan dibawa ke hospital.
Bila dah sampai hospital barulah proses mengeluarkan uri dan potong tali pusat bayi dilakukan oleh pihak doktor.
Satu-satunya anak perempuan lepas ada 5 lelaki
Bercerita lanjut mengenai kelahiran yang mudah ini, Haniey memberitahu selepas air ketuban pecah, dia dah tak boleh nak jalan dan terus rasa kontraksi. Dalam 3 kali perut rasa memulas terus rasa nak teran. Dua kali teran, baby keluar disambut suami.
Kiranya Allah makbulkan doa saya untuk suami teman masa bersalin. Bukan itu je, Allah berikan pula ‘bonus’ pada suami sambut sendiri anak perempuannya.
Kelahiran bayi seberat 3.07 kilogram ini adalah nikmat yang cukup berharga kerana satu-satunya anak perempuan selepas mempunyai 5 anak lelaki. Kehadirannya menambah kegembiraan keluarga dan disayangi oleh semua abang-abang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
USAHWAN dan personaliti media sosial terkenal, Chryseis Tan, berkongsi berita paling bermakna buat keluarganya apabila beliau selamat melahirkan cahaya mata ketiga, seorang bayi lelaki comel yang kini melengkapkan kehidupannya bersama suami tercinta, Faliq Nasimuddin. Momen Chryseis Tan melahirkan anak ketiga ini benar-benar mencuri perhatian peminat dan masyarakat kerana ia membawa kebahagiaan baru buat keluarga terkenal tersebut.
Khabar gembira itu diumumkan sendiri Chryseis menerusi satu hantaran ringkas tetapi penuh kasih di Instagram, memaparkan detik awal si kecil menatap dunia. Dalam kapsyen yang menyentuh hati, beliau menulis:
“Arianna, Arman dan kini bayi ketiga kami yang berharga sudah tiba! Sentiasa bersyukur.”
Ucapan penuh syukur ini nyata mencerminkan perasaan seorang ibu yang menyambut anugerah baru dalam keluarga. Dua anak mereka, Arianna dan Arman, kini bergelar abang dan kakak kepada adik lelaki yang baharu lahir. Perjalanan dan momen Chryseis Tan melahirkan bayi ketiga ini memberi rasa hangat kepada peminat yang mengikuti kehidupan keluarga elegan ini sejak dahulu lagi.
Kehadiran bayi ketiga ini bukan sahaja menceriakan keluarga kecil tersebut, malah menjadi pelengkap legasi dua empayar perniagaan ternama di Malaysia. Chryseis ialah anak kepada tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan, manakala suaminya Faliq pula merupakan anak kepada pengasas Kumpulan Naza, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin.
Walaupun dikenali sebagai keluarga korporat berprofil tinggi, pasangan ini tetap tampil sederhana dan penuh kelembutan dalam berkongsi momen berharga mereka sebagai ibu bapa muda. Kini dengan berita gembira bahawa Chryseis Tan melahirkan anak lelaki, ramai turut merasakan kegembiraan itu seolah-olah terpancar melalui setiap perkongsian mereka di media sosial.
Ramai peminat juga memuji keakraban keluarga besar mereka yang sering menyokong satu sama lain dalam setiap fasa kehidupan, termasuklah detik kelahiran terbaru ini. Momen yang dikongsi Chryseis sekali lagi membuktikan bahawa kebahagiaan sebenar tidak hanya terletak pada kemewahan tetapi pada kehadiran keluarga yang utuh.
Sebelum ini, pasangan sama cantik sama padan itu mengumumkan kehamilan mereka melalui satu majlis gender reveal bertema little bunny sekitar September lalu. Majlis serba pastel itu turut diserikan dengan kehadiran Tan Sri Vincent Tan yang sama-sama menyaksikan detik bahagia tersebut.
Kini, setelah beberapa bulan menanti, kehadiran si kecil akhirnya menjadikan perjalanan kehamilan itu satu memori manis buat seluruh keluarga. Setiap perkongsian Chryseis sepanjang kehamilan sentiasa mendapat perhatian, apatah lagi apabila pengikut media sosialnya sudah menantikan momen besar ketika Chryseis Tan melahirkan bayi ketiga mereka.
Setakat ini, pasangan tersebut belum berkongsi nama penuh putera kecil mereka. Namun ruang komen Instagram dibanjiri ucapan tahniah, doa dan kegembiraan daripada para pengikut, rakan artis, usahawan dan masyarakat yang mengikuti perkembangan mereka.
Ramai mendoakan agar ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat serta diberkati seiring langkah pertama si kecil memulakan hidup di dunia. Ramai yang turut memberi sokongan moral dan mendoakan agar perjalanan selepas kelahiran ini berjalan lancar, lebih-lebih lagi selepas berita Chryseis Tan melahirkan bayi lelaki menjadi tumpuan ramai.
Daripada seluruh warga mama dan papa, Pa&Ma mendoakan semoga kehadiran cahaya mata lelaki ini membawa rezeki, kebahagiaan dan keberkatan berpanjangan buat keluarga anda. Sesungguhnya, setiap kelahiran adalah tanda cinta Allah yang tidak ternilai. Moga si kecil ini membesar dengan sihat dalam kasih sayang keluarga yang penuh kelembutan dan kebaikan.
BACA LAGI : Fairy Garden Vibes: Rakam Momen Kehamilan Anak Ketiga, Anak Jutawan Chryseis Tan Raih Tumpuan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran cahaya mata adalah detik paling membahagiakan buat seorang wanita. Namun di sebalik kegembiraan itu, ibu tetap berdepan dengan risiko kesihatan serius sekiranya tidak diberikan pemantauan yang rapi.