Kelahiran yang dinanti-nantikan, El Isaac Yamani menjadi nama pilihan buat cahaya mata keempat Lagenda pop negara, Datuk Jamal Abdillah dan isteri, Datin Zai Izzati. Bayi lelaki mereka itu selamat dilahirikan di salah sebuah hospital swasta di Ipoh, semalam.

Apa yang lebih menarik, tarikh kelahiran El Isaac Yamani cukup istimewa sempena 11.11.2020 iaitu semalam. Bayi lelaki mereka yang dilahirkan sempurna dan sihat itu juga sudah mempunyai nama timangan iaitu Zack seperti yang pernah dimaklumkan oleh Jamal  sempena karakter lakonannya dalam filem Azura yang terkenal sekitar tahun 1980-an

Kelahiran Yang Dinanti, El Isaac Yamani Selamat Dilahirkan. Datuk Jamal Abdillah Pilih Tarikh 11.11.2020!

Baca: Selepas Azura, Jamal Abdullah Bakal Timang Anak Lelaki, Nak Namakan ‘Zek’ Sempena Watak Dalam Lakonan

Berkongsi berita gembira tersebut, menurut Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 61, berkata tiada apa yang mampu dizahirkannya selain mengucapkan rasa syukur pada Allah kerana diberikan rezeki cahaya mata.

“Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Menerima anak pada usia sebegini adalah rahmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Saya dan isteri menerima kelahiran ini dengan penuh rasa syukur,” kata Jamal kepada Astro AWANI.

Kelahiran Yang Dinanti, El Isaac Yamani Selamat Dilahirkan. Datuk Jamal Abdillah Pilih Tarikh 11.11.2020!

Pilih tarikh 11.11 kerana Unik & Istimewa

IKLAN

Jamal berkata, isterinya sepatutnya dijangka melahirkan anak mereka pada 17 November namun mereka sepakat melakukan pembedahan kelahiran pada hari ini kerana tarikhnya yang unik dan istimewa.

“Kami ambil tarikh 11.11.2020 kerana mudah untuk ingat tarikh lahir Zack nanti,” cerita Jamal lagi.

Selain Zack, anak ketiga Jamal iaitu Nur Azura Yamani juga dilahirkan pada hari yang mudah diingati iaitu pada 10.10.2019.

Kelahiran Yang Dinanti, El Isaac Yamani Selamat Dilahirkan. Datuk Jamal Abdillah Pilih Tarikh 11.11.2020!

IKLAN

Jamal dan Zai Izzati, 25, melangsungkan pernikahan pada 1 April 2017.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu sebelum ini memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13 menerusi perkahwinan sebelum ini manakala Azura merupakan anak perempuan tunggalnya.

 

IKLAN

Tahniah diucapkan kepada Datuk Jamal dan Datin Zai Izzati. Semoga dengan kehadiran Zack ini akan melengkapkan lagi kebahagiaan mereka sekeluarga!

Sumber: Astro Awani & Yamani Abdillah

Baca: Alahai Comelnya Nur Azura Yamani, Kalau Agah Terus Senyum Bikin Hati Cair Melihatnya. Penyeri Hati Datuk Jamal Abdillah & Isteri

Baca: Zayne Paling Happy Dapat Adik! Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua, Mat Dan Timang Baby Boy

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Jangan lupa untuk saksikan power talk istimewa #Nifightagainstcancer yang akan berbincang tentang topik kanser pada 18 November 2020 ini!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI