Seperti kebiasaan Ramadan, World #QuranHour yang memasuki sedekad penganjuran tahun ini bakal diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada 25 Mac ini.
Menakala Surah Al-Saff pula dipilih sebagai surah utama dengan membawakan tema #SavingTheUmmah.
Surah ini menyeru agar umat Islam untuk bersatu dan mencontohi semangat Hawariyun, iaitu para pembantu agama ALLAH, dalam menyebarkan nilai-nilai al-Quran ke seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, pemilihan Surah al-Saff, antara lain kerana mengandungi seruan supaya umat Islam bersatu dan mencontohi semangat Hawariyyun, iaitu para pembantu agama Allah dalam menyebarkan nilai-nilai al-Quran ke seluruh dunia.
Ads
Beliau berkata, program kali ini mengangkat tema “#SavingTheUmmah” dan pihaknya amat mengharapkan komitmen berterusan media tempatan untuk terus berkongsi sinergi menguar-uarkan kempen World#QuranHour agar gelombang baca, faham dan amal al-Quran berkembang kepada lebih banyak negara.
Ads
“Tahun ini, dengan kekuatan sinergi media, kami berharap World #QuranHour dapat diperluaskan ke lebih banyak negara serta menarik lebih ramai penyertaan.
“Penyatuan dan sinergi media selama sedekad telah mencetuskan impak perkembangan gelombang al-Quran dari Malaysia ke seluruh dunia apabila kempen #QuranHour merangkumi World #QuranHour, Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranCovention kini mencecah 7.89 bilion capaian di media sosial sejak dimulakan pada 2015,” ujarnya berkongsi.
World #QuranHour dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama daripada rakan sinergi termasuk Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Karya Bestari, Rasuah Buster, Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.
Program yang bakal berlangsung ini dijadualkan bermula pada jam 12 hingga 1 tengah hari malah turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Sinar Harian dan QuranHour.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Benarlah kata orang, apa yang kita ada hari ni sebenarnya rezeki anak-anak. Bukan saja senang dari segi kewangan tetapi kesihatan yang baik juga dianggap rezeki. Hargailah kehadiran cahaya mata yang dikurniakan kepada kita kerana setiap mereka membawa rezeki tersendiri.
Instafamous yang juga merupakan ahli perniagaan, Asyalliee berkongsi gambar dia dan keluarga ketika bercuti di Cameron Highlands. Asyalliee dan suaminya membawa anak-anak mereka bersiar-siar menaiki motorsikal.
Melalui gambar-gambar yang dikongsikan di laman instagram ibu cantik ini, jelas kelihatan kebahagiaan mereka sekeluarga. Paling menyentuh perasaan follower yang melihat koleksi gambar tersebut adalah kapsyen yang ditulis Asyalliee;
“Kita tumpang rezeki anak-anak. Rezeki yang kita ada sekarang adalah rezeki dari mereka, merekalah pembawa rezeki kepada kita.
That’s why I nak anak-anak I always happy, and I nak sentiasa ada masa dengan mereka. Sebab I tahu masa ni takkan lama, masa berjalan dengan pantas. Jadi I nak cipta moment yang indah dan happy dengan mereka.
Terima kasih anak-anak sebab bagi mommy daddy tumpang rezeki hampa.”
Katanya, anak-anaklah pembawa rezeki. Oleh itu, dia mahu mereka semua sentiasa gembira. Asyalliee juga mengatakan yang dia ingin selalu ada masa untuk anak-anak untuk mencipta memori terindah.
Di pengakhiran tulisannya itu, Asyalliee turut melahirkan rasa terima kasih kepada tiga orang anak mereka yang membawa rezeki dalam kehidupan mereka.
Setiap kali kita membahagiakan anak-anak, percayalah Allah SWT akan memberikan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Rezeki yang ada, usahlah lokek untuk dikongsikan dengan anak kerana sebenarnya kitalah yang ‘menumpang’ mereka.
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Sebab terlalu takut… anak belajar menipu. Betul ke parenting style yang garang boleh jadikan anak lebih memberontak dan menipu sebab mak ayah garang?
Kalau ikut logik, mak ayah yang tegas dan garang ni biasanya fikir mereka tengah “mendidik”. Tapi realitinya, bila anak diasak dengan bebelan, marah, jeritan setiap hari, dia bukan makin insaf… dia makin pandai sorok. Benda ni bukan main-main, sebab kesan dia boleh sampai ke tahap anak jadi takut nak buka mulut, dan akhirnya pandai menipu semata-mata nak elak kena marah.
So mak ayah, cuba refleks sikit. Kalau anak dah mula diam je, atau makin menjauh… mungkin dah sampai masa untuk kita slow down. Ubah nada. Buka ruang.
Sebab anak yang takut mak ayah, mungkin dengar cakap… tapi anak yang percaya dan rasa selamat dengan mak ayah, dia bukan je dengar – dia hormat, dia terbuka, dan dia jujur.
Tak salah nak disiplinkan anak. Tapi jangan sampai hilang hubungan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila sudah punya anak, rumah tangga kita seolah-olah bertukar menjadi begitu keibubapaan. Walhal asas utamanya adalah membina rumah tangga bahagia penuh dengan rasa.
Selain memfokuskan misi utama pada anak-anak, jangan diabaikan pasangan kita. Berilah lebih masa bersama. Perkongsian Pn Sharifah Zahidah ini perlu diselami. Benar-benar belaka. Sebolehnya berikan ruang pada pasangan kita.
Kebahagiaan dalam rumahtangga adalah sumber kepada kekuatan hati kita dalam berhadapan dengan apa jua cabaran di luar sana.
Kalau rumahtangga itu sendiri goyah dan bermasalah, sehingga hilang sakinah, mawaddah dan rahmahnya – maka sekecil-kecil perkara pun akan menjadi beban yang besar buat kita.
Anak tumpahkan air kosong pun, boleh buat kita bertukar jadi singa. Anak kecil lambat mandi pun, kita marah seolah-olah dia buat dosa berjudi.
Anak sulung tanya soalan matematik yang dia tak faham, kita jawab soalan dia macam nak membaham.
Pasangan tutup pintu bilik ada bunyi, kita mengamuk macam dia bawa balik skandal seorang lagi. Semuanya jadi serba tak kena.
Lama kelamaan, sedikit demi sedikit, diri kita menjadi sakit. Rumahtangga sepatutnya berperanan sebagai medan yang menyembuhkan luka dan lelah kita dalam berhadapan dengan kehidupan. Supaya dengan rumahtangga yang dibina, hati dan emosi kita kekal kuat dan terjaga. Apapun cabaran hidup yang mendatang, kita kuat dan hadapi dengan tenang.
Sungguh malang sekali jika medan yang sepatutnya bersifat merawat itu sendiri yang menjadi medan kepada tenaga-tenaga jahat menular dan menyakiti diri kita yang akhirnya, menjadikan kita serba serbi tidak kena.
Kerana pentingnya rumahtangga menjadi medan kita merawat luka, setiap pasangan perlu BERUSAHA membina rumahtangga yang bahagia.
Bagaimana? Dengan sentiasa berusaha mengenali lenggok KEBAHAGIAAN pasangan kita. Semua ini, bermula dengan BERTANYA. Sekadar bertanya. Tetapi, LAZIMKAN ianya menjadi bualan berkala antara kita dan pasangan;
“Apa yang membuatkan awak bahagia? Apa yang membuatkan awak terluka? Boleh awak bantu saya fahami keperluan jiwa awak?”
Perlu lakukan secara berkala. Kerana, bulan ni mungkin jawapan dia A. Bulan depan, jawapan dia B. Jadi perlu selalu tahu dan berbual tentang ini.
Pasangan suami isteri perlu cipta atmosfera paling selamat untuk masing-masing mempamerkan sisi paling VULNERABLE dalam dirinya.
Vulnerability adalah antara perkara penting untuk kita ‘masuk’ dalam diri satu sama lain dan berusaha bersama seikhlas mungkin dalam membina rumahtangga bahagia. (Nanti kita sembang lanjut tentang vulnerability ini jika ada rezeki InshaALLAH).
Tetapi, jika rumahtangga yang sudah bergolak pun tetap pasangan rasa, “Eh I rasa kita okey je, perfectly married and flowing good..” Maka, rumahtangga kita dalam mode red flag sebenarnya.
Kita ini, selagi boleh usahakan membina rumahtangga bahagia, binalah. Rumahtangga bahagia bukan ilusi, bukan fantasi TV3. Ianya boleh diwujudkan jika kita berusaha ke arah itu. Rumahtangga bahagia memang ada. Yang tak ada, adalah rumahtangga sempurna.
Walaubagaimanapun. Rumahtangga ini, jika sudah terlalu kelat sehingga tidak mampu ke arah bahagia, SEKURANG-KURANGNYA selamatkan rumahtangga jangan sampai ia jadi PUNCA DERITA. At least, rumahtangga itu ‘neutral’. Ia masih boleh diselamatkan.
Adapun rumahtangga yang sudahlah tidak bahagia, menjadi pula sumber derita. Hendak dibaiki tidak jumpa punca; maka berdoalah kepada ALLAH agar ditunjuki jalan keluar yang Dia redha.
Jangan sampai rumahtangga jadi punca semuanya serba tak kena. Di rumah tak bahagia. Depan anak-anak jadi singa. Di tempat kerja jadi tak berguna. Balik kampung cuma menyendiri setiap masa. Setiap pagi dan malam bertemankan air mata. Isu kecil pun dah jadi macam masalah dunia.
Maka, tak perlulah menyeksa diri dalam situasi ini. Carilah bahagia sendiri, samada dalam keadaan berpasangan, mahupun berseorangan. Yang penting, kunci itu terletak pada kemahuan hati kita. Jangan salahkan sesiapa. Yang paling penting, jangan memangsakan anak-anak kita dengan isu kita laki bini. Ini paling ‘jangan.’ Hargailah ikatan rumahtangga kita.
Binalah bahagia BERSAMA. Jangan sekadar berumahtangga untuk menjadi ibu dan bapa. Tetapi wujudkanlah ‘pasangan bercinta’ dalam rumahtangga kita. Kita watak utama dalam rumahtangga kita. Mainkanlah peranan sebaiknya.
Allahualam.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.