Selepas selamat melahirkan bayi kelimanya pada pertengahan May lalu, baik Sari Yanti mahupun Jep Sepahtu dilihat masing-masing tidak mendedahkan nama dan wajah anak mereka.
Pastinya pasangan ini menunggu masa yang benar-benar sesuai iaitu selepas tempoh berpantang.
Semalam menerusi Instagram, kedua-duanya tampil berkongsi nama dan wajah kesayangan mereka. Simple nama anak Jep dan Sari Yanti.
“Introducing my no 5”
“Assalammualaikum semua. Nama saya Abu Bakr bin Mohd Nadzri,” tulis Sari ringkas di Instagramnya.
Paling menarik pastinya perkongsian gambar si comel Abu Bakr yang sudah semakin bambam. Comel sekali!
Tidak hanya Sari, bahkan di Instagram, Jep turut berkongsi kapsyen yang sama dengan turut berkongsi wajah Abu Bakr yang comel.
“Abu Bakr bin Mohd Nadzri 😍 #anakabah,” tulis Jep ringkas.
Dua keping gambar yang dikongsikan pasangan ini pastinya dapat melegakan hati seluruh peminat yang sentiasa tertanya-tanya.
Comel sekali, persis wajah kedua ibu bapanya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat Jep dan Sari Yanti turut teruja pertama kali melihat wajah si comel Bakr. Malah turut memuji pilihan nama Sari dan Jep yang mengambil nama Khalifah Abu Bakr, yang merupakan khalifah pertama bagi orang Islam.
Terdahulu, Sari dan Jep mendirikan rumah tangga pada Februari 2017. Mereka kini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Dariya Inara, 3 Muhammad Khidir, 8 bulan dan Abu Bakr.
Hasil perkahwinan terdahulu, Sari turut mempunyai dua orang cahaya mata, Barr Al Aliy, 11 dan Baasit Al Haq, 10.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila berhari raya, duit rayalah paling menjadi keutamaan anak-anak kita. Bagaimana cara anda menguruskan duit raya anak-anak kali ini? Belikan mainan kesukaan anak atau memilih untuk menyimpan di dalam bank sebagai pelaburan di masa akan datang.
Pilihan paling tepat adalah bertanyakan pada anak itu sendiri, apa yang diinginkannya dan kemudian selebihnya mama perlulah menguruskannya dengan bijak. Mungkin menyimpannya di dalam akaun simpanan anak-anak atau memilih pelaburan jangka masa panjang yang lebih menguntungkan buat anak-anak. Apa pilihan anda?
Kami senaraikan beberapa pilihan berbaloi untuk anda simpan dan gandakan wang si comel anda.
1. ASB
Pilihan paling popular pastinya membuka akaun ASB atau Amanah Saham Bumiputera yang hanya dikhaskan untuk Bumiputera sahaja (Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak). Sejak tahun 2000, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah memperkenalkan skim amanah saham terbaru yang membolehkan pelaburan dibuat untuk bayi berusia 6 bulan ke atas, iaitu Akaun Remaja. Jadi sebaik anak mencapai usia 6 bulan bolehlah terus membuka akaun ini.
Tetapkan pilihan untuk buat potongan anak setiap bulan dan dividennya akan diperolehi setiap awal tahun. Jadikan ia sebagai simpanan terbaik buat anak-anak.
2. TABUNG HAJI
Selain ASB, Tabung Haji menjadi pilihan kedua popular bagi ibu bapa. Selain sebagai simpanan,ia juga dilihat sebagai simpanan untuk menunaikan Haji apabila besar kelak. Proses pembukaan akaun kanak-kanak Tabung Haji adalah mudah dan tidak memerlukan proses yang rumit.
Penjaga hanya perlu membawa sijil lahir dan MyKid kanak-kanak tersebut beserta sijil nikah ibu dan bapa. Kelebihan menyimpan di Tabung Haji adalah simpanan dijamin 100% oleh kerajaan. Malah simpanan juga dikecualikan daripada bayaran cukai.
Paling selamat kerana baik akaun dewasa atau akaun kanak-kanak, ia berlandaskan syariah Islam malah simpanan telah dibayar zakat sebanyak 2.5 peratus. Paling menarik, untuk menyimpan wang setiap bulan, ibu bapa tidak perlulah beratur panjang di kaunter sebaliknya boleh dibuat melalui Maybank2u sahaja. Mudah!
3. SSPN-i
PTPTN turut me¬numpukan perhatian terhadap amalan menabung bagi tujuan pendidikan tinggi, bukan untuk pinjaman dana semata-mata. Sebagai langkah bijak Akaun SSPN-i (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) boleh dibuka bermula usia anak 1 tahun.
Jadi bagi mengelakkan proses yang sukar untuk anak memohon dana bagi memasuki universiti kelak, anak-anak kecil perlu membuka akaun ini terlebih dahulu.
Apa yang ibu bapa perlu tahu adalah:
*SSPN-i Plus ialah simpanan minima secara bulanan dengan jumlah yuran pengajian sebagai sasaran. * Simpanan diuruskan oleh PTPTN untuk dilaburkan dan penyimpan atau pendeposit diberikan keuntungan / dividen bagi pelaburan tersebut. *Sekiranya berlaku kamalangan yang menyebabkan penyimpan tidak lagi mampu membayar secara bulanan, pampasan akan diberikan bagi membantu sasaran dicapai.
4. AKAUN SIMPANAN NURI (BANK RAKYAT)
Akaun simpanan Nuri daripada Bank Rakyat ini juga menarik perhatian anak-anak. Koleksi tabungnya yang unik dan cantik buat anak suka. Akaun ini terbuka kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke bawah. Menariknya hanya RM10 (paling minima) sahaja diperlukan untuk membuka akaun ini.
Keistimewaan membuka akaun simpanan Nuri ini selain berpeluang menjadi ahli kelab Nuri, turut juga menawarkan pelbagai hadiah menarik sebagai ransangan untuk kanak-kanak terus menabung dan menyimpan ke dalam akaun simpanan Nuri. Antara hadiah-hadiah menarik adalah pensil, buku, pensil warna, puzzle Upin & Ipin, tabung, beg dan macam-macam lagi. Bukan itu sahaja melalui Kelab Nuri, anak-anak berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti Kem Cuti Sekolah, Kembara Alam Laut, dan lawatan sambil belajar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila duduk rumah, tak dapat nak ke mana-mana, macam-macam idea datang secara spontan. Mencuba menu baru, nak hias rumah atau berkebun antara aktiviti yang dilakukan bagi mengisi masa lapang.
Bagi rumah yang ada banyak barang tetapi ruang agak terhad, kadang tu sakit mata lihat barang tak tersusun dengan elok. Nak beli almari agak mahal juga, lagi-lagi dalam keadaan sekarang ni.
Jadi apa kata, anda DIY sendiri rak menggunakan frame RM2.10 dan cantumkan menjadi sebuah rak yang cantik dan besar. Dengan bajet yang murah, kira berbaloilah untuk rumah nampak kemas.
Berikut perkongsian dari Puan Syamimi Lyana. Ini lah hasilnya! Encik suami DIY rak sendiri pakai frame ECO je. Jimat, kemas dan kukuh
Edit : Ramai tanya berapa modal. Saya share sini ye. Modal tak sampai RM50.
Bahan-bahan:
Frame 18 pcs
Skru
Paku
Kayu saiz 1×1 beli kat kedai kayu
Cara membuatnya:
1) Susun frame ikut saiz rak yang dikehendaki. Jika nak buat seperti dalam gambar, perlu 18 keping.
2) Selepas susun boleh mula cantumkan. Lapik kayu saiz 1×1 lepas tu paku antara frame dan kayu.
3) Dah siap dan boleh letak barang-barang. Nak letak di dapur boleh, bilik tidur pun boleh.
p/s: Jika anda nak buat saiz rak yang lebih kecil pun boleh. Ikut pada keadaan ruang rumah. Sekurangnya barang-barang boleh diletakkan secara lebih tersusun.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ingat kalau stres jangan dekati anak dulu! Tahukah anda sekiranya anda stres, anak anda juga akan terkena stres? Mungkin anda terkejut dengan kenyataan ini. Tetapi itulah hakikatnya.
Bayangkan anda bekerja seharian. Buat presentation. Dikutuk dan ditolak. Anda tertekan. Anda dapat rasakan takat stres anda meningkat.
Debaran di dada tinggi. Leher terasa sakit. Begitu juga bahu. Waktu pulang tiba. Anda pandu kereta. Fikiran melayang.
Ingatkan peristiwa pembentangan tadi. Tiba-tiba terdengar bunyi hon. Bunyi tayar dibrek mengejut.
Anda tersedar dari lamunan dan terus tekan brek. Darah berderau. Dada berdebar. Bibir jadi kering denga tiba-tiba.
Astaghfirullahal Adzim. Anda lurut dada. Hampir terlanggar kereta hadapan. Anda terus memandu. Sampai ke tempat asuhan anak anda.
Anda bergegas keluar ambil anak. Dia senyum lihat anda. Tetapi sekejap sahaja. Anak anda tiba tiba moody. Merengek.
Aku dah letih ni. Dia buat perangai pula. Mungkin ini bisikan di hati anda.
Anak akan stres bila ibu bapa stres!
Kenapa tiba-tiba anak anda berubah? Dia juga stres. Dia dapat rasai perubahan. Jawapannya ada pada kajian yang dilakukan di University of California San Francisco. Prof Wendy Mendes jemput 69 ibu dan anak. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.
Kesemua mereka dipakaikan sensor semak degupan jantung. Sampel air liur diambil untuk kesan hormon stres – kortisol.
Anak-anak mereka ditinggalkan dengan penjaga di bilik permainan. Anak-anak gembira bermain. Ibu ibu juga bahagia lihat anak gembira.
Untuk ibu pula mereka punya tugasan. Keduanya perlu sediakan ucapan 15 minit.
Grup A perlukan bentangkan seorang diri. Tiada penonton. Hanya dinding. Grup B perlu bentangkan pada 4 orang panel.
Sewaktu pembentangan mereka ditugaskan beri response negatif seperti geleng kepala, buat buat terkejut, beliakkan mata seolah tidak percaya dan bercakap sesama sendir.
Mudahnya tugas panel ialah streskan pembentang. Bayangkan sekiranya anda adalah pembentang itu.
Usai pembentangan kedua kumpulan disatukan kembali dengan anak masing masing.
Ibu dari Grup A dan anak mereka keduanya santai dan tiada tanda stres dari sensor serta sampel air liur. Grup B sebaliknya. Anak mereka asalnya tiada stres.
Tetapi selepas ditemukan, sensor debaran jantung tunjukkan seolah mereka juga stres seperti ibu mereka.
Air liur mereka juga tunjukkan kehadiran kortisol. Tanda mereka juga stres seperti ibu mereka.
Point dari kajian ini mudah. Sekiranya stres, turunkan kadar stres anda. Berhenti di mana mana dahulu. Buatlah teknik mindfulness atau ketara sedar. Ia mampu redakan tahap stres anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.