Keibubapaan

“Introducing My No 5” Sedap Nama Anak Jep Sepahtu & Sari Yanti, Simple Sungguh!

Share

Selepas selamat melahirkan bayi kelimanya pada pertengahan May lalu, baik Sari Yanti mahupun Jep Sepahtu dilihat masing-masing tidak mendedahkan nama dan wajah anak mereka.

Pastinya pasangan ini menunggu masa yang benar-benar sesuai iaitu selepas tempoh berpantang.

Semalam menerusi Instagram, kedua-duanya tampil berkongsi nama dan wajah kesayangan mereka. Simple nama anak Jep dan Sari Yanti.

“Introducing my no 5”

“Assalammualaikum semua. Nama saya Abu Bakr bin Mohd Nadzri,” tulis Sari ringkas di Instagramnya.

Paling menarik pastinya perkongsian gambar si comel Abu Bakr yang sudah semakin bambam. Comel sekali!

Tidak hanya Sari, bahkan di Instagram, Jep turut berkongsi kapsyen yang sama dengan turut berkongsi wajah Abu Bakr yang comel.

 

“Abu Bakr bin Mohd Nadzri 😍 #anakabah,” tulis Jep ringkas.

Dua keping gambar yang dikongsikan pasangan ini pastinya dapat melegakan hati seluruh peminat yang sentiasa tertanya-tanya.

Comel sekali, persis wajah kedua ibu bapanya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat Jep dan Sari Yanti turut teruja pertama kali melihat wajah si comel Bakr. Malah turut memuji pilihan nama Sari dan Jep yang mengambil nama Khalifah Abu Bakr, yang merupakan khalifah pertama bagi orang Islam.

“Terbaikk, ikut nama Khalifah Abu Bakr”

“Alhamdulilah..rare nama”

“Bambam, semangat… comel sangat”

Terdahulu, Sari dan Jep mendirikan rumah tangga pada Februari 2017. Mereka kini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Dariya Inara, 3 Muhammad Khidir, 8 bulan dan Abu Bakr.

Hasil perkahwinan terdahulu, Sari turut mempunyai dua orang cahaya mata, Barr Al Aliy, 11 dan Baasit Al Haq, 10.

IKLAN