Perkara normal dalam kehidupan berumah tangga untuk suami isteri saling menerima antara satu sama lain. Setiap hari ada sahaja perkara baharu yang akan kita belajar tentang pasangan kita. Harus matang dan sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan yang mungkin berlaku.
Semua itu pasti akan berubah sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa, terutama jika kita sudah tidak berdua lagi. Masa yang dahulunya diberi sepenuhuhnya buat suami atau isteri kini sudah harus dibahagikan dengan anak-anak pula.
Isteri sentiasa diminta untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan menyediakan segala kelengkapan suaminya, namun apa sebenarnya apa tugas suami selain menyediakan kemudahan buat si isteri? Sebenarnya tiada lain yang isteri minta, cuma mahukan telinga dan bahu untuk tumpang bersandar sahaja. Biar betul!
Ads
Ketika awal perkahwinan, mungkin isteri boleh habiskan masa untuk bereksperimen macam-macam. Yalah, masak itu ini. Rumah pun dikemas bertukar-tukar. Sekejap sofa sebelah kanan, nanti dialih pula sebelah televisyen. Ikut mood.
Waktu itu banyak masa sebab hidup masih berdua. Awal perkahwinan, suami pun senyum saja sebab bila pulang ke rumah sudah terhidang makanan enak-enak. Sarung kusyen pun sentiasa bertukar. Kadang-kadang ke pejabat pun boleh bawa bekal, sebab isteri rajin sangat masak!
Ads
Bila datang rezeki isteri hamil dan melahirkan anak mungkin kurang sedikit perhatian yang diberikan kepada suami. Kalau dahulu mungkin boleh ada tiga atau empat lauk, sekarang isteri hanya mampu masak dua jenis sahaja. Itu pun yang paling mudah. Mungkin juga dulu sempat isteri nak tanyakan hari di pejabat bagaimana sambil mengurut bahu si suami, kini sudah tak sempat. Pun begitu, suami jangan salah faham. Isteri sebenarnya tak cukup masa bukan sebab meminggirkan anda.
Ketika ini sudah mula berlaku, janganlah disalahkan isteri. Suamilah yang perlu berbuat sesuatu. Dah tiba masanya pinjamkan telinga dan bahu anda. Tanpa sedar, sebenarnya isteri ni letih sangat. Cuma tak sempat nak diluahkan.
SUAMI YANG PEKA DENGAN KEADAAN ISTERI DAH TENTU AKAN PERASAN ISTERINYA BERUBAH. WAKTU INI, KALAU ANDA ‘CUIT’ SIKIT EMOSINYA, MENANGIS. ANDA CUBALAH TANYAKAN PADANYA JIKA ADA APA-APA YANG BOLEH ANDA BANTU. ATAU ANDA PULA TAKE OVER, URUTKAN BADANNYA. SEBENARNYA WAKTU ITU, ANDA AKAN MENDENGAR SETIAP LUAHAN PERASAANNYA.
Jangan marah, sebaliknya pinjam bahu anda untuk isteri bersandar dan merasakan sedikit perhatian dari anda. Percayalah, esok dia pasti akan senyum sampai ke telinga. Kalau anda dah buat begitu, dan esoknya dia masak special sikit, maksudnya ada berjaya menjadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri.
ISTERI TAK PERLUKAN WANG RINGGIT YANG BANYAK (KALAU ADA, BONUS!) ATAU DIBELIKAN HADIAH-HADIAH MEWAH, CUKUPLAH SEKADAR ANDA TANYAKAN KEADAANNYA ATAU BANTU DIA SEDIKIT SEBANYAK DALAM MELAKUKAN KERJA RUMAH.
Isteri inginkan suami yang ‘celik’, ‘tidak pekak’ dan mampu menjadi orang yang menghapuskan air matanya. Sebenarnya, ucapan TERIMA KASIH sudah cukup untuk buat isteri merasa bahagia. Ambillah hati isteri dengan kata-kata manis yang membahagiakannya.Itu sahaja yang ister mahukan, PINJAMKAN TELINGA DAN BAHU SUAMI pada mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penantian rakyat Malaysia untuk tahu siapa Perdana Menteri ke-10 akhirnya terjawab apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, disahkan dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Setelah pengumuman secara rasmi oleh pihak Istana Negara, turut meluahkan rasa syukur adalah ahli keluarga Anwar Ibrahim iaitu isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak beliau.
Mereka menganggap semua ini adalah ketentuan ilahi setelah melalui pelbagai ujian dan halangan sejak 1998.
Terkini dalam hantaran di instagram Nurul Izzah, beliau mengharapkan papanya dapat menggalas tanggungjawab dengan baik selaras dengan prinsip perjuangan selama ini.
Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.
Ketika kalah kita diduga, Ketika menang juga kita diduga.
Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini – adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan – menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.
Cabaran tetap menanti – dan selepas upacara angkat sumpah – usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.
I love you, Papa. Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience.
Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.
Jadikan masa depan, masa kita bersama. Khayr, InshaaAllah.
Anak perempuan ni memang manja sungguh dengan ayahnya. Memang tak boleh nak ‘kongsi’ dengan sesiapa. Macam ayah tu, dia seorang yang punya. Hubungan antara ayah dan anak perempuan sememangnya teristimewa. Ayahlah yang menjadi hero dan cinta pertama buat anak perempuan.
Sepanjang nak membesar ni, macam-macam kerenah anak. Bila dikenangkan memang lucu dan menjadi memori terindah buat kita. Jangan sia-siakan masa kecil mereka, selagi boleh rakamlah kenangan bersama anak untuk dilihat semula di kemudian hari.
Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akuan TikTok @haziqhashim_, menunjukkan anak perempuannya yang sedang merajuk. Langsung tidak mahu menoleh biarpun dipanggil beberapa kali untuk minta maaf, anaknya hanya memandang ke luar tingkap.
“Sorrylah.. Ish.. Sorrylah, jangan merajuk. Daddy tengah bawa kereta tadi. Perempuan kalau merajuk memang suka pandang tingkap eh?”.
Apabila si ayah cuba untuk memegang tangannya, terus ditarik. Puas jugalah nak dipujuk, anaknya hanya berdiam saja sehinggalah selepas beberapa ketika barulah dia kembali okay.
“Ini je punca dia. Tak dapat tangan tadi..”
Rupa-rupanya yang menjadi punca anaknya itu merajuk kerana ayahnya tak beri pegang tangan. Melalui penjelasan si ayah, dia tak benarkan anaknya untuk memegang tangan kerana sedang memandu.
Berikut antara komen yang ditinggalkan warganet;
Bukan main manja ya awak dengan ayah, punyalah merajuk tak dapat pegang tangan. Semoga hubungan anak-beranak ini kekal baik dan sentiasa dilimpahi kasih sayang selama-lamanya. Dah besar nanti, mesti adik ni akan tersenyum sendiri melihat dirinya yang merajuk dengan ayah.
Hari pertama sekolah selalunya jadi momen penuh emosi untuk mak ayah. Ada yang sibuk urus uniform, ada yang tak keruan sebab anak tak nak lepas tangan, dan ada juga yang sediakan bekal istimewa sebagai tanda semangat untuk si kecil.
Itulah yang dilakukan oleh usahawan dan pempengaruh media sosial, Farah Wen, bila dia kongsi bekal istimewa anaknya untuk hari pertama sekolah. Menariknya, bekal tersebut bukan biasa-biasa , siap ada caviar!
Posting Farah itu terus mencuri perhatian netizen. Ramai yang terkejut dengan “kemewahan” lunch box anak-anaknya. Ada yang bergurau dalam ruangan komen:
“Lunch box siap caviar ye, harga satu bekas dah pengsan, kalau tiga…” 😭😭😭
Ada juga yang berseloroh membayangkan suasana di sekolah:
“Wei kau makan apa untuk rehat?” “Aku makan caviar.”
Inspirasi Untuk Mak Ayah Lain
Tak kisahlah sama ada bekal itu nasi goreng kampung, roti sapu kaya, atau caviar sekali pun, yang penting adalah usaha dan kasih sayang di sebaliknya.
Pa&Ma percaya setiap bekal adalah tanda cinta seorang ibu bapa walaupun nampak kecil, ia boleh jadi memori besar untuk anak sampai bila-bila.
Kisah Farah Wen ni mungkin nampak “glam” bagi sesetengah orang, tapi mesej utamanya jelas, setiap mak ayah ada cara tersendiri untuk buat anak rasa istimewa. Yang penting, anak-anak tahu mereka disayangi dan disokong sepenuhnya. ❤️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.