Sebagai seorang isteri, tidak banyak yang kita harapkan dari suami. Cukuplah disayangi dan dihargai, itu sudah membuatkan seorang isteri bahagia. Harta dan kekayaan adalah bonus jika kita merasainya dalam perkahwinan. Yang penting kesetiaan serta kebaikan suami kepada isteri.
Seperti yang diceritakan oleh wanita ini, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang bertanggung jawab. Dalam perkahwinannya, dia bahagia kerana diberi rezeki merasai hidup bersama seorang lelaki yang baik serta keluarga mertua yang cukup menyayanginya.
Tolong share kisah saya ni ya admin. Nama saya Zurin. Seorang isteri dan mempunyai seorang anak. Seorang anak lelaki yang sempurna di mata saya dan suami. Cukuplah tentang anak, saya nak bercerita tentang suami saya. Orangnya sangat baik dan bertimbang rasa. Selalu bantu saya dengan kerja rumah.
Suami saya namanya Rizman. Dia tua lima tahun dari saya. Kami saling mengenali kerana dia berkawan dengan abang saya. Dulu waktu dia mahu mengorat saya, dia dapatkan izin Bengah saya dulu. Alhamdulillah, bila Bengah kata okay baru dia ‘masuk jarum’.
Kahwin Cara Sederhana, Keluarga Restu
Kami berkawan tak lama, lebih kurang setahun. Kemudian bertunang lima bulan sebelum bernikah. Perkahwinan kami dibuat secara sederhana. Memandangkan keluarga saya sudah lama mengenali Rizman, maka tak susah mereka mengizinkan kami mendirikan rumah tangga.
Keluarga Rizman juga menerima saya dengan baik. Kedua-dua mertua melayan saya seperti anak mereka sendiri. Tidak kekok apabila saya menyertai keluarga Rizman. Adik-beradiknya pun semua baik-baik. Saya sayang keluarga baru saya ni.
Mengandung, Suami Jaga Baik-Baik
Selepas kami berkahwin lebih kurang setahun, rezeki saya dan Rizman akhirnya disahkan mengandung. Saya pun tak sangka hamil kerana saya haid saya jenis yang selalu lewat, tidak teratur. Sebelum tahu mengandung, saya dan Rizman siap menebas semak di sekitar rumah ibunya.
Ads
Waktu saya hamil, saya tidaklah mabuk teruk. Syukur, semuanya dipermudahkan. Cuma masuk trimester ketiga kehamilan, saya mendapat kencing manis. Jadi, terpaksa berdiet supaya bacaan gula tidak tinggi.
Rizman yang menjaga diet saya. Dia pantau dengan baik. Sejak kandungan saya 7 bulan, dia tak bagi saya buat kerja berat sangat. Katanya cukuplah saya masak untuk dia sahaja. Urusan rumah tangga yang lain, biar dia saya yang uruskan. Setiap malam, dia akan urut kaki dan belakang badan saya. Jujurnya saya bahagia.
Sampai waktu, saya melahirkan anak lelaki yang comel. Memandangkan saya ada GDM, jadi bayi saya besar sikit. Alhamdulillah, saya dapat melahirkan dengan normal walaupun awalnya agak sukar.
Memandangkan kami dapat anak lelaki, Rizman minta kebenaran saya untuk namakan dia Rizqy. Saya tak kisah, asalkan nama itu ada pengertian yang baik. Lagipun baby Rizqy pun anak dia juga. Memandangkan tiada apa-apa masalah, saya dan anak dibenarkan pulang pada keesokkan harinya.
Ads
Berpantang Dengan Kedua-Dua Ibu
Selepas 3 hari berpantang sendiri di rumah kami, akhirnya Rizman bawa saya pulang ke kampung. Rizman kata sekurang-kurangnya biar saya diurut dahulu. Dah segar sikit badan, baru balik ke kampung. Ya, saya setuju.
Mula-mula Rizman hantar saya berpantang di rumah ibu saya. Seronoklah dapat balik ke kampung. Ibu dan abah saya dah sediakan keperluan berpantang untuk saya. Segala herba untuk dibuat mandi dan makan ketika dalam pantang semuanya dah disediakan. Rasa macam permaisuri pun ada.
Selepas dua minggu berpantang di rumah ibu, saya sudah semakin sihat. Badan pun dah makin segar. Tibalah giliran untuk saya berpantang di rumah mertua pula. Supaya saya tidak kekok, Rizman ambil cuti untuk temankan saya. Sebenarnya saya segan juga, tapi mujurlah Rizman ada.
Berpantang di rumah mertua pun seronok juga. Dimanjakan emak dan ayah. Dah sihat pun dia masih layan macam saya baru keluar hospital. Masakkan lauk pantang yang sedap-sedap untuk saya.
Memandangkan Rizqy menyusu badan, emak jerangkan air longan kering dan kurma merah untuk saya. Mungkin disebabkan saya dijaga dengan baik, Alhamdulillah saya cepat sembuh.
Ads
Tolong Jaga Anak, Tidak Berkira
Bila kami dah balik ke rumah sendiri, Rizman banyak membantu saya. Walaupun saya sudah sembuh, tapi dia masih tak benarkan saya untuk buat kerja-kerja berat. Apa sahaja yang dia boleh bantu, dia akan tolong untuk mudahkan urusan saya.
Saya tidak bekerja tapi ada buat bisnes online. Saya jual baju-baju preloved, Alhamdulillah rezeki murah. Banyak yang percaya dengan saya dan bisnes ni dapat buat untung. Biasalah bisnes online tak boleh malas, kena rajin update. Jadi, suamilah yang banyak tolong jagakan Rizqy waktu saya ‘bekerja’.
Kerja rumah pun banyak yang dia bantu. Sejujurnya saya beruntung dapat suami sebaik Rizman. Saya sayangkan dia. Semoga saya dapat menjadi isteri terbaik untuk dia juga.
Tujuan saya berkongsi cerita ini bukan untuk membangga diri. Jauh sekali riak kerana dikurniakan suami yang baik. Saya cuma mahu berkongsi rasa syukur dan mengharapkan doa yang baik-baik dari anda semua.
Inilah pinjaman Allah SWT yang terbesar buat saya. Pinjaman untuk merasa bahagia dengan suami dan keluarga mertua yang baik-baik. Inilah doa saya sejak dulu lagi, sebelum dipertemukan dengan suami saya.
Sebagai isteri tiada apa yang kita inginkan dari suami, cuma kesetiaan dan timbang rasa dari mereka kan? Kita dah cukup bahagia jika dikurniakan suami yang menyayangi kita seadanya. Saya doakan supaya kita sama-sama memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin.
Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan, boleh klik di KONGSI CERITA.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas selamat melahirkan anak pertamanya menerusi kaedah In Vitro Fertilisation (IVF) pada 7 Jun yang lalu, kini selepas usia tiga bulan, Madammu tampil berkongsi wajah putera kesayangannya kepada semua.
Menerusi Instagramnya, usahawan cantik jelita ini memuat naik gambar Baby Ahmad Kayden yang menjadi pelengkap bahagianya kini bersama suami.
Baby Kayden yang dinantikan ramai kini genap berusia tiga bulan dengan mencapai berat badan 6.2kg.
Menurut perkongsian Madammu atau nama sebenarnya, Eriyca Baiduri Abd Rashid, anak kesayangannya itu kini sudah pandai ketawa ketika diagah malah sangat aktif.
“Assalamuikum Aunty semua, Saya Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri! Saya anak bongsu kepada Madammu & TP.
“Hari ini genap umur saya 3 bulan, berat badan saya hari ini 6.2kg. Saya sangat active dan suka ketawa!
“Gambar ni khas untuk Aunties yang mengikuti journey IVF Mummy saya dari awal sehingga berjaya.
“Tidak lupa kepada Dr Haris ( Dari Alpha Fertility, Dr Datuk Aziz (dari Prince Court) yang banyak membantu Mummy saya dalam proses IVF dan melahirkan saya,” kongsinya.
Menerusi entri yang sama, Madammu turut mendoakan agar putera kesayangannya itu membesar dengan baik dan menjadi anak yang baik dan taat.
“Doakan Ahmad Kayden membesar dengan baik & jadi anak taat serta berjaya. I love you Aunties,” tulisnya di kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut memuji wajah comel Kayden yang dikatakan persis wajah ibunya. Malah hidung mancung Kayden juga menarik perhatian ramai.
Kisah tragis pemergian remaja berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir terus menjadi perhatian ramai ibu bapa di seluruh negara. Inkues kematian Allahyarhamah yang sedang berlangsung membuka lembaran demi lembaran tentang detik terakhir anak kecil ini sebelum ditemui tidak sedarkan diri di longkang asrama.
Menurut laporan Harian Metro, saksi keenam, Linah Binti Mansoding @ Jaliha, 64 tahun, seorang pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, menceritakan detik pilu sewaktu menemui Zara. Katanya, tengkuk dan kaki remaja itu ada keluar darah ketika ditemui terlentang di longkang Blok Rabiatul Adawiyah, dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Keadaan Asrama Tiada CCTV Dan Gril Keselamatan
Dalam keterangannya di hadapan mahkamah, Linah turut mendedahkan bahawa blok asrama tempat kejadian tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) mahupun gril keselamatan di koridor bangunan. Hal ini sekali gus menimbulkan persoalan besar tentang tahap keselamatan pelajar di asrama, terutamanya pada waktu malam.
Linah berkata, pada malam kejadian beliau bertugas dari jam 8 malam hingga 8 pagi keesokan harinya. Sekitar jam 2 pagi, keadaan didapati terkawal, namun pada jam 3 pagi, seorang pelajar memaklumkan terdapat rakan mereka yang pengsan di longkang blok asrama. Ambulans hanya tiba sejam kemudian sebelum membawa Zara ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.
Ibu Ayah, Ambil Iktibar Dari Kisah Zara
Kes inkues ini jelas menunjukkan betapa pentingnya aspek keselamatan di kawasan asrama. Ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah berasrama perlu cakna dan berani bertanya tentang sistem kawalan keselamatan yang disediakan — sama ada CCTV, rondaan pengawal, ataupun akses keluar masuk bangunan.
Tragedi Zara adalah luka yang amat pedih buat keluarganya. Namun, ia juga harus dijadikan pengajaran besar agar tidak ada lagi nyawa anak-anak kita terkorban akibat kelemahan sistem keselamatan.
Semoga Allahyarhamah Zara Qairina ditempatkan dalam kalangan anak syurga, dan semoga perjuangan mencari keadilan ini membawa perubahan positif demi keselamatan semua pelajar asrama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Permainan lato-lato antara permainan yang kini menjadi trending dalam kalangan anak-anak. Mempunyai dua pemberat dan diikat dengan tali, pemain perlu menghayun kedua-dua pemberat ini. Pemain yang menghayun laju dianggap hebat.
Namun, permainan lato-lato ini jika tak dikendalikan secara berhati-hati boleh mendatangkan bahaya kepada anak-anak kerana boleh menyebabkan kecederaan. Berikut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebooknya.
Kebelakangan ni selalu nampak video permainan yang dipanggil lato-lato ni. Awalnya nampak video kebanyakan dari Indonesia. Sekarang dah masuk Malaysia. Mana saya tahu?
Sebab minggu ni dah ada satu kes datang ke klinik saya sebab kecederaan akibat main lato-lato. Seorang kanak-kanak telah bengkak dan lebam teruk di batang hidungnya terkena pemberat lato-lato.
Lato-lato ni ada dua (ladung) pemberat, dan diikat dengan tali. Cara bermainnya melibatkan pemain menghayung kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain, di bawah dan di atas tangan. Lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat.
Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh. Ada lato-lato yang ladungnya tu agak berat, jadi jika kena muka agak berbahaya. Terutamanya jika melibatkan mata, gigi atau hidung.
Tidak salah untuk main lato-lato. Ia boleh meningkatkan koordinasi tangan. Cuma, perlulah berhati-hati semasa bermain. Ibubapa perlu pastikan anak bermain cara yang selamat. Jika boleh pesan agar:
1. Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit.
2. Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain, atau di tempat orang lalu lalang. Bimbang terkena orang.
3. Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain. Kena tegah dengan tegas hal ini.
4. Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.
Sepertimana yoyo, gasing, kendama atau apa-apa permainan yang mempunyai pemberat yang dihayun, lato-lato mempunyai potensi menyebabkan kecederaan. Maka ibubapa perlu memantau anak-anak bila bermain.
Ketahui mengapa aplikasi kesuburan tidak tepat untuk menentukan waktu subur dan pelajari tanda tubuh yang lebih dipercayai. Panduan lengkap untuk pasangan TTC menggunakan aplikasi kesuburan secara bijak.