Perkahwinan adalah janji suami isteri untuk sama-sama susah dan senang. Begitu juga dalam membesarkan dan mendidik anak-anak. Perlu ingat tugas ini bukan hanya terletak pada isteri sepenuhnya tetapi suami kena juga ambil tahu dan melaksanakan peranannya sebagai ayah.
Jika rumah tangga disuburkan dengan nilai kasih sayang dan saling membantu, hubungan ini akan terus kukuh dan menjadi contoh untuk anak-anak apabila mereka besar.
Suami juga kena buang ego dan sentiasa berlembut. Bukan hanya apabila dapat anak, isteri akan buat semuanya bermula dari A-Z dengan alasan itu tugas isteri.
Perkongsian kisah dari FB Umi Nur Norza mengenai isteri menguruskan semua anak-anak di klinik tanpa bantuan suami, sedangkan suami ada dalam kereta benar-benar menyentuh hati. Harap dapat menjadi peringatan untuk kita semua.
Lokasi: Klinik Kesihatan (klinik kerajaan).
Seorang ibu menggendong bayi berusia sekitar 4 bulan. Kepala bayi masih terlentok-lentok belum pandai tegak sepenuhnya.
Di tangan kiri, si ibu memimpin anak lelaki berusia lebih kurang setahun setengah.
Di belakang mereka, berlari-lari seorang anak perempuan yang pada anggaran saya berusia 3 tahun.
Dan di belakang sekali, ada anak perempuan paling tua. Paling banyak pun umurnya mungkin 8 tahun.
Si ibu kelihatan sibuk sungguh. Ke sana ke mari membawa kad klinik anak-anaknya. Tudung si ibu sudah senget benget. Bahagian yang sepatutnya berada di dagu sudah jauh pergi ke pipi kanan.
Ads
Saya agak usia si ibu dalam 30 tahun. Tetapi kerana lelahnya mengurus anak-anak, kerana kesuntukan masa untuk berdandan dan menjaga badan, dia kelihatan jauh tua daripada usia sebenar.
Anak-anak merengek. Ada yang menjerit. Ada yang sudah terberak di dalam lampin. Terkocoh-kocoh si ibu membawa mereka ke tandas.
Sehingga namanya dipanggil berkali-kali untuk diperiksa suhu badan dan tekanan darah, masih juga tidak muncul.
Usai urusan di tandas, si ibu dan anak-anak terus bergegas ke kaunter pemeriksaan awal. Anak-anak masih merengek dan nampak tidak selesa.
Terdengar perbualan di antara si ibu dengan jururawat. Rupa-rupanya semua anak kecuali yang paling besar itu demam. Sudah 3 hari demam tidak kebah-kebah.
Ketika jururawat bertanya di mana suaminya, dia hanya tersenyum kelat.
Nombor giliran mereka dipanggil untuk ke bilik doktor. Anak perempuan yang paling tua (yang tidak demam ) duduk di kerusi sebelah saya. Saya hadiahkan senyuman. Dia kelihatan malu-malu.
Ads
“Datang naik apa ramai-ramai?”
“Naik kereta.”
“Ohh, masa mak bawak kereta, awak pegang baby ya. Bagus kakak.”
“Taklah acik, ayah bawak kereta.”
“Mana ayah?”
“Ayah ada tunggu dalam kereta. Main fon.”
Ads
Ohhh…
“Ayah tak nak tolong mak bawak adik-adik jumpa doktor ke? Kesian mak sorang-sorang bawak adik ramai.”
“Tak. Ayah tak suka dengar adik-adik menangis dan bising-bising. Ayah kata serabut. Ayah kata kakak dah besar boleh tolong mak.”
Allahu.
Cepat besar ya kakak. Banyak benda boleh tolong mak. Banyak sangat ??
Kepada suami laksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya. Kadang kala isteri bukanlah harapkan wang semata-mata tetapi bantuan yang dihulurkan itu dah mampu buat isteri rasa dihargai. Buanglah ego bila dah berumah tangga dan ada anak.
#sharingutkpedomanbersama
#credittopuan Umi Nur Norza
Sayu hati lihat tangisan seorang ibu yang kehilangan anak tersayang di depan mata setelah terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari sekolah. Murid perempuan Tahun Empat itu maut selepas motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Baru, Alma, Bukit Mertajam, pada Khamis.
Mangsa berusia 10 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan dalam kejadian jam 1.45 tengah hari.
Kredit: FB Penang Kini
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal iaitu ibu kanak-kanak berkenaan hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya.
“Wanita itu sempat menyelamatkan diri, namun anaknya yang membonceng digilis lori yang datang dari arah sama dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kredit: FB Penang Kini
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam bagi urusan bedah siasat, manakala penunggang cedera ringan dan dirawat di hospital sama,” katanya dalam satu kenyataan.
Kredit: FB Penang Kini
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, tular di media sosial menyatakan mangsa sempat menyertai majlis sambutan Hari Raya di sekolahnya sebelum terbabit nahas.
Dalam perkongsian di FB Pendidik2u, gambar pelukan terakhir guru yang memeluk adik Airis Iman semasa Sambutan Raya di sekolah akan menjadi kenangan sehingga akhir hayat.
Melalui gambar tersebut, nampak arwah sangat ceria dan sentiasa tersenyum sepanjang majlis tersebut. Al-Fatihah untuk adik Airis Iman dan salam takziah buat ahli keluarganya.
Nur Syahirah Aiyob dan suaminya Zahiril Adzim memang mengimpikan untuk menjadi pengacara rancangan yang berbentuk keibubapaan. Syahirah atau lebih mesra dipangil Shera Aiyob mempunyai pengalaman dalam bidang pengacaraan namun baginya, Pa&Ma merupakan pengalaman yang baru.
Shera seronok mengacarakan Pa&Ma musim ketiga kerana shera sudah menjadi seorang ibu dan topik yang dibawa sesuai dengan jiwa seorang ibu. Menurutnya lagi, beliau memang teringin mengacarakan program berbentuk keibubapaan kerana dalam masa yang sama beliau juga dapat pelbagai informasi tentang ilmu keibubapaan.
Shera memang suka membaca tip keibubapaan dan sebagainya. Bila diberi peluang, memang seronok sangat walaupun baru sahaja shoot beberapa episod. Apa yang disampaikan didalam rancangan tersebut, dalam masa yang sama banyak manfaat yang diperoleh daripada program TV ini.
Bagi Zahiril pula, beliau banyak belajar tentang dunia pengacaraan daripada isterinya. “Ini merupakan pengalaman pertama saya menjadi pengacara untuk content keibubapaan, sangat seronok dan banyak belajar daripada Shera. Isteri saya memang seorang pengacara dan dia banyak membantu saya sepanjang kami shooting.”
Sebagai ibu bapa muda, Shera dan Zahiril mengamalkan konsep jadikan anak sebagai kawan baik. Namun menurut mereka, baik biarlah berpada-pada. Jika ada yang salah harus ditegur. Zahiril lebih selesa menggunakan kaedah conventional dan juga modern dalam mendidik Nadi Anaqi. Bagi Shera pula, sentiasa didik anak dalam persekitaran yang sihat dan banyakkan berinteraksi bersama anak.
Shera menyatakan harapan agar penonton Pa&Ma musim ketiga dapat menerimanya dan suami sebagai pengacara baru dan semoga apa yang dikongsikanya kepada penonton mendapat manfaat yang baik.
Bagi Zahiril pula, beliau memandang kehadapan dan menjadikan tugas sebagai pengacara Pa&Ma sebagai tanggungjawab sosial untuk memberikan informasi kepada ibu bapa di luar sana terutama ibu bapa muda. Rata-rata ibu bapa yang muda yang pernah ditemuinya kadang-kadang kurang pendedahan tentang anak-anak jadi beliau ingin jadikan Pa&Ma sebagai platform untuk berkongsi maklumat tentang keibubapaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Besarnya pengorbanan ibu bapa untuk anak. Sama ada diberi rezeki lebih atau hidup dalam sederhana, semuanya nak beri yang terbaik. Begitu juga kasih seorang ayah buat anaknya. Orang kata kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah tiada penghujungnya.
Perkongsian yang cukup menyentuh hati di FB Azri Walter mengenai kisah seorang ayah yang sanggup membawa balik teddy bear yang dijumpai di tempat sampah itu menunjukkan kegigihan ayah memenuhi permintaan anak.
“Dah lama anak nak teddy bear”
Menerusi perbualan lelaki itu, teddy bear yang bersaiz besar itu dah lama anak inginkan. Disebabkan harganya yang mahal dan secara berseloroh dia cakap harganya boleh buat beli lauk, hasrat itu terpaksa dipendamkan.
Kebetulan rezeki terjumpa teddy bear ini yang masih dalam keadaan elok di tempat sampah, apa salahnya ambil dan basuh semula. Ini pun dah buat hati anak gembira.
Pengorbanan ayah tiada nilainya
Di penghujung perkongsian saudara Azri, dia ada menitipkan kata-kata semangat buat seorang lelaki bergelar suami.
Ingatlah setiap tanggungjawab ini, ada ganjaran pahala di sisi Tuhan. Mari kita semua bersama-sama terus melawan kerasnya hidup ini. Kita tidak boleh putus asa kerana di belakang kita ada harapan yang perlu dipenuhi.
Kalau rasa down, tatap sekejap wajah-wajah insan yang Tuhan amanahkan untuk kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.