Tahniah diucapkan buat penyanyi, Usop yang kini mendedahkan isterinya, Nur Fatihah Md Hashim kini hamil anak kedua mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Usop kepada semua malah kini usia kandungan isterinya sudah pun mencecah tiga bulan.
“Allah dah janji sentiasa ada rezeki untuk umatnya.
“Syukur isteri kini sedang hamil,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah kehamilan itu, kata Usop, dia seronok melayan karenah isterinya yang mengidam untuk makan aiskrim goreng di waktu pagi.
“Sepanjang awal kehamilan ini ada juga yang alami alahan teruk.
Ads
“Saya terpaksa bangun pagi buatkan ais krim goreng kerana dia mengidam,” ceritanya lagi.
Dalam pada itu, Usop turut berkongsi kisah rumahtangganya yang diduga dengan pelbagai onak malah pernah terkena sihir pemisah sehingga memberi kesan kepada hubungannya bersama isteri serta perniagaan restoran yang dijalankannya.
“Saya dapat melihat sendiri perubahan pada isteri. Jika kami bersama, asyik ‘panas’ dan dia selalu nak marah. Bergaduh biasa berlaku dalam rumah tangga tapi dalam kes kami ia berpanjangan.
Ads
“Saya dapatkan nasihat ustaz dan dikatakan kami terkena sihir pemisah. Ada orang terdekat yang kurang senang melihat kejayaan dan kebahagiaan kami berdua,” kongsinya lagi.
Disebalik dugaan yang dilalui, Usop dan isteri sama-sama kuat mempertahankan hubungan mereka dan sentiasa mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan setiap masalah antara mereka.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Gambar tular, lelaki mengaku tidur atas kubur ibunya, “Ya Itu Memang Saya.” Baru-baru ini tular gambar seorang lelaki tidur di atas kubur. Berikutan itu seorang penghantar makanan, Abdul Azim Hasmandi, 28, mengaku itu dirinya.
Sebelum ini tular sekeping gambar di TikTok memaparkan lelaki itu sedang berehat dan baring bersebelahan pusara ibu tercinta. “Tidur di kubur arwah mak, ya itu memang saya,” akui Abdul Azim.
Pemuda itu berkata, dia tidak tahu-menahu tentang hantaran yang dimuat naik pengguna TikTok melainkan kawan-kawan sekerja memberitahunya.
Menurut anak kedua dari empat adik-beradik itu, pemergian ibunda tersayang, Norlia Mahmood, 62, sekitar Jun lalu masih meninggalkan kesan mendalam sehingga hari ini, membuatkannya sentiasa ingin menziarahi kubur demi melepaskan rindu.
“Arwah meninggal dunia kerana kemalangan motosikal pada pagi Jumaat sebab nak elak seorang pejalan kaki ketika pulang membeli barang basah untuk meniaga nasi lemak di Bandar Baru Bangi.
“Sebenarnya, ia salah satu cara untuk saya merasa dekat dengan umi selain sedekah Al-Fatihah dan baca Yasin sebab saya memang rapat dengan arwah. Kadang-kadang teringatlah pada dia.
“Banyak perkara tak dapat buat semasa dia hidup, jadi ini inisiatif saya sendiri seperti luang masa di kubur, bersihkan pusara, borak dan teman arwah. Sekurang-kurangnya rasa dekat walaupun berbeza alam,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Sebelum itu, sekeping gambar dimuat naik seorang pengguna TikTok, Su Ahmad menampakkan Abdul Azim tidur bersebelahan kubur ibunya hingga mengundang reaksi sayu warga maya.
Hantaran tersebut turut mendapat lebih 292,200 tanda suka, 13,000 perkongsian dan lebih empat juta tontonan setakat ini.
Ditanya mengenai penerimaan dan tanggapan dilemparkan terhadapnya, Abdul Azim berpandangan, adik-beradik yang lain terkejut apabila mengetahui dia sering berehat di kubur ibunya.
Bagaimanapun, jelasnya, dia sudah lama reda dengan ketentuan Ilahi sejak hari pertama arwah terbaring kaku di pinggir jalan sewaktu kemalangan, namun tidak dinafikan rindu yang paling berat adalah apabila kehilangan ibu.
“Adik-beradik dan ahli keluarga saya yang lain pun tak tahu saya selalu baring di kubur. Ada yang terkejut, ada juga yang marah. Tetapi, saya tak hirau kerana cara kita bersedih atau hadapi kehilangan berbeza-beza.
“Jadi, macam-macam cara untuk ‘tapis’ kesedihan itu. Kalau buat perkara lain, saya tak mampu. Nak tak nak kena reda sebab ini cara saya hilangkan kesedihan.
“Saya dah tak dapat bercakap, lihat depan mata atau dengar gelak tawa umi selepas ini,” ujarnya lagi.
Sesungguhnya anak sulung ada keistimewaan tersendiri. Merekalah yang mengajar kita untuk menjadi ibu ayah serta mengajar kita erti kesabaran. Selain itu, kehadiran mereka mendidik ibu ayah untuk lebih matang dan bertanggung jawab.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif melalui penulisannya, terdapat beberapa fakta tentang anak sulung yang tidak ramai tahu.
Ikuti perkongsian ini.
+ Anak Sulung mempunyai IQ yang lebih tinggi
Kajian daripada University of Edinburgh mendapati anak pertama (first-born children) mempunyai IQ yang lebih tinggi
Ini kerana anak sulung mendapat perhatian ibubapa (quality parental attention) yang lebih berkualiti dibandingkan adik beradiknya semasa masih kecil
+ Anak Sulung lebih cenderung untuk jadi CEO syarikat
Kajian yang diterbitkan oleh IZA Institute of Labor Economics mendapati anak sulung lelaki 24% lebih cenderung menjawat jawatan CEO daripada anak nombor dua dan 28% lebih cenderung untuk menjawat jawatan CEO berbanding anak nombor dua.
+ Anak Sulung lebih penakut
Ada satu kajian yang dibuat pada tahun 1968 mendapati anak sulung ni lebih cenderung untuk tak terlibat dengan sukan berbahaya disebabkan takut dengan kecederaan fizikal.
Walau apa pun kajian tentang anak sulung, yang jelas perangai dan kelakuan anak sulung akan menjadi ‘references’ atau tempat rujuk adik beradiknya yang lain.
Semua mata akan tertumpu padanya. Adik beradik akan tengok perangai anak pertama. Jiran jiran pun suka tengok perangai anak yang pertama. Mak ayah pun akan letak harapan yang lebih tinggi (higher expectations) pada anak pertama ni.
Jadi, tak mudah juga sebenarnya menjadi anak yang pertama ni sebab segunung tanggungjawab dan harapan orang di sekeliling yang terpaksa digalas di bahunya.
Cuma kita kena ingat, walau anak nombor berapa pun kita, kasih dan cinta kita pada mak ayah yang melahirkan kita tetap kena jadi yang pertama selepas Allah dan RasulNya.
Selain itu, anak sulung juga mempunyai kriteria seperti berikut:
KAYA KASIH SAYANG
Selalulah berbicara pada mereka. Katakan betapa anda sayangkan si sulung. Semakin mereka meningkat besar, mereka akan banyak buat perangai pelik untuk mendapatkan perhatian anda. Jika ibu dan ayah tidak lokek berkongsi perasaan sayang dan sering memberitahu mereka tentangnya, anak sulung akan membesar menjadi anak yang penyayang dan kaya dengan rasa cinta.
Bukan itu sahaja, mereka akan menjadi anak yang penuh dengan rasa hormat terhadap kedua orang tuanya. Apabila mereka membesar dalam persekitaran yang membahagiakan begini, mereka juga akan menyayangi dan disayangi oleh adik-adiknya. Bahkan, anak sulung akan sentiasa diutamakan oleh adik-adiknya dalam apa jua hal.
ADIK-ADIK JADI KEUTAMAAN
Ketika anda keluar dengan anak sulung dan bertanya tentang apa yang mereka mahukan, lihat jawapannya. Biasanya memang mereka akan beritahu apa yang mereka mahu, tetapi tidak lupa untuk mengingatkan kita untuk belikan juga untuk adik-adiknya. Cuba uji mereka dengan memberi makanan kegemaran mereka dan minta anak-anak untuk berkongsi. Biasanya anak sulung tidak kisah dan rela hati memberikan bahagiannya kepada si adik.
Jika anda lihat anak sulung anda begitu, ia satu petanda yang bagus. Anak sulung anda menjadi seorang abang atau kakak yang bertanggung jawab dan bertimbang rasa. Ajarkan juga anak-anak yang lain untuk sama-sama berkongsi agar tidak timbul soal pilih kasih di kemudian hari. Lagipun, berkongsi makanan atau barang dengan adik-beradik kan seronok?
SUKA MENYAKAT
Sekiranya si adik mengadu kepada anda yang abang atau kakaknya mengusik mereka, jangan terus dimarah. Tanyakan pada si sulung, mengapa mereka buat begitu. Ada masanya mereka tidak berniat untuk membuli atau mengganggu, tetapi sekadar suka menyakat kerana mahukan perhatian daripada adik-adiknya. Adakah anda perasan, biasanya anak berebut barang atau suka memotong cakap antara satu sama lain?
Biasanya adik akan menang, kerana abang atau kakak sulung akan memberi peluang kepada si adik. Bila melihatkan mereka begini pun, ibu ayah sebenarnya sudah boleh melihat kematangan anak sulung dan betapa mereka mementingkan adik-adik mereka. Pun begitu, jangan diabaikan kemahuan mereka. Sesekali, tidak salah jika anda yang meminta anak sulung untuk meluahkan perasaan mereka terlebih dahulu.
Dalam dunia hari ini yang serba moden dan pantas, ibu bapa seringkali bergantung kepada pihak ketiga untuk menjaga anak-anak sama ada pemandu van sekolah, guru, pengasuh, atau bahkan saudara-mara terdekat. Namun, dengan peningkatan kes pedofilia yang dilaporkan sejak kebelakangan ini, persoalan yang seharusnya ditanyakan ialah, bolehkah kita benar-benar mempercayai anak kita dengan orang lain?
Isu pedofilia bukan lagi hal luar negara semata-mata. Ia kini menjadi realiti yang membimbangkan di tanah air sendiri. Malangnya, pelaku seringkali datang dari kalangan individu yang dikenali dan dipercayai.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, negara digemparkan dengan laporan kes pedofilia melibatkan individu seperti guru tadika, pengasuh, pemilik taska, pemandu van sekolah, dan bahkan ahli keluarga sendiri. Salah satu kes yang menjadi perhatian ialah pendedahan polis mengenai jaringan pedofilia dalam talian yang menggunakan aplikasi sembang untuk memancing dan mengedarkan gambar kanak-kanak tempatan.
Kes seperti ini menunjukkan bahawa bahaya bukan hanya di luar rumah, tetapi juga dalam kalangan orang yang sering bersama anak-anak. Lebih menyedihkan, ramai ibu bapa tidak menyedari penderaan itu berlaku sehingga sudah terlambat.
Ibu bapa bukan sahaja bertanggungjawab menyediakan keperluan fizikal anak, malah keselamatan emosi dan seksual mereka juga harus diutamakan. Berikut beberapa langkah penting yang ibu bapa boleh ambil:
Kenali siapa yang rapat dengan anak anda: Ambil tahu latar belakang pemandu van, pengasuh, jiran atau sesiapa sahaja yang selalu bersama anak anda.
Didik anak tentang ‘sentuhan selamat dan tidak selamat’: Gunakan bahasa mudah dan sesuai umur untuk ajar mereka tentang sempadan tubuh badan.
Biasakan anak berkongsi cerita harian: Tanya dengan lembut apa yang berlaku di sekolah, dalam van, di rumah saudara dan sebagainya. Reaksi anak yang cemas, takut atau diam patut jadi isyarat awal.
Perhatikan perubahan emosi atau fizikal anak: Anak yang menjadi mangsa selalunya akan berubah – menjadi lebih murung, takut didekati, atau mengalami kesakitan tanpa sebab jelas.
Pantau penggunaan peranti elektronik: Ajar anak tentang bahaya berkomunikasi dengan orang asing dalam talian.
Kanak-kanak yang menjadi mangsa pedofilia bukan hanya mengalami kecederaan fizikal, tetapi lebih parah lagi – mereka menanggung trauma mental yang boleh berpanjangan sehingga dewasa. Gangguan emosi, masalah kepercayaan, kemurungan, bahkan kecenderungan untuk menyakiti diri adalah antara kesan jangka panjang.
Keselamatan anak-anak bukan hanya tanggungjawab sekolah atau pihak berkuasa semata-mata. Ia bermula dari rumah, dengan pendedahan yang betul dan hubungan kepercayaan antara anak dan ibu bapa.
Ramai ibu bapa masih memegang kepercayaan bahawa “anak saya baik-baik saja” atau “kami kenal orang itu sejak kecil”. Kepercayaan sebegini boleh menjadi kelemahan utama yang dieksploitasi oleh pemangsa.
Mengabaikan tanda-tanda awal atau enggan berbicara tentang seksualiti kerana rasa malu hanya akan membuka ruang lebih luas kepada penderaan. Kita tidak boleh terus bergantung kepada ‘rasa selamat’ – sebaliknya, perlu bertindak dengan maklumat dan kewaspadaan.
Pencegahan kes pedofilia memerlukan kolaborasi semua pihak, bukan hanya ibu bapa. Berikut jadual ringkas peranan utama setiap pihak:
Zaman sekarang memerlukan ibu bapa yang bukan sahaja penyayang, tetapi juga berpengetahuan dan sentiasa peka terhadap persekitaran anak. Percaya itu penting, tetapi biarlah kepercayaan datang bersama tindakan berjaga-jaga. Anak-anak adalah amanah yang tidak ternilai – lindungilah mereka sebelum terlambat.
Kesedaran yang tinggi, komunikasi terbuka, dan tindakan segera adalah senjata utama dalam memastikan anak-anak tidak menjadi angka seterusnya dalam statistik yang menyayat hati ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.