Isteri Ibarat Penarik Rezeki Suami. Terlukanya Hati Isteri Akan Terputuslah Rezeki Suami

Share

Isteri ibarat penarik rezeki bagi si suami. Terlukanya hati isteri maka akan terputuslah rezeki suami.

Seperti yang dikongsikan oleh Imam Muda Hassan, sesuatu yang berlaku dalam hidup kita ni bersebab.

Kenapa kita berkahwin? SEBAB apa? SEBAB Dia nak luaskan rezeki suami.

Tahukah kita di saat kita menikah, sebenarnya Allah telah melipatgandakan rezeki kita. Dia mengurniakan isteri dan anak dalam tanggungjawab kita maka Dia juga menitipkan rezeki mereka di tangan kita. Jika sebelumnya kita miskin Allah akan mencukupkan rezeki setelah kita berkahwin.

Firman Allah, “Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan, JIKA MEREKA MISKIN MAKA ALLAH AKAN MENJADIKANNYA KAYA dari kurniaNya kerana Allah itu adalah Maha Luas PemberianNya lagi Maha Mengetahui” (Surah An Nur : 32)

Kongsi Imam Muda Hassan lagi, semua perkara dalam hidup kita yang berlaku ada sebabnya. Dia tak berlaku dengan sendiri. Semua tu kehendak Allah, bukan kehendak kita, kita hanya usaha dan ikhtiar sahaja untuk cari penyelesaian.

Sebab itu kita kena letakkan Allah nombor satu dalam apa sahaja yang kita lakukan dalam hidup ini.

Fikirkan sejenak…

Kenapa Allah bagi kita anak, sebab Allah la kita ada anak, sebab itu rezeki daripada Allah dan atas kehendak-Nya.

Kenapa anak kita sakit, sebab Allah nak ajar kita erti kesabaran, sabar itu kan rezeki dan berlakunya kesabaran dalam diri kita itu pun ada sebabnya.

Kenapa Allah jadikan kita kaya sebab Allah nak ajar kita erti kesyukuran dan berterima kasih dengan rezeki yang diturunkan.

Kenapa Allah bagi kita ujian banyak, sebab salah satunya mungkin sebab kecuaian kita tiada ilmu. Dengan sebab kegagalan kita itu sebenarnya Allah nak bagi rezeki besar supaya kita dapat belajar erti kehidupan dan selepas itu kita akan lebih berjaya dan lebih berjaya.

Sebab yang berlaku dalam hidup kita ni adalah rezeki daripada Allah untuk Allah tunjukkan kepada kita erti kehidupan sebenar.

Jadi jangan main-main dengan SEBAB-SEBAB yang berlaku dalam kehidupan, kerana setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita ada sebabnya yang tak terjangkau dek akal.

SEBAB adalah salah satu kunci kepada pintu rezeki.

Sumber: Hassan Adli

 

IKLAN